APA NAK HAIRAN DENGAN CELAKA? BLOGGER JALANAN SEPERTI MR PUN PERNAH DICELAKAKAN OLEH SEORANG PEMIMPIN KANAN UMNO DI KEDAH KERANA TIDAK BOLEH MENERIMA TEGURAN MEMBINA.
Friday, May 23, 2014
Thursday, May 22, 2014
DYANA SOFYA - KOMEN MAHATHIR DAN ANAKNYA MARINA
Komen dua beranak Mahathir dan anaknya Marina ternyata bercanggah berhubung calun prk Teluk Intan, Dyana Sofya bt Mohd Daud.
Kata Marina melalui FB nya :- "Gadis ini sangat bijak. Beliau boleh berfikir, petah berkata-kata, dan beliau juga boleh menulis. Itu sudah tiga perkara, lebih baik daripada kebanyakan ahli politik,".
"Saya tidak faham mengapa ramai yang menentangnya hanya kerana beliau muda? Najib Razak (Perdana Menteri) menjadi menteri ketika berusia 26 tahun. Dyana hanya 27 tahun dan bertanding kerusi Parlimen. Kita perlu lebih ramai orang muda kerana mereka bawa idea segar,".
Kata Mahathir kepada wartawan:- "Itu 'window dressing'. Bukan ada harapan apa pun. Tetapi kalau dia menang, dia menang la. Kita kalau hendak buat 'window dressing', kita kena buat cantik-cantik. Baru orang nampak (ia) menarik sikit".
Hakikatnya kemunculan calun muda Dynana Sofya secara otomatik memperlihatkan wajah-wajah dan perangai tua UMNO. Realitinya ramai lagi remaja di luar sana malah bekas graduan UiTM yang berperinsip seperti Dyana dan sedang menunggu masa untuk “ROAR” atau 'MENGAUM".
Tuesday, May 20, 2014
MAHATHIR KAN DAH KENA HENTAM? LEBIH BAIK BERSARA DAN TUMPU DENGAN KERJA YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA.
Saya cuba didik jadi Mukhriz, tetapi membesar jadi Marina, kata ibu Dyana kepada Dr Mahathir
Kekesalan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana
Sofya Mohd Daud menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan
dijawab sendiri oleh ibunya, Yammy Samad.
Yammy berkata beliau sehabis daya mahu Dyana mengikut jejak langkah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya
perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.
"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana
buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” katanya kepada
The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.
Semalam,Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila
calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong
perjuangan Umno sejak sekian lama.
"Kalau datang daripada keluarga pembangkang tidak jadi apa. Kerana sejak kecil diajar membenci Umno.
“Kalau anak orang Umno depa tidak cakap pada anak depa pasal apa Umno
ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah hendak buat
apa sahaja," kata Dr Mahathir.
Yammy berkata Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta untuk memilih suami yang bukan daripada kalangan Melayu.
KOMEN:
NO COMMENT.
Saturday, May 17, 2014
DYANA SOFYA MANGSA "CHARACTER ASSASSINATION"
Pilihanraya Kecil Teluk Intan akan memaparkan wajah politik negara yang cantik apabila DAP mempertaruhkan calun comel-lote Dyana Sofya Mohd Daud, Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Dyana 27, merupakan bekas graduan berkelulusan undang-undang dari universiti Melayu UiTM telah bergiat aktif dalam politik DAP sejak 2010.
Nama Dyana tiba-tiba dengan otomatik meletup sebelum hari penamaan calun tempoh berkempen. Media sosial anti DAP mengambil pendekatan "membunuh watak" atau “character assassination” dengan mula menebar visual konon Dyana mendedah aurat dengan berbikini.
Dyana memantul dengan menyanggah melalui satu kenyataan media pada Jumaat lepas bahawa gambar foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.
