Saturday, April 26, 2014

AWAS 'JITU' AKAN TANGKAP PERASUAH DI KEDAH. INI YANG BN BUAT TETAPI PAS TIDAK BUAT

Tindakan Mukhriz menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU) untuk menyiasat kes berkaitan integriti khasnya rasuah dan songlap projek dikira tepat dan bijak serta kena pada masanya. (Klik Kedah Ke Arah Sifar Rasuah)
Di Kedah bunga-bunga mainan rasuah ini sudah nampak berputik bukan setakat penjawat awam tetapi di kalangan ahli-ahli exco sendiri. 
Ada exco yang sedang mengatur proksi untuk mengawal projek khasnya projek-projek kerajaan Persekutuan yang akan turun ke Kedah. 
Dahulu YB ini seperti gila merian daripada awal bermati-matian melobi untuk menjadi calun wakil rakyat. Setelah menang pilihanraya sebagai wakil rakyat dilobinya pulak untuk jawatan Exco. Beliau berjaya menjawat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya.
Si Exco sedar ketiga-tiga sektor ini merupakan sektor yang paling lumayan dengan peruntukan yang bakal turun dari Kerajaan Persekutuan. 
Semua ini sebenarnya adalah perancangan jangka panjang exco ini untuk mempolok projek kepada syarikatnya yang sedang lapar ternganga. Ini semua adalah persediaan rancangan jangka lima tahun BN memerintah kerana mereka sendiri hilang keyakinan samada BN akan terus memerintah Kedah atau sebaliknya. 
Sehubungan itu di dalam kesempatan yang ada ini mereka kalut meraup projek-projek mega sebagai persediaan jika BN kalah dalam pilihanraya yang akan datang sekurang-kurang nya mereka sudah ada istana di Perth, Australia.
Beliau dari awal telah meramal banyak tender kementerian pendidikan yang akan dibuka dari tender pengawal sekolah, kantin sekolah sehingga membina sekolah. Begitu juga banyak tender Jabatan Kerja Raya dari menebas rumput sehingga membina jalan raya baru. Mula-mula dipondolnya dan akhir sekali habis digondolnya. 
Di kalangan masyarakat peniaga suara-suara sumbang sudah kedengaran dari penjawat awam tertinggi di kementerian bahawa Si Exco ini sudah ‘sound’ agar semua perojek kementerian pendidikan di Kedah mesti melalui beliau dahulu untuk tapisan sebelum dilaksanakan. Mungkin yang mana yang besar dan mengtuntungkan akan diraupnya untuk syarikat beliau dan syarikat yang bersangkutan beliau atau kroni-kroni beliau. 

Beliau sendiri mempunyai syarikat Tacon Builders Sdn Bhd yang merupakan kontraktor kelas besar di mana pemegang saham nya ialah beliau dan isterinya. Meneliti rekod SSM beliau mempunyai saham sebanyak 150,000 dan isterinya 100,000. 
Hakikatnya bukan mudah untuk Mukhriz membenteras rasuah di kalangan exco sekelilingnya kerana mereka ini pandai berlakon dengan membawa bermacam-macam watak. Tetapi dengan wujudnya JITU sekurang-kurangnya biarlah mereka makan secupak dari makan sejelapang duit rakyat. 
WASSALLAM.

Thursday, April 24, 2014

NAJIB APA DAH JADI?

"Tender bagi kat Cina, why? Because I am a Malay?" - tanya Daim.

Sunday, April 20, 2014

SATU PERGI SEPULUH MARI. "JANGAN MAIN-MAIN, SINGH IS KING" KATA CUCU KARPAL SINGH.

