Friday, November 21, 2008

KETUANAN MELAYU LEBIH KEPADA ALAT PARTI POLITIK MELAYU

Hari ini Melayu berkumpul di merata tempat untuk berforum, berseminar dan berdialog berhubung Agenda Melayu. Yang menarik sekali penganjur-penganjur ini terdiri dari pemimpin-pemimpin lapuk parti-parti politik Melayu yang dah tak laku dalam arus dunia sekarang. Mereka juga terdiri dari yang mengidap berbagai-bagai penyakit dan ada yang beroda dan bertongkat datang berforum. Sejarah keagungan zaman mereka diluap-luapkan kembali dengan penuh semangat. Yang menarik lagi pertubuhan-pertubuhan ini baru ditubuhkan.

Dalam masa yang sama melayu-melayu UMNO yang sedang berlumba-lumba untuk bertanding pada bulan Mac ini pun tumpang sekaki berbicara tentang isu Agenda Melayu.

Hakikat yang sebenarnya melayu Malaysia ini tergolong dalam dua kelompok. Melayu UMNO(MU) dan Melayu Di Luar UMNO (MLU). Melayu di luar UMNO selama ini menaruh harapan yang besar agar Melayu Umno yang berjuang isu Agenda Melayu. Mereka lihat UMNO sebagai satu gergasi Melayu yang kuat dan berpengaruh di dalam pemerintahan Negara ini. Mereka tak ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang apa itu Agenda Melayu. Mereka-mereka ini terdiri dari generasi yang dilahirkan di sekitar tahun 70an. Mereka amat selesa dengan UMNO dan yakin penuh dengan UMNO.

Tetapi apabila UMNO gagal dalam pilihanraya ke 12 dan nampak kelompongan di dalam UMNO, mereka mula menjadi bingung. Anak-anak mereka terus jahil tentang Agenda Melayu dan lebih dicorakkan oleh pengaruh-pengaruh media-media baru. Agenda Melayu tidak lagi penting di dalam mencorakan hala tuju survival mereka. Apabila kita membawa fakta-fakta sejarah untuk menyakin mereka, mereka lebih menganggap sejarah itu lebih kepada cerita-cerita penglipurlara sahaja atau “bedtime story” sahaja.

Yang menjadi malang sekali UMNO sebagai pertubuhan yang mereka harap telah semakin jauh dengan mereka. UMNO menjadi kelab elit dan dikuasai golongan-golongan kapitalis. Forum-forum dan perdebatan tentang isu Agenda Melayu tidak sampai kepada golongan di luar UMNO.

Tajuk Agenda Melayu telah menjadi alat pemimpin-pemimpin UMNO untuk menarik pengaruh orang-orang dalaman UMNO sendiri agar mendapat tempat dan kuasa di dalam UMNO dan seterusnya menguasai Negara ini sebagai PM, TPM dan Menteri-Menteri.

Tepukan-tepukan gemuruh di dalam Persidangan UMNO apabila berucap tentang Agenda Melayu hanyalah tepukan orang-orang UMNO sahaja.. Melayu di luar sana tidak langsung mengerti semangat tepukan mereka. UMNO seperti SYIOK SENDIRI dan retorik semata-mata.
Akhirnya AGENDA MELAYU menjadi bahan Sejarah yang dikendong golongan-golongan tua dan yang muda-muda akan dibawa arus jauh oleh gelombang globalisasi dan "free enterprise".

10 comments:

  1. Salam Mummy,

    Itu lah realiti sekarang.. adakah mereka sedar atau buat tidak sedar hanya mereka dan keluarga mereka saja yang tahu... orang lain peduli apa..

    ReplyDelete
  2. nak dengaq tepukan yang kuat lagi kalu forum atau perhimpunan yang ada makan-makan,karipap.cucuq badak,teh,kopi,bihun lagi kuat kalu buat kat hotel-hotel 5 star dan makan-makan kat coffee house..fooh..!boleh runtuh dewan dengaq depa tepuk.

    ReplyDelete
  3. mummy,

    Sekarang ni dah banyak sangat NGO-NGO yang ada..macam-macam nama..tapikan kalau ditambah K kat belakang NGO tu, bunyinya jadi NGOK....betul tak?

