Wednesday, April 8, 2009

BN tergolek di Bukit Selambau kerana jentera BN berkecamuk dan UMNO Bahagian Merbok main wayang

Calun BN PRK Bukit Selambau Datuk S.Ganeson tergolek dan kalah dalam PRK Bukit Selambau dengan hanya mendapat undi sebanyak 10,229 dan calun PKR Manikumar mendapat 12,632 dengan majoriri sebanyak 2,403.

Kekalahan inilah yang di nanti-nantikan oleh UMNO Bahagian Merbok untuk menguatkan lagi hujah mereka supaya calun hendaklah dari UMNO Bahagian Merbok. Tekanan-tekanan dan lobi kuat yang dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok sebelum pemilihan ini kepada pucuk pimpinan atasan ternyata benar. Inilah hujah untuk kepentingan mereka sahaja.

Kalau umum mengikuti perjalanan PRK Bukit Selambau ini ternyata semua daerah mengundi yang BN kalah adalah di kawasan-kawasan pekan dan taman di mana kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di sini hanya pandai bermain wayang dan hanya mementingkan wang tetapi tidak menjalankan kerja-kerja secara ikhlas dan jujur. Mereka hanya bersemangat dengan penyokong luar dari kawasan yang datang membantu mereka.

BN hanya menguasai daerah-daerah mengundi di kampung-kampung dan gagal memenangi hati rakyat di hampir kesemua daerah-daerah mengundi di taman-taman. Komposisi pengundi yang terdiri dari ”middle and upper class voters” dan pengundi-pengundi muda professional seperti Tasek Apong, Jalan Badlishah, Laguna Merbok, Ambangan Height, Taman RiaUtara, Taman Bandar Baru,Sungai Lalang, Taman Ria Jaya, Taman Ria Selatan dan Taman Peruda kesemuanya BN kalah.

Jika dilakukan bedah siasat dengan ikhlas dan jujur hakikat yang sebenarnya ialah kesemua ketua-ketua cawangan UMNO di taman-taman ini bermasaalah dan berpecah-belah sesama sendiri akibat dari pemilihan UMNO yang lepas. Mereka tidak berkaliber untuk memimpin ahli-ahli mereka yang lebih muda, professional dan berkelayakan yang lebih bijak dari mereka. Ahli-ahli yang tulin dan ikhlas untuk perjuangan telah diketepikan dan langsung membawa diri kerana terlalu banyak politiking.

Dalam ertikata yang mudah mereka boleh dijual beli semasa pemilihan bahagian yang lepas. Kepentingan sendiri mengatasi kepentingan ahli. Tidak berlaku interaksi sesama ahli dan langsung tidak ada aktiviti kemasyarakatan di sini, jika adapun hanyalah aktiviti-aktiviti syiok sendiri untuk kepentingan ketua bahagian semasa musim pertandingan.

Kesimpulanya memang tepat apa yang diucapkan oleh negarawan ulung Ybhg Tun Dr Mahathir dan PM YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa jangan diletakan parti menguasai Kerajaan tetapi yang utama ialah rakyat harus menguasai kerajaan.

Jika Najib hanya melayan UMNO maka akan berulanglah kejatuhan BN dan UMNO dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

63 comments:

  1. Saya tertarik dengan Analisis di Awani semalam berkenaan calon BN. Adakah calon tersebut pilihan UMNO atau pilihan rakyat? I think UMNO should learn to be truthful next time about the candidate. Forget about dirty tactics, voters are no longer buy in. Anyway, BRAVO PR. Job well done. Apa yang penting...KERJASAMA.

    ReplyDelete
  2. S Ganeson tu tak bayar EPF staff dia.

    EPF sila ambik tindakan.

    Rgds

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy,

    Tak sepakat membawa keparat.. begitulah BN.. sendiri mau gaduh... apa la... sekarang gigit jari lah jawabnya...

    Apa pun tahniah pada yang dah menang... ingat jangan buat skandal lagi..

