Sunday, February 8, 2009

Di antara dua golongan yang berserban

Hampir semua akhbar perdana memaparkan visual extremis PAS yang berbaring di atas jalan dengan berpakian lengkap “uniform” berimejkan islam. Dengan berjubah, berkopiah putih, berserban dan berkain pelikat. Tindakan ini dilakukan untuk menyekat kereta yang membawa KDYMM Sultan Perak dari menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar baru dari UMNO dan BN YB Datuk Dr Zamri Abdul Kadir.

Mereka bertindak seolah-olah hilang pertimbangan yang waras. Tidak langsung membawa imej Islam, jauh sekali berilmukan Al Quran dan Hadis. Tindakan ini melambangkan seolah-olah Islam tidak bertamaddun.

Tetapi DAP yang dibelakang tindakan penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu ini lebih cerdik. Mereka lebih bijak bermain di belakang tabir dan bercadang berhujah di mahkamah walaupun mereka tahu isu ini tidak ada kes. Karpal Singh yang pernah kena penampar kerana mencabar raja-raja Melayu dahulu mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Inilah berbezanya dua golongan yang berserban. Satu golongan berserban PAS yang selalu bertindak dengan emosi dan satu lagi golongan berserban Benggali yang kerap bertindak atas landasan perundangan (lawyer).

30 comments:

  1. Mummy, satu pandangan yang menarik. Lama menyepi mummy baru malam ini muncul. Apapun salam perjuangan

    ReplyDelete
  2. Disagree.

    1. PAS and serban are always associated with what is labeled as extremism. Extreme in what is never explained. But the use of the jargon is usually meant to contempt.

    2. The person that lay on the tarmac does not even sport a serban. He does not even wave a PAS flag.

    3. To be able to do such thing is relection of high degree of commitment and sacrifice

    4. Karpal Singh does not sport a serban.

    5. So the question of serban does not arise here.

    6. It is perception. It is on which side of the field you are on. If you are on BN's turf, the person's act as shown by your copied photo, is ridiculous.

    7. Otherwise it is the highest form sacrifice, steadfastness and resilience.

    ReplyDelete
  3. Mummy ,

    bagaimana kalau dibuat berfikir diluar kotak dgn DAP menyertai BN ?
    Dgn kelantangan Karpal hari ini yg meminta Pakatan mencari ketua baru menggantikan Anwar, DAP akan keluar Pakatan tidak lama lagi adalah lebih baik BN memberi signal kepada DAP untuk menyertai BN.

    ReplyDelete
  4. Memang benar orang itu tidak mengibar bendera PAS, tetapi bendera Palestin.

    Memang benar orang itu tidak berserban tetapi berkopiah.

    Tetapi untuk melakukan semua sebegini bukanlah dengan satu komitmen atau pengorbanan tetapi kegilaan dan kebodohan.

    Bendera PAS dan Palestin membawa imej Islam. Kopiah atau serban membawa imej Islam.

    Yang penting di sini orang Islam menunjukkan kegilaan, ekstrem dan mudah mengikut pengaruh. Pengaruh siapa?

    Haa.. itu yang mummy rokiah nak sampaikan tadi. Itulah DAP. Orang Islam tukang guling tengah jalan, orang kafir tukang promok dan arahkan (melalui kiasan).

    Itulah DAP, mereka mempunyai bakat jadi tukang perintah dan itulah Melayu, mudah kena perintah dan diperbodoh oleh DAP.

    ReplyDelete
  5. betul ke yg baring kat depan kereta to Ahli Pas..ntah ntah dari parti lain.Kat Malaysia ni kan banyak parti politik.rase ana kalau Ahli Pas yg 'genuine' dia tak buat menda2 mcm nih

    ReplyDelete
  6. Kate lah rakan kite yang baring bukan AHLI PAS, jadi ,sape dia ?
    Ajen provokatur ?
    Tak masuk akal lah ?
    Owang PAS top top tak ade kate ape ape pun ?
    Kalu impot, dari mane ia gamak nye,
    owang putih kate"gambo tu dos not make senc."
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete
  7. Kita tak pasti siapa sbnarnya yg baring kt tengah jalan tu. So..tak adil lh kita trus menunjuk kpd org tertentu. Ini lh masalah org kita, mdah buruk sangka. Tak usul periksa dulu. Ntah2 org tu myamar je...dh kene upah. Who knows? Kt M'sia skrang ni semua leh jadi.

    ReplyDelete
  8. ingat semua ahli pas tu bagus ka. ada kawan saya, pas, tapi cara hidup pun tunggang terbalik, cakap macam dia yang handal.

    itulah masalah orang pas. depa agak depa saja yang betul. depa agak depa saja yang masuk syurga.

