Ini penting kerana Tim Presiden UMNO akan jadi Timb Perdana Menteri dan Naib-naib Presiden dan MKT akan jadi Menteri-Menteri.
Semua jawatan-jawatan ini adalah jawatan penting kerana mereka akan mentadbir dan menggubal dasar untuk negara ini. Rakyat pastinya mahu tahu apa kelayakan pemimpin-pemimpin mereka. Sedangkan nak mohon jawatan kerani pun kena serahkan resume panjang lebar dan ditemuduga inikan pula jawatan pemimpin.
Dalam situasi kemelut ekonomi dunia sekarang ini Malaysia memerlukan pemimpin yang betul-betul kompetant dan bijaksana. Pertarungan minda melebihi pertarungan senjata. Rakyat tidak mahu pemimpin-pemimpin mereka yang cetek "general knowledgenya" kerana tidak membaca dan yang bercakap tanpa bahan yang bernas.
Rakyat mahu pemimpin mereka yang cerdas dan tajam pemikirannya, bijak membuat perhitungan antarabangsa, pencetus idea semasa yang dikagumi dunia. Pendekkata rakyat mahu "world leader quality" berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain.
Salam Mummy..
ReplyDeleteSome of the resume tak berani nak tunjuk..
Rasanyalah kan..
Fazrul,
ReplyDeleteMummy ingat kalau kita vet tru ramai yg gagal tak?
Mummy,
ReplyDeleteTak perlulah resume kerana semuanya tipu.
Yang perlu kita minta 2,500 perwakilan angkat sumpah bahawa mereka tak ambil duit, tak makan belanja, tak pi melancong, tak dijanji permit atau lesen. Perwakilan-perwakilan ni adalah lembu cucuk hidung, mereka pi PWTC Mac depan bukan untuk menentukan masa depan politik negara tetapi nak cari sebanyak mungkin habuan bagi diri mereka.
Calon-calon yang akan bertanding dah tau niat dan nawaitu perwakilan, jolok sidik senyum semua. Kalu mummy tap percaya, tenguk saja kat bazar perhimpunan nanti. Shopping sakan depa mana depa ambil duit. Chow Kit road pada waktu malam macam malam raya, hotel-hotel tempat perwakilan duduk, jangan cakap lagi. Depa belanja duit macam daun getah.
Duit pula RM50 dan RM100 saja depa keluar, seringgit, lima dan sepuluh tak main la. Tu prangai perwakilan cabuk, macamana pula ketua-ketua bahagian,timbalan dan setiausaha, tak bleh nak bayangkan kayanya mereka. Sebenarnya resume calon adalah kepala agong. lagi tebal lagi kuatlah pengaruh dia.
Mummy,
ReplyDeleteSaya rasa Rakyat sangat sangat bersetuju dgn Mummy yg meletakkan meritokrasi sebagai asas pemilihan UMNO kali ini bukan hanya setakat populist sahaja walaupun ianya penting juga.
Pemilihan UMNO adalah maha penting kerana mereka ini akan menjadi pemimpin bukan hanya untuk orang melayu tetapi untuk Malaysia .
Kita mahu pemimpin pemimpin ini bolih artikulasi issue negara dan dunia dipentas pentas antarabangsa juga .
Tun Mahathir telah meletakkan satu standard yg sangat tinggi dimana beliau diikhtiraf sebagai pemimpin Asia . Pemimpin Umno kena mengambil nya sebagai satu batu ukuran untuk lebuh melonjak tinggi lagi. Satu masa dulu kalau kita keluar negara nama Tun dan Malaysia sinonim dan dihormati sekarang ini sudah menurun , Pemimpin UMNO harus menggembalikan rasa hormat dunia kepada Malaysia .
Pemilihan kali ini bukan hanya di perhati olih seluruh Rakyat Malaysia tetapi olih dunia .Pastikan Malaysia mendapat pemimpin yg berjanama tinggi.
