Friday, January 30, 2009

MIC, seperti benang yang kerosot

Tun V.T Sambanthan

Seperti menjadi amalan di dalam MICsesiapa yang berhasrat menentang Presiden Parti, DS S.Samy Vellu akan dipecat, cantas dan dibuang kehalian. Corak mainan politik sebegini menjadikan Presiden kekal dan kuat selama-lamanya seperti “tuhan MIC.” Presiden hanya akan dikelilingi oleh pembodek-pembodek dan tukang karut yang hanya melapurkan cerita-cerita menarik untuk hiburan Presiden.

Apabila amalan ini keterlaluan dan terlalu lama dipraktikkan yang menjadi masaalah ialah golongan kaum India akar umbi yang tidak dibela dan terus dilupakan khasnya pekerja-pekerja ladang dan estate. Apabila ada “vacuum” atau kelompongan ini maka ia diambil kesempatan oleh kumpulan extremis seperti Hindraf. Di mana kesannya Hindraf berjaya menarik pengikut dengan begitu cepat dengan memutar-belitkan fakta-fakta sejarah tentang kewujudan mereka di negara ini dan semakin hari pengaruh mereka semakin kuat ditambah dengan semangat perjuangan pembebasan Tamil Elam.

Apabila Hindraf semakin agressif MIC menjadi lapuk , tidak “relevant”, ketinggalan dan semakin dilupakan. Menyedari populariti mereka semakin pudar, MIC mengambil jalan pintas dengan bertindak mengikut cara rakus extremis Hindraf konon ingin meraih pengaruh kaum India. MIC telah membelakangi semangat setiakawan di dalam Barisan Nasional yang telah diasaskan bersama Tun Sambanthan di mana telah lama terjalin sejak selepas negara mencapai kemerdekaan lagi.

Sebenarnya MIC telah “tenggelam punca” seperti kerosot benang apabila Samy Vellu dan ahli-ahli Parlimen mereka ingin menjadi “champion” kes A.Kugan yang disyaki pencuri kereta mewah. Walhal punca sebenar kerosot benang ini ialah kepimpinan Presiden MIC itu sendiri yang terlalu lama dan seharusnya diadakan peralihan kuasa.

4 comments:

  1. mesti ader perbezaan ke antara manusia?...

    ReplyDelete
  2. salam,
    tidak banyak bezanya antara mic dgn umno dan boleh dikatakan seperti adik dengan abang. kerana itu dua-dua nampak lesu dan tidak bermaya. pemimpin baharu susah untuk naik dan pemimpin lama kekal dengan pola pemikiran lama dan tidak mengikuti arus zaman dan menyebabkan parti tidak diterima oleh Generasi baharu. semua yang ada dalam umno dan mic telah usang,ibarat perempuan yang sudah putus haid. perubahan hendaknya bukan setakat mengubah nama @ menjenamakan semula, tetapi mengubah struktur secara keseluruhan serta mengubah tanggapan ramai terhadap parti.

    ReplyDelete
  3. Setuju sesangat spu-blogger,
    kita lihat corak politik kaum cina, mereka terus letak jawatan serta tidak mahu dilantik sebagai menteri bila kalah pilihanraya, tapi kaum umno, lagi kalah lagi nak pegang pengerusi dan ketua, konon nak menebus balik kekalahan ,, boleh belah la,,,
    kaum cina walau kalah tetapi kaum cina juga yang memerintah malahan kaum cina yang kalah ni pun dapat juga habuan melalui kaum cina yang menang, berbanding dengan kaum mlayu, kalah terus jadi katak, tak dapat apa yang diidamkan terus jadi ktak, di pecat je jadi katak,tak dapat tender jadi katak,kaum melayu sebenarnya boleh dikategorikan kumpulan berdarah sejuk dan panas iaitu amfibia dan reptilia,manakala kaum melayu yang mendokong parti islam pula bolehlah digelar islamilia, kerana apa, dengan umno kafir, tetapi dengan dap siap halal lagi kalau bersetubuh.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.