Tuesday, July 31, 2012

Abby Abadi bawa wajah baru dalam PAS

Kejelitaan Abby Abadi mengubah wajah PAS

Kontrak Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi sebagai duta syarikat tudung Al Humaira telah dipangkah kerana menganut PAS. Tindakkan ini dilihat lebih kepada untuk menyelamatkan syarikat mereka dari disangkut-paut dengan parti Islam Se Malaysia.
Apa pun Abby kenalah banyak bersabar di dalam perjuangan. Perjuangan untuk menegakkan Hudud PAS bukannya mudah.  Berbagai cabaran dan harungan terpaksa ditempoh. Ini baru sedikit jika dibandingkan dengan perjuangan isteri-isteri Ustaz Hadi Awang dan Tok Guru Nik Aziz. Abby tidak perlu bimbang, banyak lagi syarikat-syarikat tudung PAS yang mahu Abby menjadi duta mereka jika Abby mahu secara sukarela.
Abby haruslah bersedia, di hadapan akan datang lagi cabaran apabila beliau akan digam oleh stesyen-stesyen TV dan syarikat penerbitan filem. Manakala filem-filem dan drama lakonan Abby akan diperkasamkan dari ditayang di TV. Ada hikmahnya jika ini berlaku secara tidak langsung drama-drama yang mendedahkan aurat Abby dan lakonan Abby dengan bukan muhrim akan ditutup dan dipelihara.
Hakikatnya Abby Abadi telah membawa pembaharuan besar dalam PAS. Semenjak Abby menganut PAS keseluruhan wajah PAS sudah mula kelihatan jelita, ceria dan muda jika dibandingkan sebelum ini di mana PAS dilihat sebagai parti tua, la’eh, ganas dan kepondokkan.

Monday, July 30, 2012

Logo Hari Kebangsaan- Jangan salah Rais, beliau cuma tertidur


Insiden ‘flip-flop’ logo Hari Kebangsaan berikutan teguran Lim Kit Siang telah menunjukkan betapa kelemahan kementerian Rais Yatim. Secara tidak langsung insiden ini telah memberi ‘millage’ politik percuma kepada Lim Kit Siang dan pembangkang.
Bagaimana ni boleh terjadi?. Semasa era Tok Mat Rahmat menjadi Menteri Penerangan dahulu beliau sangat hand’s on dalam rekabentuk logo Hari Kebangsaan ini. Sehingga ada ketika dianjurkan pertandingan mencipta logo hari kebangsaan dan ramai penyertaan dari kalangan pelajar-pelajar universiti dan penuntut sekolah.
Secara tidak langsung pertandingan ini menerapkan nilai-nilai cinta anak-anak muda kepada negara mereka. Supaya Melayu tidak lupa berikut disiarkan dari arkib berita kemenangan seorang pelajar ITM mencipta logo untuk makluman Rais Yatim
24/05/1997 (BH)
Pelajar ITM menang juara cipta logo

KUALA LUMPUR, Jumaat – Penuntut tahun akhir Institut Teknologi Mara, Muhamad Azid Abdul Latif, dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan 1997.
Rekaan Muhamad Azid, 22, dipilih sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 30 April lalu.
Menurut Urusetia Pertandingan Mencipta Logo Hari Kebangsaan 1997, pelajar itu kejayaan menerima wang tunai RM5,000, sijil penyertaan dan cenderahati Hari Kebangsaan. Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-40 ini bertema `Akhlak Mulia Masyarakat Jaya'.
Muhamad Azid yang mengikuti Kursus Sarjana Senireka Grafik berasal dari Johor dan adalah anak kedua daripada sembilan beradik.
Sebelum ini, dia hanya terbabit dengan penciptaan logo persatuan dalaman ITM, sebelum memenangi beberapa hadiah saguhati dan yang terbaru muncul juara dalam mencipta logo baru Majlis Perbandaran Subang Jaya.
END. 
Rakyat semua harus maklum mungkin Rais terlepas pandang kerana kesibukan persediaan PRU13 tetapi di mana peranan KSU, TKSU dan Ketua-Ketua Pengarah di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan. 
Apakah kerana KSU sudah nak habis kontrek maka beliau harus lenggang kangkung melepas tangan atau sibuk di dalam pencarian untuk menjadi Pengerusi mana-mana GLC?
Konklusinya, permulaan Hari Kebangsaan telah memberi kemenangan moral kepada pembangkang.