“Character Assassination” adalah taktik politik kotor yang bukan baru dalam politik negara ini. Ia berjaya menyelamatkan Mahathir dari dijatuhkan oleh Tengku Razaleigh apabila watak Ku Li telah dibunuh dengan penyebaran visual Ku Li memakai tengkolok salib. Visual ini disiarkan dalam akhbar Utusan dan gambar-gambar nya di sebarkan di mesjid-mesjid bagi melahirkan kebencian orang Melayu kepada Ku Li ketika itu.
Walaupun Mahathir ketika itu tidak rela tetapi beliau sendiri tidak menghalang tindakan kotor balacinya itu yang sedang menghirup keistimewaan jawatan dari anugerah Mahathir sendiri.
Kini taktik yang sama cuba digunakan kepada Dyana Sofya. Tetapi generasi kini sudah tidak ambil pusing strategi taktik lapuk itu. Malah mereka lebih "advance" dengan pendekatan yang lebih licik, halus dan bijak dengan melancar serangan bertubi-tubi melalui “Soldadu Kacang Merah” atau “Red Bean Army”.
KATY PERRY |
Hakikatnya apa yang menarik dari calun DAP dalam PRK Teluk Intan ini ialah amaran Dyana Sofya kepada pengeritik beliau. Beliau dengan tegas memberi amaran kepada mereka “Anda akan mendengar saya...mengaum!” memetik sebahagian bait lagu terbaru penyanyi Katy Perry bertajuk “Roar” yang sedang menjadi siulan pengundi muda hari ini.
Jangan main-main, di antara bait-bait lagu “ROAR” amaran Dyana ialah “I got the eye of the tiger, a fighter, dancing through the fire, 'Cause I am a champion and you’re gonna hear me roar, Louder, louder than a lion, 'Cause I am a champion and you’re gonna hear me roar.”
Sama-sama lah kita lihat sejauh mana Dyana akan ‘ROAR’ atau mengaum seperti harimau selepas penamaan calon yang akan diadakan pada 19 Mei ini manakala pengundian pada 31 Mei.
WASSALAM.
HANYA AHMAD SAID BOLEH AJAR NAJIB
Ahmad Said bukanlah jejaka yang hensem atau tampan sangat jika di bandingkan dengan MB-MB lain dalam negara ini. Tetapi Ahmad Said berjaya menarik perhatian politik Malaysia dan mungkin pejabat Obama apabila beliau pandai melentur besi ketika masih panas (Strike the iron while its hot).
Ahmad Said tahu di dalam politik khasnya UMNO tidak pernah ada kesetiaan dan kenang jasa kepada pemimpin mereka yang sudah tidak ada jawatan. Kerapkali berakhir menjadi kupang tembaga. Perjuangan adalah istilah ritorik semata-mata setelah pemimpinnya galak dengan mainan politik wang.
Baik dari ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi hinggalah ke pemimpin atasan. Kesetiaan ahli akar umbi juga boleh berubah pada bila-bila masa apabila mereka meluat dengan keangkuhan pemimpin mereka yang sering lupa daratan apabila berkuasa. "Ada wang semua jadi, tidak ada wang lu pi mati".
Ketika ini dan hari ini harga politik Ahmad Said tidak ada nilai nya dalam pasaran malah tidak mampu dijual beli. Jika Ahmad Said dan dua lagi rakannya berdegil mahu keluar parti tidak mustahil bakal berlaku pilihanraya kecil di Teranganu dan belanja prk bukan sedikit. Di samping itu belum tahu samada BN/UMNO akan menang atau terguling tunggang-langgang.
PRK satu hal, sebaliknya yang paling tidak ada taranya nilainya ialah harga maruah kepimpinan Najib dalam pasaran. Sanggupkah Najib berselfie dengan muka hitam legam diconteng arang oleh Ahmad Said rakan politik seanggkatan dengannya sejak dari pemuda UMNO lagi?
Jika patut diberi angpow kepada Ahmad Said ia bukan suatu tindakan yang bodoh tetapi ia adalah tindakan yang bijak malah Ahmad Said "deserved it" daripada berakhir dengan kerjaya politik menghitung syiling kupang dan tembaga.
Wasallam.
