Sunday, January 25, 2009

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

Saya bukan lobi jadi duta – Zam
KUALA LUMPUR 24 Jan. – Bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin meminta supaya khabar angin kononnya beliau melobi Wisma Putra untuk dilantik sebagai Duta Malaysia ke Indonesia dihentikan segera.
Malah, jika namanya ada dalam senarai calon, beliau mahu kerajaan menggugurkannya.
“Saya tak mahu jika berlaku pelantikan ini, ia menutup peluang pegawai diplomatik yang lebih layak kerana di sana memerlukan diplomat berpengalaman.
“Dengan ini saya harap cerita mengenai saya sebagai bakal Duta Malaysia ke Indonesia ditamatkan dan (nama saya) digugurkan daripada pencalonan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa terdapat dua bekas menteri sedang melobi untuk menyandang jawatan itu.

(sumber Utusan Malaysia 25.1.2009)

Komen:
Awat depa dok buat cerita mengarut ni? Ini mungkin berpunca untuk persediaan apabila berlaku peralihan kuasa pada bulan Mac ini. Apabila Pak Lah beralih kuasa yang pasti ramai menteri-menteri kabinet akan digugurkan dan yang menganggur kena sediakan payung sebelum hujan. Depa kata kalau Zam jadi duta, Malaysia dan Indonesia boleh berperang kerana sikapnya yang gedegung-gedegam hantam sana hantam sini.

19 comments:

  1. Zam tu kalau dibagi dia mauuuuu..Kata tak mau tapi mauuuu.
    MAU TAPI MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUU AH!

    ReplyDelete
  2. Bercakap tentang Si ZAM yg bermulut laser ini, teringat saya kenyataannya dalm akhbar seminggu sebelum PRU Ke-12: "BN akan menang besar di Sungai Petani. Saya akan pastikan Johari Abdul (PKR) malu besar dan hilang wang pertaruhannya!!".

    Tetapi apabila keputusan pilihanraya sedang dikira, kelibat ZAM tidak nampak pun di pusat pengiraan undi. Mungkin dia sedang bersembunyi di dalam tandas sambil memerah singletnya yang dipenuhi keringat akibat rasa malu yang sangat besar selepas tewas teruk dengan majoriti 9,381 undi.

    Sekarang ZAM sedang menganggur. Tak perlulah dia jadi duta kerana seorang diplomat perlu kaya dengan ilmu diplomasinya. Tak perlu juga dia balik kerja dengan Utusan, takut semakin ramai orang yang tak baca akhbar itu. Lagipun elaun sebagai mantan Menteri dan Ahli Parlimen masih mencukupi untuk membiayai kehidupan mewahnya, walaupun kelulusannya tidak setinggi mana.

    Ubahlah kehidupan hang, ZAM, beriktikaflah selalu di masjid, semoga masih ada sisa usia untuk bertaubat.

    ReplyDelete
  3. Zam has make million. His mansion in Putrajaya value million rgt.

    ReplyDelete
  4. Mami Rok,
    Pemimpin mana pun apabila sudah bersara atau terpaksa bersara boleh bercakap menegakkan prinsip mereka. Mereka harus ingat wang pencen mereka adalah hasil mereka menjawat jawatan menteri atau Perdana Menteri. Mereka yang sebgini seperti habis manis sepah dibuang.Langsung tidak kenang rakyat yang mengangkat mereka.

    ReplyDelete
  5. mummy,

    Duta atau diplomat yang mewakili negara memerlukan individu yang punyai latar belakang pendidikan yang baik, berpengetahuan diperingkat antarabangsa dan daya intelektual yang tinggi.

    ZAM tidak ada semua itu. Dia wartawan Melayu yang gigih sahaja. Janganlah hanya kerana dia sudah tidak jadi menteri, jawatan penting hendak ditawar tawar kepada rakan taulan. Ini kepentingan negara mummy...

    ReplyDelete
  6. Asalnya dia melobi nak jadi duta mana-mana produk kot? :)

    ReplyDelete
  7. Awang Sulung,
    Malu-malu kucing "Mintanya tidak, kalau bagi tak tolak"
    Adat melayu ka itu?

