Wednesday, September 28, 2011

Ada talibarut Anwar Ibrahim di Pejabat PM?

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Perenggan di atas dipetik dari tulisan Bro Zaini Hassan dalam ruangan Cuit Utusan Malaysia hari ini.

Zaini mengakhiri tulisan beliau dengan soalan yang pendek tetapi besar tersiratnya kerana melibatkan takhta Perdana Menteri DS Najib yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi.

Proses pengulingan pemimpin adalah proses yang halus dan licik. Dalam senyuman, dalam seloka jenaka, dalam puji melambung dan macam-macam lagi lakunan di mana jarum halus akan berjalan dan menjalar sehingga ke urat nadi.

Perangai TIKAM BELAKANG bukanlah perangai orang Melayu cuma mungkin yang tikam itu adalah kaki tikam.

MR kurang pasti dari mana Zaini memprolehi maklumat ini tetapi soalan di atas amat sukar dijawab. Atau patutkah kita semua diam sampai ubi berisi?

Sunday, September 25, 2011

Jasa Mat Sabu kepada Kanang anak Langkau

Apabila Mat Sabu riuh rendah memanipulasikan fakta sejarah untuk mengangkat martabat penganas Komunis, baru lah pembesar-pembesar Negara hari ini sibuk mencari pejuang-pejuang yang melawan Komunis dahulu untuk dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran.

Semalam Kanang anak Langkau dianugerahkan Bintang "Panglima Gemilang Bintang Kenyalang" yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Kanang anak Langkau yang banyak berjasa menyabung nyawa untuk melawan Komunis durjana seolah-olah tenggelam sebelum ini.

Anugerah ‘Datukship” kepada Kanang anak Langkau sepatutnya telah diberi 10 atau 20 tahun yang lampau.

Penyanyi ago-go tahun 60an dan tauke Cina judi pun mendapat anugerah Datukship lebih awal dari Kanang anak Langkau.

Inilah lumrah pemimpin yang ada, hanya melihat kepada pembodek-pembodek di bawah ketiak mereka sahaja.

Mereka yang pernah berjasa kalau tidak ada milage politik kepada mereka hanya dilupakan seperti anjing kurap ditepi jalan.

Sunday, September 18, 2011

Fasha Sanda tidak akan lelong seluar dalam

PETALING JAYA: Barisan artis-artis popular tanah air akan berhimpun untuk melelong barangan peribadi masing-masing bagi membantu Amir Shah Osman, 54, iaitu suami kepada wartawan hiburan Harian Metro, RamlahZainal yang menghidap penyakit hati.

Amir Shah memerlukan peruntukan kewangan lebih RM100,00 bagi tujuan pemindahan hati yang perlu dilakukan di India dalam waktu terdekat.

Majlis yang berkonsepkan “berhibur sambil beramal” itu akan diadakan di ruang legar syarikat akhbar New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) Jalan Riong, Bangsar, dekat sini bermula pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam, pada Sabtu.

Antara artis yang dijangka hadir untuk acara itu ialah Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Fasha Sandha, Alyah, Yana Shamsudin, Eja dan Fahrin Ahmad. (mStar)

Najib mula gasak Ketua Bahagian UMNO

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.

Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

"Jangan buat program syok sendiri sahaja. Bila buat program Juara Rakyat, tulis dalam laporan bahawa ia telah berjaya apabila dihadiri oleh 300 dalam sesuatu kawasan.

"Tapi siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan).

"Saya tak pakai laporan macam ini. Himpunkan 300 orang lepas itu kata kita dah berjaya. Tak mungkin...itu menipu diri sendiri," katanya ketika merasmikan Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Sabtu.

Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini.

"Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita...ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya.

Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil.

Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti.

"Kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas...jangan. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu.

"Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat.

"Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi...tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya.


MR NOTES

Nampaknya DS Najib dah mula bercakap. Ponggong pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang kerap bermain wayang sudah mula digasak.

MR no comment. Sama-sama kita tunggu PRU13 yang akan datang samaada akan berlaku sobotaj atau cantas mencantas sesama rakan dalam UMNO/BN kerana tidak dipilih sebagai calun.

Zaman Ketua Bahagian UMNO menjadi seperti Maharaja Cina Dinasti Ming sudah menjadi purba.

Friday, September 16, 2011

Bakal calun Ahli Parlimen Sungai Petani tercalar

SC chief recuses herself from reviews pertaining to Sime Darby-E&O deal
By JEEVA ARULAMPALAM
jeeva@thestar.com.my


PETALING JAYA: Securities Commission (SC) chairman Tan Sri Zarinah Anwar has recused herself from all reviews pertaining to Sime Darby Bhd's 30% stake purchase in Eastern & Oriental Bhd (E&O).


An SC spokesman told StarBiz yesterday that Zarinah had recused herself from the onset of the reviews in accordance with the SC's internal governance processes and that the reviews were being led by the most senior commission members, Datuk Francis Tan and Datuk Gumuri Hussain.


