Sunday, December 27, 2015

"AKU BUKAN AHLI UMNO SELAGI NAJIB MEMERINTAH" Amir

Di bawah MR paste kan posting seorang pemuda UMNO bernama Amir yang keciwa dengan kepimpinan Najib. Posting ini diambil dari FB beliau. Beliau menawarkan secara percuma T-Shirt - T-Shirt simpanan beliau.


"Sapa nak boleh "PM".....aku nak bagi free ja....sudah tak diperlukan lagi akibat habis modal nak bercakap dan mempertahankan parti keramat yang selama ini disayangi.BAGI SAPA2 YANG MASIH MENJILAT NAJIB BOLEH AMBIK BALIK.Buat semak almari ja.SAPA2 NAK LAPOR ATAU VIRAL KAT PM PUN BOLEH......AKU BUKAN AHLI UMNO LAGI SELAGI NAJIB MEMERINTAH".

Friday, December 11, 2015

"NAJIB' DI BOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO ......DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Apabila Datuk Hamzah Kassim, perwakilan UMNO cuba menghentam Tun Mahathir katanya “Kejayaan UMNO hari ini bukan kerana insan bernama Mahathir” beliau telah di boooo…gamat satu dewan dengan penuh muka kemaluan.

Manusia seperti Hamzah Kassim ini yang membodek Najib membabi buta ternyata mempunyai niat kedengkian yang amat tinggi. Hamzah bukan Melayu UMNO tetapi serpihan bangsat yang baru mendapat tempat dalam UMNO.

Tindakan boooo…oleh perwakilan ini sebenarnya ditujukan khas pada Najib secara langsung. Manusia yang tidak sedar diri siapa yang mengangkatnya ini adalah manusia yang mesti UMNO dan rakyat tolak. Jika Tun M sanggup dihina mereka apa tah lagi rakyat marhaen bawahan.

Hakikatnya Najib seperti telur dihujung tanduk. Bila-bila masa akan jatuh dengan penuh kehinaan dalam dakapan intseri tercinta. 
Selamat tinggal Najib.

Tuesday, September 15, 2015

NAJIB HANYA TINGGAL TAIK KALAT

Satu lagi cadangan pandir oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari bahawa Kerajaan akan menggunakan rangkaian skrin di tempat awam di seluruh negara untuk menangkis tohmahan terhadapnya.
Katanya ia juga untuk menangkis fitnah yang disebarkan oleh media sosial sehingga dikatakan menimbulkan kebencian terhadap pemimpin-pemimpin negara.
Kononnya cadangan ini merupakan pendekatan yang strategik dan berkesan untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. (Kerajaan akan guna skrin di tempat awam).
Apa punya sakai la cadangan Pak Menteri yang cuba berkerja rajin untuk memulihkan kembali imej Najib yang sedang merosot. Mungkin apa yang perlu dipaparkan di skrin ini ialah kemana pergi nya wang derma RM2.6 billion, isu 1MDB yang masih kabur dan gawat, isu bagaimana diuruskan pelaburan RM24 billion dan isu belanja mewah PUan Rosmah Mansor.
Isu-isu inilah yang menjadi punca utama imej Najib tercemar sehingga mencemarkan Negara di seluruh dunia.
Pada adatnya sudah tidak ada apa lagi pada PM Najib. Hanya tinggal kulit isinya kosong.  Rakyat dah mula muak dan jijik melihat wajah beliau di kaca TV.

Konklusinya yang tinggal pada Najib hanyalah taik kalat.

Sunday, August 9, 2015

NAJIB SEPERTI HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG-SORONG

Menurut Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bahawa mereka tidak menjemput Najib merasmikan mesyuarat agung bahagian mereka tetapi Najib yang meminta untuk merasmikan mesyuarat tersebut.
Kini jelas lagi bersuluh bahawa Presiden Parti UMNO Najib Razak bergerak seperti mayat hidup. Hanya kelonsong badan yang kosong tanpa ada roh sokongan dari UMNO akar umbi lagi. 
Dan menurut kajian rakan-rakan non-partisan ramai lagi ahli-ahli UMNO sudah hilang respek kepada Najib dan yang ada di sekeliling beliau hanyalah balaci-balaci oportunis mencari makan kalau-kalau ada peluang emas tercicir dari guni RM2.6 billion hasil derma.
Apa lagi Najib mahu? Nasib baik menjadi pemimpin di kalangan orang-orang Melayu yang beradap. Kalau jadi kepala lanun memimpin di kalangan lanun entah lama berlaku pemberontakan.

