Tuesday, December 9, 2008

Agensi-agensi geraksaraf Melayu gagal

Semalam kawan Mummy ajak keluar dinner di salah sebuah restauran lima bintang di Kuala Lumpur. Temujanjaji yang sudah seminggu tertangguh terpaksa Mummy penuhi bukan kerana memilih tempat tetapi atas kehendak sahabat tersebut yang ingin “privacy”. Lagipun Mummy baru baru balik dari “outstation”.

Katanya apabila kita menyentuh isu ketuanan Melayu, Islam dan Majlis Fatwa, Raja-raja Melayu dan kontrak social jangan dipersalahkan parti-parti politik sahaja. Kita harus bongkar peranan-peranan agensi-agensi propaganda dan gerak saraf Melayu yang sudah lapuk dan gagal memainkan peranan mereka. Banyak Negara-negara bekas penjajahan British serba sedikit masih mewarisi strategi-strategi gerak saraf British yang sudah lapuk. “Our early warning system failed” kata rakan Mummy.

Contoh yang terbaru ialah Mumbai Attack di India. Pihak keselamatan India langsung tidak dapat menghidu pergerakkan terrorist. Begitu juga insiden London Bombers di London satu ketika dahulu. Begitu juga dalam negara kita apabila golongan minority iaitu Hindraf yang tak pernah kita sangka telah bangun dengan anggkuh menunjuk perasaan mereka dan menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pengajaran yang paling parah dan terbukti ialah PRU12 yang lepas apabila gerak saraf BN langsung gagal mengidu pergerakkan pembangkang dan mengalami trauma Tsunami politik yang sampai sekarang masih terasa bahananya.

Samada kita sedar atau tidak sedar ada beberapa agensi propadanga dan gerak saraf yang ditubuhkan kerajaan Melayu untuk memainkan peranan physwar dan psy op mempertahankan Ketuanan Melayu tetapi gagal. Agensi-agensi ini seperti Kemas, JASA, Jabatan Penerangan, Kementrian Penerangan, Kementerian Dalam negeri, GPMS dan banyak lagi yang disembunyikan.

Mereka yang tahu sahaja mengetahui entah berapa banyak peruntukan disalurkan kepada agensi-agensi ini untuk bergerak dengan bijak dan bermuslihat untuk menegakkan ketuanan Melayu tetapi lumpuh samasekali. Pegawai-pegawai mereka yang “government oriented”, buta IT, selesa dalam pejabat dan tidak hands on, tua dan kuno, tidak menerima idea-idea baru dari orang muda, pekat birokrasi, berlegar-berlegar dengan redtape dan berbagai-bagai lagi yang tidak praktikal.

Akibatnya mereka disapu bersih oleh propaganda-propaganda baru melalui internet dan serangan cyber yang lebih cepat dan efektif.

Kegagalan mereka mungkin dari beberapa sebab. Yang ketara ialah Pengarah-pengarah mereka sudah kolot dan ketinggalan zaman. Pengarah-pengarah ini diletakan sekadar memberi pekerjaan selepas pencen bukan nya untuk bekerja. Strategi mereka telah lapuk tidak “up to date” dan ditelan mentah-mentah oleh media-media baru seperti bloggers dan laman-laman web yang terancang. Banyak aktiviti mereka lebih kepada “syiok sendiri” dan berpolitiking serta memihak kepada pemimpin-pemimpin individu dari perjuangan untuk Melayu.

Sebagai contoh peranan Kemas lebih kepada kempen untuk Mat Taib yang dah lapuk. Peranan JASA lebih kepada bekas menteri mereka Zahid Hamidi dan mana-mana pemimpin yang boleh mereka berpaut untuk jadi wakil rakyat. Kementerian Penerangan berkiblat kepada menteri mereka. Apabila berbangkit isu mencabar ketuanan Melayu, Social Kontrak dan Majlis Fatwa mereka lambat bertindak. Langsung lesu, mandom dan lumpuh. Laporan lebih kepada laporan di atas kertas tidak ada apa hasil dan tindakan. Laporan mereka lebih selalu “bias” hanya membodek dan harapan dinaikan pangkat. Maklumat-maklumat yang sepatutnya sulit boleh dibeli dengan sepinggan nasi kandaq.

