Monday, February 16, 2009

Pilihlah aku walaupun aku “belemoih”* dengan taik.

Kerapkali di dalam memilih calun pilihanraya kebiasaan amalan pucuk pimpinan UMNO di atas-atas @ MT dan Presiden ialah mereka akan merujuk kepada ketua UMNO bahagian dahulu kemudian baru dirujuk kepada agensi-agensi lain seperti SB, MIO, KEMAS, Penerangan dsbnya.
Tetapi di dalam situasi politik semasa sekarang pandangan Ketua UMNO Bahagian menjadi penting kerana UMNO akan menghadapi pemilihan pada bulan MAC ini dan kuasa ketua bahagian dan G7 menjadi semakin mahal dan berharga. Sekarang kuasa untuk memilih dari Timbalan Presiden sehingga MT berada dalam tangan ketua bahagian dan G7.

Inilah masanya ketua-ketua UMNO bahagian mengambil peluang mengugut, “demand” dan meletakkan tanda harga yang mahal kepada mana-mana calun yang ingin bertanding di dalam pemilihan UMNO Mac ini.

Di dalam kontek PRK Bukit Selambau juga inilah masanya ketua UMNO Bahagian mengambil kesempatan mengugut dan menggertak kepimpinan tertinggi UMNO untuk meletak calun UMNO di Bukit Selambau mengantikan calun MIC.
Hasrat ini memang nampak jaguh dari kacamata UMNO dan pengundi Melayu, tetapi dalam masa yang sama kesempatan ini telah diambil oleh Ketua Bahagian UMNO untuk mempromosikan dirinya sendiri sebagai calun yang layak dalam lain perkataan “PILIHLAH AKU”, ”AKU YG PALING LAYAK” dan “AKU BERKUASA, AKU KETUA BAHAGIAN”. Walaupun di belakang aku penuh berlumuran najis dan sarat dengan politik wang dan korupsi.

UMNO mungkin sedar kelakuan ketua mereka yang pengotor ini tetapi demi memelihara kroni, mereka buat-buat tidak nampak. Ini kerana mereka juga telah dibeli oleh ketua mereka dengan wang yang diperolehi sebagai pengarah dan barua dalam Asti Holding Ltd sebuah syarikat Singapura yang disenarai di Singapore Stock Exchange. Mengikut SB Rakyat, Asti Holding juga menguasai 75% saham Dragon Group juga sebuah syarikat dari Singapura dan dikuasai oleh Dato' Michael Loh Soon Ngee dan kerajaan Singapura. "In shorts UMNO Bahagian Merbok has been owned by Singaporean".
Hakikatnya kelakuan mereka ini sedang diperhati oleh Rakyat Atas Pagar (RAP). Pengundi atas pagar tahu perangai mereka dan jika UMNO meletakkan calun ini dan bukan pilihan rakyat mereka akan menghukum calun ini. RAP amat memandang jijik dengan lakonan dan perangai pemimpin UMNO ini yang bermuka-muka di hadapan mereka sahaja.

Rumusannya Najib kena bijak. Letaklah calun rakyat bukan calun UMNO. Jika Najib juga bersekongkol dengan khasnya ketua perhubungan UMNO negeri Kedah, Mahazir Khalid, Najib juga akan berlemoih dengan najis dan padah sedang menanti UMNO.

41 comments:

  1. Asalamualaikum Mummy & Blogger yang perihatin.

    1. Soalan mummy mengenai Tok Mi... Dia memang rapat ngan Najib. Tahun lepas Najib mai rasmi Merbok. Tok Mi adalah bekas setpol Tun Daim. Tun Daim punyai hubungan rapat ngan Najib. Semua orang tau, x payah ulas lebih2.

    2. Tok Mi asal dari Bkt Selambau sama dengan Pak Njang Badri yang mana adik beradik dia sahaja 30% dok Bkt Selambau. Beliau tak punyai skandal sex atau masalah sosial langsung.