The regulator is also still examining the circumstances surrounding the transaction for any Takeover Code 2010 implications and reviewing all stock transactions by all parties over the relevant period related to this matter.


“The outcome of these two reviews will only be known after all the relevant facts have been established,” the SC spokesman said via email.


Zarinah's move to distance herself from ongoing reviews into the Sime Darby-E&O deal comes as her spouse, E&O chairman Datuk Azizan Abd Rahman, was in the spotlight last week over his E&O share transactions leading up to the deal being announced on Aug 28.


Azizan had purchased some 450,000 shares from the open market involving five separate transactions from April to August this year, with the last purchase of 100,000 shares taking place on Aug 12. Three of the transactions were done between July and August.


However, Azizan defended his share purchases ahead of Sime Darby's E&O acquisition. He told StarBiz last week that the deal was a private transaction between major E&O shareholders and Sime Darby and did not require board approval. As it was not discussed at the board level, Azizan said that board members were not privy to the transaction and continued to trade in accordance with the prevailing rules and had made appropriate filings with Bursa Malaysia.


Meanwhile, E&O shares continued to draw interest yesterday, gaining four sen and large volumes changing hands, as speculators hoped a general offer (GO) was on the cards for the company.


Market speculators are waiting for the regulator to decide if Sime Darby would be required to make a mandatory general offer (MGO) for E&O shares not already owned by it. E&O's price gained 2.5% to RM1.64 with some 17.22 million shares traded yesterday.


Analysts said E&O's share price appreciation against the decline seen in the broader market yesterday was reflective of the stock pricing in a potential GO.


“While speculators may be expecting a GO to be made, I don't think there will be one as the regulators will likely find in favour of Sime Darby and not require it to make a MGO,” said a foreign bank-backed analyst covering E&O.


Sime Darby president and group chief executive Datuk Mohd Bakke Salleh told StarBiz last Friday that Sime Darby would only make a GO at the right time and that he was comfortable with its current 30% stake and purchase price for E&O shares.


Bakke added that a 30% stake purchase was the logical step for Sime Darby, given that E&O was a listed company and it would not be able to carry out a due diligence or feasibility study on E&O.


The conglomerate had announced on Aug 28 that it was to buy 273 million shares and 60 million irredeemable convertible secured loan stocks, or a 30% stake, for a total of RM766mil (or RM2.30 per share) from there vendors E&O managing director and founding member Datuk Tham Ka Hon, Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah and Singapore-listed GK Goh Holdings Ltd. Sime Darby bought the stake at a 60% premium to market price.


While the Takeover Code states that an MGO is only triggered by a 33% or more change in shareholding, there are other instances where control can be deemed to have passed, thereby giving the regulator the power to require the buyer to make a GO.


The possibility of triggering an MGO arises if an acquirer has bought between 20% and 33% of a listed company and the vendor of the shares still retain shares in the company (to the extent that if combined with the buyer, the total would be more than 33%).


All three vendors of the E&O block of shares being sold to Sime Darby will still retain a collective 12% in E&O post-transaction.


MR NOTES:

Azizan Rahman suku sakat bekas PM Tun Abdullah Badawi yang  dilihat sebagai bakal calun Ahli Parlimen Kawasan Sungai Petani dalam PRU13 yang akan datang sedikit tercalar dengan berita-berita ‘insider trading’ seperti di atas.

Menghadapi PRU untuk kawasan Sungai Petani bukan sedikit wang yang perlu dilaburkan kerana ‘gatekeeper’ kawasan itu seperti buaya kehausan dimana bukan setakat daging segar malah bangkai pun dilahapnya.

Rakyat ghurka pengundi di bawah seperti di Kota Kuala Muda dan Pantai Merdeka bukannya faham apa itu ‘insider trading’, mereka hanya tahu jika ada skim cepat kaya mereka pun ingin menjadi kaya dan melabur akhirnya mereka ditipu.

Mereka tertipu oleh penganjur skim cepat kaya yang pandai bercakap dan kelentong di kedai kopi Kota Kuala Muda.

Wang mereka hangus bukan di Bursa Saham Kuala Lumpur tetapi di kedai kopi. Mereka mudah tergoda dan terpengaruh dengan korperat-korperat kononnya kaya jutaan ringgit.
Diharap mereka tidak tertipu lagi dan bacalah akhbar The Star berita yang di atas bahawa tokoh mereka sedang bergelut suami isteri untuk menegakkan benang basah.
Itu lah nasib rakyat di bawah.

Monday, September 12, 2011

Cadangan kepada pemegang konsesi lebuhraya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mengurangkan kadar kemalangan

Hampir setiap tahun habis sahaja umat Islam berpuasa dan selesai menyambut hari raya maka rakyat akan dihidangkan dengan berita sedih di dada-dada akhbar tentang peratus kadar kemalangan yang meningkat.

Sudah berbagai-bagai kajian dan punca kemalangan dibuat entah yang mana satu yang tepat dan berkesan untuk dilaksanakan masih menjadi persoalan.

