Sunday, November 30, 2008

Siapakah Tuan yang sebenar di negara ini?


Emosi orang-orang Melayu sangat mudah diusik terutamanya jika ada gangguan berhubung dengan hak-hak mereka. Mereka merasakan Ketuanan Melayu yang mereka nikmati hari ini harus diwarisi turun temurun selagi ada bulan dan bintang, langit dan bumi.

Ini mungkin mereka takut mereka menjadi hamba seperti Kunta Kinte di Afrika atau Red Indian di Amerika. Setiap kali konsep ketuanan Melayu dicabar mereka akan mengungkit sejarah kontrak sosial. Mereka akan menyingkap kembali sejarah-sejarah lampau semasa memperjuangkan kemerdekaan dari British.

Dengan penuh emosi mereka bangun dan mendabik dada menyeru kaum lain supaya jangan persoal ketuanan Melayu. Menteri-Menteri mereka mula mencari ruang untuk berhujah. Merekapun mula berbincang untuk merangka dasar bagi mewajibkan mata pelajaran Sejarah, supaya mata pelajaran kontrak sosial menjadi mata pelajaran yang wajib di sekolah-sekolah. Padahal mereka juga dahulu yang mengubal dasar pelajaran kebangsaan dan mata pelajaran sejarah dipencilkan.

Apakah mereka pernah membuat kajian yang mendalam, berapa ramai generasi baru mereka yang buta sejarah? Jika generasi mereka sendiri pun buta sejarah bagaimana pula dengan generasi kaum lain?

Hari ini mereka memberi amaran pula kepada rakan dalam parti komponen mereka supaya jangan mempertikai ketuanan Melayu. Susulan ini akibat dari kenyataan Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun yang mempertikaikan bahwa ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi. Mereka mula menjadi emosi sehingga Menteri Pelajaran mereka, Hishamudin menghalau keluar parti komponen BN jika parti komponen tersebut terus mengungkit sejarah dan fakta negara.

Dari kacamata bangsa mereka Hishamudin telah menjadi hero tetapi dalam masa yang sama dari kacamata kaum Cina dan MCA, Chua Soi Lek dan Chew Maei Fun telah menjadi hero juga.

Yang lebih menarik lagi Presiden MCA, Ong Tee Kiat pula menyampuk mengatakan bahawa kenyataan Timbalannya Soi Lek itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian parti MCA dan masyarakat Cina amnya. Sekali ini muncul hero baru pula iaitu Ong Tee Kiat sebagai hero di kalangan masyarakat Melayu dan Cina kerana kenyataannya lebih berkecuali.

Hakikat yang sebenarnya memang ketuanan Melayu telah dilupakan oleh baik generasi baru bukan Melayu mahupun Melayu sendiri. Ketuanan Melayu yang sebenarnya hanyalah alat untuk memenangi pilihanraya semua parti politik dalam negara ini.

Generasi-generasi baru hari ini lebih tertumpu kepada mengejar kehadapan yang lebih pantas dan mutakhir. Penguasaan Google,Yahoo, Myspace, Facebook dan ribuan lamanweb yang lebih “friendly” dan setia bagi mereka lebih menarik lagi dari melihat poltiking-politiking parti-parti politik di Negara ini yang tidak berkesudahan. Masa mereka telah menjadi suntuk untuk mumbuka buku sejarah. Akhirnya inilah TUAN mereka yang sebenar.

8 comments:

  1. Mummy,

    Saperti Tun cakap dulu dulu lagi Melayu/Bumiputera misti mengusai sains dan teknologi untuk melonjak kepesada dunia . Tak guna kita romantik dgn Ketuanan Melayu kalau masakini melayu/Bumiputera tak kuat dari berbagai sudut termasuklah jatidiri.
    Tenguk saja Umno bhg Permatang Pauh penyakit kronik Umno yg gila kuasa dah terdedah masing masing pertahankan kepentingan peribadi Ketua bhg bergaduh dgn Wakil Rakyat Umno. Depa bukan peduli hati Rakyat . Patutnya yg penting nak memenangi hati Rakyat bukan nya syok sendiri sama sama Umno.

    ReplyDelete
  2. Chengho,
    Mummy meneliti balik cadangan Muhyiddin Yassin tentang, ada baiknya biar pucuk pimpinan tertinggi UMNO dipilih oleh 100,000ahli pemimpin cawangan dan tidak terhad kepada 2,500 perwakilan seperti sekarang. Kalau ini dilaksanakan politik wang akan dapat di atasi dan ketua-ketua UMNO Bahagian tidak bongkak dan gila kuasa serta jadi merak buih.

    ReplyDelete
  3. Kalau ada tuan tentu ada hambanya. Kalau ada tuan tentu ada puannya. Marah pula nanti kaum perempuan kerana hanya ada ketuanan Melayu dan tiada kepuanan Melayu. Heheh. Selepas ini pengirim surat rasmi tentu tidak guna lagi 'tuan' kepada penerima surat.

    ReplyDelete
  4. Awangsufi,
    Hang buat Mummy fikir sejenak...mmmm ada lojiknya.

    ReplyDelete
  5. Mummy hang dok pandai blog saja awat hang tak masuk TV rancangan blog. Hang dok sembunyi pasai apa.

    ReplyDelete
  6. 100% i am strongly agree with your article.Nampaknya pemimpin melayu tak tahu yang mereka telah dipermainkan oleh musuh melayu.Begitu banyak perkara-perkara yang sensitive diutarakan pihak yang tak berkaitan,tapi tak ditangkis oleh orang2 pak Lah.Dah hilang kuasa kaa.Too opened minded konon.[iz]

    ReplyDelete
  7. Dulu kaum lain hormat pada kita, pada agama kita, pada budaya kita, pada bahasa kita dan keilmuan kita. Tetapi sekarang mereka nampak kita berpecah di bawah kepimpinan PakLah mereka ambil kesempatan menghina kita.
    Semasa Mahathir dulu pun mereka pernah mencabar ketuanan Melayu semasa kita berpecah dan UMNO haram. Tetapi Mahathir bijak mengawal situasi dan Mahathir memberi amaran yang keras dan tegas. Dalam masa yang sama Mahathir buktikan kewibawaannya sebagai pemimpin yang disegani di dunia.Dalam lain perkataan "what is that the Chinese and Indian?Im handling the American, Australian and the British?" The British pun respek sama saya bila saya kata "buy British Last".
    Sekarang ini arah mana pemimpin negara ini nak bawa Melayu?

    ReplyDelete
  8. Dear Mummy Rokiah,

    I strongly agree with your analysis.
    Yang membela, dan yang mencabar konsep ini keduanya adalah untuk kepentingan politik masing-masing.

    Wujud ke ketuanan melayu?
    yang saya perhatikan di alam realiti cuma ada konsep Ketuanan Wang dan Ketuanan Kuasa.

    Siapa yg mempunyai Wang dialah Berkuasa. Dan Siapa yang Berkuasa, Dialah Tuan. Betul?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.