    3. Berbalik pada tajuk BELEMOIH.
    a. Merbok own by Singaporean! I cukup setuju, semua orang tau KECUALI Lee Jerung, Harun Belau, Din JJ, Lee Tapai, Cikgu Latif, Shukur TNB, Hashim Malboro, Syed Osman, Non Bkt Inas, Abdullah Sany, Safar, Lah Jilid 3/4, Pak Long Jin, Din 30, Cikgu Napiah, Yusuf KEDA, Poat Jeniang, Man Boleh, Dr Ismail, Man Pendek @ Dresa,Razak, Jalil Sg Pial dan banyak lagi. Puak ni sahaja yang tak tau atau buat2 tak tau janji masuk shj.

    b. Nisbah ahli UMNO kpd rakyat Malaysia ialah lebih kurang 7:1. Kesimpulan dr nisbah ini, Tajul boleh bohong 1 tetapi tidak kepada 7 orang yang lain. So camana UMNO nak menang.

    c. Kalau UMNO minta calon Bkt Selambau dr UMNO atas alasan org Melayu banyak kat situ x boleh pakai langsung. Sebabnya di mana kawasan yang kaum India melebihi 50% atau majoriti di Kedah??? Tidak ada kawasan majoriti kaum India di Kedah. Jd alasan ini x boleh di terima pakai.

    d. La ni Tajul dah kalut sbb bekas s/u bahagian tak angkat telefon. Jd pekara2 berkaitan pur12 hari tu mereka tak dapat selesaikan. Bekas s/u katanya amat marah sekali. Bukan kerana Tok Mi kalah. Tetapi selepas sehari kemenangan Tajul, kuncu-kuncu (Lee Jerung, Din JJ & Lee Tapai) telah melakukan rampasan dengan menukar kesemua kunci pejabat UMNO Bhg Mebok. Cam ni punya perangai boleh terima ka? Orang UMNO khasnya perwakilan rata-ratanya bukannya ada akal yang sihat sangat. Celik mata nampak RM (waktu pemilihan). Lepas pemilihan baru nak sedar! Tetapi terlewat.
    Yang pasti, proses ini akan berulang!

    e. Tajul buat duit cara samun semua orang tau (kuncu-kuncu dia peduli apa, janji dapat tempeh2). Samun Kedah Corp! Balak dia sapu. Kajilah, lepas dpt Senator, kekayaannya menjadi-jadi. Apa jadi dengan projek replacement Dewan Kenangan? Kenapa terberhenti? Dgr kata sangkut sbb sangkut dgn Bank Islam. Katanya MPSP buat loan, tetapi MPSP p release duit depa sendiri kpd contractor. So Bank Islam x mau release. MPSP dah jadi pening. Bekas2 ahli Majlis UMNO semua dah panas!

    f.Pada pecaturan calon PUR12, Kedah telah di catur oleh Det Khalid, Tajul dan KJ sahaja. Ketua Bahagian tak involve langsung (rujuk kpd kenyataan Kadir di Kelab Cinta Sayang). So kali ni klu x di rujuk pada Tajul apa nak kisah sangat.

    g. Jentera Pemuda yang di ketuai oleh Sepol, Anuar Bucu, Awi, Tapa, Wan SPMC cam mana nk buat kerja. Semua ni perasuah-perasuah Politik yang di didik oleh KJ n Tajul. Mereka juga mengajar pemuda dengan RM, so klu nk buat keje mesti kena spak ngan RM.

    h. Tajudin ABF30 pn dgr kata berminat nak jd calon. Raja Betina yang di kenali ramai. Pernah di tangkap oleh bini sendiri bawa pompuan di Hotel Park Avenue.

    i. Yang penting sekali, biarlah calon bkn dr Ketua&AJK Bhg Merbok dan bukan di cadangkan oleh Tajul.

    ReplyDelete
  2. dok perati dari luaq,
    Macamna kalangan generasi muda Merbok? belia, pemuda dan puteri? Ramai ka pengundi muda di sana?

    ReplyDelete
  3. 1. Mummy sebenaqnya ramai di Merbok ni yang berkaliber nak jadi pemimpin, ada yang muda lela, yang sedang-sedang saja dan ada jugak yang tua. Baik tingkah laku, tertib, tak dak skandal, pandai dan ada mengaji tinggi lah mudah crita.

    2. Dulunya Merbok juga ada bekaih ketua pemuda nama dia Karim Ali, dia ni pun baguih. Tapi TAJUL tak bekenan dengan dia ni pasai budak ni lantang. Karim Ali ni budak berani dan dia ni pulak ada pengikut setia. Dulu geng dia ni ada tiga orang, sorang setiausaha nama Romli dan sorang lagi nama Zahran. Kira kamcenglah depa ni dan setau saya depa banyak buat aktiviti di Merbok dulu.

    3. Karim ni anak tempatan klu nak diletak dia jadi calon saya rasa sesuai lah...cuba lah puak puak SB ka penduduk Merbok ka bagi peluang kat dia.