Thursday, May 15, 2014
NASIHAT MAHATHIR INI JUGA BOLEH DIGUNA PAKAI KEPADA MUKHRIZ DI KEDAH
THE CLOWN OR THE KINGMAKER? |
Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata krisis politik yang
berlaku di Terengganu itu berpunca daripada kelemahan parti Umno
sekarang.
"Umno kini lemah. Sedikit sebanyak kerana pandangan (anggota) ialah
(fokus) kerajaan terhadap masalah orang Melayu, masing-masing berkata,
berkurangan kerana layanan yang kuat diberi kepada parti lawan dan orang
Cina dan sebagainya.
"Jadi ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.
"Bagi mereka sokong pun bukan kerana kepimpinan tetapi kerana tidak suka kepada parti lawan," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kepimpinan tertinggi Umno perlu
memahami sentimen penyokong di peringkat akar umbi bagi memastikan parti
itu terus mendapat sokongan terutama bagi menghadapi pilihan raya umum
akan datang.
Beliau menegaskan pemimpin Umno tidak seharusnya mendengar bulat-bulat
individu yang berada di sekeliling mereka sahaja, sebaliknya perlu
memahami keluhan anggota parti yang sentiasa menyokong Umno.
"Pemimpin mesti sedar tentang perasaan orang di bawah. Jangan harap
orang yang dekat sahaja. Kita kena tahu orang di bawah dia rasa macam
mana.
"Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara dasar pentadbiran
tetapi mereka tidak tahu macam mana nak gunakan saluran (menyuarakannya)
kecuali melalui pilihan raya," katanya.
Dr Mahathir berkata sebenarnya Umno banyak melakukan kesilapan yang
serupa, namun tidak ramai pemimpin parti itu yang berani tampil
memperbetulkan kesalahan tersebut.
Ini menyebabkan kepimpinan tertinggi merasakan apa yang dilakukan mendapat sokongan, kata beliau.
"Umno jarang belajar... saya dah kata berkali-kali tetapi mereka tidak
sedar. Kita akan kehilangan (kuasa) kerana Umno tidak belajar dan buat
kesalahan yang sama," katanya. – Bernama, 14 Mei, 2014.
Tuesday, May 13, 2014
APA TINDAKKAN ROSMAH KALAU LAGI 7 HARI NAK DIADAKAN KENDURI TIBA-TIBA NAJIB DIRENTAP JAWATAN PM?
NAJIB TERBAWA-BAWA KONON HEBAT BERSAMA OBAMA |
Ahmad Said yang memohon kepada Najib untuk tangguh perletakan jawatannya sehingga selesai kenduri anaknya ternyata keciwa apabila rayuannya itu dibakul sampah kan oleh Najib atas alasan itu masaalah peribadi Ahmad.http://www.astroawani.com/
UMNO seringkali dilaungkan sebagai parti keramat. Keramatnya UMNO kerana mendukung adat budaya Melayu dan Islam sebagai tunggak utama.
Masyarakat Melayu hampir setiap cuti sekolah gemar mengadakan kenduri samada istiadat perkahwinan, kenduri arwah, kenduri kesyukuran, kenduri mendapat cahaya mata dan macam-macam kenduri.
Bagi Melayu elitis kenduri hanya membuang masa dan menambah obesiti tetapi kenduri juga adalah medium perhubungan siratulrahim. Politikus yang kerap turun jumpa rakyat melalui kenduri akan mudah mendapat tempat di hati rakyat biarpun tidak berpelajaran.
Ahmad akan mendapat simpati orang-orang Melayu akar umbi apabila alasannya tidak diperkenankan oleh Najib. Cuba bayangkan jawatan Najib direntap turun seminggu sebelum kenduri anaknya? Mungkin Rosmah akan menggila lebih dari isteri Ahmad Said.
Najib mungkin terasa kuat dan hebat selepas berselfie dengan Obama tempoh hari.