Menurut sahabat Mummy mereka ada juga “planted” bloggers-bloggers mereka tetapi semuanya tidak cerdik. Lebih kepada politicking budak mentah tidak strategik dan cetek fakta mereka.

Seharusnya Najib membuat satu rombakan yang holistic berhubung strategi geraksaraf ini seperti yang Najib selalu raung-raungkan seperti dalam buku bacaannya “Blue Ocean Strategy”, make your competitors irrelevant.

16 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Itu yang hairan tu, punyalah banyak agensi tertubuh. Tapi bila bangsa dan agama diperkotak-katik hanya satu dua jer yang bersuara.

    Terbaru 7 Disember 2008 satu laporan polis telah dibuat oleh Blogger Mahaguru58 terhadap seorang blogger warga Malaysia yang mempersenda umat Islam dengan menghina Ibadah Haji. Mana pergi agensi-agensi ni! Takkan ambil peruntukan jer!

    ReplyDelete
  3. Salam perjuangan,

    Benar kata Mummy. Agensi-agensi yang disebutkan cuma boneka para menteri. Masing-masing menjaga kepentingan.

    Setiap tindakan yang menghina agama Islam perlu ditentang sepenuhnya tanpa dolak dalih. ALLAHUAKBAR!

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tepat dan bernas skali sindiran Mummy...

    Kasi hantam sama bangsa kite, utk sedarkan mereka....

    Bukan itu parti saja yg Melayu nak dukung...Klu itu parti fail, kite tukar pimpinan parti...Klu pimpinan parti fail, kite kuburkan parti itu...

    ReplyDelete
  5. Ada lagi satu fakta.manusia tidak selamanya boleh ditipu.omputeh kata disinformation a.k.a mainstream media is a weapon of mass disinformation.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Mummy,
    Tepat dan mengena sasaran,saya cuma ingin menambah satu sahaja iatu semua Pengarah-Pengarah tak kira JASA,KEMAS,KDN,KEMENTERIAN ATAU JABATAN PENERANGAN DLL,mereka semua sudah terlalu selesa dan ter`OVERCONFIDENT`.Turun kekampung-kampung dengan KENDERAAN MEWAH SUV,MPV,CBU,CKD,hatta selepas Tsunami PRU12 mereka-mereka ini masih kebanyakannya tidak berubah,
    .Kalau beginilah keadaannya,Saya masih belum mendapat bayangan yang jelas bagaimana mahu menawan kembali 5 negeri yang terlepas.
    RENUNGILAH KATA-KATA HIKMAH OLEH;
    LUKMAN AL HAKIM:
    ADA 2 ORANG YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP.
    1) ORANG YANG TIDAK CEKAP MEMBUAT APA YANG DISURUH.
    2) DAN ORANG YANG HANYA MEMBUAT APA YANG DISURUH.

    http://nasilemakbungkus.blogspot.com

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  7. Rasanya ada lagi satu manusia yg paling gagal@zalim i.e meletakkan pemimpin yang tidak boleh memimpin diri sendiri dan keluarga

    ReplyDelete
  8. salam mummy,

    agensi-agensi yang mummy sebutkan berkhidmat untk negara dan kerajaan Malaysia. Bukan semua kakitangan di dalam agensi yang mummy sebutkan terlibat dalam membodek para menteri atau orang tertentu. mungkin ada segelintir yang terbabit namun peranan agensi-agensi yang disebutkan telah berusaha sedaya yang mungkin untuk membela ketuanan Melayu.

    namun demikian, sebagai agensi-agensi di bawah arahan kerajaan Malaysia, agensi-agensi ini tertakluk juga kepada undang-undang dan arahan dari semasa ke semasa. agensi-agensi ini akan melakukan gerak kerja bagi setiap perkara yang menyentuh ketuanan melayu, dan setiap hasil kerja akan dihantar kepada pihak atasan.

    akhir sekali, pihak atasan yang berhak menilai dan menentukan arah tuju laporan yang diberikan oleh agensi-agensi yang disebutkan tadi.

