Saturday, December 6, 2008

Sekolah pun ada Kasta

Tolong jangan sentuh isu sekolah satu sistem kerana ia berbau perkauman. Marilah kita semua akur dengan desakan ini dan terimalah dengan sistem yang ada ini.

Hari ini perkara utama yang harus kita tumpu ialah menambahbaikkan, meningkat taraf dan mencemerlangkan sistem pendidikan yang ada.

Kerana hakikatnya di sinilah sekolah yang ramai pelajar Melayu. Jangan ada kasta. Sekolah di kampong dan sekolah dibandar jauh berbeza. Ada sekolah elit ada sekolah palat. Sekolah elit di lengkapi dengan guru-guru yang pakar “first class” manakala sekolah palat adalah sekolah-sekolah yang kelas rendah di pekan-pekan kecil. Sekolah-sekolah palat dilengkapi guru-guru yang blacklist dan yang dibuang daerah seperti disiplin ponteng, berniaga (MLM jual kain dsbnya), berpolitik (berpuak-puak) dan berbagai-bagai salahlaku lagi.

Persoalannya sejauhmana bukti kesungguhan kerajaan Melayu berusaha bersungguh-sungguh berusaha menaikan kualiti sekolah-sekolah ini? Contoh isu dari beberapa isu yang ketara ialah kesesakkan pelajar dalam satu-satu kelas kerapkali sampai 40 pelajar satu kelas. Guru pun pening kepala untuk mengingati nama-nama pelajarnya. Jauh sekali untuk menyelami psycology pelajar-pelajar dibawah didikan mereka. Isu ini makin menebal setiap kali di kawasan penempatan baru. Mana bukti yang isu ini ditangani?

Jika isu yang didepan mata sebegini pun tidak diperjuangkan dengan berjaya bagaimana pemimpin Melayu hari ini layak bercakap untuk merubah sistem pendidikan yang ada kearah satu reformasi sistem yang berteraskan semangat kebangsaan.

Malah anak-anak mereka sendiri pun dihantar ke sekolah-sekolah elit kerana mereka sendiri tidak yakin dengan sekolah yang ada. Ini telah mewujudkan kasta di dalam klasifikasi sekolah-sekolah di negara ini.

Penjajah Inggeris telah berjaya meninggalkan MCKK, Victoria Institution dan beberapa sekolah elit. Mengapa di bawah kepimpinan Melayu selepas Merdeka gagal melahirkan ribuan MCKK di negara ini?

Hari ini pemimpin Melayu ditertawakan oleh Dongjiazong kerana mereka gagal menaikan mutu sekolah mereka sendiri.

9 comments:

  1. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS ingin mengucapkan terima kasih kepada Mummy Rokiah kerana menyokong perjuangan tulus dan ikhlas ini. Berharap sokongan berterusan ini akan membuatkan Pemuda IKS lebih bersemangat untuk terus berjuang.

    Pemuda IKS sudah memasukkan laman blog Mummy Rokiah ke dalam blogroll. Berharap Mummy Rokiah dapat berkongsi pandangan dan spekulasi terhadap isu-isu semasa di ruangan komen blog Pemuda IKS. Salam Aidil Adha.

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. PemudaIKS,
    Ingat berblogging untuk rakyat. Kerana kita dari rakyat. Bila ada jawatan jangan angkuh dan sombong kerana itu sementara sahaja.