    ReplyDelete
  4. Mami, sapa-sapa juga yg nak bertanding di sini kena bawa Datuk Zam sama. Rekod Datuk Zam di Merbok ternyata dia dah delivered. Kalau di KT saat akhir baru depa nak bawa rekod arwah Dtk Razali tapi dah terlambat kerana masa dia masih hidup depa cantas dia.

    ReplyDelete
  5. kalau nak ikutkan hati kami geng penduduk bukit selambau (melayu), kami nak sangat calon melayu di sini, cuma tak tau sapa yang BERANI letak calon melayu di sini.

    kalau BERANI pun, kami akan nilai dulu calon melayu tu macamana! Kalau macam si Tajoi tu, baik kami pi pangkah hindu bebas lagi baguih.

    nak kata aku ni sokong UMNO, tak jugak! nak kata aku sokong PAS, tak jugak! nak kata aku sokong PKR, pun tak jugak! yang aku tau, aku sokong calon yang buleh memimpin.

    untuk rekod, aku ni jugak adalah pengundi saluran 3.

    Kalau setakat calon yang bercakap deraih saja macam tajoi, boleh blah! keja satu haram tak buat untuk kebajikan rakyat merbok, NGAP + TELAN kat dia dan puak dia ada la!

    kalau berani, UMNO letak calon melayu selain Tajoi (dan orang-orang Dolah/KJ). Rakyat pasti akan undi BN kali ni dan menang!

    Ini pada pengamatan aku yang hidup di kawasan padat melayu Bukit Selambau.

    Yang betoi dan ikhlas,
    anakSelambau

    ReplyDelete
  6. Mummy,
    Awat UMNO Merbok sebuk sangat nak merebut kawasan DUN Bukit Selambau tu? Kan BN dah dari dulu setuju prinsip setiakawan dan BN juga kata mereka bukan berjuang untuk satu-satu kaum sahaja tetapi bagi semua kaum tak kira parti, warna kulit, rupa paras dan agama dan kedudukan. Bila mai masa pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, lain pula bunyinya, nak perjuangkan pengundi majoriti! Berepa kerat sangat kawasan pilihanraya DUN mahupun Parlimen yan majoritinya bukan Melayu di Semenanjung Malaysia ni? Berdasarkan teriak pekik UMNO MERBOK, jadi bila pilihanraya Umum nanti UMNO tanding semua kawasan majoriti Melayu baru betul.Biarlah MIC bertanding di Bukit Selambau, keputusan dah semua tau, jadi Umno tak malu sangat. Imej Presiden baru Umno pun tak terjejas sangat. Saya orang Kedah, selalu balik dan jumpa member Umno Merbok dan Sungai Petani, rata-rata mereka kata sejak PU12, Umno Kedah tenat dihinggapi sakit barah,kencing manis dan lemah jantung. Tabungan bahagian dah kosong nak buat aktiviti pun tak mampu. Sahi dua ni, nasib baik duit jatuh dari calon-calon yang bertanding merebut kerusi tertinggi parti bulan depan, dapatlah bernapas sat.
    Tu pun duit dah masuk poket perwakilan dan gang-gang depa saja.
    UMNO kedah dah tak ada sumber kewangan lagi, kroni-kroni yang mereka dok pau dulu dan lari.Cuti Umum awal minggu Mac ni nak pi Bukit Selambau nak tenguk sikit macam mana boleh tolong.
    UMNO tanding = Kalah. MIC tanding = Kalah. MCA tanding= hilang wang pertaruhan. Gerakan tanding = 2x5 MCA.

    ReplyDelete
  7. dok perati dari luaq,

    saya cadangkan azmi rahim(bekas ketua pemuda merbok) sebagai calon kalau UMNO terpilih.apa komen tuan?

    ReplyDelete
  8. Ha ha ha...mi lawyer??? Biar betoi!!! Apa yang dia dah buat masa jadi KPUM? Dok jaja kalut cari lesen kelas F dan dok monopoli projek kecil!!! Tu la kheja dia yang paling signifikan masa dia jadi KP dulu......hampehhh....

    **Anak Estet Thye Seng.

    ReplyDelete
  9. HMMM, MENARIK LA NI, TAPI BAGI AKU KEDAH AKAN OK KALAU SI MAHDZIR KALID NI OUT.....KORANG MEMANG KENA BERUSAHA UNTUK MENUKARKAN DIA NI....KRONI NO 1 TU.....