Thursday, July 9, 2015

TIDAK ADA NIAT JAHAT WALL STREET JOURNAL. TOKOH WARTAWAN NEGARA MENYOKONG LAPURAN WSJ.



Sumber : Blog Zamkata

Najib menuduh Wall Street Journal mempunyai niat jahat dengan didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara bagi tujuan memaksa beliau melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno.
Susulan dari kenyataan itu Tokoh Wartawan Negara menyangkal tuduhan itu. Zam Maidin di dalam blognya NAFAS TERAKHIR UMNO Menyatakan:
“Saya  tidak dapat membaca ajenda tersembunyi media asing yang paling berpengaruh WSJ  menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dijuarai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang dulunya dianggap Barat sebagai " The enemy of the state." Saya berkongsi dengan kebimbangan seorang kawan dalam hal ini. Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk menyelamatkan UMNO dan Negara”.
Zam Maidin bukan calang-calang wartawan di dalam peperangan psywar propaganda. Beliau mendapat latihan di Berlin Institute of Journalism, Berlin Barat. Ketajaman hidung Zam menghidu bau busuk agenda tersirat dan tersurat sesebuah media ibarat “nose of the hunting dogs”.

Zam juga bukan seorang tokoh yang senang menerima bulat-bulat kenyataan media barat tetapi kenyataan WSJ ini ternyata hidung Zam tumpul untuk menghidu jika ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Zam yang rapat dengan bapa Najib, Tun Razak masa kan sampai hati merentap turun takhta Najib jika Najib tidak melakukan penderhakaan yang parah terhadap orang Melayu, UMNO dan Islam.

Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi. 
Bagaimana akhir politik Najib? Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.
SELAMAT TINGGAL NAJIB.
Wallahuaklam.

Monday, July 6, 2015

NAJIB VS WALL STREET JOURNAL. PERLU NAJIB SAMAN ATAU TIDAK?



Pendedahan WSJ terhadap Najib songlap duit ini dikira ‘only the tips of the iceberg’ atau ‘muncung kecil di atas manakala membusung besar di dasar’.

Najib pun dalam dilemma samaada nak saman WSJ atau tak saman WSJ.

Kalau tak saman sudah sahih persepsi Najib memang salah. Najib keturunan pahlawan Bugis akan dilihat pondan. Kalau saman habis tubuh badan Najib dirongkah nya sehingga Nampak kurap dan panau. 
Kalau Najib menang dalam mahkamah Najib akan bebas dan boleh memerintah lagi 22 tahun seperti Mahathir.  Tetapi kalau Najib kalah habis satu keluarga keturunan Najib tercemar bukan setakat dalam negara tetapi seantero dunia. Silap-silap Najib kena bawa diri dalam buangan ke AS minta tolong sahabat golf nya HE Mr Obama.

Najib tidak tahu ada berapa guni lagi file bukti yang dalam simpanan WSJ tetapi WSJ tahu apa yang dalam seluar Najib. Bodohkah WSJ tidak semena-mena mengadai kredibilitinya sebagai sebuah akhbar gergasi di dunia untuk mendedahkan maklumat yang palsu atau 'half past six'?. Apakah WSJ berani cari pasal berumah di tepi pantai kalau tidak berani dilambung ombak?
Media hari ini tidak sukar menghidu sesiapa pun. Ambil contoh yang terkecil apabila  pergerakan isteri Najib dapat dihidu hampir semua media dari Australia, London, New York, Singapura, Indonesia, Khazakstan, Peranchis, Dubai, Abu Dhabi, Qatar hampir 90 peratus negara G7.