Saturday, July 28, 2012

Sikap biadab warga asing di Singapura


Hasil kajian ‘courteous’ atau sikap sopan penduduk kota-kota besar oleh majalah Reader’s Digest menunjukkan juga kejatuhan rating sikap sopan rakyat Singapura.
Singapura telah menduduki rating tercorot yang ke 31 dari 36 kota-kota besar di dunia. Ini telah menunjukkan petanda awal berlaku nya penghakisan adab sopan dalam negara yang dahulunya kesopanan menjadi teras utama pemerntahan Lee Kuan Yew.
Rakan blogger Singapura Lucky Tan dalam blognya www.singaporemind.blogspot.com  telah menulis keluhannya bahawa sejak beberapa dekad yang lalu, Kerajaan PAP dengan pendekatan kuasa yang cukup keras telah menerapkan susila yang tinggi kepada warga Singapura supaya bersopan santun, jangan meludah dan membuang sampah, tidak mengunyah gula-gula getah, amalan dan menerima dwibahasa, bertutur dalam Bahasa Inggeris yang betul tidak Singlish, pam tandas selepas digunakan dan berbagai lagi.
Bagaimanapun, apabila PAP membuka pintu luas kepada warga asing, sikap-sikap positif tersebut tidak lagi terbentuk malah penguasaan serta kompromi pemerintah kepada warga asing lebih dominan dan mengenepikan warga Singapura sendiri yang dahulu taat mendukung tata susila tersebut.
Hakikatnya warga asing bukan setakat membawa wajah bengis mereka tetap juga menerapkan sikap-sikap biadab mereka kepada warga tempatan.

