Monday, November 10, 2008

UMNO Bertokak dan Gila Kuasa

Di dalam hampir semua akhbar perdana hari ini menyiarkan berita-berita hangat UMNO sedang bertokak sesama sendiri. Paparan-paparan kejar-mengejar pencalunan, gaduh sesama ahli (Seremban), saman-menyaman semua ini berlegar dari KEGILAAN KUASA. Dari pemimpin atas sampai ke bawah. Semua dua kali lima.
Perangai GILA KUASA ini akan mengakibatkan MABUK KUASA. Bila dah GILA campur MABUK akibatnya ahli-ahli dah tak kira mana kawan dan mana lawan yang sebenar. Pembangkang akan gelak dan ketawa serta bertepuk sorak dengan perangai UMNO. Yang rugi dan melilau kelak adalah Melayu.
Mummy malu tengok UMNO bertokak di dalam akhbar hari ini. Lihat liputan-liputan dalam :-
  1. Utusan Malaysia - M/s 1, 2, 4,6
  2. New Straits Times - M/s 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7
  3. Berita Harian - M/s 1, 2, 4, 6, 7, 8
  4. Star - M/s 1, 4, 8, 10

Ini tidak termasuk akhbar-akhbar lain lagi. Hampir setiap hari dipaparkan UMNO BERTOKAK. Naik termuntah Mummy baca. Jika inilah perangai orang-orang UMNO maka bersedialah di ambang kehancuran. Maka tidak mustahil kenyataan Mummy bahawa UMNO akan menjadi Dinasour.

5 comments:

  1. Mami, kalau begini saya rasa BN akan kalah di 4 negeri lagi pada pilihanraya ke 13. Pahang, Terangganu, Negeri Sembilan dan Perlis. Dok Gochoh jeee...

    ReplyDelete
  2. you're one hot mummy huh ...wouldnt mind actually !

    ReplyDelete
  3. Mummy,

    Penyakit Umno dah bertambah teruk rakyat dah naik meluat dgn kerenah org org Umno .Kalau penyakit ini tidak diubat sekarang ini tak payah tunggu PRU 13 tahun depan pun belum tahu Umno bolih selamat ke tidak.
    Tok najib kena ambil tindakan sekarang Umno dah caca marba berebut macam beli tiket wayang zaman '70 puluhan dulu sebab tu masa tu tiket black market pun laris walaupun harga nya dua kali ganda asalkan dapat masuk panggung . Bila dah masuk panggung ada juga yg duk kerja raba punggung .
    Pemilihan Umno dah jadi macam pasaran saham KLSE willing buyer willing seller hanya harga spekulasi dan emosi yg menentukan .
    Satu rumusan Mummy iaitu GREEDY..depa dah TAMAK kuasa dan harta.

    ReplyDelete
  4. Chengho..
    Mummy sangat setuju pendapat hangpa tu..Dulu Mami belajaq sejarah, semua empayar dan tammaddun runtuh kerana tamak haloba. Tamak kuasa, tamak wang, tamak betina,tamak harta semua-semua perangai memang dah dok ada dalam UMNO la ni...Cuma tunggu masa saja.
    Kalau hangpa dengaq puak UMNO ni bersyarah, boleh runtuh langit. Perau-perau keluaq ayat quran. Tapi depa tak belajaq dari apa cakap. Depa tak belajaq kekalahan rasul kita dalam perang Uhud.Depa dok ralit lagi.
    Macam Melayukenagadai cakap pun Mami setuju. Silap-silap 4 lagi negri terbang kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Anwar ibrahim al juburriiiiiiii.
    dok jolok pungkoq MUMMY...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.