    ReplyDelete
  10. Salam rakan bloggers,
    Mummy minta maaf Mummy bukan kenal sangat calun yang hangpa sebut tu.
    Tapi Mummy tengah tunggu SB Rakyat bagi lapuran katanya dia tengah selidik ada satu calun yg Mummy suruh dia selidik sebagai calun bebas.
    Yang menariknya calun ini slogannya Calun Rakyat kerana sebelum jadi wakil rakyat pun dia dah buat kerja-kerja macam wakil rakyat. Jadi masaalah wakil rakyat jenguk pengundi bila nak pilihanraya tak timbul.
    Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  11. ghasanya nama2 yg dibagitau tu tak brapa pekenan la oleh kelompok pengundi. tok mi pun dah kalah..pakjang pun dah pencen..dia dok kat NAFAS pun cuku dah tu..yg len tu mentah2 lagik..

    tajoi musti guna pekida sama utk lobi dia tuu.

    ReplyDelete
  12. Umno Merbok pun kena jual besok kalau Tajol jadi wakil rakyat, rakyat pun dia jual.
    Macam mana?

    ReplyDelete
  13. Tajul guna Pekida...hahahaahahahaha
    Kenapa dia tidak menang Parlimen Merbok dulu? Mana pi geng Pekida? Apa dia buat pada Pekida sewaktu kempen Pur12 dahulu?????????

    ReplyDelete
  14. 1. Tajul berimej buruk
    2. Tok Mi pun dah kalah walau lebih bagus dari Tajul
    3. PKR diwakili India, BN diwakili India, berharap ada Calon Bebas bangsa Melayu bertanding tentu akan menang
    4. Mie Lawyer difitnah seperti yang diperkatakan Anak Estet Thye Seng.
    5. Saya orang UMNO, tapi saya yakin kalau PAS bertanding, PAS akan bertanding
    6. BN akan tewas lagi di Bukit Selambau dengan majoriti 2000 ke 3500 undi.

    Yang Benar
    Pemuda UMNO Taman Bunga Raya

    ReplyDelete
  15. tajul tak menang dulu pasai peti undi belah pekan (tmn ria etc) tak bg undi kat dia. tajoi memang dok bela pekida belah merbok. pernah dia buat perjumpaan ngan pekida di kelab laguna utk kempen dia sbg calon MP merbok pru lepaih.

    ReplyDelete
  16. Apa pun faktor Ketua Bahagian mesti kita hormat walaupun dia menang satu undi. Itu tradisi UMNO. Mengapa kita harus pertikai pulak?
    Kalau kita tak hormat ketua bahagian sekarang besok kalau kita dilantik jadi ketua bahagian kita pulak dilanyak.
    Apa pun jangan emosi sangat. Tajul mewakili UMNO yg melambangkan bangsa Melayu. Kalau marah pada Tajul jangan kita rosakkan UMNO.

    ReplyDelete
  17. Sesungguhnya selepas kekalahan pada PUR12, tidak ada countermeasure yang telah di buat oleh UMNO. Bagi UMNO Merbok, semua yang mengelapai jentera UMNO dah OUT OF DATE! Otak dan kaedah mereka dah out of trend.
    Yang ada di kepala pemikiran mereka ialah bagaimana hendak pusing duit sahaja. Tanya Abu, pengerusi makanan. Berapa banyak dia pusing? Begitu juga dengan yang lain, seperti Poat, Sawai, Ali Din, Man Boleh, Syed Osman dll. Mereka2 ini tidak lebih seperti mengisi tempat kosong sahaja.
    Penduduk Kedah (rujuk ncer projection) 40% adalah di bawah umur 40tahun. Pemimpin UMNO pula tua-tua belaka, internet pun tak tau, apatah lagi blog-blog. Macamana nak dekat dengan rakyat?
    Yang mereka tahu, bila pemilihan camana nak menang jawatan/G7/G2 pastu pula melacur dengan calon Timb Presiden (Ali Rustam & Mat Tyson dan mai tabur dah) dan Calon2 MT yang lain.
    Apa ada di kota pemikiran mereka, selain dari RM. Poat boleh banyak mana dah??? Man Boleh? Tajul jgn kata la......
    Kepada mana-mana ahli politik, sedarlah negara menuju kepada kemusnahan andaikata suasana politik tidak berada pada landasan yang betul. PAS cara PAS, DAP untuk semua (org Melayu faham tak konsep ni). PKR-seperti KOMUNIS.