Thursday, May 8, 2014
NAUNGAN MUKHRIZ DI BAWAH KETIAK BAPA MEMBAWA KEUNTUNGAN KEPADA RAKYAT KEDAH
Rakyat Kedah sebenarnya untung apabila Mukhriz menjadi MB. MB Kedah penggal ini mendapat sokongan yang kukuh melalui rantaian perhubungan keturunan bapanya yang masih berbisa. Ini banyak memudahkan beliau mentadbir negeri Kedah terutamanya di dalam menarik pelabur besar ke negeri Kedah.
Hanya satu tahun menjadi MB, Mukhriz telah Berjaya menarik pelaburan asing yang berjumlah RM74 billion hanya dengan dua projek sahaja. Satu diantara 2 projek mega yang telah diluluskan Kerajaan Kedah yang bakal menjadi kebanggaan rakyat Kedah Darul Aman ialah pelaburan berjumlah RM4billion projek pembangunan semula Perdana Quay di Langkawi.
Projek ini akan dibangunkan oleh Syed Mokhtar Al Bukhari dan rakanniaganya Ali Allabar.
Projek ini juga bakal menarik pasaran mereka yang kaya dan terkenal atau ‘the rich and famous’ ke Langkawi. Dalam erti kata lain wajah pelancungan Langkawi di masa hadapan akan burubah dari pasaran pelancung ‘chaw kia’ kepada pasaran pelancung elit.
Projek mega yang kedua pula ialah projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dijangka pelaburan nya bernilai RM70billion, pelaburan sebuah syarikat China, China Energy Huacheng Industrial Investment Co. Ltd (China Energy) perkongsian bersama Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh).
ZIPY di YAN |
Penapisan ini kelak akan menjadi kilang penapis minyak mentah terbesar di Malaysia.
Mengikut perancangan awal kilang ini akan menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 rakyat Kedah. Manakala di belakang projek ini pula ialah keluarga Tajudin Ramli dan penasihatnya bekas Menteri Kewangan Daim Zainudin.
Inilah hasil satu tahun Mukhriz jadi MB Kedah dan kedua-dua projek mega ini jelas membuktikan bahawa perhubungan keturunan perniagaan bapanya dengan dua billionwan anak Kedah, Syed Mokhtar Al Bukhary dan Daim Zainudin memang berhasil.
Sesungguhnya kedua-dua rakan bapanya ini telah menyelamatkan imej Mukhriz di dalam kehebatan beliau membangunkan Kedah. Tetapi realitinya apa yang rakyat mahu lihat ialah kapasiti dan kewibawaan Mukhriz itu sendiri sebagai pemimpin tanpa bernaung di bawah ketiak mak atau bapak.
Walaubagaimanapun semua pihak harus menerima hakikat bahawa rantaian keturunan ini banyak membawa keuntungan kepada rakyat Kedah.
Ini menyanggah sama sekali pendapat segelintir KCS yang bertekak dengan MR apabila mereka berpendapat Kedah ini sepatutnya dipimpin oleh MB yang jangan cerdik sangat atau yang SPM holder atau LCE holder seperti Syed Razak dan Osman Aroff kerana sikap yang lebih mesra rakyat sehingga mampu mempertahankan rekod 2/3 kerusi di Kedah, berbanding dengan MB-MB yang cerdik seperti Sanusi Junid dan Mahdzir Khalid yang memporak perandakan politik Kedah.
Untuk tuan-tuan KCS pendapat tuan-tuan itu telah ketinggalan zaman, zaman Tok Nadoq mentekedaqah dedak mungkin laku tetapi dunia sekarang “If you cannot speak English the investor will play your backside la Bro…”.
Mana rakyat mau sama-sama kita lihat keputusan PRU14 nanti.
WASSALAM.
Monday, May 5, 2014
APA PERUBAHAN MUKHRIZ MAHATHIR SEPANJANG SATU TAHUN JADI MENTERI BESAR KEDAH?
Hari ini 5 Mei 2014 genap satu tahun Kedah “diselamatkan” oleh BN. Mukhriz Tun Mahathir ditabalkan sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas merdeka. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 5 Mei 2013.
