Saturday, January 3, 2009

IJN adalah Jantung Rakyat

Mungkin selepas skim cepat kaya perniagaan yang paling “lucrative” era ini ialah membuka hospital swasta.


Semalam seorang sahabat baru keluar Subang Jaya Medical Centre (SJMC - anak syarikat Sime Darby Bhd yang bercadang mengambil-alih IJN) kerana disyaki Dengue. Beliau telah di masukan ke wad selama 3 hari dan dikenakan bayaran sebanyak RM13,000.


Pada mula masuk “doktor-doktor pakar” tidak dapat mengesan penyakit beliau. Beliau terpaksa melalui berbagai-bagai proses ujian dengan mesin-mesin yang canggih-cangih yang jarang-jarang digunakan di hospital tersebut.


Setelah hampir tiga hari “admitted” barulah doktor-doktor pakar mengesyaki yang beliau “disyaki Dengue” dan dibenarkan pulang dengan beberapa biji pil dan suntikan. Bil terperinci bayaran termasuklah ujian mesin-mesin yang canggih tersebut, ward, khidmat pakar, perubatan dll.


Persoalannya, siapa yang berani mempersoalkan “firman” doktor? Siapa yang berani ingkar? Tambah-tambah lagi kita di dalam kesengsaraan kesakitan yang amat sangat pada masa dan ketika itu. "No question ask".


Bagaimana situasi dan reaksi kita jika doktor memegang tangan bapa kita dan berkata dengan nada yang penuh emosional dan perlahan, “Pak Cik…, Pak Cik jangan risau. Pak Cik balik ......dan mengucap banyak-banyak. Ingat... pada tuhan…., kalau ditakdirkan Allah sayang pada Pak Cik dalam masa dua atau tiga bulan ini Pak Cik sembuh dan kalau tidak Pak Cik serahlah saja kepada Allah. Kita di dunia ini sementara sahaja…”


Apa tafsiran kita jika doktor “berfirman” sebegitu?. Sudah barang tentu keluarga akan kerisauan, memperbanyakan majlis membaca yassin, tidur tidak menentu, bertaubat nasuha dan “wait and see”. Itulah kekuatan doktor yang tidak ada dalam profession lain.


Hakikatnya jika berapa juga belanja yang dikenakan kita tidak akan mempertikai sedikit pun malah jauh sekali meminta diskaun. Yang pasti seluruh keluarga akan bergolok-bergadai mencari wang untuk mengubati saudara mereka yang sedang sakit.


Memang kita memahami doktor-doktor ini professional, tertakluk dan terikat dengan etika-etika pengamal perubatan, berintegriti tinggi dan bermoral. Tetapi apakah doktor sempurna dan maksum? Doktor tak ada "business minded"?. Apakah tidak ada karektor Bernard Madoff (saudagar skim cepat kaya mellinium ini) dalam kerja kedoktoran?.


Prestasi hospital swasta juga diukur dari prestasi untung-rugi hospital tersebut selain dari prestasi pengendalian “high profile cases”. Tidak menjadi kesalahan jika kita merenung sedikit jauh.

22 comments:

  1. Betullah mummy,
    Kadang-kadang terfikir juga saya berpatutan ke caj yang dikenakan oleh hospital swasta ini kepada pesakit. Macam tak masuk akal...

    Memanglah kita ada pilihan untuk pergi ke hospital kerajaan. Tetapi caj yang mereka kenakan itu saya rasa tidak ada pesakit yang redho dengan jumlahnya.

    Ada saya mendengar dari orang bijak pandai, riba yang paling besar ialah apabila tidak ada keredhoaan antara pembeli dan penjual.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah buat mummy,

    rm13.000.00 adalah jumlah yang terlalu besar untuk merawat denggue fever.

    denggue disebabkan oleh virus,maka ia tak perlu antibiotic...

    pemeriksaan makmal untuk mengesan denggue boleh dilakukan cuma dalam masa 15 minit hanya dengan mengambil 3 cc darah pesakit dan hantar kemakmal untuk buat pemeriksaan FBC(full blood count).Kita hanya lihat platelet count saja....biasanya kita suspect denggue bila platlet count kurang dari 150,000.00....ini adalah basic investigation yang perlu...