    ReplyDelete
  18. Area Bukit Selamabau pun Tajul tak menang pada PUR yang lalu. PEKIDA? Kenapa tidak bantu Tajul pada PUR yang lalu. Kalau sekadar perjumpaan, nothing! Kenapa PEKIDA tak turun padang bantu Tajul?

    Berbalik kepada ketua perlu di hormati. Ketua macam mana yang perlu kita hormati? Pak Lah kenapa orang tak hormat? Raja yang adil Raja di sembah. Bagaimana Tajul menang? Apa kaedah dia guna pakai? Ganggu habis mesyuarat cawangan. Paksa orang calun nama dia. Atoq RM dengan cawangan. Semua orang tahu. Orang UMNO makan duit POLITIK WANG tak haram! Tak percaya tanya Non Bukit Inas, Syed Osman, Safar, Man Boleh, Dr Mael dan kuncu-kuncu lain.
    Soal sekarang ialah UMNO tidak tahu baca statistik dan nombor. Apa mereka tahu program syok sendiri!!!! Contohnya seperti apa yang Ismail Kg Hilir buat. Program di Kg Hilir sambutan cukup ramai yang hadir TETAPI peti UNDI di situ tidak pernah sekali pun menang!!!!!!! Tengok ke program hebat, hasil pilihanraya kosong. Yang ni ornag UMNO kena faham antara kejayaan dan syok sendiri. Bezakan betul-betul!
    Tajul menang dalam UMNO sahaja. Jumlah pengundi lebih besar dari ahli UMNO Merbok. Tu la oarng UMNO, waktu belajar dulu malas. Anak-anak depa pun ada berapa kerat shj yang jadi berjenih. Bila tidak cukup syarat, kira nak rekomen sahaja.
    Tapi UMNO OK lagi dr PAS.
    .... Tunggu tengoklah!

    ReplyDelete
  19. Mummy, dari mana Mummy dapat maklumat Yb Dtk Tajul diperkudakan syarikat Singapura?
    Jangan aniaya YB Tajul. Kesihan dia jasanya pun ada juga.

    ReplyDelete
  20. Mummy Rokiah, saya mohon Mami jangan layan dan siarkan komen-komen yang boleh menjatuhkan pemimpin alam blog Mummy ini.
    Ada juga kenyataan mereka di sini hanya sentimen peribadi dan cerita-cerita rekaan ingin menjatuhkan pemimpin UMNO.
    Mohon Mummy pertimbangkan perkara ini.
    Sekian. Terima kasih.
    Pemikir Rasional

    ReplyDelete
  21. tu laa.. jgn dok dholim sangat..bihh mentang2 dah menang..ngalahkan puak2 pas lagik dok pi pedajai puak2 yang kalah. abih tu..macam mana org ghamai nak hormat ketua. si tajoi nihh pun satu..suka sgt dok pi create musuh banyak sangat. nih! dok tak dok pi marah kat bos labour opis sp pasai kes mi despatch.

    ReplyDelete
  22. betul..betul..betul.. inilah masaanya nak buat duit segera. kalau ayat cukup power, dua tiga bijik bungalow boleh bayaar dgn caash...

    ReplyDelete
  23. Mummy,

    Maklumat SB rakyat berkenaan Tajul ada yang betul tapi tak legnkap.Banyak lagi yang dia buat di Kedah antaranya:
    1,Projek 99 degrees east di Bukit Malut Langkawi,projek ni betui betui dia dan Det Khalid jual kepada syarikat yang berpengkalan di Singapura.Tanah padang golf Bukit Malut yang cukup cantik overlooking selat Melaka habis diserah atas nama Joint venture untuk buat padang golf baru ,chelaet,lot rumah dan istana untuk Tuanku.JV biasanya 70%swasta 30%kerajaan tapi depa buat 80% - 20%,siapa dapat 10 % didalam bahagian swasta ? berapa komisyen untuk depa ? dengar khabaq kerajaan Pas sedang teliti dan akan buat laporan kepada SPRM dalam masa terdekat.

    2,DIkawasan Semeling depa ada dapat kawasan untuk ambil bijih besi ,bayangkan kawasan ini merupakan kawasan tadahan air minum untuk penduduk dikawasan merbok,apa akan jadi pada kawasan ini ? EIA pun tak ada ?sapa beri kelulusan ?

    3.Balak kawasan lebuhraya durian burung ke baling siapa kebas ?