    ReplyDelete
  9. You are such an arsehole... i rest my case. you only see using your god's given eyes without seeing with your heart.. hope 1 day you'll get to see not only with your eyes

    ReplyDelete
  10. SEBENARNYA YANG TERBARING TU ADALAH LIM GUAN ENG.. betul talak tipu puye... muka putih ,,bersih, mana ada tipu maaa...

    ReplyDelete
  11. Tak semua orang sanggup buat macam tu...

    ReplyDelete
  12. Salam Mummy,
    Komen saya tentang posting ni adalah...
    saya malas lah nak komen tentang orang2 fanatik ni yg kebodohannya tahap kebodohan melampau, baca sajalah dalam blog saya> BERANIKAN HATI http://braveheart-blogger.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. NILAH PERANGAI PAS PARPU, DAH BUAT TAK NGAKU, LEPAS TU TUDUH ORG LAIN PULAK, ADA PULAK YANG KUTUK MUMMY TAK TENTU HALA KAT SINI, SUDAHLAH PAS, AKU KENAL TAKTIK KORANG, BUKAN SEMUA AHLI PAS EXTREME MACAM NI, TAPI MEMANG ADA OK....

    MUMMY,
    INDEED A BEAUTIFUL PIECE, I AGREE WITH YOU 100%

    ReplyDelete
  14. Apa yang berlaku amat menarik sekali.Kebodohan melayu PAS digunakan benggali DAP untuk menjadi TITIK mula melemahkan kesultanan MELAYU.Anuar IBRAHIM akan memukul canang dengan gendang mahkahmah rakyat.Menderhaka sultan.Rakyat mana yang datang berhimpun.Pak lebai pak lebai pas yang taktahu apa apa dan pencacai PKR yang hilang punca.Rakyat perak yang berilmu dan berakal dan memahami MB PAS adalah kudatunggangan DAP amat bersyukor perubahan berlaku.Dulu pru12 rakyat perak bukan suka pas dan dap tetapi bencikan KEPIMPINAN PAKLAH yang sangat lemah dan barisan pimpinan korap,rasuah,salahguna kuasa!!! Majoriti rakyat Perak adalah berilmu dan bolih berfikir dan menilai.Apa yg berlaku jelas MELAYU PAS dan MELAYU PKR tidak berupaya mempertahankan hak melayu,SULTAN lagi didurhaka angkara gila kuasa....PENGUNDURAN PAK LAH telah memberi cahaya harapan keyakinan rakyat..Singkirkan pemimpin yang korap ,rasuah,pentingkan diri sendiri,bodoh.lemah...lakukan PEMBERSIHAN SEBENAR , UMNO akan kembali seperti dulu untuk terus pertahankan hak masa depan anak bangsa...salam AKA

    ReplyDelete
  15. Kasian orangku Melayu dan Islam.. sering diperbodohkan bukan kerana tidak bijak tetapi kerana terlalu mengikut perasaan dan angan-angan... DAP tiada Sultan tu la berani cakap macam-macam ugutan.. tapi tengoklah nanti masuk negeri Sulatan juga yang dia sembah..

    ReplyDelete
  16. Mami,
    Sikit hari bila Karpal buat press conference lagi, agaknya dia nak suruh org PAS pulak bertaubat kot...

    ReplyDelete
  17. saya tengok suasana politik negara, khususnya di negeri perak adalah semua terlibat, semua mendapat untung.

    Tetapi balaci-balaci yang di hadapan ialah melayu baik dari PAS mahupun UMNO. Orang-orang ini lah yang banyak cakap, banyak buat repot polis dan banyak demontrasi, termasuk yang perempuan-perempuan.

    Namun yang DAP ke, MCA ke, setengah PKR, MIC ke langsung tak nampak batang hidung. Cuma nampak dia orang ini pada majlis-majlis dan salam-salam sahaja.

    Kenapa jadi begini?

    ReplyDelete
  18. PAS itu bodoh. Bodoh itu PAS. Tingkah laku mereka sama lagaknya seperti anjing dan babi. Serban pada mereka hanya untuk tempat duduk ditepi padang bola sepak ketika menonotn sebarang perlawanan antara kapal sink dengan Nik Azizi semata.

    ReplyDelete
  19. mumy tak suka golongan serban, mumy tentu tak bertudung punya...he hee

    suka yg botak chin ye...

    ReplyDelete
  20. aku golongan berserban yang ketiga.

    ReplyDelete
  21. Saya banyak kali tertipu dengan orang yang memakai Sarban.

    Banyak dolak dalih. Penuh muslihat. Lagi bahaya sebab pada air muka kita telah meletakan 70% kepercayaan kita pada mereka.

    Semuga Allah membuka pintu hati meraka ini yang berselindung disebalik sarban untuk meraih kepercayaan.

