Monday, July 30, 2018

HIPPOKRASI PENJAWAT AWAM DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN


Ramai penjawat awam masih terbawa-bawa dengan budaya pentadbiran Kerajaan UMNO/BN yang terdahulu. Budaya kerja, bodek dan politiking lobi jawatan yang sudah 60 tahun berdaki sukar diubah dalam sekelip mata 100 hari PH memerintah.
Penjawat awam yang tidak mampu menyesuaikan cara kerja di bawah Kerajaan Pakatan Harapan boleh angkat kaki. Mereka yang masih di dalam zon selesa budaya UMNO kini seperti kera sumbang di jabatan masing-masing.
Dulu kutuk dan maki Dr Mahantir dan pimpinan PH, kini terpaksa menjilat kahak-kahak ludah mereka kembali. Bagaimana rakyat benci kepada UMNO/BN begitulah hari ini rakyat benci dengan penjawat awam yang bermuka-muka hippokrate.
Diberitakan di Kedah seorang Pengarah  sebuah jabatan yang dekat dengan masyarakat, orang susah dan hal ehwal wanita di negeri Kedah cuba masuk daun dan ‘planting’ pegawai bawahannya untuk melobi ke jawatan Jusa ketika mengadakan pertemuan tertutup dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah baru-baru ini. Ini lah bagaimana muka tak malu malah ‘non-performer’ memperalatakan orang politik untuk menjawat jawatan tertinggi. Budaya kerajaan dahulu kini dibawa-bawa ke Kerajaanbaru.
Mereka ini cuba mengambil kesempatan kerajaan baru PH yang masih mentah dengan sepak terajang penjawat-penjawat awam ini.
Jika tidak berhati-hati dengan lakonan dan wayang kulit kumpulan ini Kerajaan PH akan berakhir dengan pemerintahan 5 tahun yang penuh dengan janji-janji terbungkang tidak tertunai.

Wednesday, January 17, 2018

NAJIB MENCACI MAHATHIR IBARAT ANAK MELUDAH KE MUKA BAPA

Buku terbaru Zainudin Maidin berjudul “Pergi Mampuslah UMNO” ternyata agak kasar tajuk nya tetapi tajuk ini telah dapat mengatasi buku “SHIT” karya saterawan Negara Allahyarham Shahnon Ahmad kerana Zam lebih realistik dan ramalan Zam ini sedang menanampakkan kenyataannya.

Ramalan Zam bahawa UMNO akan mampus yang disebabkan ramai rakyat semakin membenci pada UMNO dan di kalangan ahli UMNO sendiri yang sangat kecewa dengan Presiden mereka, Najib Razak.
Zam, Tokoh Wartawan Negara pada 2016 melihat serangan demi serangan oleh media kawalan Najib terhadap negarawan negara, Tun M adalah punca membangkitkan kemuncak kebencian kepada Najib Rosmah.
Hakikatnya, Najib Rosmah dan kuncu-kuncunya terpaksa melancar serangan habis-habisan terhadap bekas PM itu seperti tidak ada noktah lagi. Serangan sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana untuk menutup banyak bangkai yang sedang berulat seperti 1MDB, isu FELDA, penyelewengan demi penyelewengan, rasuah demi rasuah, dasar luar yang banyak merugikan rakyat.
Orang Melayu tidak akan dapat menerima cara Najib. Serangan, caci maki, kata nista dan kutukan terhadap Mahathir bukanlah adab-susila budaya Melayu. Tidak sepatut yang muda berlaku biadap terhadap yang tua. Ianya samalah seperti anak meludah ke muka bapa sendiri. Tun Razak dilahirkan pada 1922 dan Mahathir dilahirkan pada tahun 1926.  Jika ditakdirkan Tun Razak masih hidup umur beliau ialah 96 tahun dan Mahathir kini 93 tahun. Perbezaan umur bapa Najib dan Tun Mahathir ternyata tidak jauh.
Apa juga alasan Najib untuk hamun Tun Mahathir tidak akan menjadi asas kerana semua rakyat sudah mula sedar kegagagalan dan hippokrasi Najib.  Ini termasuklah polisi-polisi yang gagal seperti GST dan samunan wang 1MDB ke akaun pribadi nya. Kegagalan  Menteri GST, Ahmad Maslan yang dahulunya berdegang-degang mempertahankan GST kini sudah hilang langsung, ada seperti tiada, seperti kehilangan MH370. Ahmad Maslan ternyata mewakili barisan menteri-menteri cabinet Pak Lawak dan badut. Pertemuan dengan Presiden AS yang ternyata anti Islam ternyata bodoh dan menjadi bahan tertawa rakyat.
Analisa Zam dalam buku “Pergi Mampuslah UMNO” sangat realistik. Mereka yang ingin mengetahui lebih mendalam ke mana akhirnya UMNO harus memiliki buku ini.
Kerana kekangngan kebebasan bersuara, tidak semua toko-toko buku yang berani menjual buku Zam ini tetapi ia boleh dibeli secara online. 

Yang berminat harganya RM35 (termasuk penghantaran). email : mamirokiah@gmail.com.

Monday, January 8, 2018

PAKATAN HARAPAN : PAKEJ BARU PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Tun M hari ini mengorak langkah bersejarah dalam politik negara ini apabila berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di dalam satu pakatan raksaksa, Pakatan Harapan.
Realitinya, ini lah kematangan politik yang ditunggu-tunggu rakyat selama ini. Rakyat kini disajikan dengan satu lagi juadah pilihan, Pakatan Harapan sebagai pilihan bagi mereka yang sudah muak dengan sajian lapuk Barisan Nasional. 
Generasi mutakhir hari ini melihat BN sudah lapuk tak habis-habis dengan nyanyian dendangan lagu klasik lama yang sudah berhabuk.
Grand coalition pakatan pembangkang ini lebih menyakinkan rakyat untuk mengambilalih pemerintahan negara ini sebagai salah satu 'option' yang garang, berwibawa dan 'stylish' untuk mengubah kerajaan yang tidak bermaruah, korupsi dan tidak jujur.
PRU kali ini adalah kemuncak segala PRU dalam negara demokrasi yang sudah 60 tahun Merdeka bilamana Tun M yang sudah 92 tahun di persetujui untuk menjadi PM ke 7 dan sementara menunggu DS Anwar Ibrahim bebas dari tahanan. TM di kelilingan dengan tokoh-tokoh muda yang berwibawa untuk berkhidmat kepada rakyat.


Syabas Pakatan Harapan!!