Wednesday, December 24, 2008

Naik pokok jadi Kera, masuk sungai jadi Buaya.

Memandangkan PRU12 membawa kejayaan cemerlang kepada Pakatan Rakyat, PAS kali ini mengambil pendekatan bijak untuk “customize” matlamat perjuangan mereka mengikut kehendak, citarasa, selera dan ramuan pengundi setempat.

Bagi menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terenganu PAS membawa isu Hudud untuk memenuhi kehendak, selera dan citarasa pengundi Kuala Terenganu. Isu yang telah lama dilupakan telah dibangkitkan kembali walaupun hala tuju hudud masih kelabu bagi PAS.

Ini memang biasa bagi PAS yang tidak pernah konsistent dalam perjuangan mereka. PAS memang bijak memenuhi kehendak pasaran. Contoh yang terdekat ialah identiti mereka sendiri, ada ketika mereka mengenakan kopiah hitam di tempat-tempat yang tertentu dan ada ketika mereka mengenakan kopiah putih di negeri-negeri yang tertentu.

Mereka sentiasa akur dengan kata pepatah “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak” atau pepatah orang tua-tua di Kedah “Naik pokok jadi Kera, masuk sungai jadi buaya”.

Pendekatan “customization” ini telah memeningkan kepala rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Sehingga Karpal Singh, singa DAP terpaksa memohon bantuan kaptain mereka Saudara Anwar Ibrahim untuk bercakap dengan PAS supaya jangan laksanakan Hudud. Ini kerana PAS menjadi serba salah apabila pengundi-pengundi Terenganu akan menyoal mereka kelak, “kalau kadang Babi pun boleh laksana apa susahnya nak laksanakan hudud?”.

Jika ini dipersoalkan PAS sekali lagi terpaksa meminta bantuan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan sebab mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat lebih sibuk dengan kandang Babi dan mengapa tidak sibuk nak laksanakan hudud.

Akhirnya yang untung ialah Anwar Ibrahim dan PKR kerana hasil menjadi pengadil dia makan kedua-dua belah. Di sebelah PAS Anwar jadi Kera di sebelah DAP Anwar jadi buaya. Yang rugi adalah Melayu dan pengundi yang tidak sedar mereka dijadikan alat PAS, DAP dan Anwar Ibrahim.

9 comments:

  1. Jadi buaya keramat tak apa, asal jangan jadi buaya darat..

    ReplyDelete
  2. Mummy,

    Satu persoalan yang sering tidak ditanya ialah: mengapa "undang-undang hudud" boleh menjadi persoalan politik menjelang pilihanraya. "undang-undang Hudud" ini Islamik atau tidak? kalau ia nya Islamik, apa bezanya jika PAS atau UMNO yang berbicra mengenainya?

    Jika mana-mana pihak boleh boleh berbicara mengenainya, maka mustahil ia boleh dijadikan modal oleh satu pihak seperti mana yang dilakukan oleh PAS. Jika "undang-undang Hudud" yang dibicarakan oleh PAS bukan Islamik megapa pula ia harus menjadi persoalan politik? Kalau ianya bukan Islamik, sudah tentu pemimpin PAS yang berbicara mengenainya akan disoal siasat dan di "hukum" oleh pelbagai ajensi agama yang tumbuh bagaikan cendawan didalam negara ini.

    Memandangkan PAS tidak pernah diganggu oleh ajensi agama seprti mana yang dialami oleh Al-Arqam membawa implikasi bahawa apa yang diutarakan oleh PAS diterima oleh ajensi agama. Ini lah sebenarnya masalah politik UMNO yang UMNO tidak tahu dan tidak berupaya menghadapinya. Maka, pengundi Melayu melihat bahawa UMNO enggan melaksanakan "undang-undang Hudud". Perpsepsi ini merupakan kemenangan kepada PAS dari mula.

    Persoalan samada PAS bekerja sama dengan DAP dan PKR tidak akan memberi kesan negatif kepada sokongan PAS kerana UMNO juga turut bekerja sama dengan MCA, MIC dan sebagainya. Kalau isu kandang babi dibangkitkan, ia mudah ditangkis dengan kandang-kandang babi sejak merdeka yang tumbuh dibawah pemerintahan BN. BN dan UMNO semakin lumpuh kerana mereka masih terjerat didalam pemikiran lama yang sudah orang "lali" mendengarnya.

    Saya percaya BN dan UMNO hanya masih bernyawa kerana saki baki kekuatan yang masih ada kerana ia adalah "incumbent" sejak merdeka.

    Malangnya kerana penekanan kepada "kesinambungan kepimpinan" UMNO dan BN juga bererti kesinambungan pemikiran yang usang, lama kelamaan, saki baki kekuatan itu juga akan terhakis. Lihat lah kepada jenerasi pelapis pemuda - how far does the apple fall from the tree????

    Mengapa mesti Melayu rugi kalau Melayu dibebaskan pemikiran mereka daripada kongkongan puak politik dan puak agama? Hanya bila Melayu masih mahu bertongkat didalam semua hal- ekonomi, politik agama maka Melayu akan rugi kalau tidak di "bela dan di jaga". Mungkin pedih pandangan ini, tapi apa salah kalau difikirkan kesahihan nya?