Friday, July 27, 2012

Rakyat Malaysia sudah tidak bersopan lagi

Sekitar tahun 1984 pertama kali MR menjejak kaki di Kota London kerana mengikuti pengajian lanjutan MR pernah tersesat bersama rakan, Ghazali terpinga-pinga mencari stesyen King Cross. Sebaik Ghazali menyeluk sling begnya untuk membuka peta Kota London seorang tua Inggeris dalam lingkungan umur 60an dengan santun dan senyuman meluru kearah kami, menyapa dan bertanyakan kemana arah tujuan kami.
 Sebaik kami memberitahu untuk ke stesyen King Cross beliau teruja menawar diri untuk guide kami dan terus mengajak kami mengikutnya sambil berbual mesra. Semasa berjalan bersama-sama, beliau banyak bercerita tentang sejarah perhubungan England dan Malaya khasnya inisiatif dan jasa-jasa YTM Tunku Abdul Rahman Putra.
Sedikit panas apabila beliau menyentuh tentang dasar Buy British Last Dr Mahathir yang katanya Dr Mahathir nak tunjuk keras kepala dengan Bristish. Kami cuba menegak dasar Mahathir tetapi beliau langsung tidak menerima fakta kami malah mengalih topik perbualan kepada yang lebih mesra dan ceria sehinggalah kami diiringi sampai ke stesyen King Cross dan beliau pun mengucapkan selamat jalan.
Apa yang MR ingin sampaikan di sini ialah sikap kesantunan orang Inggeris pada ketika itu. Tetapi apabila MR jejak kembali ke Kota London pada tahun 2007 situasi sudah berubah, Oxford Street telah dijajah oleh kaum pendatang dari Pakistan, India, Asia Tengah dll. Wajah Inggeris sudah tiada lagi. Tiada lagi kesantunan English People. Pendatang telah membawa sekali bersama mereka budaya dan sikap-sikap kurang ajar dan kebiadaban.
Hari ini Malaysia juga menuju ke arah yang sama. Apabila Reader 's Digest membuat kajian tentang kesantunan courtesy di kota-kota utama di dunia, Kuala Lumpur terletak ranking tercorot yang ke 34 dari 36 kota yang paling tidak bersopan mendahului Bucharest dan Mumbai. Nilai-nilai kesantunan dan budi bahasa semakin terhakis. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan terpaksa menghabiskan jutaan ringgit menganjurkan kempen Budi Bahasa.
 Kempen yang mengajar bagaimana untuk memberi senyuman, bagaimana untuk menyatakan ‘Terima Kasih’, bagaimana menghormati warga emas dengan memberi ruang duduk di dalam LRT, bagaimana memimpin tangan warga emas melintas jalan, bagaimana untuk menjawab telifon malah pendeknya keseluruhan kempen untuk menghapus sikap-sikap ‘kurang ajar’, ‘biadap’ dan ‘loqlaq’ (kata bahasa Kedah). Perkara-perkara asas yang sepatutnya tersemai di dalam kehidupan sejak lahir terpaksa dilatih semula.
Masyarakat kita juga menghadapi dilemma yang sama seperti masyarakat Inggeris kesan akibat kebanjiran kaum pendatang. Hidup seharian kita sentiasa di dalam kebimbangan dan curiga tentang keselamatan diri dan keluarga apabila hidup di kelilingi pendatang-pendatang asing yang kasar dan belemoih (bahasa Kedah ertinya pengotor) sehingga kadangkala dengan mengambil pendekatan sombong adalah lebih baik untuk tidak memberi muka kepada mereka. Malangnya sikap sombong ini terbawa-bawa sehingga dalam kehidupan seharian.
Apa pun kempen sopan santun tidak harus terhad kepada rakyat sahaja. Yang lebih utama ialah sopan santun wakil-wakil rakyat di dalam persidangan Parlimen. Terpekik terlolong seperti yang disiarkan di dalam siaran TV bukanlah contoh yang baik seorang pemimpin yang dipilih rakyat. Wakil BN Kinabatangan, Bung Mokhtar(suami kepada actress jelita Zizi Ezzete), Wakil PAS Mahfuz Omar, Wakil PKR Azmin Ali, Wakil DAP Karpal Singh, wakil DAP Betty Chew (slogan ShameOn You) adalah contoh-contoh wakil rakyat yang bukan setakat tidak santun malah biadap.
MR cukup mengkagumi personaliti wakil DAP Kepong Dr Tan Seng Giaw yang konsisten berdebat di dalam Dewan Rakyat dengan penuh santun dan bahasa yang tersusun dijalin indah malah diiringi pekerti yang mulia. Beliau seharusnya dilantik menjadi ‘Duta Santun’ oleh kemeterian Rais Yatim.
MR tujukan gurindam ini kepada Dr Tan Seng Giaw:
Tan Seng Giaw wakil rakyat cerdas,
Dalam Parlimen beliau berbahas
Bersopan santun diselit pedas,
Dalam pedas Dr Tan bidas’.

Thursday, July 26, 2012

Amalan gangguan Pak Menteri dalam tender Kerajaan.

MR bukanlah orang business. Sedikit pengalaman MR dalam perniagaan ialah semasa di sekolah dahulu sekitar 60an dan 70an menjual sagon (tepung gandum goreng bersama kelapa) dan nasi lemak. Tetapi kegiatan perniagaan MR ini terpaksa dihentikan kerana complaint oleh tauke kantin sekolah mungkin perniagaan beliau terjejas.
Semasa  di sekolah menengah MR membantu bapa menjual Tupperware melalui parti atau kerap dikenali  sebagai parti Tupperware. Parti Tupperware di antara parti yang friendly kerana ia bukannya parti politik yang tak habis-habis berkelahi.
Hari ini semua itu sudah berlalu. Apa yang hendak dibicarakan di sini ialah persaingan perniagaan Bumiputera dalam projek Kerajaan dan gangguan Pak Menteri dalam tender-tender besar Kerajaan.
Sebelum Ramadan MR berkesempatan singgah minum di cafeteria JKR bawah pejabat Menteri Kerja Raya dan terjumpa rakan lama semasa  menuntut di ITM dahulu seorang Jurutera bertauliah sedang mengeluh. Being professional beliau telah menyertai satu tender melalui proses tender terbuka dan keputusan hampir dibuat cuma menunggu surat tawaran. Tetapi kerana gangguan Pak Menteri keputusan ditangguh  untuk tailored kepada syarikat Pak Menteri tersebut.