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum..
    70000 atau 100000 yang datang di perhimpunan MB yang menentang sultan tu ialah melayu bodoh yang datang dari luar perak yang tidak tau tentang perak..ni orang perak tulin nak bagitau...

    sebelum pilihanraya PRU12, PR menang di perak..kami semua xde masalah sebab kami andaikan melayu memerintah, MB nizar..tapi bila kami tengok bilangan exco majoriti cina, melayu hanya 3 ( Pas 2, pkr 1 ) kami melayu perak tidak suka bumi melayu tergadai..ni ke dikatakan adil??? kenapa tidak letak bilangan exco sama banyak??? yang menyokong semua kena bodoh oleh MB nizar dan DAP..itu yang membuat kami melayu perak tulin mula meragui kerajaan perak dahulu ( MB nizar )..guna akal le..jangan cakap diri melayu kalo bangsa melayu sendiri tak dapat dipertahankan. kuasa melayu tidak dipertahankan..yang dilaungkan sekarang,. pemimpin islam ( MB Nizar )..tapi apa guna??andai berlaku undian...majoriti le menang..so alhamdulillah skrg BN memerintah yang kalo korang tgk dalam tu majoriti melayu, 1 dap...kenapa selama ni..masa DAP menguasai exco..PAS dan PKR tidak membantah dan melaungkan ALLAHUAKBAR sambil berarak??...tu namanya bodoh n buta tuli dalam menyokong. Menyokong MB nizar umpama menyokong cina. MB nizar bukan taknak turun tapi...keliling dia geng DAP yang tak benarkan dia berbuat demikian demi...secara logik??...mesti ada yang disembunyikan..hanya MB nizar dan DAP je yang tau.....ORANG MELAYU BESUT, KELANTAN, KEDAH, PENANG YANG IKUT BERARAK TU..BUKA MATA...JANGAN JADI MACAM LEMBU...IKUT JE..GUNA AKAL YANG ALLAH SWT BERIKAN PADA KITA TENGOK...

    yang berguling tu kalo bukan PAS, UMNO, PKR, DAP, BEBAS pun xpe..tapi tu ialah orang melayu yang bodoh yang diupah oleh pembangkang untuk menghuru harakan negeri perak..orang yang melayu mendemonstrasi tu umpama lembu bodoh yang mana anuar ibrahim, abdul hadi diperbodohkan oleh DAP

    ReplyDelete
  23. Mummy....

    nasi kandar......teh tarik
    cerita benar.....sungguh menarik

    Perjuangan biar benar dan ikhlas....jang berselindung dibalik serban dan jubah....

    Nawaitu boleh terserlah dengan tindakan biadap, keji dan hina spt tu.......

    ReplyDelete
  24. itu beza orang pas dengan umno. Orang umno ada duit masyuk baru nak tunjuk, orang pas dema buatkerana perjuangan. Cuba tengok, orang pas kalau tertindas mereka sanggup buat apa saje, orang umno akan penggil polis. Kalau tak ada polis, dema senyap aja.

    ReplyDelete
  25. maaf cakap la yer..org melayu ni(yg berguling2 dan merusuh tu) mmg sah bodoh..ada otak tak mahu guna..emosi terlebih sangat..kalau cerdik, mereka takkan buat kerja giler macam tu..kalau pun tak malu kat diri sendiri, malulah kat anak bini..betul2 memalukan org melayu macam aku ni..

    ReplyDelete
  26. keris panjang,
    org melayu mmg dah lama malu laa...masuk u kouta, bisnis kouta, beli rumah kouta....ini laa jasa pimpinan melayu korang...kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  27. Perkara paling akhir akan disoal dan sebagai penyebab masuk syurga bg org Islam adalah-Adakah anda cintakan org2 yg menegakkan Islam, menyebarkan Islam?

    Itu adalah talian hayat the very least utk meluluskan org Islam dihantar ke syurga atau kekal di neraka

    ReplyDelete
  28. ini bukti penyokong BN BUTA SEJARAH...!!!

    DERHAKA KONON...CUBA BACA SEJARAH NIH...

    Mengenang Sejarah
    Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

    DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.



    Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

    Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

    Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

    Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

    Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

    Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

    Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


    Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.


    Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

    Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

    Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

    Cuplikan itu seperti mana berikut:

    DEWAN SANATE

    Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.


    Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

    Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

    ARAB BERSATU


    Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
    UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

    Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

    MENJADI PERUNDING

    Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

    Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

    MENGANGKAT SUMPAH

    Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

    Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

    Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

    PARTI POLITIK

    “ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

    Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

    Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

    MENYIMPAN JANGGUT

    Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

    Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

    Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
    BURUK SANGKA

    Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

    Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

    Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

    KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????

    ReplyDelete
  29. Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

    "Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

    "Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

    "Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

    "Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

    "Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

    "Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".

    ReplyDelete
  30. ini lah di namakan hanya nama saja PAS tp berbaju PKR..org PAS sebenar tidak seburuk2 org PKR!!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.