Kenyataan di bawah disedut khas sepenuhnya dari Malaysian Insider untuk direkod sebagai catatan sejarah blog ini. Catatan ini adalah untuk rujukan mungkin 10 atau 20 tahun yang akan datang.
Pada ketika itu mungkin evolusi dunia blogspera sudah berubah bentuk dan arusnya.
Walauapapun perubahan tetapi yang pasti dan tetap tidak berubah ialah catatan isi kandungannya dan semangatnya.
Bukan sahaja disegani di kalangan orang ramai, pemergian Karpal Singh memberi kesan mendalam kepada 11 cucu yang ditinggalkannya, mereka bercita-cita untuk mengikut jejak datuk mereka menjadi "Harimau Jelutong".
Semua cucu mendiang berkumpul di ruang sidang media yang disediakan, cucu Karpal paling tua berusia 11 tahun, Aashay Singh Deo menyifatkan datuknya sebagai inspirasi kepada mereka.
"Kami mahu jadi seperti datuk, jadi Harimau Jelutong," kata Aakshay, anak sulung kepada Jagdeep Singh Deo, yang juga Ahli Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Pulau Pinang.
Cucu Karpal kemudian menunjukkan kad yang tertulis kata-kata penghargaan kepada datuk mereka, antaranya tertulis "Kami akan rindu kamu", "Jangan main-main", "Singh is king" dan "Kami semua akan jadi harimau seperti kamu".
Orang ramai tidak putus-putus menziarah untuk melihat buat kali terakhir "Harimau Jelutong", jambangan bunga tanda peringatan memenuhi kediaman ahli politik disegani ramai mendiang Karpal Singh.
Walaupun masa untuk melawat bermula pada jam 11 pagi, orang ramai mula membanjiri rumah ahli politik veteran DAP tersebut seawal jam 8 pagi. Khemah dipasang di luar rumah Karpal di Jalan Utama penuh dengan masyarakat berbilang kaum menunggu giliran untuk melihat peguam yang digeruni lawan dan rakan tersebut, sementara sukarelawan sibuk mengawal lalu lintas bagi mengelak kesesakan. 
Anak Karpal, Gobind Singh Deo mempelawa orang ramai untuk masuk melawat bapanya dan selepas itu mengadakan sidang media ringkas bagi meraikan tetamu yang datang.
"Bapa sering menjadi pembela kami," kata Gobind mengimbau kembali zaman kanak-kanak bersama bapanya. 
Segenap masyarakat tidak kira agama dan bangsa meratapi pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor tersebut, pemimpin Katolik Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, yang juga rakan satu sekolah menyifatkan Karpal sebagai seorang yang hebat. 
"Kami kenal sejak zaman persekolahan. Beliau seorang insan yang hebat dan memang perlu menghargai individu sebegini," kata beliau yang bersekolah bersama mendiang di St Xavier, Pulau Pinang. 
Mendiang meningalkan legasi sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, serta ada juga tidak pihak yang menyenangi pendirian beliau khususnya dalam soal Perlembagaan negara. Perbezaan pendapat bukan alasan untuk lawan bermusuh dengan mendiang, malah Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang sering bertegas mengenai hukum hudud juga menziarah dan memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal. 
Mendiang Karpal sering berbeza pendapat dengan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut memandangkan bertentangan dengan Perlembagaan negara. 
"Kita kehilangan pejuang yang aktif perjuangkan keadilan rakyat," kata Ahmad yang tiba sekitar jam 1 tengahari di kediaman mendiang. 
Cuaca yang mendung memudahkan orang ramai untuk menziarah, malah satu kawasan lapang letak kereta berhampiran rumah mendiang memudahkan mereka yang melawatinya. Pelawat juga disediakan dengan minuman sekiranya kering tekak menunggu giliran untuk melawat. Ramai juga yang juga datang jauh untuk memberikan penghormatan terakhir, beberapa rakan wartawan dan aktivis juga tidak melepaskan peluang untuk menziarah mendiang.
Tokoh pertubuhan bukan kerajaan, Bersih 2.0 yang mendesak pilihan raya adil, Datuk Ambiga Sreenevasan juga hadir bagi memberi penghormatan terakhir. Ambiga yang juga seorang peguam bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang dan terserempak dengan rakan-rakan peguam lain yang juga pergi untuk menziarah mendiang. 
Isteri ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba sekitar jam 3 petang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal yang juga peguambela kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdepan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes Liwat II. Dr Wan Azizah terharu dengan mendiang yang jujur membantu dan menjadi peguam kepada Anwar. 
"Mendiang tidak pernah meminta satu sen pun daripada kami," kata Dr Wan Azizah yang sedih mengesat air mata. 
Pemimpin PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan rakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 juga hadir melawat mendiang.
"Beliau adalah rakan tahanan saya semasa Operasi Lalang pada 1987. "Saya masih teringat ketika isteri mendiang membawa bekalan makanan dan kami berkongsi sama makanan," kata Mahfuz.
Pukul 11 malam adalah waktu terakhir untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir, bagaimanapun pada jam 8 malam orang ramai masih lagi beratur panjang di bawah hujan renyai-renyai membasahi kediaman Karpal.
Karpal, 73, terbunuh dalam kemalangan pada Khamis lalu kira-kira jam 1 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Kampar, Perak apabila kenderaan Toyota Alphard beliau melanggar sebuah lori. Pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius Selvam Vellu turut meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala anaknya Ramkarpal dan pemandu terselamat dengan kecederaan kecil. 
Sejak Khamis lalu, ribuan orang melawat rumahnya di Pulau Pinang untuk memberi penghormatan terakhir kepada orang yang dianggap pelbagai pihak sebagai salah seorang daripada ahli politik terbaik di negara ini.
Esok, jenazah mendiang akan dibawa ke Dewan Seri Pinang bagi memberi peluang kepada orang awam memberikan penghormatan terakhir. Ia akan bermula seawal 8.30 pagi hingga 10.15 pagi. – 19 April, 2014.