Nelayan berbisik dengan peraih di Kota Kuala Muda

Persoalannya di sini sejauh mana wujud fair level playing field di dalam tender-tender dan projek-projek Kerajaan? Ramai yang akan tertawa sinis bila mendengar istilah ini. Amalan favoritism yang diamalkan turun-temurun seperti sudah berdaki tebalnya. Iklan-iklan tender dan jawatan yang terpampang di dalam akhbar hanyalah sekadar  ‘ambil syarat’ sahaja untuk memenuhi peraturan tender manakala keputusan telahpun dibuat sebelum iklan tersebut lagi.
Mereka yang genuine untuk bersaing terhegeh-hegeh membeli dokumen tender tanpa sedar mereka adalah mangsa ratahan unwritten rule and system. Maka dengan itu tidak hairanlah peniaga-peniaga berlumba-lumba untuk mencium lutut Pak Menteri dan isteri Pak Menteri. Tebal muka menyondol dalam majlis-majlis Pak Menteri walaupun tidak diundang kerana untuk melobi projek dan memohon surat permohonan mereka supaya ditenyeh oleh Pak Menteri.
Pendeknya, sudah menjadi amalan sebati tender-tender besar Kerajaan juga kena berbisik seperti nelayan dengan peraih ikan di pantai Kota Kuala Muda. Tetapi nelayan bertarung nyawa di Blue Ocean manakala Pak Menteri baru membaca buku Blue Ocean Strategy.

Monday, July 23, 2012

Zam Maidin kutuk mantan bossnya kerana 'kesesatan'

Blogger baru Zam Maidin telah menunjukkan kejantanannya kerana berani mengutuk mantan bossnya bekas Menteri Penerangan Tan Seri Kadir Sheikh Fadzil di dalam posting terbaru blognya www.zamkata.blogspot.com di bawah tajuk Tan Seri Kadir: Bendera PAS mulia.
Zam mengutuk Kadir kerana mengibarkan serta memuliakan bendera PAS semasa berucap dalam suatu perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya yang dianjurkan oleh Pas Selangor di Stadium Kuala Selangor baru-baru ini. Untuk rekod, Zam merupakan Timbalan Menteri Penerangan semasa Tan Seri Kadir menjawat Menteri Penerangan.
 Zam seharusnya sedar bahawa Kadir terlebih dahulu bertaubat dengan ‘menganut’ PAS walaupun Kadir yang berkelulusan Undang-Undang dari London dan hidup cara barat berbanding dengan Zam yang hanya berkelulusan sekolah Arab Maktab Mahmud, Alor Setar.
Zam juga seharusnya faham dengan menjulang bendera PAS yang suci dan mulia itu bukan bermakna kemenangan kepada PAS tetapi ianya merupakan muhasabah diri kepada Kadir atau dalam perkataan lain penyucian diri, dari kotor kepada BERSIH, dari HITAM kepada putih, dari PLAYBOY kepada ulama’. Kata P Ramlee buang yang keruh ambil yang jernih.
Kadir dalam ucapannya pada malam itu banyak menjurus kepada kebebasan media yang kononnya dikongkong Kerajaan. Ini ternyata Kadir sudah primitif apabila beliau sendiri ketinggalan jauh dalam perkembangan media baru yang lebih terbuka dan terlanjang. Malah Kadir sendiri tidak mampu melancarkan blognya kerana terlalu bergantung kepada media Kerajaan dan media perdana. Apabila media perdana tidak memberi ruang kepada beliau, beliau pun melalak dan meraung di atas pentas pembangkang.
Hakikatnya Kadir sendiri tidak berbangga mengibarkan bendera parti baru beliau IKATAN kerana sedar masih belum mulia dan suci. Malah mungkin partinya lebih kepada syok sendiri dan tidak mendapat sambutan maka Kadir terpaksa menumpang pentas PAS untuk menjaja parti beliau. Malah yang lebih melucukan kain sampin yang Kadir pakai pada malam itu juga bercorak kain sampin UMNO, parti yang telah memperkayakan beliau.
Akhir kalam MR tujukan pantun ini kepada Abang Kadir tersayang :
Pakai celana kain guni
Anak Cina mandi berkemban
Jangan dok hayun kesana kesini
Nanti kera mati beragan.

