Monday, November 24, 2008

Gerakan Terancang Memecah belahkan Melayu dan Islam

Secara sedar atau tidak sedar telah wujud satu gerakan terancang untuk memecahbelahkan Melayu dan Islam negara ini dan mengambil-alih kuasa dominasi Melayu di dalam pemerintahan negara. Mungkin ada Melayu yang sedar tentang gerakan ini tetapi dek kesibukan dan keutamaan bergocoh sesama sendiri mereka alpa bahawa kuasa mereka sedang reput.

Gerakan ini bergerak di empat buah negeri yang dikuasai pembangkang. Mereka sedikit demi sedikit membangkitkan isu-isu yang memihak kepada bukan Melayu. Isu-isu yang sensitif dan kelazimannya diperbincangkan secara dalaman dahulu telah didebatkan dan digahkan di dalam media kawalan mereka sehingga Melayu dan Islam kelihatan bodoh dan kolot. Isu-isu dan desakan yang dibangkitkan seperti yang kita tahu adalah :

1. Mempertikai ketuanan Melayu dan kontrak sosial.
2. Melakarkan wajah buruk Dasar Ekonomi Baru.
3. Menghangatkan dan membela tahanan Hindraf.
4. Mempersenda dan memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan melalui isu Penkid dan Yoga.
5. Mendesak untuk dibangunkan kandang babi yang terancang.
6. Mempertikai mahkamah syariah melalui kes-kes murtad.
7. Menguji masyarakat Islam melalui isu azan.
8. Meracun NGO-NGO haprak Melayu seperti Sister In Islam dengan mengunakan pendekatan hujah-hujah berdasarkan logik akal.
9. Usaha untuk menjadikan hukum Islam “irrelevant” melalui penekanan perjuangan hak-hak asasi manusia.
10. Sengaja mengubah bahasa-bahasa papan tanda untuk mencabar Bahasa Melayu.
11. Mengagung-agungkan kemenangan Barack Obama dengan meniup semangat gelombang perubahan di Amerika ke negara ini melalui media-media kawalan mereka.

Walaupun pada dasarnya keempat-empat negeri ini diperintah oleh MB Melayu kecuali Pulau Pinang tetapi tututan tersebut langsung tidak memihak kepada Melayu dan Islam. Kepimpinan pembangkang yang baru memerintah pastinya ingin menawan hati mereka dan secara tidak langsung terpaksa memenuhi tututan-tuntutan ini. Padahal mereka hanya memperalatkan pemimpin-pemimpin ini sahaja untuk kepentingan jangka panjang mereka.

Apabila mereka berjaya mendapat tuntutan-tuntutan ini mereka dikira berjaya menjadi pendesak yang kuat dan menjadi hero kepada bangsa mereka Cina dan India. Ini kerana selama ini tututan-tuntutan sebegini amat sukar dan mustahil untuk mendapat layanan di bawah pemerintahan BN. Kejayaan tuntutan ini akan tempias ke negeri-negeri lain juga.

Penyokong-penyokong parti-parti tradisi (MCA, MIC, Gerakan) dalam BN akan terhakis keyakinan kepada pemimpin parti mereka dan penyokong-penyokong ini akan bercantum dan beralih arah menyokong mana-mana parti liberal yang telah berjaya memperjuangkan isu-isu tadi. Begitu juga sokongan kepada PAS dan PKR hanyalah untuk jangka pendek sahaja.

Secara terhormat Melayu akan hilang kuasa kerana berpecah sesama sendiri. Melayu UMNO bergaduh sesama dalam UMNO, Melayu UMNO juga bergaduh dengan Melayu PAS dan PKR. Melayu PKR pula bergaduh dengan Melayu PAS. Melayu akan kelihatan tidak layak dan gagal memimpin negara ini. Mereka akan mengambil alih ketuanan Melayu akibatnya BN, UMNO, PAS dan PKR akan terkubur dengan sendirinya kerana berpuak-puak.

Sejauh mana kejayaan golongan ini bergantung kepada kekuatan dan penyatuan semua Melayu termasuk Melayu atas pagar yang sedang melihat dan menunggu. Melayu atas pagar ini terdiri dari kalangan professional, generasi baru dan mereka yang bergerak sendirian merupakan kuasa penentu kelak. Mereka ini kerap dipinggirkan.

13 comments:

  1. Mummy...Laa..cek ingatkan Mummy dok nak ceghita pasai parti Gerakan...

    Tapi memang betui la mami, cek dok perasan lama dah, sejak PRU12 hari tuh lagi, tapi apa kan daya, kita dok kat bawah nie...depa hat ataih dok berebut macam-macam...

