Thursday, February 26, 2015

BELANJA SET RAMBUT ROSMAH BERSAMAAN 678 KILO BERAS CAP RAMBUTAN.



Harga beras Cap Rambutan ialah sebanyak RM3.54 sekilo. Harga mengubah warna rambut Rosmah Mansor ialah RM1,200 sekali warna.(Kak Rose) Kalau sebulan dua kali warna ini bermakna jumlahnya ialah RM2,400.
Dengan RM2,400 orang kampong atau penoreh yang sedang menghadapi kejatuhan harga getah boleh membeli 678 kilo beras boleh makan nasi selama 678 hari jika mereka hanya memakan nasi sehari sekilo.
Dalam kisah lain tindak tanduk anak tiri Najib di New York yang sebenarnya telah mencemarkan nama baik Tun Razak. (Anak pinak Tun Razak pertahan nama baik bapa mereka.)

Saturday, February 14, 2015

TIDAK BERLAKU GERHANA SEBAB KEMATIAN SESEORANG



Posting di bawah dihantar oleh salah seorang pengunjung setia blog ini. Beliau ingin MR postkan makluman ini yang beliau petik dari website Pejabat Setiausaha Kerajaan Teranganu. SUK TERANGGANU

MR tidak mahu komen panjang dalam hal ini. Jika ada hujah lain sila rujuk ulamak yang muktabar.

Daripada al Mughirah b. Syu'bah RadhiAllahu 'anhu beliau berkata: 
Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim (anak Rasulullah S.A.W), maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:
" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya (gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana." - Muttafaq 'alaihi.

Monday, February 2, 2015

ZAM MAIDIN - KONSPIRASI POLITIK



Zam bukan nya orang politik kata beliau sendiri. Tetapi tanpa disedari Zam terjeromos dalam kancah politik apabila beliau tidak dapat mengelak dalam arus perdana politik dari zaman Razak hingga Najib. Kepimpinan tidak pernah mengenepikan tulisan Zam sebagai wartawan politik.
Baru-baru ini Zam buat gempaq kelin konon tak mahu lagi menulis politik semasa. Tetapi hakikatnya Zam harus sedar bahawa wajahnya, kedut kulitnya dan rambut putih di kepalanya adalah akibat dari penulisan politik selama 50 tahun. 
Dan gambarnya bersama Daim, Kadir Jasin dan beberapa blogger telah dipolitikkan sehingga mampu menggugat takhta Kerajaan Najib.

Di akar umbi Zam buat kejutan lagi. Jamuan makan malam Zam bersama beberapa orang kuat beliau di akar umbi dalam Parlimen Merbok telah menjadi bualan panas pimpinan politik UMNO Bahagian Merbok kerana terasa mereka tergugat konon ‘Zam is making a comeback’. Dan yang lebih parah konon Zam ‘is planting somebody’ untuk jawatan Ketua Bahagian. Nampaknya ligat politik Melayu ini bukan setakat pimpinan atasan malah di bawah juga ligat bagaibola golf.

Bahagian Merbok yang sedang dalam zon selesa menjadi tidak selesa berpunca dari gambar Zam dan penyokong akar umbi. Wajah-wajah kepimpinan bahagian yang baru balik bersuka ria ‘golfing’ di luar negara kini terasa miang dan bahangnya. Mana tidak nya dalam kesedihan bencana banjir di Kelantan masih ada kutu-kutu yang berfoya-foya di luar negara.

Apa pun jasa-jasa Zam di Merbok masih menjadi bualan khasnya projek rakyat yang beliau lancarkan semasa beliau menjawat jawatan Ahli Parlimen Merbok. Projek “English Enrichment Program”. Menurut lapuran Guru Besar Sekolah Kuala Sin dan Dataran Muda menyatakan sekolah mereka telah mencapai pencapaian Bahasa Inggeris 100% semasa pelajar mereka mengikuti program tersebut.
Konklusinya gempaq kelin Zam nampaknya tak menjadi.