Rakan bloggers sekelian,
ReplyDeleteMummy kadangkala tak tau macam mana sesetengah calun nak pi berdebat di pentas United Nation. Masuk gear satu dah sangkut.
"Kita semua rakyat akan menjadi bodoh walaupun kita pandai apabila dipimpin oleh orang bodoh, begitulah juga kita akan menjadi pandai walaupun kita bodoh apabila kita dipimpin oleh orang yang pandai."
Politik wang ni patut dihukum pemimpin di atas dahulu kerana "Yang di bawah tak akan meminta kalau yang di atas tidak memberi"
Macam mana kalau kita hukum sebat?
Mummy,
ReplyDeleteSalam. Macamana la kita rakyat nak pilih mammi ooi. Yang ditolak maupun yang berjaya krabat naik ataih tu semoa muka samseng mammi ooi. Mana dak nya...bukan senang nak survive dalam dunia politik UMNO ni. Kena pandai kona kanan-kiri dan skali-skala merempit. Jadi kalau bukan muka samseng, mana la nak sampai tang takok la ni. Ambik la SPM sampai 18 kali pun...dudok tang tu la depa.
Kita ni la yang duduk di luaq ni la yg nganga. Ayaq lioq dok menitik ...tap...tap..dok tengok depa dalam UMNO dok buat hal. Geram sungguh sampai ketaq. Nak tegor, sapa la kita ni. Kita bukan pandai macam depa. Pandai lempaq batu, simpan tangan. Macam la kita rakyat tak nampak. Batu kecik buleh la sorok tangan...ni batu-bata...nak lempaq jenuh geloh, nak sorok tang mana?
Depa lupa, undi depa masih kat kita. Kelam mata la tu...
mami..yang penting sekarang ialah,we should and we must try anwar and pakatan rakyat.
ReplyDeletemummy,
ReplyDeletetlg jgn lupa mummy, bukan ketajaman fikiran sahaja yg diperlukan tetapi kekuatan agama,keikhlasan dan kejujuran juga mesti ada.
Mami, saya cuma nak kata satu saja...
ReplyDeleteBodohlah Bodohwi turun lah cepat-cepat, anda pemimpin bengong yang syok sendiri, cakap tak serupa bikin, angkuh, bongkak, bangang dan paling dibencir oleh ahli-ahli UMNO.
Same goes to Ali Rustam, Mat Taik, and Khairy Jebondin... Semua tabur duit masa pemilihan UMNO baru ni, semoga Allah membalas anda semasa di dunia lagi dan jadi pengajaran kepada yang lain-lain.
Saya tiada kepentingan peribadi dengan Muhyiddin Yasin dan lain-lain tetapi semua orang nampak siapa geng penyubur dan siapa pula perosak UMNO. malangnya perosak tu lah yang jadi Perdana Menteri. Semoga perosak-perosak tersebut dilupuskan Allah sendiri
Salam Bloggers,
ReplyDeleteCuba la..hangpa semua banyangkan Mat Taib jadi Timbalan Perdana Menteri? Dakwat lama pun tak kering lagi...Hangpa boleh bayangkan macam mana sorang Menteri Besar bawa lari anak Raja pi menikah di Siam? Hangpa boleh bayangkan macam mana dia bawa duit tunai pi Australia nak beli ladang?
Mai Pak Lah pi lantik jadi Ketua Penerangan pulak tu. Lantik pulak jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Awat UMNO tak dak calun dah ka?
Awat laaa..Pak Lah kelam dan kelabu sangat ni?
Cuba hangpa pikiaq macam mana Pak Lah boleh pi lantik Zaid Ibrahim jadi Senator dan terus jadi Menteri penuh. Dia masuk dan rosakkan imej perdana menteri lama dan belah keluar.
Mummy pun tak tau apa yang Pak Lah pikiaq.
Mummy, you are talking about pentas antarabangsa ie UN..my God..even pentas semi antarabangsa di KL Convention Centre pun ramai dari kalangan pemimpin kita yang hanya mampu duduk kat barisan tiga!!!
ReplyDelete