Friday, December 19, 2008

Jual IJN untuk selamatkan Sime Darby?

Berhubung dengan isu pengambilalihan equiti IJN oleh Sime Darby Bhd ada beberapa faktor yang bermain di dalam kepala Mummy ini. Mummy bukannya ahli ekonomi, koporat atau bankers yang mahir dalam kerja-kerja “paper shuffling’ di BSKL.

Cuma kadangkala terlintas juga apabila telah melihat banyak projek-projek pengswastaan kerajaan yang mencekik rakyat. Yang awal perlaksanaannya kita kagum dan digambarnya dengan cerita menarik tetapi ternyata sekarang satu persatu berakhir dengan penindasan secara terhormat.

Sebagai contoh Pembinaan Lebuh Raya di mana kadar tol tersangkut dengan perjanjian yang kerajaan sendiri terpaksa tunduk kepada perjanjian ini. Pengurusan dan sahamnya sering bertukar tangan menjadi mainan "coporate raiders" di BSKL.

Satu lagi pengswastaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) kepada Bernas atau Beras Nasional Bhd. Peringkat awal penyenaraian di BSKL Bernas telah menjadi lembu susu kepada kumpulan Daim dan Shahidan Kassim. Ia berakhir dengan Bernas memonopoli seluruh makanan ruji negara ini sehingga mereka sendiri yang memanupulasi harga beras kita dan rakyat tercekik. Kesannya hari ini Kementerian Pertanian berkempen menyuruh kita makan ubi pulak.

Satu lagi contoh kegagalan ialah pengswastaan Indah Water Konsortium Bhd juga berakhir dengan berbagai kontroversi. Ia juga sering bertukar tangan dan pemegang saham bermula dari Vincent Tan sehingga berbalik kepada Khazanah.
Kalau nak disenaraikan banyak episod-episod duka di dalam cerita pengswastaan ini. Saham-saham syarikat ini telah menjadi mainan di kalangan pemain-pemain saham di BSKL. Istilah yang tepat ialah "insider trading" dan" coperate raiding".

Ini berbangkit pula isu IJN. Bagaimana rakyat harus yakin dan percaya dengan cakap-cakap dan janji kerajaan bahawa rakyat miskin akan dibela? Ianya lebih seperti menanam tebu dibibir mulut dan ada sahaja mereka-mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan di dalam transaksi ini.

Adalah sedih jika IJN dipergunakan untuk menyelamatkan Sime Darby Bhd kerana terjejas di dalam kancah krisis ekonomi sekarang. Harap-harap andaian Mummy ini tidak benar. Jika benar ia merupakan satu penindasan yang amat besar keatas rakyat negara ini kerana kerajaan mempergunakan keuntungan dari wang kesengsaraan rakyat untuk menyelamatkan Sime Darby.

Mungkin selepas peralihan kuasa Pak Lah pulak jadi Penasihat Sime Darby? Seperti Mahathir jadi Penasihat Petronas.

3 comments:

  1. Satu lagi kegagalan tanggungjawab sosial ialah TNB. Sekarang, tak ikut berapa bil tertunggak dan adakah deposit cukup cover. Sampai masa kurang sebulan, ugut pemotongan saja.

    Adakah ini tanggungjawab monopoli terpenting di negara ka?

    ReplyDelete
  2. Ah, derang nie sanggup jual ape pun nak selamatkan Sime Darby, GLC kesayangan.

    Nasib baik kensel. Kalo tak...

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. MUMMY...

    TENGOK GAMBAQ CUN TAK SANGKA BLOG MUMMY CAKAP PASAI POLITIK...

    HEHEHEH

    saya ni budak baru belajaq..

    mummy mai singgah kat belog saya...

    http://www.cabai-kering.blogspot.com

    kalau suka mai lagi tau!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.