Apa pun MR ingin cadangan pihak pemegang-pemegang konsesi lebuhraya seperti PLUS khasnya atau LLM memperbanyakan hentian R & R atau REHAT DAN RIADAH di sepanjang lebuhraya.

Kutipan jutaan ringgit wang tol dari rakyat seharusnya dilaburkan kembali dengan membina R & R yang cantik seperti contohnya hentian Tapah dan Sungai Perak di lebuhraya Uatara Selatan.

Situasi sekarang hentian R & R terlalu kurang dan perjalanannya terlalu ‘stress’ dan tekanan kepada pemandu berkeluarga dengan lori-lori kontena yang panjang.

Persepsi lebuh raya sebagai medan perlumbaan dan mengejar masa harus diubah kepada lebuhraya untuk berekrasi dan pemanduan ‘cool’ dan santai.

Thursday, September 8, 2011

Azeez Putera mengguris hati wartawan

Rakan blogger dan wartawan otai Saudara Hambali Latiff ternyata kecewa dan terguris dengan kenyataan Aziz Putera lihat blog Rakyat Malaysia.

Kenyataan Azeez 'wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa' ternyata pedih dan sedikit 'kurang ajar' seolah-olah meletak maruah wartawan cukup murah.

Bukan kerana cerita AZEEZ mengenai misinya itu tetapi kenyataannya mengatakan “Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan...”

Malah lebih jauh AZEEZ berkata: “Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat. Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia...”

Azeez seharusnya pandai menjaga dan sayang mulutnya supaya keceluparannya tidak di hukum wartawan kelak. Sebelum nasi menjadi bubur.

Wednesday, September 7, 2011

Apa akan jadi pada Mat Sabu?

Perhubungan Mat Sabu dengan bekas pengganas Komunis bukan perkara baru.

Blog Komunis atau  telah lama menjulang Mat Sabu kerana Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng Mat Sabu berterima kasih pada Chin Peng.

Susulan dari pada itu pada 14/12/2010 Mat Sabu telah membuat rombongan bertemu Abdullah CD Mat Sabu bertemu Abdullah CD  untuk menjalin persahabatan dengan bekas-bekas pengganas PKM.

Konklusinya, Mat Sabu terpaksa mengambil kesempatan pendekatan ideologi Komunis ini apabila beliau tidak lagi yakin pejuangan beliau dalam PAS dapat bertahan lama kerana parut beliau sebagai bekas ditangkap khalwat terlalu dalam.

Beliau bimbang jika beliau mati 'digelek' lori polis seperti dalam lakonan demonstrasi Bersih baru-baru ini beliau akan mati 'khojol'.

Daripada mati sebagai seorang bekas pegkhalwat adalah lebih baik Mat Sabu mati sebagai seorang ‘pejuang’ Komunis sebaris dengan Mat Indera, Chin Peng dan Rashid Maidin.

Monday, September 5, 2011

Azeez Rahim terlalu berpolitik dan gila publisiti

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keluarga jurukamera BernamaTV yang terbunuh di Somalia, Noramfaizul Mohd. Nor, akan menerima pampasan RM200,000 di bawah skim insurans yang dibeli Kelab Putera 1Malaysia.
Presiden kelab itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau dimaklumkan syarikat insurans bahawa pampasan RM200,000 akan diberikan kepada keluarga Noramfaizul.
Beliau berkata demikian pada program Selamat Pagi Malaysia RTM yang berlangsung pagi tadi di Angkasapuri di sini. - Utusan

Jangan terlalu berpolitik dan gila publisiti dengan insiden kematian rakan wartawan Noramfaizul. Takkan lah dari memberi makanan kepada orang Somalia sehingga insiden meragut nyawa dan sehingga memberi insuran pampasan RM200,000 pun nak dipublisitikan?

Azeez Putra terlalu glamour dengan publisiti....
 

Thursday, September 1, 2011

Rating PM Najib jatuh-Mana fakta-fakta Jabatan Penerangan?


Panglima propaganda DS Najib, Rais Yatim seharusnya mempertahankan boss beliau, DS Najib dengan fakta-fakta yang kukuh apabila menyatakan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan Perdana Menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Katanya lagi kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara ikhlas.

Kenyataan ini dilontar berikutan 'finding' terbaru Merdeka Centre yang mendakwa 'rating' populariti Najib mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Rais mempertikaikan 'sampling' Merdeka Centre yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri.

Sekarang rakyat ingin  melihat apa fakta-fakta yang Rais ada bagi menguatkan kenyataan beliau itu. Jentera-jentera Jabatan Penerangan seMalaysia yang ampuh, berbayar dan otak-otak strategis seharusnya dapat mematahkan fakta-fakta chowkia Merdeka Centre.

Fakta-fakta ini mestilah diterbitkan dan jika Rais gagal menggerakkan Jabatan Penerangan dengan segera, ini bermakna jentera beliau gagal dan jabatan ini masih tidak berubah dan masih tidur di takok mala petaka pilihanraya 2008.