    ReplyDelete
  4. 1.dari segi strategi taktikal jentera bn-dengaq kata yang bagi info sikap pengundi bagi maklumat palsu.yg betui depa sorok kat rumah,tak payah buat kerja teruk2 kalau semua org ditanda sokong bn.yg syoknya laporan yg sama antaq kat dato hisyam.kawan aku fotostat laporan k10 di blik gerakan bhgn tu dan gak bisik2 skit ni semua saja la syok tempek kat bilik pak tuan.tunjuk betui satgi takut depa kurangkan elaun kita.
    2.smlm di pondok panas depa duk kalut hal tak tau berapa bn dah keluaq.dengaq kta jugak ada petugas dpt arahan bgtau saja maklumat tu tak bulih keluaq pasai mslh2 yg berkaitan komputer atau polling agen tak mau bagi.matlamat-politik puteri umno merbok nk pelingkup bhgn bg depa tak dpt maklumat tu.
    3.hal elaun lain org lain jmlah-inilah punca segala.wanita kata putri dpt lebih,putri kata wanita dpt lebih..pemuda kata negeri tak bagi duit sampai letak jwtn puak2 di kuala sin tak puas ati..bejangkit pi pemuda di taman ria.
    last sekali pengundi tak mau dah kat bn@ex bn di merbok ni.mej nuar(b) pun tak dpt apa!

    ReplyDelete
  5. aku tak penah tgk muka naib ketua puteri umno malaysia di bilik gerakan induk/bhgn.mgkin masa aku tak pi duk bwh kemah tu dia mai aku tak nampak tak taulah.mana janji nk dpt sokongan pngundi muda?duk kalut pertandingan mewarna,susur akar yg program jenis 'gula-gula' manis sat.cuba bagi 'makanan jangka panjang' baru org nmpak hangpa buat apa.ni kain batik la,baju la..ish!

    ReplyDelete
  6. tapi aku puji skit la geng umno luaq yg mai tolong.depa sungguh2 jugak dgn jentera depa tolong peti undi angkat masing2.

    ReplyDelete
  7. Takdak sape yg nak ubah TV3 suku ke, selagi tak berubah pendekatan berita terhadap parti lain (pakatan rakyat), selagi itu BN akan kekal menempah batu nisan di mana2 PRK, sebelum batu nisan besar PRU 13. PERCAYALAH !!!!

    ReplyDelete
  8. Mengapa pemimpin-pemimpin lama yang berjasa tak dipanggil untuk bantu BN? Srpt Tun Daim?
    Tun Daim dapat menarik pengundi Cina.
    Mungkin Tun Daim merajuk kot atas apa yang dibuat oleh UMNO Merbok kepada dia dahulu. Mereka menghalau dia seperti mereka buat pada Kahir Johari,Datuk Zam dan Dtk Mokhzani.
    Jika Merbok nak kembali gemilang, hapuskan kuncu-kuncu Tajul.

    ReplyDelete
  9. Ni ....kawan nak bagi tau....

    Kalau sekali kalah..kita kata itu adat pertandingan.(Ada kalah ada menang)

    Kalau kalah kali kedua,kita boleh kata ada kesilapan itu dan ini.

    Tapi kalau dah berkali kali dok kalah...

    Mesti ada yg.tak kena, ada yg.tak betoi,.

    Dan yang baik nya,tak payah tunggu lagi.....

    Sebelum parrah,sebelum tenggelam...lebe baik Caabbbuuuttt!!!

    He!Jgn Maree.

    ReplyDelete
  10. janda husin lebai manApril 8, 2009 at 11:20 AM

    Pandangan indraputra memang bernas dan tepat dan berwawasan, kapal tu memang dah tak boleh di baiki lagi,dah masuk dlm katagori scrap... nak jual pun tak laku, nak buat apa pun tak boleh dah... mau tak mau kena cari kapal yg baru..