    ReplyDelete
  2. jiji setuju sgt dgn mummy!mmg depa tgh pecahbelahkan kita..tapi orang Melayu makin syok duk mengutuk sesama sendiri..maklumlah depa percaya kata laksamana hang tuah - Takkan melayu hilang di dunia..memanglah tak hilang,tapi boleh hilang maruah dan hak!
    bila kita kata pertahankan hak kita,depa kata kita racist!depa tuntut hak lebih drpd kita,itu hak asasi manusia..piiiiiiraaaaaaaaaaaaahhhh..cempeqa sungguh!

    ReplyDelete
  3. aikk..! you pun bunyi nampak macam dok hasut saja..nak buat macam mana,nama saja melayu,dalam 10 orang ada kot 2 orang yang betoi-betoi praktik ajaran islam yang sebenar,yang lain-lain...?

    p/s teringat kes kg rawa,cucupakkasim ajak pi bom tokong hindu,depa kata "..hang gila ka..?.." habih macam mana?

    ReplyDelete
  4. mummy,

    Jangan salahkan parti lain, cuba mummy renong kebelakang dulu, siapa yang hina orang melayu dan ugama islam? orang cina ka?orang india ka? orang portugis ka?...takkkkk...orang umno sendiri....ok

    ReplyDelete
  5. Orang Melayu rata rata bergantung dan berharap UMNO menjaga mertabat Melayu . UMNO jgn romantik dgn igauan kuasa yg lepas lepas ,kehendak orang Melayu sudah tidak sama dgn yg lepas lepas cabaran masa kini berbeza , dunia adalah satu kampung global . UMNO tidak bolih hanya hayal dgn selogan , photo dan poster pemimpin dimerata tempat atas pokok pun ada. Jika UMNO merubah mentaliti nya Melayu juga akan ikut sama .Melayu benar benar berharap Tok Najib dapat mengubati penyakit kronik UMNO hanya ada 4 bulan sahaja lagi pemilihan march '09 . PakLah juga mempunyai tanggungjawap mengubati UMNO supaya UMNO yg sehat diserahkan kpd Tok Najib semacam Tun serahkan UMNO yg kuat pada PakLah 2004, PakLah jgn serahkan UMNO tua yg berpenyakit kpd Tok Najib.

    ReplyDelete
  6. Eh eh.... jangan mengamuk! Cool dan dengar sikit apa Ruler's Conference punya pendirian.

    Kita maki sesama sendiri tidak akan membawa penyelisaian....

    ReplyDelete
  7. Salam Bloggers,
    Hangpa semua jangan dok emosi tak tentu pasal. Kekuatan yang wajib kita kumpul sekarang ialah bersatu,Melayu kena duduk sesama Melayu. Dan Melayu yang ada kuasa jangan angkuh kerana ramai Melayu-melayu yang terpinggir @ atas pagar ini harus didekati oleh UMNO, kalau tidak PakSheh Anwar akan cekup.

    ReplyDelete
  8. Mummy oh Mummy,
    Cuba ingat2 balik sejak bila orang2 bukan Melayu berani mempertikaikan hak2 orang Melayu di Tanah Melayu ni? Sejak bila juga orang bukan Melayu dan bukan Islam berani mempertikaikan hukum2 Islam macam yang berlaku hari ini? Zaman Tunku? Era Tun Razak? Masa Tun Hussein Onn? Tidak..tidak..tidak...!
    Ianya berlaku bila Tun Mahathir mengambil alih pucuk pimpinan negara! Mahathirlah yang selalu memperlekeh dan mengutuk orang Melayu sendiri. Malah..lebih dari itu, Mahathirlah yang memperlekeh hukum Islam itu sendiri. Dialah yang kununnya berani mempersendakan hukum Islam sambil mempersendakan janggut Rasulullah dan berbagai-bagai lagi. Ingat? Jadi bila seorang ketua negara yang sepatutnya beragama Islam dan sepatutnya meningkatkan lagi kekuatan ummmah tetapi berbuat sebaliknya maka mula timbul keberanian kaum kafir di Malaysia ini untuk ikut mempermainkan isu 'ketuanan Melayu' dan agama Islam itu sendiri (hinggalah kehari ini,makin beranilah kaum bukan Melayu/Islam ini bersuara!) So bukan sekarang gerakan pecah belah Melayu/Islam itu bermula... Ia dah bermula sejak Mamak Mahathir jadi PM!!

    Muadz, Shah Alam

    ReplyDelete
  9. besa la tu mami oiii... org kemaruk kuasa, tak besa dapat perintah negeri, takut hilang kosa nanti, pungkoq hindu pun org paih sanggup jilat... lama2 esok babi pun buleh jadi halai... tu paih punya perangai..