Mukhriz dilantik setelah BN berhempas pulas memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRU13 yang lepas.
Mukhriz dulu |
Mukhriz Mahathir menuntut ilmu Pentadbiran Perniagaan di Sophia University, Tokyo, Jepun pada tahun 1987 dan memperolehi Ijazah dalam bidang Pemasaran Antarabangsa dari Boston University, AS pada tahun 1989. Pada 1989 hingga 1999 beliau menjadi penasihat kepada President, The Bank of Tokyo-Mitsubishi Ltd di Kuala Lumpur.
Di dalam bidang korporat Mukriz pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Opcom Cables Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar optic fibre, Pengerusi TBWA-ISC Malaysia Sdn Bhd sebuah syarikat pengiklanan, Airzed Networks Sdn Bhd sebuah syarikat Wi-Fi broadband wireless dan Bioven Holdings Sdn Bhd sebuah syarikat pengeluar vaksin anti-cancer. Beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah Ajiya Berhad dan pengarah bukan eksekutif Reliance Pacific Berhad.
Rakyat Kedah mengundi UMNO/ BN pada pru yang lepas kerana serik dengan pengurusan dan pentadbiran Kerajaan PAS yang dilihat beku dan tidak membawa apa-apa perubahan kepada rakyat negeri Kedah. Pengundi mahukan perubahan dan mereka telah dijanjikan bahawa Mukhriz anak Mahathir akan dilantik menjadi MB jika UMNO/BN berjaya menawan Kedah.
Memandangkan aura Mahathir masih kuat di Kedah maka mereka mengharapkan Mukhriz juga seperti bapanya dapat mengembalikan kehebatan kepimpinan Mahathir di Kedah.
Orang Melayu seringkali berpegang kuat dengan peribahasa Melayu “Dimana Tumpah Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”. Mengharapkan kuah Mahathir tumpah kepada anaknya Mukhriz.
Sebaliknya realiti peribahasa ini tidak boleh diguna pakai di dalam kontek Mukhriz dan bapanya. Kuah Mahathir tidak tumpah kepada Mukhriz. Mukhriz tidak ‘bold’ seperti Mahathir, malah dia amat lambat, takut-takut dan cukup berhati-hati di dalam membuat keputusan. Malah menurut seorang pentadbir kanan KCS negeri Kedah ada ketika mesyuarat tergantung apabila Mukriz selaku pengerusi tidak membuat keputusan.
Mereka yang di sekeliling Mukhriz yang dilantiknya “is a non-performer” hanya mengekor kemana Mukhriz pergi. Malah sebahagian exco yang dilantik tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik tidak seperti ketika Mahathir menjadi pemimpin di mana sekelilingnya mereka yang hebat. Pemerhati politik melihat tindakan Mukhriz ini sebagai strategi politik takut ada yang melawan tauke.
Contohnya yang terdekat seperti exco yang mempengerusikan portfolio pelancungan Kerajaan Negeri, tidak nampak ada usaha-usaha untuk menyahut cabaran bagi menarik pelancung ke negeri Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Mereka lebih selesa dengan kedatangan pelancung ke Langkawi dan angka itu dipakai sebagai pencapaian kemasukan pelancungan ke negeri Kedah.
Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, langsung tidak tahu “sepatah haram” bahasa Inggeris, entah bagaimana beliau dapat menawan gelombang informasi seperti Google, Twitter dan perang siber yang 98% dalam bahasa Inggeris.
Hakikatnya Mukhriz tidak seperti anak-anak Mahathir yang lain, Mirzan seringkali diasosiasikan dengan kekayaan sektor perkapalan dan raja pengangkutan, Mokhzani dengan Fomula One dan sektor minyak dan gas manakala Marina dengan aktivis perjuangan liberalism, gender dan Sisters In Islam.
Mukhriz pula mengikut jejak langkah bapanya yang mahu bergelumang dalam arus perdana politik.
