Minggu lepas Mummy pergi “lunch” dengan rakan wanita Mummy, Christine. Cristine dulu seorang wartawan dengan sebuah akhbar kini menjadi “travel writer” dengan sebuah majalah berpengkalan di Singapura.
Cristine ada terbaca kisah Aziz M Osman, seorang pengarah filem yang berkahwin dengan seorang wanita yang masih dalam edah.
Dalam kami berbual Cristine telah membangkitkan dan mempertikai isu edah dalam Islam yang menganiayai hak-hak wanita. Mengapa wanita Islam disekat haknya dengan mengenakan edah 3 bulan baru boleh berkahwin lain?
Secara mudah Mummy terangkan kepadanya bahawa edah 3 bulan itu bersamaan dengan 3 kali period. Selepas tiga kali “period” baru wanita Islam boleh berkahwin lain kerana untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung anak dengan suami pertama.
Cristine melopong sejenak, fikir panjang. “OOOO….like that one aaa.....today only I know.” Kata Cristine.
Ini lah “the beauty of Islam”. Ramai lagi mereka yang perlu penjelasan yang mudah dan “straight to the point” di luar sana.
Kadangkala kita perlu tanya diri kita sendiri, seumur hidup kita telah berapa baris ayat Quran yang kita berkongsi dengan rakan kita yang bukan beragama Islam? Apabila mereka memperlekeh-lekehkan Islam kita pun dengan penuh emosi bangun untuk berdialog, menghukum dengan hujah-hujah yang menyulitkan lagi membelitkan.

Salam mummy,
ReplyDeleteSaya cakap sikit jangan marah no...
apa pun saya mintak maap awai2 dengan mummy dulu.
Bercakap soal The Beuty of Islam ni, saya rasa mummy patut tukaq gambaq mummy tu kepada yang Islam sikit. Baru cun...
Ni saya tengok pun geram jugak... sorry no... ni teguran ikhlas sesama Islam to show the real beauty of Islam.