Wednesday, March 18, 2009

Hantu Raya hilang tuan.

MELAKA: "Saya mohon maaf kepada penyokong saya kerana tak dapat tunai dan meneruskan hasrat mereka," kata Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai reaksi kepada penyokongnya yang inginkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
(BH 18.3.2009)

KOMEN:
Nampaknya ramai agen-agen dan gurkha bertempiaran lari kerana tuan mereka telah diambil tindakan oleh lembaga disiplin UMNO yang “kononnya” nak membersihkan UMNO dari najis rasuah politik.


Mereka ini diibaratkan seperti ”hantu raya” hilang tuan. Dalam situasi sekarang mereka boleh hilang pertimbangan dan mengamuk satu kampung.

Hantu-hantu raya inilah yang seringkali lebih camca dari bubur, lebih galah dari pokok atau lebih periok dari nasi.

Mereka yang sering mengatur dan meletakkan tanda harga dengan menubuhkan konsortium G7 serta mewujudkan blok-blok perwakilan di dalam kawalan mereka. Kadangkala tindakan mereka ini langsung tidak diketahui oleh tuan mereka.

Mereka memperolehi dana-dana yang bernilai jutaan ringgit yang diperolehi melalui tauke-tauke yang inginkan projek mega jika tuan mereka kelak menjadi Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri.

Kesimpulannya hantu-hantu raya ini hanya makan persen macam cerita Tiga Abdul.

7 comments:

  1. Will it be too much if I say, hantu raya dah makan tuan?

    The tuan has to find a new guru after this its seems...

    ReplyDelete
  2. Mantra,
    Thats interesting! I never thought about it.
    Thank you.

    ReplyDelete
  3. Apa yang berlaku adalah amat malang apabila perjalanan seorang pemimpin tersekat angkara kerenah pengikutnya sendiri. Dato Seri Ali membuat kenyataan yang baik dengan memohon maaf kepada penyokong beliau.

    Harapnya Dato Seri Ali akan cekal dan menerima dengan hati terbuka.

    umnobukitjelutong.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Tok Ali Rustam dah Kena maka Awas awaslah Dato Md Rozai Shafian.Anda bila lagi....!maka apabila datang musibah maka jawablah dengan lidah yang lancar..kami disekeliling tuan semuanya tahuuuuuuuu.eac

    ReplyDelete
  5. Tindakkan ini harus dilihat secara positif oleh seluruh ahli Umno.Ini menunjukkan Umno menuju ke arah perubahan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat.

    ReplyDelete
  6. tp kami pu3 merbok dah hilang puan ketua kami

    ReplyDelete
  7. 2-3 hari lpas kami pi la kursus di blk grkn bhgn tu.cari ketua pun tak nmpak duk tang mana.dengaq kata dia duk di blk grkn negeri..tak mau duk di bhgn.hebat sgt ka dia smpai tak mau jenguk kami krsus di bhgn.dulu time pemilihan bhgn,kemain lagi dia mai cawangan bwk sembang2 perjuangan parti.la ni hampeh tul.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.