Gelangang politik banyak mengubah gaya dan jiwa Mukhriz. Beliau ternyata berlainan dari yang lain. Beliau cukup mesra rakyat dan tidak pernah mengeciwakan rakyat bawahan yang ingin bergambar dengan nya dari orang tua sehinggalah kepada kanak-kanak.
Mukhriz banyak berubah dan kelihatan waraq dengan jubah dan tidak pernah lekang dalam acara-acara keagamaan. Tok-tok guru pondok di Kedah sangat selesa dgn Mukhriz malah lebih selesa dari pemimpin PAS sendiri. Hampir setiap minggu diadakan kuliah agama di rumah rasmi Seri Mentaloon sebagai meneruskan legasi Ustaz Azizan.
Mungkin inilah jasa besar PAS di Kedah yang telah berjaya membentuk kerohanian jiwa Mukhriz mengikis imej elit anak Mahathir kepada seorang yang waraq.
Mukhriz meneruskan banyak legasi Ustaz Azizan, orang-orang PAS di dalam GLC tidak dipecatnya seolah-olah seperti juga Ustaz Azzizan yang meneruskan legasi UMNO di Kedah ketika mengambil alih Kerajaan dari BN dahulu.
Pembangkang pun tidak banyak isu di dalam persidangan dewan undangan negeri. PAS ternyata ‘mati kutu’ dengan sikap Mukhriz akomodatif sama seperti UMNO yang ‘mati kutu’ dengan Ustaz Azizan semasa Ustaz menjadi MB. KUIN nampaknya berjalan lancar seperti yang dirancang Ustaz Azizan.
Pegawai-pegawai ‘The inner circle’ sekeliling Mukhriz dilihat mentah dan kata orang Kedah budak kanyaq, surat-surat rakyat banyak yang tidak dijawab manakala banyak temujanji ditapis-tapis oleh Pegawai-Pegawai Khas yang ramai dan Setiausaha Politik. Sehingga seorang pemimpin parti komponen keciwa dan ‘give up’ dengan pegawai-pegawai ini dengan berbagai alasan untuk tidak membuka pintu berjumpa Mukhriz. Banyak janji-janji yang Mukhriz kata “OK” tetapi apabila sampai kepada pegawainya menjadi “Tak OK”
Hari ini ramai penyokong kuat Mukhriz yang bekerja kuat berhempas pulas untuk beliau menang semasa PRU dahulu kini merajuk dan membawa diri masing-masing apabila Mukhriz lebih banyak melayan rakan-rakan dari luar Kedah. Memang tepat pendapat yang mengatakan di dalam politik tidak ada istilah kenang budi dan jangan diharap apa-apa dari orang politik.
Sesungguhnya satu tahun Mukhriz menjadi MB Kedah yang nampak ketara ialah dari seorang elitis kepada seorang yang waraq bekopiah lebai dan berjubah putih.
WASSALLAM
Sunday, May 4, 2014
ISU GST - "JENTERA KERAJAAN BUAT KERJA CINCAI DAN LEPAS TANGAN"
Di bawah adalah komen yang blog ini terima dari seorang komentar "ORANG TAMAN". Mendedahkan apa yang berlaku tentang penerangan GST kepada rakyat.
Apa pun harap "Orang Taman" bersabar kerana Timbalan Menteri sedang melatih 500 penceramah GST. Klik sini
Terima kasih 'Orang Taman'.
MR.
Saya setuju,Saya bukanlah batu api.
Pi mai pi mai asyik dok himpun geng umno/jkkkk saja.Tumpuan pada sasaran tak dibuat.
Kumpulan Cina,India dan lain lain kaum tak dibuat.
Penceramah pula cakap macam beri kuliah cara akedemik.
Mana rakyat nak faham.
Orang UMNO pun tak faham.Puak pembangkang lagilah buat tak faham.
Sebenarnya kumpulan pemimpin UMNO pun gagal nak beri penjelasan tentang GST.
Betul MR penganjur mereka kencing dan tipu pada Timbalan Menteri atau Menteri supaya nampak ramai.Pada hal tin kosong.