    4.Sebaik saja menang ketua bahagian dengan cara rasuah dia pecat 4 orang kaki tangan pejabat umno bahagian,seorang telah bawa kes ini ke Pejabat Buruh untuk tuntut ganti rugi.

    5.Ketua ketua cawangan yang sokong Tok mi dilucut jawatan pengerusi JKKKP dan di ganti dengan penyokong dia.

    6.Tok Zam kena tendang ke Sg Petani adalah kerja Tajul dan Det Khalid,tapi tuhan maha kaya dia kena kantoi di Merbok dengan undi yang paling teruk dalam sejarah politik merbok hampir 18 ribu ubdi lingkup.

    7.Ada banyak lagi kalau nak bentangkan tapi cukup dulu setakat ni.

    ReplyDelete
  24. Mummy,
    mana mana calun yg dah bertanding dan kalah di PRU 12 tak perlu dipertimbangkan lagi ini termasulah ketua bhg dan mantan ketua bhg mereka ini telah ditolak olih Rakyat
    Tok Najib kena cari macam mummy cakap calun Rakyat walau pun dia tidang memegang apa apa jawatan dlm Umno tetapi mempunyai latar belakang yg bersih dan ada kualiti kepimpinan
    Kalau Mukzani Mahathir masih ahli Umno dia calun yg cukup baik dapat diterima olih semua pihak..

    ReplyDelete
  25. Cheng ho,
    Menurut maklumat SB Rakyat, at large memang rakyat gerun nama Mohkzani tetapi sebagai ahli politik Mokhzani cannot deliver. Why?
    Pendekatan politik rakyat sekarang memerlukan hands on. Turun dan kenal pasti setiap inci masaalah rakyat. Dari pemohonan biasisiwa, bantuan PPRT,kemiskinan, kebakaran, banjir, pokok patah timpa rumah,bubur lambuk, bubur syura, lembu korban,majlis pelajar cemerlang,sokongan kerja, sokongan masuk asrama,tahlil dan yassin, kematian, kenduri kahwin, kenduri arwah, kenduri cukur kepala,pibg, persatuan ibu tunggal,persatuan perajurit, persatuan orang pencen, persatuan kebajikan penduduk, agensi kerajaan seperti pejabat daerah, penghulu, imam-imam, majlis perbandaran, melayu, cina, india, siam, semua kena diberi perhatian dan semua-semua kerja ini bukan boleh diswastakan atau diupah atau diwakil kepada sembarangan org tetapi kena ada "personal touch" sentuhan peribadi wakil rakyat.

    Mokhzani sebagai tokoh korporat, terbilang, gemilang dan cemerlang harus diberi ruang beliau bermain dipentas dunia. Bukan diletak bergelumang dengan rakyat di bawah, randuk ayaq acaq,tengok kudis buta, rumah nak roboh,rumah kena putin beliung,parit sumbat, sampah sarap majlis tak kutip, market yang hanyir dan busuk.

    Ini semua bukan ciri-ciri Mokhzani. Be it anak mantan PM ka kayaraya ka. Ini kerja tokoh yg bersifat lembut, sederhana dan tegas dan dibesarkan dengan sifat rakyat yg semula jadi bukan dibuat-buat atau lakonan.
    Maaf Mokhzani bukan calun yg sesuai dalam senario politik sekarang dan kalau Daim balik jadi wakil rakyat pun Daim akan hanyut.

    ReplyDelete
  26. Pemikir rasioanl,
    Untuk makluman tuan, Blog Mummy adalah blog rakyat, blog masyarakat, blog untuk suara-suara rakyat yg dipinggirkan yang selama ini dihina dan dicaci oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang angkuh lagi sombong dan bongkak semasa UMNO berkuasa.
    Sesiapa juga rakyat boleh bersuara di sini.Inilah pentas rakyat era ini, bukannya di kedai-kedai kopi. Di atas pentas ini suara rakyat akan didengari seantero dunia melalui teknologi webase, internet dan blogging.
    Hari ini suara rakyat marhain ini sedang berkumandang di London, Dubai, San Francisco, Bangkok, kelantan, Pahang, Johor dan seleruh pelusuk dunia. (buktinya sila semak sitemeter Mummy)
    Maaf Mummy tak akan menyekat mana-mana suara rakyat.

    ReplyDelete
  27. Baguih la Mummy bersikap terbuka. Jangan dok dengaq sangat pembodek-pembodek ni....depa semua nak tutup pekong yang dah nak busuk.

