Thursday, November 13, 2008

Mat Taib guna wang?

Tun Mahathir terkejut calun Timb Presiden yang rekod buruk mendapat sokongan mendadak walaupun pada peringkat awal tertinggal jauh.
"Apabila anda tahu seseorang yang mempunyai rekod buruk mendapat sokongan penuh mungkin sesuatu perkara yang tidak betul berlaku" Kata TDM. "I believed Mahyuddin is the best person for the job"
Nampak jelas dan nyata calun yang mempunyai rekod buruk dan huduh adalah Mat Taib sahaja. Habis UMNO dok tunggu apa lagi? Nak sokong Mat Taib lagi? Kalau sokong juga makna kata UMNO sokong Rasuah Politik. Semua BUTA KAYU.

10 comments:

  1. Salam Mummy,,

    Morning.. lepas tu nak sokong sapa. hee. depa sokong kot2 dapat lebih lah tu kan... ishh2 ishh2.. apa nak jadi...

    ReplyDelete
  2. baru 1st tme sampai sinih, best noo, alah....lepas ni mungkin lebih banyak magik berlaku kot

    ReplyDelete
  3. Bukan macam tu. TDM tak mahu Mat Taib. Mungkin atas sebab peribadi kot. Bukan sebab Mat Taib main duit. Sebab TDM tak suka dia. Itu Saja. Kalau dah tak suka TDM tentulah pandai berkata-kata. Ada Fahamtak?

    ReplyDelete
  4. Mat Taib la pemimpin yang sanggup pi tidor di rumah orang kampong cari orang susah.Itu pun bila dah kalah pilihanraya. Dulu dia pergi tidor di Australia dan dengan Tengku Putri anak Sultan Selangor. Mana ada pemimpin yang sanggup beralih dari peluk anak raja kepada peluk orang susah di kampong?Hanya lah Mohd Taib. Syabass...Pacak Bendera kuat-kuat.

    ReplyDelete
  5. Mat Taib la pemimpin yang sanggup pi tidor di rumah orang kampong cari orang susah.Itu pun bila dah kalah pilihanraya. Dulu dia pergi tidor di Australia dan dengan Tengku Putri anak Sultan Selangor. Mana ada pemimpin yang sanggup beralih dari peluk anak raja kepada peluk orang susah di kampong?Hanya lah Mohd Taib. Syabass...Pacak Bendera kuat-kuat.

    ReplyDelete
  6. Tak kiralah mummy oiiiii....janji ada masyukkkkkk...kahkahkah..

    ReplyDelete
  7. Apa nak heran...UMNO memang parti duit, parti rasuah. Geng2 mummy pun ramai masuk UMNO, bukan nak tolong melayu, tapi nak songlap duit, sapu projek, sapu pink form, sapu Datuk, sapu mamak. Itu tujuan betui, mana ada nak bantu bangsa dan negara! Toya lah.

    ReplyDelete
  8. Mummy,
    Rasuah Politik ini macam sakit yg sangat kronik doktor kata ada penyakit ada petanda ada simtom tapi tak dapat nak dikesan tang mana penyakit tu. dah buat x ray , MRI pun dah buat ,angio pun buat juga ,endoscopic pun buat,dll tapi tetap tak jumpa . Bomoh dah buat air mandi bunga , ubat tradisi dah bagi , tongkat ali bagi ,gamat langkawi juga bagi makan ,dll tapi penyakit tu tak hilang hilang.
    Cuma satu lagi belum buat Mummy 'Surgery ' tapi tak tau 'Major 'ke 'Minor' kalau tak buat cepat macam Mummy cakap UMNO akan berkuboq .
    Lapuran Suruhanjaya kata diPRU 13 nanti ada 4 juta penggundi baru 2 juta dari gulongan yg berumur 30 tahun kebawah kebawah generasi internet savvy , generasi sms/mms,generasi PDA/blackberry generasi Itouch,dll ini ada ajk bhg dan cawangan
    nak 'Switch on' dan 'Switch off' PC pun tak reti phobia lagi penatlah Puteri ajaq tak pandai pandai tapi nak jadi pemimpin.
    Kalau tak jumpa ubat sekarang macam mana nak tarik generasi penggundi baru ni?
    Pemilihan kali ini sangat kritikal
    ini adalah pemilihan yg 'Make' or 'Break' bagi UMNO .
    Patut dulu depa dah buat sapa sapa dapat pencalunan terbanyak menang tak payah nak adakan perhimpunan dec 2008/march2009 untuk menggundi lagi . Kalau terjadi march depan ni calun yg undi terbanyak kalah pencalunan yg sedikit menang apa nak jawap?

    ReplyDelete
  9. Chengho,
    Mami setuju apa hang cakap tu..Tapi sejauh mana UMNo ni ambil iktibar dari kekalahan pilihanraya lepas? dan kemenengan Obama? Tengok la ..la ni pun depa dok bertokak sesama sendiri. Depa lawan sesama depa lebih dari depa buat kerja untuk pilihanraya. Depa dah duduk di dalam zon selesa dan yakin penuh akan menang pilihanraya yg akan datang. Hang tengok apa jadi di Perlis?Terangganu? Negeri Sembilan? Semua negeri ni bakal ditawan pembangkang. Akhirnya UMNO gigit jari saja.

    ReplyDelete
  10. mummy dan rakan,

    Dr Mahathir tahu, ramai yang tahu tapi susah nak bukti. Ini bukan soal Dr Mahathir suka atau tidak suka. Semua orang tahu siapa Mat Taib.

    bungaraya agak tok tok dalam menilai pemimpin. Mat Taib pada mulanya tidak mengaku menikah dengan Tengku Zanariah tetapi kemudian mengaku, mengaku tidak faham bahasa inggeris kerana membawa wang yang berlebihan ke Gold Coast.

    Sukar untuk menerima hakikat bahawa Mat Taib mampu untuk berada dipentas antarabangsa kalau terpilih jadi Timbalan Perdana Menteri. Program tidur di kampong itu program artificial.

    Dalam hati kecil Mat Taib sendiri dia tahu dia tidak mampu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.