    ReplyDelete
  9. Apabila bercakap, dusta.berjanji dimungkiri.perjanjian dimaterai dicabuli.tika berbalah sentiasa ingin menang.berapa keratkah org2 beragama Islam merdeka dari perkara diatas

    ReplyDelete
  10. BTN pun gagal jugak mummy!time mesyuarat bahagian dulu cek ada usulkan untuk perkasakan BTN tapi usul itu dipandang sepi sebab tak penting!USUL untuk kekalkan AUKU tu yang dianggap penting..depa semua dah masuk U,biaq p lah depa nak berpolitik!tapi bila BTN gagal terapkan semangat jitu bangsa Melayu kepada para pelajar,salah AUKU ka?
    memang susah orang UMNO nak terima idea ahli biasa yang takdak connection family dengan UMNO Bahagian!maklumlah kita ni ikhlas tapi depa takut kita nak rampas kuasa pulak!

    ReplyDelete
  11. Salam mummy,
    Saya setuju dgn apa yg mummydan kawan mummy perkatakan.Satu lagi pemimpin atasan jarang nak dengar cerita huduh dan benar tentang permasaalahan yg disampaikan oleh akar umbi krn bagi mereka apa-apa pun pasti rakyat akan sokong mereka.Itulah saya rasa silap paling besar barisan nasional.ITu sebabnya dah nak karam kapal pun masing-masing buta dan rabun dalam menilai.....masih nak duduk dan tak mahu bb/jawab.......

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Apabila manusia berkiblatkan sesama manusia beginilah penyudahannya. Kegagalan ini akan berterusan dan menjadi sinonim dengan umat Melayu. Sentuhan tidak menjadi akibat hilang fokus dan silap perhitungan. Malang akan bertimpa timpa dan semua akan jadi lemah gemalai. Sebab itulah kita perlu punyai Ketua yang kuat dan bersemangat untuk kelangsungan survival Islam dan bangsa Melayu. Mungkin yang ada bukanlah yang terbaik tetapi sekurang kurangnya mereka ini perlu berusaha untuk jadi yang terbaik. Jika untuk berfikir pun mereka masih malas, maka malanglah nasib anak bangsa kita di masa depan. Di zaman ini tidak cukup untuk hanya hidup sekadar makan, tidur, kerja dan bersosial. Kita kehilangan sesuatu dalam jiwa kita iaitu 'iman'. Inilah yang perlu di semai dalam jiwa kita serta anak anak. Inilah kekuatan kita.. Jika kita tidak beriman, dunia yang di kecapi ini tidaklah berguna walaupun sesen pun...

    ReplyDelete
  13. Mummy,
    Analisa mummy dan kawan mummy sangat tepat .Agensi tersebut lebih kepada agenda peribadi bukan sahaja untuk menteri mereka tetapi lebih kepada ketua bahagian Umno setempat . Pemilihan pegawai tersebut berdasarkan rekomendasi Ketua Bhg kpd menteri dan bukan nya mengikut kelulusan , pengalaman dan meritokrasi .Kebanyakan pegawainya adalah 'drop out' yg tidak dapat pekerjaan lain dan yg tidak ada jatidiri dan initiatif sendiri. Mereka lebih suka bergosip politik dari berkerja . Kebanyakan nya terlibat memegang jawatan di peringkat cawangan dan bhg. Rombakan perlu dibuat supaya jawatan ini tidak bolih terlibat lansung dgn politik . Rasuah Politik adalah bermula dari sini.

    ReplyDelete
  14. betoi mummy.
    bloggers pro bn tak 'sharp'.
    kebanyakan nya lah.
    blogger pro pr sepenuh jiwa dan otak geliga.

    ReplyDelete
  15. Mummy,,,, JASA dan KEMAS pun x satu hati n jiwa, tak sehayun n selenggang,,,,,,,, x mustahil jika PRU 13 nanti BN hanyut jauh di tengah laut yang lebih bergelora,,,,

    ReplyDelete
  16. salam.

    Ajakan bersatu dengan BPN, team blogger pembela negara.

    Mari ke blog saya http://penembak-tepat.blogspot.com

    atau lihat di blog rasmi bpn http://parlimenbpn.blogspot.com.


    Salam perpaduan...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.