Thursday, April 17, 2014

MR KARPAL SINGH

"Satu perkara yang saya tahu berkenaan Karpal ialah beliau banyak mengendalikan kes secara pro-bono; iaitu tanpa mengenakan bayaran. Ianya lebih kepada khidmat kepada masyarakat bawahan dan tertindas. Kadang-kadang tengok pejabat guaman Karpal dah macam pejabat JKM. Ada satu frame gambar besar hadiah daripada sebuah kesatuan pekerja yang melahirkan penghargaan kepada Karpal atas perjuangan mendiang membantu mereka". (-Zul Nordin)
"To Madam Gurmit Kaur and my dear friend Gobind Singh Deo and family, do accept my deepest condolence. We may have our differences, but my respect and admiration to your late father remains".
 

SEMOGA PENGIKUT USTAZ DON BERLAPANG DADA

Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Uztaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.
Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.
"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja. 
"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," kata Wardina.
(StarOnline)

KOMEN:
Seharusnya pengikut Ustaz Don berlapang dada dengan kemusykilan Wardina.

Friday, April 11, 2014

TINDAKAN TIDAK CERDIK SEORANG YB.

Di dalam keghairahan berposting dalam FB untuk menunjukkan beliau kerap turun kawasan seorang YB dari Pendang telah melakukan satu kesilapan yang amat besar apabila memaparkan visual seorang warga emas sedang uzur tanpa menutup aurat. 
Posting YB tersebut yang berbunyi “Melawat orang sakit di Kg Baru” ternyata tidak prihatin dan tidak bijak kerana ini boleh mengundang aib kepada keluarga warga emas tersebut yang sedang sakit. 
Penggunaan media sosial untuk mencari pengaruh haruslah bijak dan berhati-hati. Jangan dijadikan visual orang sakit dan tua sebagai alat mencari pengaruh pengundi konon perihatin dan mesra rakyat. 
Adalah tidak wajar warga emas yang hampir nyanyuk dan tidak sedar ada orang yang merakam wajah mereka untuk dipaparkan satu dunia melihatnya. 
Mereka sudah daif, dengan hanya dihulur bantuan beberapa ringgit ada pula golongan yang mengambil kesempatan mencari populariti politik di atas keuzuran mereka. 
Kita harus sedar wajah di dalam gambar itu juga mempunyai hak samaada mahu atau tidak memberi kebenaran menyiarkan gambar mereka di dalam FB.
Jika mereka tidak rela mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kerana mencuri rakam gambar mereka ketika mereka sedang sakit.
Bayangkan bagaimana perasaan kita jika gambar ibu atau saudara kita yang sedang tergedang sakit tanpa tutup aurat didedahkan sebegitu?