    ReplyDelete
  11. akaq umbi aloq staqApril 8, 2009 at 11:21 AM

    Strategi bn-umno dan info k10 dari dulu lagi tak pernah betul. Asalkan ahli umno semua putih. Lapuran sikap dari parti kompenan lain tak ada langsung. Pihak kemas buat cuma untuk jaga periuk nasi depa. Nak bagi syok orang atas sahaja. Lepas tu pakat dok keriau bab elaun. Orang lain kerja teruk, puak ada nama kutip hasil. Dari dulu kini dan selamanya dok macam tu saja.

    ReplyDelete
  12. SALAM CIK MUMY.....ERMM TAK BOLEH JUGAK SALAHKAN 100% PADA UMNO...YANG SEBENARNYA SEKARANG NIE..RAKYAT..MEREKA YANG MENGINGINKAN PARTI PEMBANGKANG MEMRINTAH...SEDIH LAA...BILA MITA BANTUAN ORANG BN YANG DATANG DULO...BILA MEMANG ORANG PAS YANG MUNCUL DULU...INI KE DIKATA BEKERJA UNTUK RAKYAT..SEDIH DENGAN APA YANG BERLAKU..MEMANG TERNYATA MASYARAKAT SEKARANG MASIH BUTA MANA YANG BAIK, MANA YANG BURUK....BAGAIMANA NASIB ANAK CUCU CICIT KITA YANG AKAN DATANG......AGAKNYA MALAYSIA NANTI JADI MACAM PALESTIN DI USIR DARI BUMI SENDIRI...ASKAR2 ENGGERIS MULA BERTAPAK DI TANAG MELAYU.....MAU DIHAPUSKAN TERUS BANGSAT-BANGSAT NEGARA..MENYUSAHKAN HIDUP JER..

    ReplyDelete
  13. kaseh,

    I rasa u yang masih buta dan takleh nak lihat apa yang sebenarnya....

    ReplyDelete
  14. Untuk UMNO Merbok terus relevan, UMNO kena reformat dan reinstall balik macam komputer, sebab dah dijangkiti pelbagai virus, trojan horse, spam segala mak-nenek dan virus ini sudah mangli dan asimilasi dengan antivirus hatta antivirus yang canggih pung tak leh cover dia lagi. Lebih teruk, virus ini sudah beranak pinak didalam system, dan tidak terkawal. Virus ni menyebabkan sistem jadi corrupted, hang, conflict, restart berkali-kali dll. Sebelum dia lingkup, lebih baik format.

    Kali ini guna windows Vista pula la, jangan la format lepas tu guna Windows 95 balik sebab pen-drive dia tak kenai. Tapi Window 95 mesti marah punya la, tapi Window 95 kena ingat kalau PC kong windows Vista, Windows 95 juga yang rugi. Nanti tuan punya PC beli pc baru guna Linux padan muka windows. Sebab Linux kurang virus..

    ReplyDelete
  15. 1. Tajul Urus & pemimpin BN yang lain harus bertanggungjawab atas kekalahan di Merbok

    2. Pengarah pilihanraya Pak Tuan Syed Osman pun harus dipertingkatkan

    ReplyDelete
  16. BN sekarang cuma tinggal UMNO. MIC tak boleh buat apa-apa untuk menarik undi bukan India. Undi Melayu dan Cina sentiasa terbahagi 2.

    Dalam komposisi masyarakat Malaysia yang terkini.
    Melayu 60% - 30% UMNO 30% PR
    Cina 25% - 10% BN 15% PR
    India 11% - 1% BN 10% PR
    Lain2 4% - 3% BN 1% PR
    Total - 44% BN 56% PR

    Rumusan: BN akan tetap kalah setiap kali pilihanraya melainkan mereka berbuat sesuatu untuk mengambil undi orang Melayu dan India.

    Sammy Velu dah tak ada value. Melayu yang educated mestilah dihormati. Zaman sekarang Melayu educated dah tak rela mereka diperbodohkan lagi.

    Begitulah adanya. PAS memang pandai.