    lepas tu pesakit akan diberi tablet paracetamol dengan kadar dos 1 biji 4x sehari...sebiji paracetamol harganya modal cuma
    rm 0.03 sen saja.

    biasanya pesakit denggi akan diberi IVD sebanyak 6 pint sehari... iv drip normal saline harga kosnya hanya rm 3.00 sebotol.

    jadi kalau pesakit demam 3 hari...kiralah sendiri berapa je kos rawatannya...

    saya ada juga menulis pasal IJN dalam blog saya...sila mummy berkunjung keblog saya...

    http://www.sangtawal.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Sayangi Jantung anda..

    Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Kite Pakat Undi BN Deh :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. memang betoi mummy oi.... syiok nya topik ni,

    kita kalu pi hospital mana ada mintak tawak harga? apa2 dokter kata kita bayak - cash. ni memang bisnes tak bole rugi!

    kena examine dan cek macam2 - tu semua duit, semua kelonsong alat bila bukak kita bayak, pakai satu pon bayak satu kelonsong.

    ubat yang depa bagi? ubat yang ada dalam stok depa laa..... jadi ubat ni yang terbaik untuk sakit kita ka pasai ubat ni hospital management kata kena pakai, pasai supplier ubat dah cover semua?

    tapi bila kita sakit nak pi tang mana lagi...? pi hospital kerajaan lagi sakit hati kot.....

    laa ni kena kurang makan nasi kandak, kot2 bole jarang sikit pi hospital.

    ReplyDelete
  5. Maaf ya mummy,
    Kalau boleh Mummy janganlah guna perkataan firman selain dari menyatakan firman Allah, begitu juga sabda selain dari sabda Rasul, takut orang keliru, lagi pun kita kena daulatkan bahasa kita, kalau guna pun sebenarnya tidak berdosa.

    Memang nak lawak-lawak ja, lawak pun kalau boleh, jangan sebut begitu. saya pun nak acah ja.

    Betul kata Mummy, depa hari-hari tengok orang sakit, agaknya dah hilang kesian, nak cari duit carilah tapi biarlah rasa malu pada diri sendiri sama.

    sekian.

    ReplyDelete
  6. btui mummy. Kak teh pernah dengark cerita macam tu jugak - tapi bukan di hospital yang mummy sebut. Oleh sebab orang tua yang sakit, depa pelekoh si anak, depa kata pak dia perlu ujian tu, ujian ni. Bill naik sampai 60 ribu. Anak mana berani kata dia tak mampu dok tengok pak dia sakit. Lepaih tu - lepaih banyak2 ujian - sikit apa pun tak buat. Pak dia dok sakit lagi. Last last balik ke wad biasa di hospital biasa di mana dia meninggal. Selepas 60 ribu dan macam2 ujian canggih tak baik juga. Anak memang sanggup bayark tapi tak ada perubahan yang dia nampak.
    Kesian, janganlah sampai kena tengok credit card dulu sebelum pesakit diberi katil.

    ReplyDelete
  7. Mummy,

    WTF!!! Itukah taraf sebuah hospital yg penuh dgn rasa kasih dan sayang untuk menyelamatkan rakyat Malaysia drpd penyakit JANTUNG?

    RM13K terlalu besar hanya untuk sebuah rawatan bernama DENGGI. Complicated betul Denggi di SJMC yg pakar itu.

    Saya pernah dirawat di klinik untuk disyaki denggi. Kos rawatannya hanyalah RM100 termasuk memeriksa darah.

    Yang lain2 saya banyak berehat, minum air byk2, telan panadol dan minum 100 plus berbotol. 3 Hari lepas tu test semula, blood test kata OK. Kena lagi RM70 aje.

    Jadi totalnya RM170. Kalau berehat di SJMC atau hospital swasta yg lain kosnya RM13K. Mak aiii.. RM13K- RM 170.

    Boleh kenduri kawin ni.

    Kesimpulannya, memanglah swasta ni kapitalis @ blood sucker.

    ReplyDelete
  8. pabila setiap inci dari badan kita diletakkan harga, hilanglah keikhlasan dan keredaan dalam pekerjaan. dimanakah ibadah itu?