Wednesday, April 9, 2014

AKAN WUJUD ‘KERAJAAN BARISAN BERUK’ DI KEDAH PADA TAHUN 2030 YANG DIPIMPIN OLEH SEORANG "CHIEF OF THE JUNGLE"

Melayu Kedah akan menjadi bangsat pada tahun 2030 jika kepimpinanan hari ini masih tidur, terlalu banyak berpolitiking dan mementingkan kocek sendiri. Ini kerana tanah rezab Melayu milik mereka sedang jatuh sedikit demi sedikit ke tangan orang lain. 
Amalan mendabik dada konon Melayu Kedah kuat tanpa sesuatu tindakan yang bijak dan strategik akan menjerumuskan mereka ke dalam gaung yang dalam.
Lapuran Audit Negara 2013 yang terbaru amat mencemaskan. Lapuran ini telah mendedahkan Tanah rezab Melayu di Kedah yang telah dibatalkan berjumlah 10,907.77 hektar. Manakala jumlah yang digantikan hanya lah 2,499.56 hektar sahaja . Ini bermakna sejumlah 8,408.21 hektar tanah rizab Melayu tidak diganti. 
Sebagai contoh tanah seluas 1,051 hektar di Sik mukim Sungai Pau yang mana kerajaan negeri telah meluluskan pembatalan tanah rizab Melayu daripada PKNK sehingga kini tidak diganti. 

Malah yang membimbangkan lagi ialah apabila terdapat surat hak milik tanah-tanah rizab Melayu yang diganti tidak diendorsekan oleh Pentadbir Tanah Daerah khasnya di kawasan Kubang Pasu. Implikasinya kelak ia amat mudah hak milik berpindah kepada pihak lain. Kawasan ini banyak melibatkan sebuah pemaju harta tanah Cina di Jitra.

Akhirnya laporan audit ini menegaskan agar tanah-tanah rizab Melayu yang dibatalkankan hendaklah digantikan dengan segera supaya tanah-tanah rizab Melayu tidak hilang. 
Jika ini berleluasa tidak mustahil Pulau Pinang akan meluaskan empayarnya ke negeri Kedah pada tahun 2030 dan ketika itu Melayu Kedah akan terpinggir dan menjadi bangsat di tanah nya sendiri. 
Tanah-tanah strategik di dalam kawasan perbandaran akan ditawan oleh saudagar-saudagar Cina dengan harga pasaran yang melangit. 
Pada ketika itu Melayu Kedah akan diasak sehingga ke pinggir gigi-gigi hutan Sik, Baling dan Kuala Nerang menubuhkan satu Kerajaan baru bersama beruk, kera, siamang, monyet, mawa, lutung, musang dan jebon. 
Mungkin pada masa itu kerajaan tersebut akan dikenali sebagai "Kerajaan Barisan Beruk" di bawah seorang "Chief Of The Jungle" kerana tidak ada lagi jawatan Menteri Besar.
Hakikatnya dengan angka-angka yang membimbangkan dari lapuran ini sepatutnya membuat kepimpinan Melayu Kerajaan Kedah hari ini sedar dan bertindak segera. Kalau mereka sedar akan survival bangsa mereka seharusnya mereka kurang bermaharaja lawak dan kurang berdakapan dengan isteri kerana tilam yang empuk itu adalah hak milik rakyat.
Sudah hampir satu tahun Mukhriz menjadi MB dan sudah hampir satu tahun exco-exco yang dilantik tidak menampakan apa-apa pembaharuan di negeri Kedah. Aku janji Barisan Nasional “Bersama Memacu Transformasi Kedah" masih terawang-awang tanpa hasil di depan mata rakyat.
WASSALLAM.

Saturday, April 5, 2014

IKUTI KISAH BENAR DI KEDAH, BN MENANG SIAPA SENANG?