Begitulah cara jentera kerajaan buat kerja.Cincai dan lepas tangan.
Manakala parti kerajaan macam UMNO asyik kira himpun puak atau geng sendiri.
Apa salah nya jemput semua NGO atau kumpulan sasaran rakyat yang lain.
Asyik-asyik serah bulat bulat pada UMNO. Masuk angin keluar asap.
Orang sudah menyampah dah dengan UMNO ini.
Buat majlis, orang tepi dewan pun tak tahu apa-apa.Tak dijempaut.
Jabatan Penerangan pun serupa juga.Tak habis habis asyik dok panggil UMNO saja. Kumpulan tak berparti tak dijemput.
Begitu juga JASA lagi main politik. Mereka tak tahu yang kerajaan ditekan dan himpit oleh pembangkang kiri kanan.
Penghulu pun serupa juga pi mai pi mai orang UMNO yg dijemput.
Penerangan secara menyeluruh atau pelusuk kampung dan bandar tak sampai sasaran.Cuma dok fokus pada UMNO saja.
Apa hal NGO,-NGO yang amat ternanti-nanti untuk mendengar penerangan.
Jentera kerajaan masih lemah dalam hal ini.Jentera parti kerajaan pun gagal kerana mereka banyak main politik dalam untuk political mileage mereka sendiri.
Itulah kelemahan agensi kerajaan dan jentera parti kerajaan.Bila Timbalan Menteri atau Menteri atau PM turun maka kerahan dan paksa rela dibuat.
GST penting pada pendapatan kerajaan.
Agensi penerangan,JASA,Kastam dan lain nya buat cincai dan lepas tangan.
Dato Ahmad Maslan jangan syok sendiri.Cuba buat post mortem balik.Jawapnya gagal.
Pembangkang akan terus beri maklumat songsang untuk menolak GST dan kerajaan.
Itulah kerja mereka.
Kalau Dato Ahmad Maslan 100% percaya pada UMNO alamat lingkuplah.
Ada masa lah nak guna UMNO.Ini bukan masa nak main politik untuk popular pun.
Dasar kerajaan pun rakyat tak faham.
Insya Allah kalau kena cara dan strategi rakyat akan faham dan terima dengan baik.- Orang Taman
Friday, May 2, 2014
KEJAYAAN HIMPUNAN BANTAH GST KERANA KERAJAAN GAGAL MEMBERI PENERANGAN TENTANG GST.
APA GST? |
Akibat kegagalan Kerajaan memberi penerangan yang sejelas-jelasnya maka rakyat mudah tertipu dengan hasutan Anwar Ibrahim sehingga berjaya mengheret mereka berdemonstrasi di jalanan membantah GST.
Menteri, orang-orang menteri dan jabatan yang berkaitan gagal turun ke padang mendekati akar umbi untuk memberi penerangan tentang GST.
MR pernah mengikuti penerangan yang dibuat oleh orang-orang Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung dengan GST.
Melalui perbincangan dengan mereka, mereka lebih menjurus ingin mengumpul ‘crowd’ sahaja untuk menunjukkan kepada Pak Menteri mereka bikin kerja. Pengisian nya dipotong-potong ringkas ikut keselesaan kerana Pak Menteri sibuk. Perserta yang hadir pada sessi itu masih terpinga-pinga tentang GST.
MR sendiri mencadangkan supaya pegawai-pegawai penerangan tentang GST ini turun ke bawah berjumpa dengan kumpulan-kumpulan kecil di akar umbi tetapi cadangan yang diberi seperti taik telinga masuk sekejap lepas itu dikorek buang alasan tidak ada budget.
Sesungguhnya program penerangan yang dibuat hanya untuk membodek Pak Menteri sahaja. Masih ramai wakil-wakil rakyat sendiri yang tidak tahu apa GST apa tah lagi JKKK, Penghulu dan rakyat akar umbi di bawah.
Jika ini berlaku tidak mustahil Kerajaan Najib senang digulingkan hanya dengan memutar belit maklumat oleh Pak Sheh Anwar Ibrahim.