    ReplyDelete
  17. bETUI depa hantar hantaq antivirus jenama Mahathir baru-baru ni pun dah terlambat, tak dan nak repair sistem

    ReplyDelete
  18. Salam Mummy,

    Saya setuju dgn tajuk artikel mummy kali ni walaupon kandungannya terlalu general. Sebab apa?

    1. Umno / Bn masih duduk di takuk lama yang kononnya mengatakan ada pembaharuan tetapi tindakan tidak diambil contohnya khairy jamaludin masih menang bertanding dlm PAU.

    2. Umno / Bn masih mengambil sikap tidak mahu mengaku kesalahan sendiri / kekalahan di peringkat awal. Contohnya PRU - 12 yg lebih awal dari PRK patut dijadikan contoh utk pembaharuan telah pon diambil bukan lepas 3-4 kali dah kalah mcm smlm.

    3. Umno / Bn adalah parti yg memperjuangkan bangsa Melayu sahaja dgn propaganda "Ketuanan Melayu" dan hasilnya? Keuntungan berpusing di peringkat atasan dan rasuah manakala org bawahan habis tergadai, kalau tak percaya sila check wikipedia dan check nama2 pemimpin2 kita.

    4. Umno / Bn pandai mengambil hati orang2 atasan dan pertengahan tetapi melupakan orang bawahan. Sedangkan mereka lupa bahawa orang bawahan yg tidak dibela ini selama ini berusaha menaikkan nama mereka. Contohnya, hak milikan tanah rakyat M'sia setelah 50 tahun lebih masih tidak diselesaikan kemudian mereka dihalau keluar kononnya penduduk setinggan. Sedangkan mereka berhabisan duit di mahkamah utk mendapatkan hak mereka.

    Kesimpulannya, kemenangan smlm adalah suara rakyat di kawasan kecil masing yang menjadi wakil suara utk M'sia yang memerlukan pembaharuan.

    HARAP2 MUMMY TAK LUPA CHECK WIKIPEDIA YER

    ReplyDelete
  19. kekalahan bn bukan punca rakyat benci perangai org2 bn aje. tapi disebabkan juga banyak sangat wayang dan birokrasi di jabatan2 kerajaan. sama ada tak tau buat kerja atau malas kerja. banyak masalah rakyat tak selesai. rakyat jadi benci.
    dan kakitangan awam yg tak sedar diri itu juga turut jadi gunting dalam lipatan, berpaling tadah...

    salah satu cara nak tawan balik hati rakyat ialah 'korbankan' pegawai dan kakitangan awan bermasalah dan tak tau buat kerja.
    pantau depa hingga ke lubang cacing. tindakan disiplin biasa tak berkesan. gantung kerja tanpa gaji...

    ReplyDelete
  20. Pak Tuan Syed harus dipertingkatkan? Tingkatkan ke mana?

    ReplyDelete
  21. Not really true.. I am sorry. Khairy is all about.. Please dont blame anybody. Kekalahan BN adalah amaran pada Najib dan gesaan pada Najib supaya bertindak. He know...

    ReplyDelete
  22. Mummy,

    Kekalahan BN (MIC) di Bukit Selambau, jangan salahkan UMNO Merbok saja. Banyak faktor lain patut dipertimbangkan terutama peranan Media Arus Perdana RTM dan TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST, membuat pengundi meluat kerana telampau jijik cara propaganda dan memmutarbelit berita.
    Rakyat kini ada alternatif media yang lebih berkesan dan up-to-date info.

    Orang Kedah jati

    ReplyDelete
  23. Salam Mummy.Ulasan tentang masalah
    ketua cawangan UMNO kat taman-taman
    perumahan saya setuju.Macam kat tempat saya dalam Parlimen Pokok Sena,di taman perumahan yang ramai golongan profesional Ketua cawangan UMNO driver teksi.Saya bukan nak menghina,tapi kalau macam tu,memang susah nak ada pengikut.Pengetahuan ugama pun kurang.Nak buat tahlil pun tak mampu.Jadi tak ada lansung kat mana orang nak hormat.