Friday, July 20, 2012

Hubungkait pengaruh ‘Rajesh Khana’ dan bedak Cap Nyonya dalam masyarakat Melayu 60an dan 70an..


Pada 19 July 2012 ikon superstar Bollywood Rajesh Khanna telah meninggal dunia di dalam usia 69 tahun. Beliau merupakan pelakon kacak dan dipuja-puja dalam sekitar tahun 60an dan 70an bukan setakat di India tetapi juga di Malaysia.
Pawagam-pawagam terkenal di negara ini seperti Odeon, Cathay dan Coliseum tidak pernah sunyi dan putus dengan filem-filem Hindi dan gema lagu-lagu Hindustan termasuklah filem-filem lakunan Rajesh Khana. Masyarakat Melayu ketika itu dibuai dengan fantasi kecantikan dan berlumba-lumba membeli bedak ketol Cap Nyonya disapu di muka agar cantik macam pelakun filem Hindustan.
Satu keunikan filem Hindustan atau Bollywood ialah paparan kecantikan yang terlampau dalam filem mereka, baik dari lokasi pengambarannya, hero dan heroin nya sehinggalah kemerduan suara penyanyinya.
Kecantikan nya sungguh idealistik yang kadangkala kecantikan itu adalah fantasi semata-mata. Begitu juga kemerduan suara penyanyi mereka yang seringkali dinyanyikan orang yang sama seperti  Asha Bosley, Mohd Raffi, Kishok Kumar, Lata Mangeshkar dan beberapa lagi yang umor mereka  jauh lebih tua dari pelakun-pelakun jelita tersebut.
Rajesh Khana mula tengelam dengan kemunculan pelakun yang lebih kacak era Amitabth Bachan dan lain-lain. Pelakon datang silih berganti dan suara penyanyi yang sama masih segar di belakang layar perak. Penonton tertipu lagi dengan suara dan kejelitaan.
Hari ini generasi baru lebih realistik dan ingin melihat realiti di hadapan mereka dan hiduplah program-program realiti.

Salam pilihanraya dari Zahid Hamidi di atas motor BESAR

Ahmad Zahid menyempurnakan majlis penutup konvoi motosikal kuasa tinggi di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah, semalam. Foto Bernama

Dalam Berita Harian 20/7/2012 muka surat 15 memaparkan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menunggang motor BESAR berkuasa  kuda tinggi. Ini bukanlah Simbol kemewahan yang terlampau tetapi adalah konvoi mendekati rakyat, berjiwa rakyat dan kasih kepada rakyat.

Rakyat harus faham ini adalah kebiasaan 'big boys toy' atau mainan orang-orang besar kerana pemimpin harus diberi ruang untuk beriadah kerana kusut dengan masaalah dan kerenah rakyat jelata.Kalau tak mau pemimpin kusut rakyat mestilah jangan buat masaalah kepada pemimpin.

Rakyat harus undi Barisan Nasional jangan undi individu. Undilah parti jangan kira siapa calunnya seperti kata Tun Mahathir  Johari tidak begitu suka saya, saya juga tidak begitu suka dia, tetapi sekiranya dia dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kelak, saya tetap akan mengundinya.

Sunday, July 15, 2012

Mahathir belum nyanyuk

Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA, Choong Sin Woon  telah menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan DS Najib mengiktiraf diploma Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) adalah untuk memancing undi.

Menurut Choong kenyataan itu adalah tidak tepat kerana pengiktirafan itu dibuat atas dasar mutu TARC yang tinggi di mana telah berjaya membuktikan kejayaan serta kecemerlangan graduannya.  Malah semasa era Mahathir juga beliau sendiri mengakui mutu TARC dan memberi sokongan yang kuat kepada TARC. Kecermerlangan graduan TARC terbukti apabila hampir semua graduan TARC telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan sebaik tamat pengajian.
Beliau tidak menyangkal  Dr Mahathir telah memberi sumbangan besar kepada negara tetapi bekas PM itu juga tidak harus melihat dari perspektif sendiri dan seharusnya berfikiran sezaman selari dengan generasi muda masa kini.
Kenyataan-kenyataan dan penglibatan politik Mahathir sejak akhir-akhir ini ternyata melanggar janji beliau sendiri yang tidak akan mencampuri hal ehwal Kerajaan dan parti semasa beliau melepaskan jawatan dahulu.
Walaubagaimanapun bukanlah satu kesalahan jika beliau ingin mencampuri  hal ehwal politik jika untuk mengembalikan semula kekuatan kepada Melayu kerana DS Najib telah mewarisi Kerajaan yang lemah daripada Pak Lah seperti kata-kata Mahathir sendiri.
Cuma kita jarang-jarang dengar kenyataan Pak Lah apabila Mahathir menghentam beliau, "a real Mr Nice Man".