    ReplyDelete
  8. pendikar gunung keriang,
    Betui ka depa kata kalau Zam masih di Merbok dia akan menang? Katanya Zam terperangkap dalam sabotaj Mahdzir Khalid, KJ and the geng?
    Betui ka depa kata Zam dipindah last minit ke bahagian lain@Zam dianiayai oleh Pak Lah dan mantan MB Kedah. Kalau betui mainan Mahdzir Khalid baguih la...dengan dia pun tunggung buyung. Baru pegang MB tak sampai sepenggal dah nak tunjuk belang. Inilah perangai pemimpin UMNO yang Mummy dengaq kata pi Kuala Terangganu bukannya pi kempen depa dok pi berpoya-poya dengan putri-putri UMNO. Puak-puak ni pantang tengok dahi lincin sikit
    depa naik gatai-mengela tak sedaq ke diri.
    Banyak puteri-puteri UMNO dok mai cerita kat Mummy perangai locklux dan tak senonoh depa ni. Satu hari akan Mummy dedahkan di sini satu persatu, bukan nak aibkan depa tapi nak bagi depa sedaq bahawa depa tu hak rakyat dan pemimpin rakyat, jangan dok mai temberang dan auta org kampung.

    ReplyDelete
  9. Semut gatai,
    Hang tengok Musa Hitam sama juga..dulu kita ingat dah "piap" pi dahhh..La ni Pak Lah bubuh "nyawa" hidup balik dok pi belaga dgn Mahathir.

    ReplyDelete
  10. Ramli Mohd Yunus,
    Betui la hang kata tu. Tapi politik di Malaysia tak jadi lagu tu...sapa dekat dengan pucuk pimpinan dia dapat habuan laaa.
    Sukrang-kurangnya semasa dia Menteri Penerangan dulu dia berani berhadapan dengan Kit Siang di Parlimen.

    ReplyDelete
  11. Pi Bani,
    Kah...kah...kahhh hang pandai buat lawak cek oooiii.Duta produk apa tu?

    ReplyDelete
  12. Zam ni mungkin lobby kot kerana pak lah dah tiada selepas Mac ini ..tp dia kena bersaing dgn shahidan kasim yg juga dikatakan melobi jg..hehe

    ReplyDelete
  13. Semua bekas pemimpin bila dah buat jutaan ringit rehat dan duduk diam.Rumah Zam sekarang pun dah satu juta, Putrajaya 1.5 juta, di Kedah 1 juta.Tanah tak kira lagi.Apa pun Zam bertungkus lumus bekerja kuat dengan titik peluhnya sendiri.He deserved it.

    ReplyDelete
  14. zam hanya jadi menteri dua tahun mewakili kami empat tahun tapi rakyat rasa kehilangan panjang kerana kami dapat perpusatkaan negara,projek bistari dari PNB dan kampong kampong ada play ground budak budak.dia pun tak kita parti untuk tulong. Johari abdul pkr buat apa,bayang pun kami tak nampak.padan muka orang merbok. tunggulah tajul.mummy cukuplah sebarkan fitnah.

    ReplyDelete
  15. kenaapa tak tanya berapa ratus ribu yayasan tun razak bayar pada zam bagi bukunya inggeris melayu "jejak bertapak tun razak ,mahathir sebalik tabir yang jadi best seller. berapa tahun dia kerja utusan, dari reporter sampai timbalan pengarah.hanya cerita tentang rumahnya berjuta nak timbulkan prasangka buruk,asal menteri sahaja,wangnya tak halal. Nak banding pula intelektualiti zam.saya ikut tulisannya berpuluh tahun. dia lebih baik dari yang kelulusan tinggi tapi menulis dan berfikir macam orang tak pergi sekolah. banyak boleh jumpa dalam blog mummy ni.

    ReplyDelete
  16. Mat Saman,
    Jangan silap faham, maklumat yang Mummy dapat memang Zam seorang wakil rakyat yg deliver. Mummy hanya menyentuh tentang ura-ura Zam akan menjadi duta yg ternyata juga nama Zam dimainkan oleh mereka yang bercita-cita yg sama.
    Mengikut sahabat Mummy di Kedah jasa Zam lebih terbukti dari jasa Daim di Merbok. Cuma yg tak cerdik apabila Zam menerima pertukaran di kawasan lain..dan politiknya dibunuh oleh Mahadzir Khalid dan KJ.Katanya calun yg menganti Zam di Merbok itu pun berperangai macam Wan Farid yg sombong.

    ReplyDelete
  17. minah kerang,
    Mummy setuju dengan komen hang.Memang Mummy dapat tahu Zam tidak mengambil sesen pun royalti dari buku Jejak bertapak Tun Razak dan semua disumbang pada Yayasan Tun Razak.Cuma Zam ni pandai membajak atas belakang orang.

    ReplyDelete
  18. zam balik mai tanding di bukit selambau

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.