Sunday, January 11, 2009

Najib dedah sifat-sifat keji orang UMNO sekarang dan yang ada pada Wan Farid.

1. BERLAGAK. NAIK KERETA MEWAH. BERLAGAK TUAN KEPADA RAKYAT.
"Jangan berlagak... naik kereta mewah dan jangan berlebihan (ketika bertemu pengundi). Pegang kepada satu prinsip bahawa kita hamba kepada rakyat, itulah anak kunci kepada kejayaan BN” kata Najib.

2. TAK MESRA RAKYAT. SALAM TAK TENGOK MUKA. SALAM PILIH-PILH ORANG.
"Sebab itu, saya minta pemimpin yang turun padang supaya mesra rakyat," katanya
"Kalau salam, tengok muka. Sebab itu saya ingatkan calon kita supaya kalau bersalam bukan hanya di depan pintu, tetapi kalau ada orang dalam rumah dan di dapur salam semua” kata Najib.

3. SALAM TAK IKHLAS KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA SAHAJA. BERSIKAP ELIT.
"Biar pun dia kena salam sehingga 200,000 orang, asalkan kita (BN) menang. Ini (salam) bukan adab orang bandar, orang elit tetapi adab orang kampung. Itu cara kita berkempen," katanya.

4. BILA NAK PILIHANRAYA BARU NAK MESRA RAKYAT.
Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata parti itu memilih tema "mesra rakyat" dalam kempen mereka kerana konsep tersebut sebenarnya dapat memenangi hati rakyat.

5. LUPA DARATAN. TAK BERADAP DI KAMPUNG.
Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat di Kuala Terengganu berbeza dengan masyarakat bandar lain kerana mereka masih berpegang kuat kepada adab kampung.

6. ANGKUH DENGAN KEKAYAAN. ANGKUH DENGAN KELULUSAN. TAK BERBUDI BAHASA.
Katanya masyarakat di sini, tidak melihat kepada kekayaan atau kelulusan seseorang pemimpin itu, sebaliknya nilai yang tinggi kepada budi bahasa.

KOMEN:
UMNO nampaknya dah makin parah. Ciri-ciri asas sebagai wakil rakyat dan budi bahasa pun kena diajar kembali kerana kurang ajar. Kita tidak faham bagaimana UMNO memilih calun yang sebegini teruk untuk bertanding dalam pilihanraya Kuala Terenganu.

Sekarang ini nampaknya rakyat tidak bodoh dan tidak mudah dipancing dengan projek. Bawalah projek berjuta ringgit pun tetapi kalau sikap wakil rakyat UMNO menyombong dan tak berubah, rakyat akan tetap tolak UMNO.

Nampaknya pilihanraya Kuala Terengganu menghadapi krisis personaliti calun bukannya masaalah pembangunan atau hudud.

14 comments:

  1. Orang PR pun sombong jugak, lagak dengan Camry baru. Yang bodohnya bagi komunis tanah hak milik kekal. Agama nak di sama ratakan. Pas hanya jadi penumpang dalam pakatan Rakyat, macam angkasawan Malaysia, dereba masil lagi DAP kerana dia ada roket untuk ke bulan PAS

    ReplyDelete
  2. Jangan lupa senyum pun perlu diajar juga Mummy. Duduk depan cermin,latih senyum berkali-kali. Sebelum senyum sapu bedak cap nyonya kerana kalau sapu bedak Estee Lauder mahal sangat.
    Gigi, pastikan tidak ada sepihan cili dicelah-celah gigi.Nafas mesti wangi jangan pulak berbau petai atau berbau yg kurang selesa.
    Ketiak jangan masam spray "Odorono" selalu.
    Dan akhir sekali berjalan jangan "ginjat gagak" kerana orang yang berjalan ginjat gagak tak boleh dipercayai, dia makan kawan.

    ReplyDelete
  3. Mummy,
    Umno kena hapuskan budaya WARLORD yg menjadikan ZERO SUM cara pemilihan UMNO. WARLORD akan tetap pancung mereka mereka yg lebih ada wisdom .Dlm Umno bila dah jadi ketua pemuda sekalipun walau peringkat cawangan dah mula besar kepala dah mula nak bentuk kumpulan masing masing kalau dah jadi ketua bahagian apa lagi macam WARLORD wayang bangsawan china lah semua orang nak di pancung nya.

    ReplyDelete
  4. Mummy, kadang-kadang terfikir juga mungkin UMNO ni dah terlalu lama maka dia naik lemak dan tamak kuasa. UMNO gagal mendidik generasi pelapis yg berjiwa akar umbi.Semuanya mengejar kuasa untuk kekayaan sendiri.
    Puisi Pak Lah "Ku Cari Damai Abadi" makan diri Pak Lah dan KJ.Kalau dihayati betul-betul puisi di bawah, satu baris pun tak boleh pakai.

    PUISI DAMAI ABADI- Pak Lah

    Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
    Untuk hidup kaya,
    Aku cari bukan wang berjuta-juta,
    Untuk hidup bergaya,
    Aku cari bukan kawan-kawan,
    Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
    Aku cari mana dia Al-Ghazali,
    Aku cari mana dia Al-Shafie,
    Kita bongkar rahsia kitab suci,
    Cari pedoman
    Kita bongkar rahsia sunnah nabi
    Cari panduan
    Aku hidup kerana Dia Rabbi
    Dialah teman
    Dialah wali
    Dia mencukupi
    Aku hidup bererti
    Menikmati damai abadi

    Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI

    ReplyDelete
  5. dia tpm dan bakal pm (kalau jadila kan) boleh cakap apa saja, dia sendiri tu macam mana, 2X5 aje.
    untuk anon; inilah perangai UMNO/BN karat, masa perintah dulu tak nak buat, bila orang buat baik untuk rakyat banyak lah komen, dengki irihati lah tu, cakap saja UMNO/BN tak pandai nak memerintah.