    ReplyDelete
  28. Mungkin Yang Berbogel Elizabeth Wong nak bertanding? Bersilang bijik mata orang Bukit Selambau!

    ReplyDelete
  29. Thanx 4 da info mami...~

    Ingatkan si budak anak hantu tu jek yg dealing with the singaporeans...~

    Ropenye ade gik yg len lam parti...~

    Dasat...~

    ReplyDelete
  30. Terima kasih lah Mami tentang maklumat tu selama ni pun nyak dok dapat juga tempias2 habuan duit raya ka duit pilihanraya ka ,mintak2 lah duit yang bagi kat nyak tu duit yang telah di ckoroxkan, semuga mendapat keredoan dari allah, bukan apa takut hat dok dapat tu tak jadi daging darah dok jadi taiii.. saja, Allah mengetahui apa yang terlintas dihati kita.

    ReplyDelete
  31. mami awat la dok jadi sampai macamtu nyak dari yan tukar ka sp mula2 nak masok umnolah , kalau macam ni atais pagak sudahlah mami no!!!!

    ReplyDelete
  32. buat apalah dok cari salah orang kesian lah dekat dia , aib orang ni walaupun dia bukan islam tak baik banyak lagi perkara2 yang bolih bantu kita , bukannya dok peleceh orang mai kita pakat cari jalan untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  33. Salam buat semua,

    Tak tau lah mummy ooi..ni bukan cerita tipu, tp benar..ada ka Si Tajol angin seluroh badan akibat dalam banyak2 nama yg di hantar oheh SB nama dia tak dok numbot 1..nama Man Boleh pula p dok nombot 1..apa lgi bengang la Si Tajol ni..Marah, kecewa,frust taktau mau habaq la..Tajol dok siap kempen diri ala2 calon Dun Bkt Selambau tup-tup buleh kat Man Boleh...Siap Si Tajpl p cencel 1 kursus yang akan di adakan d pahang pada 26-28 yang organise oleh UMNO Malaysia ni dek kerna sakit ati..ada ka patot,,ni la org kata dia ni pemmbelot..xmau tengok BN menang.Awai2 lgi dah dok buat kelaku budak2..Tebiat dah apa..

    Dalam kekalutan ni pihak lain yang boleh habuan saat UMNO gan kemelut mereka sesama sendiri.

    ReplyDelete
  34. merujuk pada tajuk dato tajul. kalau tak tau apa itu fungsi non excutive director tok sah dok cakap. dato tajul tu dok perabis elaun yang dia dapat tu la dok bagi kat ahli umno bahagian merbok. kenapa tak semak pula berapa yang dibayar untuk jawatan tu. orang kalau nak cakap semak dulu fakta dengan betul. tok sah dok temberang dengan orang merbok sebab orang merbok pun lani sekolah tnggi dah. kut-kut yang bercakap ni tak sekolah kut. kalau banding dengan tok mi, jauh panggaang dari api. tok mi dulu asyik karaoke dengan ketua puteri umno merbok saja. dapat duit asyikk dok belanja geng puteri umno. mana tau kata dia tak ada masalah sosial langsung. dengan pak njang badri pun bergaduh sebab berebut jadi ketua bahagian sampai lani tak bertegur sapa. macam tu nak suruh diaa jadi wakil rakyat lagi ke. dato tajul tu tengok dia buat kerja ok juga. pengalaman sebagai consulate of malaysia di sydney dulu kami nampak dia gunakan sepenuhnya. dia buat kerja bukan gila nak jadi wakil rakyat sangat pun. jadi ketua bahagian baru tak sampai setahun dah nampak arah tuju. bagi kesempatan dia buat macam kita bagi kesempatan kat tok mi yang memimpin umno berapa lama sampai pejabat umno bahagian merbok pun macam sarang tikus. kalau tak dak kerja sangat pi tolong kempen dun bukit selambau sama tak payah buang masa dok fitnah orang. nanti tuhan turun bala tak larat nak tanggung kut. tuhan maha kaya. dizaman moden ni tuhan bayar cash tau, ingat tu. hashim malboro dah sedarlah tu yang dulu bukan main marah kat dato tajul dah mula beri kerjasama. tiap-tiap hari dato tajul dapat pahala sebab difitnah. bagus juga ya.