    ReplyDelete
  4. cerita ketuan Melayu????
    hebat orang Melayu macam ayam jantan setakat bekokok jer..Pemimpin Melayu mementingkan tekak dan perotnya sahaja supaya bertambah besar.Sebelum PR KE 12 dulu pun Melayu banyak kuasa tapi apa yang mereka hulur dan sumbangkan pada orang Melayu.Setakat menghunus keris dah kata kita hebat dan tuan pada bumi Malaysia apalah hasilnya. Yang nyata Melayu terus melukut ditepi gantang sejak merdeka hingga ke hari ini.Kita terus hidup berkuli kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.Kita tidak menjadi tuan kalau setakat makan gaji dengan kerajaan atau badan berkanun yang lain.Lihatlah orang Melayu ! setinggan rumah mereka,warung dan gerai perniagaan mereka dan Ah Seng serta Ramasamy taukeh mereka.
    Tanah-tanah dan lombong-lombong serta hutan kini mula dikuasai oleh golongan bukan melayu, padahal kelulusan sesuatu itu semuanya ditandatangani oleh pegawai Melayu.
    Setakat mula goyah akbat PR ke 12 ari itu modal ketuanan Melayu mula dijaja untuk memperbodohkan orang Melayu supaya menyokong mereka. Itulah dia politik UMNO.. tapi bila menang besar orang Melayu juga yang tak dapat hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Dear Mummy,

    I have to agree with you mummy, though it may not applies to all.

    The numbers of the sincere, trustworthy and responsible ones are shrinking by the days.

    May God Bless Us!

    ReplyDelete
  6. Mummy Rok ni Nana nak bagitau kat Mummy, melayu yang sebenak2 melayu adalah golongan orang asli,memang asai usoi depa dari Malaya dok dalam hutan.Yang melayu dok ada la ni semua caca marba asai dari keturunan Jawa,Mamak,Arab dan lain2.Yang depa dok sebok2 perjuang ketuanan melayu ni pasai apa.Rasullallah walaupun berbangsa Arab tapi berjuang untuk umat Islam bukan untuk bangsa arab Quraish saja tapi untuk semua bangsa arab serta semua golongan Islam.

    Ni Nana nak cerita sikit pasai orang melayu asli ni dulu depa dok dalam hutan dok pakai daun untuk tutup orat depa, tak reti nak pakai kain ka seluak ka.Lepaih tu mamak pedagang dari india mai sini masa tu kebanyakan mamak2 ni pakai kain pelikat,dari situ lah baru depa belajak pakai kain,seluak dan sebagainya,kalau tak mungkin sampai hari ni depa dok pakai daun lagi, silap2 tak pakai langsung pasai pokok dalam hutan semua depa dok tebang habih nu nak buat pembangunan konon.

    Walaubagaimanapun saya sokong dengan apa yang Mummy tulih ni.

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy Rok,

    Memang betul dah!
    Ramai orang melayu cakap pasal ketuanan tapi bertuankan cina. Ini dinamakan barwa atau balaci cina.
    Pemuda-pemuda umno pula suka dengan orang-orang (barwa) sebegini sebab 'mashuuukk!'.
    Kerja tak ada, tapi nak bergaya kenalah tepuk kuat-kuat bila barwa cina ni berucap.
    Maka hilanglah ketuanan melayu satu hari nanti sebab barwa cina yang pengkhianat akan merosakkan bangsa sendiri.
    Do we really think these barwa have money to throw? atau beli undi? Duit cina beb!
    Vincent Tan tuan siapa?
    Talam tuan siapa?
    Di Bahagian Bukit Bintang pun ramai...

    -bintangdaily-

    ReplyDelete
  8. Salam Sahabat Bloggers,
    Ini definasi Ketuanan Melayu dari perspektif Mummy :
    1. Saham-saham di BSKL nama Melayu tapi pengurusan syarikat bukan Melayu.MELAYU JADI TUAN SAHAM.
    2.Kontraktor-kontraktor Kelas A,B dsbnya nama Melayu yang buat kerja bukan Melayu. MELAYU JADI TUAN LESEN DAN MAKAN PERSEN SJA.
    3.Pengurusan lori, haulage, pengangkutan trailer dan cargo dikuasai bukan Melayu. MELAYU JADI TUAN PERMIT SAHAJA.
    4.Tanah-tanah rezab Melayu yang stategik di "swap" dengan tanah-tanah antarabangsa yang tempatnya "jin bertendang". MELAYU JADI TUAN TANAH SAHAJA.
    5.Menara Berkembar PETRONAS, nama dikuasai syarikat Melayu tetapi yang menguasai ruang perniagaan yang strategik adalah Suria Mgmt yang dikuasai William Cheng. MELAYU JADI TUAN BANGUNAN SHAJA.

    Ini adalah kajian rambang Mummy yg baru sedikit.

    ReplyDelete
  9. Nak tambah sikit lagi mummy bolehkan.

    Kerajaan dikuasai oleh UMNO, Jemaah Perdana Menteri, ramai Menteri rterdiri orang Melalu, Polis dan Askar boleh kata orag Melalu, tapi bila bangsa ungkit tentang kuasa Melayu, semua diam.
    Kerajaan saja berwajah Melayu tapi kuasa layu.

    ReplyDelete
  10. Salam Mommy,

    Dah 51 thun org2 Melayu jadi bingai psl parti ni...Cukup2 la membingaikan bangsa sendiri

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.