    ReplyDelete
  10. Khianat dengki dan melihat kejatuhan melayu yang bertepuk tangan orang melayu juga.Kalau melayu dah boleh bersatu dan bermumafakat maka bangsa tu bertukar bukan orang melayu lagi. Sejak azali lagi melayu lebih hapi melihat kejatuhan melayu.. sebab itu nabi pun tak laungkan kaumnya, sebaliknya nabi laungkan perpaduan Islam yang dibawanya. Apa kata kita semua pentingkan apa yang dibawa nabi iaitu menobatkan Islam bukannya bangsa..

    ReplyDelete
  11. Mummy,

    Saya tidak nafikan bahawa kemungkinan besar tindkan-tindakan terkini boleh ditafsir sebagai menggugat "ketuanan Melayu". Saya percaya mereka yang ikuti perlembangan ini boleh mengungkapkan contoh-contoh seperti yang diberikan oleh mummy. Setuju. Namun ada satu lagi faktor yang jarang mahu dibicarakan oleh Melayu - samada pemikir, politikus atau pun blogger - iaitu "apakah 'ketuanan Melayu' dalam realiti?

    Kalau dimaksudkan ketuanan Melayu sebagai social contract dan dominansi politik oleh orang-orang Melayu, itu bukan lah satu roket sains untuk dihuraikan.

    Pada saya, kita perlu lihat kepada masyarakat Melayu amnya. Melayu am nya memang dibelenggui dalam pelabagi aspek dan pembelengguan ini amnya dilakukan oleh Melayu sendiri iaitu golongan elitis politik Melayu dan golongan elitis agama. Dua puak ini yang telah meletakkan Melayu ditahap "endangered species" yang perlu di jaga. Fikirkan walaupun ada yang mengatakan pandangan ini memedihkan.

    Pada saya, tidak ada guna nya suatu bangsa itu dominasi politk kalau bangsa itu mengkhianati bangsa nya sendiri melalui politik.

    Saya percaya kalau benar lay kita mahu Melayu maju, kita harus mengunakan pendekatan yang radikal yang rata-rata saya lihat pemimpin kita takut - bebaskan minda Melayu daripada kongkongan dan kawalan elitis politik dan agama. Benarkan minda mereka berkembang, didik mereka dan benarkan mereka berfikir untuk diri sendiri. Umat yang minda nya dibelenggu dan di kawal oleh golongan berkepentingan (politik dan agama) tidak akan maju. Mereka yang baca Quran akan faham hal ini.

    Melayu harus dibenarkan hidup sebagai dewasa yang mampu berfikir untuk diri sendiri. Jika tidak, ia kan berada ditahap kanak-kanak seperti mana ia nya berada sekarang. Maka, jangan kita hairan kaum lain diselruh dunia semakin maju, kita pula masih ditahap pengkid dan yoga dan teh tarik diangkasa lepas.

    salam.

    ReplyDelete
  12. Macamana kita nak bersatu? Bangsa melayu tak akan dapat bersatu. Sejarah lampau telah mencatatkan bahawa melayu adalah bangsa yang tidak mungkin bersatu; Bangsa yang: bila berjanji memungkiri, bila berkata berbohong, bila percaya curiga. Lihat saja dari komen disini - berbagai dan tidak akan seragam. Semua bangga dengan pendapat sendiri dan merasakan mereka betul. Semua mencari perbezaan buka mencari persamaan. Bangsa lain akan mencari penyelesaian dari segala perbezaan itu sedangkan bangsa melayu bertahan dan membesarkan jurang perbezaan.

    Jangan lagi salahkan sesiapa. Jangan lagi ada salahkan Mahathir hanya bila sesuatu yang dianggap buruk berlaku tetapi tidak pernah berterima kasih kepada Mahathir apabila sesuatu yang baik telah beliau lakukan. Bangsa apakah kita ini? Jangan biarkan anak cucu mengutuk kita sebagai bangsa melayu yang mengkhianati bangsa sendiri. Jangan lagi ada ada raja mendaliar yang mengkhianati negeri melaka untuk jatuh ketangan portugis.

    Mummy, teruskan penulisan- Mudah-mudahan akan dapat mengingatkan bangsa kita yang malang ini. Kita bukan rasist tetapi kebenaran harus dinyatakan.

    ReplyDelete
  13. MELAYU MUDAH LUPA] begitulah apa yang telah diperkatakan oleh pemimpin agong negara Tun Mahathir.Masa beliau tak ada pihak2 yang meragui pemerintahan beliau.But now everyboody want to expose even chua soi lek pun mahu memperkatakan tentang melayu.[iz]

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.