    Saya tunggu bila pula sekolah-sekolah awam akan diswastakan. sungguh jijik.

    ReplyDelete
  9. maaf, gambar tu bagus, atau ada yang lebih bersahaja

    ReplyDelete
  10. abdrahim kassim,
    Kesimpulannya SAKIT ADALAH DUIT.

    sangtawal,
    Yang sebenarnya pesakit tersebut adalah "sample experiment" peralatan-peralatan yang baru mereka beli. Kalau jarang-jarang digunakan alat-alat tersebut akan karat.

    Faizal,
    Sebab kita sayangkan jantung kita lah yang kita mesti tentang pengswastaan IJN.

    Kamal latiff,
    Sakit tidak mengenal usia, Melayu, cina atau India. Tok Arab yg dok pekena kambing sekor pun baguih punya sihat.

    Anonymous,
    Mummy sedar ini dari awal. Sebab itu perkataan "firman" diletakan di dalam kurungan. Dan Mummy hanya gunakan dua kali sahaja tidak berulang-ulang kali.
    Sesungguhnya mesejnya ialah HIDUP DAN MATI KITA BUKAN DITANGAN DOKTOR, TETAPI ALLAH YANG MAHA ESA.

    kak teh,
    Ada juga kes sahabat saya doktor silap "kerjakan". Apabila ibunya yang berusia 75 tahun batuk-batuk dia pi hantaq di sebuah hospital swasta. Doktor admitted kena masuk wad. Hari kedua hanya seorang sahaja dibenarkan menunggu ibunya. Dia menyuruh anak lelakinya yang berusia 17 tahun untuk menunggu neneknya. Lebih kurang pukul 2 pagi anaknya seolah-olah lelap tidur tetapi tidak nyenyak telah mendengar dua orang doktor disisi neneknya sedang berbalah kerana tersilap memberi rawatan mengakibatkan penafasan neneknya menjadi sukar.
    Keesokan hari keadaan ibu sahabat ini menjadi semakin serius dan hari kelima meninggal dunia.
    Selepas meninggal, baru anaknya memberitahu beliau apa yg terjadi pada malam tersebut.
    Kebiasaannya apabila berlaku kejadian sebegini kita hanya menyerah kepada takdir Allah SWT dan tidak mahu membangkitkan atau mengungkit apa-apa lagi.
    Sesungguhnya hidup kita dan mati kita hanya ditangan Allah sahaja.

    moneymatters,
    Kadangkala apabila sakit, yang menjadi kerisauan bukannya sakit yang dihidapi tetapi berapa banyak wang yang mencukupi utk rawatan.

    Dr sam,
    Bila sakit bukan saja doktor buat duit tetapi tok bomoh pun buat duit juga.

    ReplyDelete
  11. Mummy,
    Menarik...
    Kalau tak dak duit kita pakai jampi, serapah dan mentera saja la Mummy oooiii...
    Atau gonyeh-gonyeh sirih, pepak-pepak pinang semboq di tempat yang sakit.
    Pooo..kiri...poooo..kanan.

    ReplyDelete
  12. orang yang ikuttt saja cakap orang ni, tanpa mempersoalkan apa-apa, bukan dari budaya Islam. Kalau awam kita panggil orang tu bodoh. Orang bodoh ni mudah kena tipu, lebih mudah dari orang pandai, waima orang pandai pun boleh kena tipu.

    ReplyDelete
  13. Salam..

    Hmmm.. naik muak dengan scenario politik semasa ni.. berjuang hanya untuk kepentingan sendiri..