Mek Chik Ahmad mendapat sumbangan tilam sponge.
Paparan kisah di bawah ini bukan dari sedutan mana-mana novel atau cerpen tetapi ia adalah sedutan dari kisah benar diakhbarkan di dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 5 April 2014. Utusan Malaysia
Empat hari lalu Mek Chik Ahmad, 73, dan seorang anaknya terpaksa berteduh di pondok berbumbungkan kain kanvas apabila rumah mereka di Kampung Pinang, Pedu ranap dilanda puting beliung. 
Akibat kejadian itu pada waktu siang mereka berteduh di pondok tersebut dan pada waktu malam Mek Chik Ahmad pulang ke rumah anaknya yang terletak sekampung. 
Hari ini Mek Chik Ahmad sedang menunggu pondok baru seperti yang dijanjikan akan dibina oleh MADA (Lembaga KemajuanPertanian Muda) namun beliau belum tahu bila pembinaan itu akan dilaksanakan. 
Hasil dari keperihatinan wakil rakyat kawasan tersebut Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim, Mek Chik Ahmad telah dihiburkan dengan sedikit sumbangan set tilam oleh Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman). Di samping itu beliau juga telah mendapat bantuan RM500 oleh Kerajaan Negeri. 
Kisah-kisah orang susah sebegini yang terpaksa menunggu dan mengunggu sudah menjadi kelaziman khasnya apabila berlaku di luar musim pilihanraya. 
Jika di dalam musim pilihanraya rasanya mahu Mek Chik Ahmad didukung dan rumahnya dalam sekelip mata siap dibina. Ketika itu Mek Chik Ahmad seperti selebriti yang diperalatkan untuk publisiti dalam media-media perdana bagi meraih undi.
Susulan dari kisah di atas. MR ingin menyelongkar sedikit dari seribu kisah di dalam kelambu kekayaan seorang Exco Kedah.
Kisah ini juga bukan rahsia lagi dan ini kisah benar kerana semua ahli-ahli BIDARA (Persatuan yang ahlinya terdiri dari isteri-isteri wakil rakyat dan bekas wakil rakyat) telah cukup maklum dengan kelakuan datin ini. Datin yang merupakan isteri kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah pimpinan MB Mukhriz Tun Mahathir tanpa selindung mencanang dengan gah bahwa set tilam empuk rumah beliau bernilai RM16,000 (Ringgit Enambelas Ribu Sahaja). Bayangkan nilai set tilam RM16,000 dengan set tilam 'sponge' yang disumbang kepada Mek Chik Ahmad?.
Hakikatnya apabila suami menjadi exco isteri pun mula bersaing mempamirkan kemewahan yang terlampau. Mungkin slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ juga sesuai untuk dilaungkan ‘BN Menang Isteri YB Pun Kenyang’. 
Mek Chik Ahmad terlentang tidur atas tilam 'sponge' berbumbung kanvas manakala Exco senang lenang guling garak atas tilam tujuh lapis tinggi, tujuh lapis dalam dan tujuh lapis lebar.

Thursday, April 3, 2014

DUNIA GELAP DI SEBALIK KEHEBATAN SINGAPURA


Apabila melangkah ke beberapa bahagian di Geylang anda mungkin berfikir bahawa anda baru sahaja melangkah ke dalam set filem gangster. 
Kebanyakan lorong adalah sarang maksiat dan jenayah. 'Streetwalkers' secara terbuka memperagakan pakaian ketat walaupun dengan kehadiran kamera pengawasan.
Berdekatan, penunggang motosikal berkelip lampu mereka, tanda isyarat yang untuk mereka membeli rokok. 
Aktiviti maksiat lain yang merupakan sebahagian daripada landskap Geylang ialah jualan dadah haram seperti codein pil ransang seks dan pusat perjudian. 
Kebelakangan ini, pelacuran dan 'bapa ayam' telah menjadi lebih kurang ajar. Pekerja asing pula bertindak sebagai peninjau dan promoter perempuan. 
Dan mereka sanggup melakukan keganasan untuk mengelak diri dari ditangkap.
Oleh : Zul Othman, Zaihan Md Yusuf - The New Paper

Wednesday, April 2, 2014

MEMBONGKAR RAHSIA DI SURABAYA

Dalam posting kali ini blog ini tidak mahu komen apa-apa. Cuma kali ini kami paparkan visual yang membawa seribu makna untuk ditafsirkan. 
Bercakap tentang gambar, ingin MR mengimbau kembali sebuah lagu English klasik yang dinyanyikan oleh 'Bread' yang berjudul ‘IF’ dan lirik indahnya ditulis oleh Price, Kelly dalam sekitar tahun 70an.
Dalam kontek ini hanya tajuk lagu ini yang ada kena mengena dengan visual di atas tetapi lirik lain hanyalah kenangan indah ketika dilambung cinta asmara zaman remaja dahulu. 
If a picture paints a thousand words 
Then why can't I paint you? 
The words will never show,the you I've come to know 
If a face could launch a thousand ships
Then where am I to go? 
There's no one home but you, 
you're all that's left me too 
And when my love for life is running dry 
You come and pour yourself on me
If a man could be two places at one time
I'd be with you Tomorrow and today,
beside you all the way
If the world should stop revolvin'
spinning slowly down to die
I'd spend the end with you
And when the world was through
Then one by one the stars would all go out Then you and I would simply fly away