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya hudud tidak dijadikan isu oleh mana-mana pihak sama ada PAS, UMNO, PKR atau DAP. Hudud seperti solat, puasa dll adalah kalimah Allah dan dengan itu DAP tidak perlu mempertikaikan urusan sesama Islam. Isu ini menjadi hangatpun kerana dijolok oleh KJ semasa debat di Kota Baru tempoh hari. Husam pula cepat sangat melatah. Sepatutnya tak perlu diperdebatkan isu sama ada hudud hendak dilaksnakan atau tidak, kerana ia hanya mempamerkan ketololan penganut Islam sendiri, kerana jawapannya jelas dan muktamad : perintah Allah perlu ditunaikan! Sama ada lambat atau cepat, mekanisme pelaksanaan dan lain-lain adalah masalah teknikal.

    Kesimpulannya jangan mempersoalkan hukum Allah. PAS, UMNO, PKR dan orang Islam lain perlu bersama-sama mendokong hasrat merealisasikan hudud. Cara bagaimana ia dilaksanakan biar ulamak dan cerdik pandai kita memikirkannya. Hentikan polemik mengenai hudud, jom bersama laksanakannya!!

    ReplyDelete
  4. Mummy,
    PAS dah memerintah Kedah dan Perak. Apa tunggu lagi? laksanakan saja hudud.
    Ceritanya :
    PAS memperalatkan Hudud, DAP memperalatkan Malaysian Malaysia, UMNO memperlaltkan Ketuanan Melayu. GERAKAN diperalatkan Dongjiazong.

    DuakaliLIma LimaKaliDua. Parti politik semua gobra lebehhhh.

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy,
    Lagu lama yang dimainkan semula, mungkin ubahsuai musiknya dan tukar vokalis. Apapun senikata dan rentak tetap sama.

    ReplyDelete
  6. Salam MUMMY,

    Walau apa pun yang nak diperkatakan, Hudud tetap perintah Allah. Kalau yang berkuasa itu Islam dan tidak laksanakan kehendak Allah, tanggunglah sendiri. Segi Hukumnya semak jer Alqur'an.

    Saya menyokong kenyataan Jahamy dan pendikar gunung kriang. Pandangan anda bagi saya betul.

    Saudara SEMUT GATAI, anda saya pasti boleh membaca dan menulis sebab itu anda boleh hantar komen ke n3 ini. Jadi saya sarankan anda semak Perlembagaan Negara bab perlaksanaan Undang-Undang/enekmen yang telah diluluskan oleh Undangan Negeri yang tidak sehala dengan Undang-Undang di Peringkat Pusat.

    Di peringkat negeri Kelantan dan Terengganu. Undang-Undang Hudud telah diluluskan tetapi halangannya ialah Pusat. Sila saudara semak. Siapa menghalang siapa.

    Saya sarankan kepata SEMUT GATAI, kalau semua parti Melayu Islam yang ada (PAS dan UMNO) tidak boleh pakai, tubuhlah parti sendiri yang sempurna insya Allah sayalah ahli kedua selepas saudara menjadi ahli parti yang baru itu. Ada kemampuankah saudara?

    Maaflah MUMMY kerana menjadikan blog MUMMY macam tempat ceramah pula. Tapi itulah hakikatnya. Yang Islam lupa tanggung jawab. Yang tahu ingin berkata-kata.

    ReplyDelete
  7. Mummy,
    UMNO kena memperjelaskan hukum subahat dan bersokongkol dlm Islam diantara PAS, DAP dan ADIL .
    Sejak akhir akhir ini Husam juga adalah pemimpin flip flop PAS yg ditenggelamkan olih ketokohan beberapa pemimpin baru PAS . Tujuan sebenar Husam adalah politik . Beliau memposisikan diri beliau sebagai calun untuk mengganti MB Kelantan. Husam adalah machievelli PAS.

    ReplyDelete
  8. SALAM BLOGGERS,

    KITA PERLU BALIK KE PANGKAL. KEMENANGAN PAS DI NEGERI, KEDAH(PAS 16 KERUSI,PERAK(PAS 6 KERUSI, DAP 18), SELANGOR(PAS 8 KERUSI, DAP 13 KERUSI) DLM PRU12 BUKANNYA RAKYAT MENYOKONG PAS KERANA MEMPERJUANGKAN HUDUD.

    TETAPI HAKIKAT YANG SEBENARNYA RAKYAT NAIK LOYA DENGAN BN DAN UMNO.PEMIMPIN MEREKA LUPA DAN MABUK APABILA MENCAPAI KEMENANGAN BESAR PADA PRU2004 DAN MEMANGGIL UTK DIADAKAN PILIHANRAYA DGN TERGESA-GESA KONON NAK TUNJUK GENTLEMEN.

    SITUASI POLITIK PADA MASA ITU MASIH BERGELUMANG DENGAN ISU-ISU YG TIDAK SELESAI.

    JADI ISU HUDUD LANGSUNG TIDAK BANGKIT YG MENYUMBANG KPD KEMENANGAN PAS.

    TUMPUAN YG UTAMA SEKARANG IALAH CALUN WAN FARID. FAKTOR CALUN BAKAL MENAMBAHKAN SATU LAGI KERUSI PAS DI TERENGGANU DARI LAPAN MENJADI 9.
    WAIT AND SEE........

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.