Saturday, July 14, 2012

Kata statistik jenayah menurun tetapi.....

Apabila bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menyarankan pihak polis mengkaji statistik jenayah supaya dapat mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan negara ini terdapat berbagai reaksi dari beberapa pihak. Tidak kurang yang memidas beliau.
MR bersetuju sangat dengan kenyataan Musa Hasan itu supaya data-data statistikdan realiti kejadian harian haruslah seimbang. Statistik  menunjukkan kadar jenayah menurun tetapi hampi sertiap hari berlaku kejadian jenayah yang menakutkan. Rampasan dadah yang bernilai jutaan ringgit hampir dibuat setiap bulan.
Media-media perdana mendedahkan hampir setiap hari tangkapan-tangkapan GRO asing, awang hitam, rompakan, pembunuhan, rogol, culik dan macam-macam lagi. Mana mungkin rakyat percaya kepada  statistik manakala di hadapan mereka dipaparkan kejadian-kejadian jenayah yang menggerikan.
Musa sebagai seorang yang berwibawa dan berpengalaman tentang keselamatan negara tidak harus dipersalahkan kerana beliau juga turut bimbang dengan persepsi rakyat. Dalam hal keselamatan rakyat tidak peduli akan data dan statistic, apa yang mereka yakin dan percaya ialah apa yang berlaku dihadapan mata mereka. Data dan statistik bukannya angka petunjuk untuk menyenangi hati rakyat atau meletak mereka dalam ‘feel good factor’ atau menggunakan factor ini untuk memenangi pilihanraya.
Blog ini mengambil kesempatan ini untuk mungucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Hasan di atas kesedaran dan peringatan beliau.

Sunday, July 8, 2012

Siapakah Tan Sri yang sedang mengatal mengorat Raja Azmi, janda Jailani Sidek. Dunia Politik Negara akan sepi tanpa Anwar Ibrahim.