    ReplyDelete
  35. selambau hill toksah la dok buat fitnah... 4 orang yang dipecat tajul tu sapa ? 3 orang petugas dengan nama penolong pegawai penyelidik tu diambik kerja untuk musim pilihanraya 12 saja.. habih pilihanraya selesaila... tak kan nak bagi makan gaji buta.
    Mi dispes nak buat apa .. keja bukannya ada, bagi dia balik kongsi 6 lagi baguih. kan la ni semua dah pakai IT. selambau hill tak tau ka tajul bagi projek banyaak mana kat mi dispes, tak percaya pi la jumpa mi dispes kat tingkat 2/3 sebelah bangunan bank simpanan nasional aman jaya. siaap dok minum sekali dengan tajul lagi.Hang dah ketinggalan maklumat ni...jawatan JKKKP masih tetap kat mi dispeth dan hashim malboro juga dah jadi orang kuat tajul sekarang.
    maklumat hang banyak yang seleweng, macamana orang nak percaya... pi la bangunan sebelah bank tu. KONGSI 6 DAH JOINT ESTATE MALLBORO.. romli karim pun perut makin buncit , dok pekena nasi kandag pelita hari-hari... dia pun dah jadi pengerusi JKKKP hang tau ka ? Kat bukit selambau ada satu tempat lagi kosong, kalau mau hang buleh masuk calon, pas tu undi... tengok berapa hang nak dapat.. jangan la dok kondem orang ! depa tu di pilih oleh orang kampung ... yang hang dok kondem pasai apa?

    ReplyDelete
  36. salam untuk semua...

    aku nak tabik kat mi janggut,walaupun kalah sebagai ketua bahagian.. telah kembali bersama-sama dengan umno dan bn merbok. tak ada la macam cheng ho dok mengutuk tajul tak habis-habis... Inilah keperibadian mulia yang perlu ada jika nak jadi pemimpin.... tabik kat tok mi , tabik kat tajul.

    ReplyDelete
  37. tajul merupakan tokoh yang disenangi oleh segenap lapisan masyarakat merbok. dalam tempoh x sampai 4 bulan memegang teraju umno merbok kita telah lihat perubahan dan pembaharuan serta hala tuju yang jelas yang akan di bawa oleh kepimpinannya. segenap polosok kampung, ban , lorong kelapa sawit mana yang belum beliau jelajahi. Pemimpin beginilah yang kita mahu.. bukannya cakap di bibir mulut sahaja. Beliau telah mengotakan janjinya untuk berkhidmat kepada mesyarakat tanpa membatasi waktu,golongan. sentiasa bekerja kuat. Pintu rumah beliau sentiasa terbuka untuk masyarakat berjumpa menyelesaikan masalah. lihat saja pejabat UMNO merbok , baru 3 bulan memegang teraju... kita lihat banyak perubahan.. sekurang-kurangnya keselesaan untuk semua bekerja dan memberi khidmat pada masyarakat... bravo DT. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  38. Pembodek-pembodek Tajul,
    Hangpa tau skandal dia dgn Riesha Colection dekat jam besar sg petani?
    Bini dia pi penampaq riesha tu buat apa?sampai jadi case polis.
    Hangpa jangan jadi buta dok sokong tajul tak ketahuan hala.

    ReplyDelete
  39. tapai makan jerung, kalau ya pon bini tajul penampaq Reisha tu, ada kacau hidup tuan saudara kah? Mcm mana pon, Tajul tetap jalankan tugas dia. His personal life is HIS life, whatever happens in it, doesnt affect his duty as a leader,nor does it affect yours.

    ReplyDelete
  40. Tajul tak ada apa-apa masalah dengan sape-sape pun di merbok... saja hangpa dok buat dosa kering. semua dusta, setakat dok mohong dalam blog camni buleh la.... cuba bagi mai apa bukti yang hangpa ada, adun cap kunci apa yang dia dah buat sehingga tetap mulia bertahkta di hati tuan, lagi teruk ada la... cap kunci habukpun tarak...skandal pandailah... pastu letak jawatan...cuba habag mai sapalah orang ameno dok pi ugut dia,,,, hancur hancur hancur PR!

    ReplyDelete
  41. Aku nak tengok la kalau bukan Datuk Tajul yang jaga Merbok, ntah apa la jadi kat rakyat. Bila susah pasai apa mai rumah Tajul. Awat tak pi depan rumah kunci tu..tak pun pi la rumah datuk rashid. Kata PKR nak bagi duit kat ibu tunggal.Mana dia?? Makcik aku tu tiap2 minggu dok pi tanya Datuk Rashid, tapi bukak pintu pun dak

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.