    ReplyDelete
  24. Mummy,

    Saya setuju dengan comment mummy. Memang benar UMNO/BN harus di'format'kan semula serta di'install'kan dengan program-rogram yang terkini. Hari ni kalau mummy menjelajah di DUN Bt. Selambau dan singgah di gerai-gerai makan, mummy akan dapat dengar pahat-pahat yang berlaga setelah rumah yang nak dibina tak menjadi. masing-masing membuka pekong di dada walaupun mereka menyalahkan orang lain yang menyebabkan kekalahan mereka.

    ReplyDelete
  25. Dear Mummy,
    Saya setuju dengan Puan. Buktinya ketua-ketua UMNO cawangan yang bergolak seperti di bawah :

    1.Taman Peruda – Ketua Cawangan Razak Rahman. Langsung tak ambil tahu hal-ehwal cawangan. Bermuka-muka dengan Tajul kerana mengejar projek. Bukan business tapi broker saja. Aktiviti cawangan kosong. Sebab itu Taman Peruda di tawan PAS dan Keadilan.

    2.Taman Laguna Merbok – Ketuanya Hj Kamarudin. Langsung tak ada apa-apa aktiviti. Berbalah dengan ahli-ahli cawangan. Sibuk dengan wang apabila musim pemilihan dan pilihanraya. Tidak bermastautin di dalam cawangan.

    3.Taman Ria Jaya Fasa 3 – Dulu Shahbudin Awang Ketua Cawangan. Tetapi telah diguling oleh Razak dan Tajul kerana tidak mencalunkan mereka dalam pemilihan UMNO Bahagian. Akibatnya cawangan ini telah berpecah-belah.Dulu semasaShahbudin Awang ketua cawangan macam-macam aktiviti. Sekarang sunyi senyap.

    4.Sungai Lalang – Ramai pengundi Cina tak bagi pada BN. Hashim Abdullah ketua cawangan dulu hentam Tajul. Sekarang baru Tajul lantik AJK Bahagian dah diam kata Pegawai Khas Tajul Ramli Karim ”anjing kalau dok salak kuat bagi tulang dia diam”.

    5.Taman Ria Selatan – Cawangan Shukor dan isterinya Surati asyik jaga dan bodek Tajul sahaja. Tak ada pengaruh langsung di cawangan kerana ahli-ahli cawangan terdiri dari golongan intelektual. Mereka hanya half pastsix.

    Inilah post motem yang harus dilihat.Jangan asyik salahkan orang lain sahaja. Lihat diri sendiri. Nak jadi pemimpin cawangan pun kena ada kualiti bukannya membodek ketua bahagian. Enough is enough.

    ReplyDelete
  26. Mamy,walau apa pun kita buat untuk mengubah kaadaan yang berlaku pada umno takkan menjadi selagi body bari injin lama , buat ov/hol pun tak bulih juga sebab cc kecik,contoh umno taman ria f2 ketua cawangannya masih tak berubah ,dah tak larat nak berderak pun masih sayang nak lepas jawatan, kalau musim pilihanraya mula kuat kerja bukan kerja untuk umno, tapi kuat kaut duit2 peruntukan pilihanraya,semua kerja2 yang sepatutnya di bahagi2kan pada ahli2 yang sepatutnya ,kalau bagi kat orang lain duit peruntukan kena bagi kat orang, tu yang dia buat semua supaya semua masu kat dia,contoh prkbs baru ni sampai kereta nak bawa pengundi pun kalau kroni satu rumah kalau ada 4 kereta ,4 kereta lah di peruntukan, orang lain tak marasalah, habih kat keroni2 depa saja,selagi umno tak refo untuk berubah selagi tu lah umno akan kalah d setiap pilihanraya , bukan dengki kat depa tu tapi ini kenyataan rungutan orang2 umno sendiri yang tak ada kuasa nak membuat perubahan ,kesian mereka yang dapat hanya meluahkan perasa tak puas hati kat kawan2 walaupun kawan2 bukan dari gulungan umno,mamy kenalah cari sumbar2 yang bolih membentok perpaduan orang umno jangan sampai semua tolak umno.