Hakikatnya isu Najib sudah melebar 'globally'. Dan 'locally' dalam negara pula Najib asyik menghentam Mahathir sebagai pelawas maklumat kepada WSJ. Punca mata wang Ringgit jatuh disalahkan Mahathir. Punca politik negara bergolak disalahkan Mahathir. 
Memang hebat Mahathir yang Najib hina yang konon beliau tak perlu tunduk kepada tuntutan dari hanya seorang rakyat biasa (Mahathir).

Monday, June 22, 2015

KITA AKAN KEHILANGAN MAT SABU. PARLIMEN AKAN KESUNYIAN

Mat Sabu seorang Ahli Parlimen yang mendahului Raja Lawak. Saksikan video ini.

Saturday, June 13, 2015

NAJIB DIMINTA LETAK JAWATAN SEBELUM RINGGIT JATUH MENJADI DUIT JEPUN CAP POKOK PISANG

Ramai sahabat yang anak-anak mereka sedang menuntut di luar negara sedang mengeluh kerana kejatuhan teruk mata wang Ringgit. 
Di mana pemikir dan penasihat ekonomi Najib? Nampaknya kepimpinan Najib bukan setakat terjejas dalam negara tetapi juga makin tak laku di luar negara.
Baik Najib letak jawatan sebelum mata wang Ringgit merudum jatuh jadi kertas rembah cabai atau duit Jepun Cap Pokok Pisang.

Tuesday, June 9, 2015

ULAQ AYAQ DALAM PARIT GILA PUN DEPA AMBIK CAKAP DALAM TV3

Najib sudahlah cunggit dalam program 'Nothing To Hide" angkara porak peranda pembodek tegar kerana takut berhadapan Tun M. 
Kini strategi serangan murahan dipakai apabila TV3 memberi ruang dengan dibayar kepada bangsat Ulaq Ayaq dari parit gila dipanggil menghentam Tun M seorang negarawan negara.
Ulaq Ayaq sebegini pun mendapat tempat dalam media perdana.

Friday, June 5, 2015

HARI INI DALAM SEJARAH BAGAIMANA SEORANG PEMIMPIN MELAYU MENGHINA BEKAS NEGARAWAN MELAYU

POSTER DI ATAS SEDANG VIRAL DI LAMAN-LAMAN SOSIAL. PEREKA-CIPTA POSTER INI SAYA KIRA TIDAK DIUPAH ATAU DIBAYAR. 
SESUNGGUHNYA HARI INI MERUPAKAN DETIK SEJARAH HITAM DALAM KEBEBASAN BERSUARA DALAM NEGARA INI APABILA SEORANG NEGARAWAN DIHINA DI TENGAH KHALAYAK DENGAN MENGHENTIKAN UCAPANNYA MENGUNAKAN KUASA POLIS.
HANYA PEMERINTAHAN KOMUNIS SAHAJA BERTINDAK SEDEMIKIAN.
INI KAH LAYANAN SEORANG PEMIMPIN MELAYU KEPADA BEKAS PEMIMPIN YANG SETARAF BAPANYA!
INI KAH NAJIB? ATAU INI KAH ROSMAH?



YAKIN KAH RAKYAT NAJIB TIDUR LENA DALAM DAKAPAN ISTERINYA?



Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?. Mundar mandir dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak menagih sokongan seperti cacing kepanasan. Tidur lena kah Najib bersama isterinya?

Sokongan dalam cabinet ibarat itik berenang di dalam kolam, Nampak tenang di permukaan tetapi berkocak kayuh kaki itik di dalam air siapa yang tahu. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?

Setiap penjelasan dan penerangan isu 1MDB oleh jurucakap Najib menjadi bertambah kerosot bertambah masai sehingga mejadi kerosot-masai. Penjelasan bukan lagi penawar tetapi penyakit yang melarat dan menjadi kudis dan tokak membusuk. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?

Gerak langkah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjadi derap langkah curiga ada kira-bicara. Arah tuju langkah dan senyuman manis tersimpul tersirat kalam berbisa. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?

Serangan berisi dan bersiri seorang negarawan Negara bekas Perdana Menteri bertubi-tubi. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?