    ReplyDelete
  6. Dalam PAS pun dah mula ada sifat2 'gedeber' atau besar kepala (ambo tak pandai nk kata 'keji').

    Kalau Najib (DS Najib).. mak saudara (penyokong pas pahang) ambo pernah ada pengalaman. Najib ni..kalau dia pergi tempat kenduri, dia akan naik kerumah & menyapa orang kat atas rumah sampailah ke dapur. Maknanya dia melawat semua. Tak macam segelintir pemimpin, berada depan makanan aje.

    Wassalam..

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan nasihat Najib tu..memang ramai dalam UMNO yang macam Wan Farid tu..kena tekankan selalu kerana masih ramai yang macam tu.

    anom 7.45pm nampak terang terang UMNO tok tok yang tak membantu memperbetulkan landasan UMNO..dia ni kaki pasang poster layaklah..

    Baca lebih sikitlah anom 7.45pm nanti dikatakan masih ketinggalan dari aspek kematangan. Kaji betul betul apa yang PR buat dan UMNO buat..dan kena terima hakikat bukan semua BN buat betul dan bukan semua juga PR buat betul..

    Dalam UMNO masih ramai yang macam anda ni..anda masih jauh tertinggal dalam banyak hal..

    Saya tahu kerana saya main player tuan!!!dan dalam UMNO tau!

    ReplyDelete
  8. SETAKAT SEMALAM BN MENGUASAI SENTIMEN PENGUNDI SEBANYAK 90%
    FAKTORNYA:
    1)MELIHAT NAJIB MENOLAK KERUSI RODA PUAN PANI EMBONG SEMASA PELANCARAN KLINIK BERGERAK DI KT.
    2)KENYATAAN NOH OMAR - PENGORBANAN WAN FARID WAJAR DIHARGAI.
    3)HISHAMUDIN YAKIN GOLONGAN MUDA SOKONG BN.
    3)NAJIB JANJI KEBAJIKAN RAKYAT DIJAGA SAMPAI KE LIANG LAHAT.

    "UNDILAH BN SAMPAI KE LIANG LAHAD!"

    ReplyDelete
  9. ni dgr kabar angin mana ni Pengundi Bijak..kalau camtu hang berapa nak bijak la..dgr kabar angin saja..takat tolong tolak kerusi roda pastuh keluar rayuan suh undi pasai wan farid dah taruhkan kerusi dan pangkat..apa ingat org leh nak undi BN ka?hehehe..tok berape bijok awok ni

    ReplyDelete
  10. To Anonymous (awat tak berani letak id ka??)
    kalau yer pemimpin PR berlagak naik Camry...Camry tu pun bukan depa punya..kereta pinjam saja..hak milik kerajaan..tapi kalu pemimpin BN berlagak naik brabus , jaguar, bently (yg harga 10 kali ganda dari Camry) pastuh mmg dia punya lak tu (hasil rompak duit saham rakyat) mana lagi buruk????

    ReplyDelete
  11. BETUL CAKAP MIKA ORANG PR LAGI SOMBONG DAN BANGAN CTH PAS PERAK MBNYA KENA CUCUK IDUNG GAN ROKET TANAH KG BARU BANYAK DIBANDAR PAS DAPAT GERAN DEPA BOLEH JUAL DAPAT JUTA-JUTA,DEPA ROKET MULUT MANIS DIDEPAN AJE BELAKANG KITA SENDIRI MAU INGATLAHUAN MELAYU,JADI KAT SINI KITA LIHAT SAMA YG MENAG MAIN INI POKER,PAS DULU KELUAR FATWA KATA UMNO KAPIR LA NE DEPA BESETONGKOL GAN ORANG KAPIR RUNTUHKAN PERPADUAN MELAYU,PKR(PART KEHANCURAN RAKYAT)SAMA AJE CAKAP PUTAR ALAM MACAM DIA YANG BETUL,MACAM DIA YANG TAK RASUAH TENGOKLAH BANGUNA MARINARA KAT JALAN TUN RAZAK KL,MACAM MANA DIA BAILOUT DIA PUNYA KAWAN..MANA DUIT PUNAHSIHAT PKR TU DAPAT..LEPAS TU JALAN OVERSEE CERCA SATU DUNIA PASAL MALAYSIA,DULU SIAPA YG NAIK INTERSET RATE MASA DIA JADI MENTERI KEWANGAN TAPI KITA SEPERTI BIASA MELAYU MUDAH LUPA ,PAS TU DIA JADI KAWAN BAIK PADA PETUALANG-PETUALAN YAHUDI DI U.S...JADI SENDIRI MAU INGAT LA...WAAUPUN UMNO TU ADA BUSUK SIKIT TAPI DEPA TAK LUPA PERJUANGAN MELAYU...JADI SENDIRI MAU INGATLAH....

    ReplyDelete
  12. Saya setuju Mummy, pemimpin UMNO sekarang bawah Dolah ni semua dah lupa diri.....

    Tak serik2 lagi, yang UMNO pun kayu pi ambik org Pak Lah yang sombong tu buat apa?

    Memang merapu punya parpu la dorang ni semua mummy oi!

    ReplyDelete
  13. salam mummy rokiah..akak setuju...salam ziarah...

    ReplyDelete
  14. huhh...blogger nie blur kut.....fitnah banyak...boleh tau isi hati org....tutup je la blog kau nie....sampah pemikiran rakyat betul.....blok tk guna...nk buat baik tapi diselitkan dengan benda tk elok....kejap dakwah psl agama ...kejap kutuk org...engko nie islam hapenyer?????????

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.