    ReplyDelete
  27. anak2 umno

    Mamy,walau apa pun kita buat untuk mengubah kaadaan yang berlaku pada umno takkan menjadi selagi body baru injin lama , buat ov/hol pun tak bulih juga sebab cc kecik,contoh umno taman ria f2 ketua cawangannya masih tak berubah ,dah tak larat nak bergerak pun masih sayang nak lepas jawatan, kalau musim pilihanraya mula tunjuk kuat kerja bukan kerja untuk umno, tapi kuat kaut duit2 peruntukan pilihanraya,jangan dapat kat orang lain semua kerja2 yang sepatutnya di bahagi2kan pada ahli2 yang sepatutnya ,dia buat sendiri kalau bagi kat orang lain duit peruntukan kena bagi kat orang, tu yang dia buat semua supaya semua masuk kat dia,contoh prkbs baru ni sampai kereta nak bawa pengundi pun kalau kroni satu rumah kalau ada 4 kereta ,4 kereta lah di peruntukan, orang lain tak marasalah, habih kat keroni2 depa saja,selagi umno tak refo untuk berubah selagi tu lah umno akan kalah d setiap pilihanraya , bukan dengki kat depa tu tapi ini kenyataan rungutan orang2 umno sendiri yang tak ada kuasa nak membuat perubahan ,kesian mereka yang dapat hanya meluahkan perasa tak puas hati kat kawan2 walaupun kawan2 bukan dari gulungan umno,mamy kenalah cari sumbar2 yang bolih membentok perpaduan orang umno jangan sampai semua tolak umno.

    2. Mamy kat tmn ria f2 ni pun ramai lagi muka2 yang layak nak pikul jawatan dalam umno ni,pasai umno tak bersatu lah jadi macam ni dalam cawangan pun bercakar sama sendiri ,saya ingin membuat satu unjuran untuk penjawat2 umno f2 lepaskan jawtan2 tu beri peluang pada orang2 lain yang lebih berkelayakan dan kuat kerja sebenar2 kerja untuk umno bukan untuk AM CIK NO.

    ReplyDelete
  28. Salam bloggers,
    Semalam Mahyuddin kata nak buat post mortem dengan melantik badan bebas menyiasat kekalahan UMNO. Setiapkali post mortem benda yang sama berbangkit. Persoalannya apa yang kita buat dengan hasil post mortem itu? Kita diam kita "sit on it".
    Pokok akan mati jika akar di bawahnya buruk,reput,dimakan anai-anai dan tidak bajadan siram.
    UMNO harus turun sampai ke cawangan-cawangan yang dan setiap ahli-ahli harus didekati. Ketua-ketua cawangan yang tak aktif,cabuk dan proaktif harus disingkirkan.
    Jangan hanya dengar lapuran dari ketua bahagian sahaja. Kerapkali lapuran mereka semuanya "bias" hanya memihak untuk kesukaan mereka.
    Secara kebetulan Mummy mendekati politik Merbok semasa rakan Mummy dahulu Datuk Rosnah Majid lagi.
    UMNO Merbok tidak berubah khasnya Tajul.

    ReplyDelete
  29. UMNO Merbok duk haru biru bukan kerana Tajul dan saf kepimpinannya. Tetapi kerana ada orang macam mummy la yang duk pelingkup, irihati dan phdnya tinggi. Saya tak nampak UMNO Merbok ada masalah. Tapi orang-orang macam mummy yang banyakkkkk maslah.