Siapakah Tan Sri yang sedang mengatal  mengorat Raja Azmi, janda Jailani Sidek?dan  Dunia Politik Negara akan sepi tanpa Anwar Ibrahim.
Janda bekas pemain badminton negara Jailani Sidek, Raja Azmi menyatakan ada seorang Tan Sri sedang jelling-jeling dan dok mengorat beliau sebaik sahaja mengetahui beliau sah menjadi janda. Negara ini memang terkenal ramai Tan Sri dan Datuk yang berlambak dalam pasaran.
Tetapi Tan Sri yang mana satu yang dok miang dan gatal dengan Raja Azmi kita tak tahu. Ada Tan Sri yang berkulit putih dan ada Tan Sri yang berkulit malap malah ada juga yang berkulit coklat.
Apa pun harap Tan Sri yang sedang dalam kesepian itu tunggulah dahulu selepas iddah kalau nak menggatal pun. Ikutlah hukum Islam yang kita anuti. Kata P Ramlee Barang Yang Lepas Jangan Dikenang kalau dikenang meracunlah diri.
Dunia Politik Sepi Tanpa Anwar Ibrahim.
Langsung berbicara tentang kesepian, dunia politik nusantara sedikit masa lagi akan menjadi sepi dan gerhana tanpa Anwar Ibrahim. Pengumuman Anwar Ibrahim dalam Financial Times bahawa beliau akan bersara dalam politik jika mereka kalah dalam PRU13 yang akan datang membimbangkan Pakatan Rakyat.
Dunia politik Nusantara akan menjadi sepi jika pengunduran Anwar Ibrahim menjadi kenyataan selepas PRU13 yang akan datang. Tiada lagi demonstrasi jalanan, tiada lagi rapat umum, tiada lagi tarian joget dan ronggeng, tiada lagi bunyi gendang kosong sorak dan sorai malah yang lebih sepi lagi apabila tiada lagi pelakon aksi-aksi kamasutra dalam VCD dan CCTV.
Nik Aziz, Lim Kit Siang, Syed Husin Ali, Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan kehilangan rakan karib yang selama ini merupakan penjana utama hayat politik mereka. Sesungguhnya jasa Anwar Ibrahim bukan ‘kecil anak’ kepada merek. Anwar Ibrahim lah yang menyiram pucuk-pucuk yang hampir mati. Dari sebuah parti yang melukut di tepi gantang kini berjaya menakluki empat buah negeri dan nyaris-nyaris menawan Putrajaya.
Kini Anwar Ibrahim melemparkan cabaran kepada Nik Aziz, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk bekerja kuat supaya menang dalam PRU13 yang akan datang jika benar mereka sayangkan beliau. Kerana jika kalah beliau akan berundur dari politik dan akan balik menjadi pensyarah songsang di Georgetown University, USA. Anwar juga sedar apabila usia semakin meningkat mungkin hehendak nafsu sahaja yang kuat tetapi apakan daya tenaga tak larat. Ibarat kata Pak Tua ‘mata yang melihat terliur teramat apakan daya kudrat dah berkarat’.
Bagi UMNO/BN mereka merasa sedikit lega apabila duri sudah tiada. Ini tidak bermakna mereka boleh bermaharaja lela, lalai dan leka dengan kuasa dan harta kerana kuasa rakyat adalah segalanya.

Friday, July 6, 2012

'SHAME ON YOU!!' amaran Betty Chew kepada jantan-jantan DAP

Pada 4/7/2012 jam 4.50 petang wartawan The Star berjaya menghubungi Phaik Kheng, wanita yang bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan konon dikasari oleh Betty Chew isteri Lim Guan Eng sehingga ditukarkan atas sebab-sebab misteri.
Apabila wartawan menanyakan perhubungan beliau dengan LGE, beliau enggan menjawab dan hanya menyatakan berkali-kali ingin bergegas pulang atas sebab-sebab keluarga. Beliau tidak menjawab 'YA' atau pun 'TIDAK' dalam lain perkataan tidak menafikan langsung. Ini akan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pelabagai tafsiran tentang skandal ini terhadap pemimpin DAP,Lim Guan Eng.
Dalam perkembangan yang sama kelmarin di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Melaka pula Betty Chew pula menyinga naik angin mengangkat spanduk tulisan besar Cina merah dengan perkataan “Shame On You Gan Tian Loo!!” dan juga menyembur Speaker Dewan Datuk Wira Othman Mohamad “Shame On You Datuk Speaker”. “Shame On You” atau dalam perkataan Melayu “Muka tak Malu”.
Mungkin “Muka Tak Malu” ini ditujukan juga sebagai ‘warning’ kepada Cik Gu Phaik Kheng supaya jangan menganggu suami orang. Itulah betapa garangnya Betty Chew isteri Lim Guan Eng yang juga menantu Lim Kit Siang.
Apapun kesingaan Betty Chew tidak boleh dipersalahkan. Lelaki kalau dibiarkan bebas tidak dikawal atau ‘diqueen controlkan’ akan menjadi liar kejantanan mereka. Sejarah mengajar segala-galanya seperti maharaja China yang terkenal dengan ribuan gundik. Malah yang bertambah risau dan dibimbangi Betty Chew lagi apabila Lim Guan Eng dikelilingi oleh watak-watak seperti Anwar Ibrahim dan semestinya lah beliau minta disimpangkan dari menjadi seperti isteri Anwar, Wan Azizah.
Sebab itulah apabila nampak sahaja bunga-bunga yang sedang berputik ‘she has to make a full stop’. Sebelum nasi menjadi bubur. Kepimpinan lelaki DAP haruslah Bersih kejantanan mereka.
Walupun beliau amat sayang kepada suaminya Lim Guan Eng tetapi seperti kata Melayu ‘harap-harap percaya tidak’.