    Muak tahap kronik sangat2.. lepas satu isu.. satu lagi isu ditambah.. kesemuanya yang tak masuk akal.. yang kalau sekali dengar orang memang dah tau.. semua atas kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  14. akum mummy...
    privatisation IJN ni hanya DITANGGUHKAN bukan DIBATALKAN.
    bulan mac bile pok JIB jadi PM rasanya confirm IJN jadi di swastakan..nak pulak penegrusi SIME DARBY tuh anak beranak Pok JIB jugak..soalnya nak ke Pok JIB and UMNO dengar suara rakyat???

    mcm jugak isu PPSMI ni saya ada bangkitkan dlm blog saya..dah berapa ramai org yang mengeluh tapi ada ke dia nak dengar???

    satu je cara dia..kalau selama ni perang cyber tak menajdi apa kata kite perang demo by demo (demonstrasi secara demokrasi) seperti yg diwar2kan depa nak buat utnuk bantah PPSMI ala BERSIH...

    itu jer cara yang saya nampak...
    PEOPLE,S VOICES
    PEOPLE'S POWER

    ReplyDelete
  15. zaman ni zaman duit ! terimalah hakikat..org tak fikirkan lg soal moral..yg penting jika ada peluang, "aku akan titik betul2.."

    ReplyDelete
  16. Say "TAK NAK" to IJN privatisation...Say "TAK NAK" to Sime Darby....Say "TAK NAK" to Musa HItam....Say "TAK NAK" to KJ and his cronies...

    If Sime Darby can fund the Labu LCCT with Tony...then Sime Darby shlould open their own Hospital..why ROB the Rakyat???

    Have you no shame Sime Darby?? Have you no shame KJ?
    Have you no shame Dollah??
    Have you no shame BN??

    Reject BN in KT to protest..
    Reject BN in any other by election to protest..
    Reject BN at the next General Election...

    Najib, if you any balls left in you..you will step in and say
    TAK NAK!!! TAK NAK!!! TAK NAK!!!

    WASP05

    ReplyDelete
  17. Totally agree with you Mummy Rokiah, alot of people can't afford expensive medical treatment. IJN should remain to serve the people's interests, not serve certain people's advantage?

    sigh~

    ReplyDelete
  18. caj di swasta memang tinggi. itulah cara peniaga mengaut keuntungan dalam industri ini. doktor hanyalah pekerja.

    bukan semua perkara dapat diselesaikan oleh hospital awam. hospital awam juga mempunyai kesulitannya sendiri atas pentadbiran dan polisi kementerian kesihatan yang lemah. contohnya, pelbagai kos ujian darah dan patologi telah dibatalkan di hosp awam kedah dan perlu dihantar ke makmal di swasta atau ke makmal lain yang jauh, seperti KL. akibatnya, segala keputusan perubatan dilengahkan.

    sebab itu, kesedaran rakyat untuk memiliki insurans di malaysia harus dipertingkatkan. setiap kereta di malaysia ada insurans, tetapi bukan setiap nyawa mempunyai insurans.

    walaupun saya mendapat prioriti dan rawatan percuma di hospital awam, saya juga memiliki insurans dan kad perubatan saya sendiri, sebab dalam hal kecemasan perubatan, kekadang hospital swasta boleh menolong lebih daripada hospital awam.

    ReplyDelete
  19. Kalau macam tu di sini oklah lagi. Isteri saya di masukkan ke hopital Kota Bharu Medical center selama 3 hari kena caj RM7,000 masih ok kalau nak dibandingkan dengan cerita MUMMY. Tapi kalau ditakdirkan ke atas orang miskin, bagaimana?

    ReplyDelete
  20. Hai M.R.
    nampak sangat ada segelintir orang2 besar kat negara kita pikik nak buat untung je untuk poket dia.Apa dia pduli orang lain sengsara?
    Semoga Allah jatuhkan orang2 yang zalim ini.
    Asyik nak tindas orang biasa dan orang miskin saja!Asyik fikir nak buat untung untung untung!

    ReplyDelete
  21. Salam Mummy,

    Sime Darby batal hasrat ambil alih IJN
    Jan 6, 09 6:59pm
    Sime Darby Berhad mengumumkan bahawa pihaknya telah membatalkan hasratnya untuk mengambil alih 51 peratus pegangan dalam Institut Jantung Negara (IJN). - sumber Malaysiakini.com

    ReplyDelete
  22. Saudarr,

    Sime Darby berniat untuk memperdagangkan `jantung' manusia.

    Untung dari keazaban manusia sudah menghampiri perangai US.

    Belajar belajar supaya jangan tamak. Bapa tak ajar ke..wahai orang orang Sime Darby?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.