    ReplyDelete
  30. Saya tertarik dengan beberapa komentar berkaitan dengan kekalahan BN di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau. Ni nak cerita sikit. Kekalahan BN di Bukit Selambau tu, sebagai ahli BN tak boleh salahkan UMNO Merbok 100%. Apa nak buat sebahgian besar pengundi BN dari Cina dan India tak sokong BN. Tambah pula dengan pengundi yang macam Mummy. Tak habis-habis dok salahkan UMNO Merbok. Mammy ni orang Tok Mi Bauk kut. Tak baik duk hentam orang. Tok Mi tak salah Tajul tak salah. Yang salah orang yang ada hasatdengki macam mummy. UMNO Merbok minta kerusi untuk UMNO dulu kira okey la, sebab sejarah Bukit Selambau sebelum bagi kepada MIC dulupun milik UMNO. Jangan duk salahkan orang lain. Tanya diri sendiri sejauhmana kita ikhlas dalam memperjuangkan nasib bangsa agama dan negara. Hanya Allah yang tahu. Wassalam. Drp Tenguk diri sendiri jangan tenguk Tajul.

    ReplyDelete
  31. Orang Melayu duk hentam sama sendiri, orang India reti berpakat, orang Cina bijak membuli, Mummy pandai main api. Sedar la Melayu oi...... Jangan duk berkelahi, Nanti Melayu yang rugi.

    ReplyDelete
  32. Hai, kalah macam ni teruk kata tak dak masalah ? Hai awat buta sangat. Tahukah anda masa Tun di IKM semua pemimpin top PKR menyelinap merayu undi rumah ke rumah .

    Yang pemimpin UMNO menyelinap kalut dok nak cium tangan TUN, mai minta maaf pun ada. Dok kalut bodek dengan pemimpin atas takut hilang jawatan projek pi tinggai reja, al maklum la TUN dan Najib dah kamcing.

    Kalau semua pemimpin umno yang bertolak sakan nak himpit DM hari tu melawat 50rumah sorang hadir hari tu, mungkin keputusan berbeza

    ReplyDelete
  33. Kepada Semua sila rujuk perlembagaan DAP dan gagasannya.
    Sila fahami.

    Ketuanan Rakyat! Siapa itu rakyat? Rakyat ialah warganegara. Rakyat Malaysia ialah warganegara Malaysia. Siapa warganegara Malaysia (rujuk Perlembagaan Malaysia) - 1. Orang Melayu 2. Bumiputera Sabah. 3. Bumiputera Sarawak. 4. Kaum Asli Semenanjung. 5. Kaum-kaum lain (lihat syarat-syarat).

    Fahamilah dan olah lah sendiri!!!

    Siapa yang akan untung? Siapa akan menjajah Malaysia semula? Siapa akan merana?

    ReplyDelete
  34. Anonymous said...
    "...Sedar la Melayu oi...... Jangan duk berkelahi, Nanti Melayu yang rugi."

    MELAYU GHUGI TAK PAR EH..BANGSA MELAYU NI BUKAN KAH PENTINGKAN HATI DAN PERASAAN!

    ASE ATI PUEH, OK LAR TU.

    ReplyDelete
  35. Peti Undi Taman Peruda- caw bertanggung jawab ialah Taman Peruda. Dato Tajul, Ketua Bahagian Merbok dr caw ini.

    Peti Undi Tasek Apong- caw Tmn Wira antara yang mengendali. Dato Zubir Ketua Penerangan, Cikgu Latif AJK Bhg dan Bang Chik AJK Pemuda, dari Caw Tmn Wira.

    Bandar Baru Sg Lalang- Abd Rahman Naib Ketua Bhg Merbok, Habshah Ketua Wanita Merbok, Abu & Poat AJK Bhg & Aspa AJK Pemuda dari caw yang mengendali Peti Undi Bandar Baru Sg Lalang.

    Di atas ialah antara peti undi yang kalah. Di mana peti-peti undi ini terdiri caw yang mana nama-nama dan pemegang jawatan dlm bhgn berada. Apa yang mereka buat????

