Friday, November 28, 2008

"The Beauty Of Islam" (4th Part)

Adakah bersetubuh tanda rujuk?
Soalan:
Suami menceraikan saya di luar mahkamah dengan talak satu. Perceraian kami telah didaftarkan dan kami kini menunggu hari perbicaraan untuk pengesahan cerai. Dua minggu setelah melafazkan talak, suami datang ke rumah dan mengadakan hubungan kelamin dengan kerelaan saya. Adakah kami dianggap sudah rujuk semula? Bagaimana cara yang betul sekiranya suami mahu merujuk semula dengan saya?
Anunziata Abdool Raheem, Kuala Lumpur.
KOMEN :
Soalan di atas dipetik dari Utusan Malaysia, sisipan Mega dalam ruangan Keluarga & Undang-Undang bertarikh 28.11.2008. Ruangan ini dikelolakan oleh Sisters In Islam.
Ini hanya satu contoh sejauh mana Melayu Islam memahami tentang Islam. Sesetengah ustaz menganggap soalan ini soalan bodoh dan patut dijawab dengan penampar.
Hakikatnya entah berapa ramai Melayu-Melayu yang ada dalam negara ini yang masih jahil tentang agama mereka sendiri iaitu Islam. Apakah ini indikasi bahawa sistem pendidikan Islam kita gagal?. Atau sejauh mana kewibawaan Sister In Islam mengelolakan ruangan ini?

2 comments:

  1. dok baca lagi kalu ada apa jawapan uztaz atau panel ruangan tu...... penampak memang kita nak bagi, tapi depa jawab lagu mana?

    ReplyDelete
  2. Saya sependapat dengan saudara kamal latiff, mami tolong bagi siarkan jawapan samada dari ustaz ka atau dari SIS, nak tengok jugak apa jawapan depa.

    Ini bukan takat penampaq saja, kita bagi siap dengan penerajang sekali.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.