Membangkit mengungkit dengan bangga konon keturunan Bugis Pahlawan untuk menawan keyakinan rakyat Sarawak tetapi hakikatnya Najib sudah dicelup oleh penjajah Inggeris yang elit – (Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.). Tidak cukup sekadar darah sahaja yang mengalir tapi jiwa perjuangan sudah dicorak penjajah dan Obama. Tidur lena kah Najib dalam dakapan isterinya?

Hakikatnya rakyat sedang melihat tarian, lakunan dan seni cengkerama Najib bersama isterinya. Yakinkah rakyat dengan kenyataan Najib yang beliau tidur lena dalam dakapan isterinya?

Thursday, June 4, 2015

"RAKYAT MALAYSIA NILAI LAH SENDIRI PERBELANJAAN PERDANA MENTERI ANDA"

Hari ini rakyat negara ini dah mula bercakap angka billion, billion, billion. Tak main lagi ratus, ribu atau juta. Yang menoreh getah bercakap sambil menoreh. Yang bersawah bercerita sambil bersawah. Peniaga pasar malam riuh rendah berbincang billion, billion. 
Ini semua berpunca syarikat pelaburan mahamega Najib Tun Razak 1MDB. 1MDB telah mengubah fikiran rakyat bahawa hebat nya Perdana Menteri mereka menguruskan berbillion ringgit. Hebatnya Perdana Menteri mereka yang juga Menteri Kewangan pusing wang.
Kata Pak Long di kampung "Kalau nak berjaya berniaga kena pandai pusin duit macam Cina berniaga".
Inilah sinario ekonomi negara sekarang di mana billionan wang 1MDB telah menjarakkan lagi jurang ekonomi golongan rakyat marhaen dengan golongan pemimpin yang pandai pusin wang rakyat. 
Kemewahan keluarga PM bergemerlapan manakala pendapatan rakyat bawah masih "kais pagi makan pagi".

Tuesday, May 26, 2015

APA KAH 3 TSUNAMI BESAR YANG AKAN MELANDA JIKA NAJIB TIDAK LETAK JAWATAN?

PRU akan datang akan dilanda 3 Tsunami besar. Jika PRU lepas Najib hampir lemas dengan Tsunami Cina tetapi PRU yang akan datang Najib akan hanyut dengan 3 Tsunami ini :
1. Tsunami GST – Mari kita turun ke bawah dan tanya secara rambang apa pendapat rakyat dengan GST?. Aci pi lawan kalau kita tanya 100 orang 105 orang akan lafaz kalimah yang pertama akan keluar dari lidah rakyat ialah barang mahal kerana GST. Mana datang yang 5 orang itu? Yang 5 orang itu ialah jiran yang mendengar soalan dari kita.
2. Tsunami 1MDB – Mari kita turun ke bawah dan tanya secara rambang kepada rakyat “apahal dengan 1MDB”. Aci pi lawan kalau 100 orang yang kita tanya 50 akan kata ada penyelewengan. Dan lagi 50 orang akan diam “no komen” sebab depa tak berapa tau putar belit perniagaan.
3. Tsunami Mak Andeh – Istilah terbaru ini dijenamakan khas kepada Najib kerana Perdana Menteri - Perdana Menteri yang lepas tidak ada gelaran ini. Gelaran ini ialah apabila peranan isteri lebih dari suami. Mak Andeh main peranan lebih dari Pak Pandir. 
Mari kita turun ke bawah dan kita tanya secara rambang kepada rakyat “Najib macam mana?”.  Aci pi lawan kalau kita tanya 100 orang, 100 orang akan jawab sebelum habis soalan ialah “Najib OK tapi bini dia lebih camca dari bubur”.
Tsunami Mak Andeh ini sukar ditangani Najib kerana orang UMNO tak dapat membantu waima menteri-menteri kabinet Najib.
Rumusannnya dengan 3 Tsunami besar ini jika Najib masih kekal akibatnya UMNO dan BN akan hanyut gigit jari dalam PRU kelak. 
Aci pi lawan……………..