    ReplyDelete
  3. Salam perjuangan,

    Pls check out datukshaifulkamal's comment on "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" at Pemuda IKS blog.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. salam..
    actually i agree wit wat u've said..
    evend dahulunya asl dr mrsm,x nmpak usaha yg xtdak mengkastakan pelajar...

    untuk apa pelajar belajar utk mendapat tempat kemasukan di skolah2 yg bgus...
    sdangkan tujuan kita blajar utk mmpraktikkan apa yg di ajar utk kegunaan di masa depan...

    sgt menyedihkan pabila smakin ramai pelajar yg hilang moral dan sahsiah murni...
    kerana nilai agama n moral yg diajar di sekolah adalah skdar 1 subjek utk lulus dlm ppriksaan..

    salahlaku pelajar diluahkan dgn pembrontakan bukan suara dlm perdebatan dimana itu adalah jalan yg lebih sihat!

    sedangkan kini,bahasa melayu telah di ank tirikan dalam pembelajaran..
    smkin lama,smakin tdak nmpak usaha kerajaan melayu mmbangunkan pembelajaran utk meningkatkan nilai kebangsaan dan agama di dlm diri setipa pelajar...

    salam~

    ReplyDelete
  5. Kejadian cadangan Mukhriz ini sebenarnya adalah satu rahmat yang besar kerana dengannya kita boleh lihat betapa hipokritnya mereka-mereka yang bercakap tentang perpaduan, bangsa Malaysia dan lain-lain yang sekutu dengannya. Malah DAP dan Anwar pun terpaksa tunduk kepada golongan rasis cina ini. Bayangkan, apalah maknanya bercakap tentang perpaduan tetapi mati-matian mahu mengasingkan anak-anak kecil dari kaum yang berbeza? Dan juga cadangan Mukhriz itu tidak mencadangkan penghapusan pembelajaran bahasa mandarin/tamil, malah membolehkan juga anak Melayu untuk belajar bahasa tersebut. Dalam hal ini, Mukhriz patut diberi pujian kerana berenang melawan arus. Pergi sahaja ke Malaysia Today, blog-blog bukan Melayu dan kita boleh lihat betapa berapinya mereka menentang cadangan tersebut.

    -Ako

    ReplyDelete
  6. Terimakasih jadi pengikut blog gagak.. Teruskan berjuang demi anak bangsa.

    ReplyDelete
  7. Salam kepada Sahabat Bloggers,
    Selamat Hari Raya Aidil Adha.
    Kadangkala kita tertanya mengapa sekolah-sekolah aliran perdana begitu tercorot? Mengapa asas sekolah tadika-tadika aliran perdana ketinggalan? Mengapa sekolah Cina Cemerlang? Menagapa Tadika yang berbayar ribuan ringgit seperti Kumon, Smart Kids pelajar-pelajarnya bijak? Pendeknya yang berbayar ribuan ringgit semua nya cemerlang. Jika format, fomula, teori yang diguna pakai oleh sekolah-sekolah elit ini terbukti kejayaannya mengapa tidak kementerian guna untuk sekolah aliran perdana?
    Fikir-fikirlah sahabat sekelian............

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidil Adha Mummy dan sahabat semua.

    Inilah padahnya apabila sebahagian besar pemimpin Melayu kita tidak jujur dalam perjuangan untuk memertabatkan Bahasa Melayu.Mungkinkah mereka ini sengaja mahu anak-anak Melayu kita terus hanyut dibawa arus dan terus ketinggalan?Atau mereka ini telah BUTA dan TULI dengan luahan orang Melayu hanya untuk tidak menjejaskan populariti mereka dengan bangsa lain?

    http://nasilemakbungkus.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Dulu budak lulus PMR satu dua subjek dibenarkan masuk ke Tingkatan 4, kalau nak tolong budak-budak yang tidak pandai akademik ni, bukalah kelas vokasional yang sesuai dengan mereka. Ini tidak sebaliknya kelas vokasioanal dinaik taraf menjadikan budak-budak ini tidak layak menyertainya.

    Budak-budak inilah yang sering lompat pagar sekolah atau ponteng terus.Buat apa mereka duduk dalam kelas kalau tidak faham apa yang diajar. Mereka bukan patung.

    Hal sekolah biarlah pakar akademik yang menguruskannya, orang yang tiada pengalaman pengurusan akademik sokonglah dari belakang

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.