    Begitu juga Saiful Hazizy Ketua Pemuda, peti undi dia pun kalah. Ketua Puteri pun sama. Peti undinya kalah.

    Air Mendidih, kalau tak silap Timb Ketua Bhgn (silap sori Prof Dr Mael). Kalah juga.

    Inilah yang patut ahli umno Merbok nilai kerja buat mereka. Tempat sendiri pun hancur. Inilah hakikat bahawasanya UMNO terima mereka tetapi rakyat tidak. Sebabnya jiran tetangga mereka pun mereka gagal untuk mempergaruhi. Tapi ahli UMNO Merbok berapa kerat sahaja yang menafaat akal fikiran kurniaan Allah.

    Asal kan jolok, tirih atau sepak RM, sokong!!!! Inilah gambaran yang kami dapat semasa membantu BN dan UMNO Merbok.

    Kepada Wanita Baling, Siti Aishah khasnya sampai mata naik cengkung punya bantu Merbok.

    Pada pandangan kami berdasarkan maklum balas orang Merbok; Betul apa yang Mummy dan komen tulis. Selama ini tak tahu siapa Pak Tuan, dgn pilihanraya kecil Bukit Selambau. Kenailah kami. Dia kira work smart sahaja. Dengan gaya bahasa inggerisnya, dengar macm bagus. Hakikat teruk!!! Penting diri sendiri! Wayang cukup kuat!! Nak buat tu, nak buat ni. Last habuk pun tak ada! Ini tahun 2009, kalau nak wayang pun. Mainlah wayang 2009! Baru kena dengan zaman. Wayang anda itu sesuai dengan umur-umur sezaman dengan anda. Yang muda- muda tak makan dengan wayang tu.

    AJK semua peringkat Bhg Merbok, apa yang anda buat? Asyik2 pusing p pusing mai, lepak kat Bilik Gerakan.

    Mana ada AJK mengiring atau bersama kami dari bhgn2 yang datang membantu.

    Rata-rata kecoh berpunca dari RM. Tu yang Shahidan Kasim bagi capati. Dia tak bagi duit makan. Kalau tidak puak Merbok pakat kona habis.

    ReplyDelete
  36. Sapa kata UMNO Merbok bagus dan tidak ada masalah????????

    Kalau bagus Ketua Bhgn dah jadi MP dah. Kata dia penaung satu pertubuhan besar org Melayu. Kenapa kalah juga?

    Inilah akibat menang dengan rasuah. Bukan bermaksud Tok Mi bagus. 2 2 sama saja. Pengukuran di buat oleh perwakilan hanya pada RM. begitu juga dengan Saiful Azizy Zainol Abidin menang Ketua Pemuda dengan RM.

    Apabila RM jadi pengukuran untuk jadi ketua, inilah padahnya. Untuk mengundi di beri RM500 (RM150 Pemuda), bila kerja pilihanraya sudah mesti orang akan demand lebih.

    Cerita dari Tanjung Dawai pun best juga. Ini di dengar dari gerai di hadapan bilik gerakan. Bunyinya macam ni, Mi Loya bagus tapi dia kedekut tu yang dia kalah lawan naib ketua bhgn. Man Boleh menang sebab dia bagi lebih. ( Sapa2 yang kenai Mi Loya & Man Boleh tolong perjelas sikit).

    Jelaslah UMNO Merbok perlukan RASUAH POLITIK. Rasuah politik menjaminkan kemenangan dalam pemilihan bhgn. Syabas UMNO Merbok!!!!!

    ReplyDelete
  37. Gagasan kepala bapak hang! Nak Jadikan Melayu Msia macam Melayu Singapore jadi warga kelas Ke3? Nak jadi pilot pun tak boleh. Guna akal Buka Mata .. belajar2 jalan dan tengok tempat orang .

    ReplyDelete
  38. Kekalahan di N25 semua kerana Tajoi yang gila kuasa...tanya puak mana dari semua sayap..sapa suka tajoi..???xkan ada yg kata suka..kalau depa senyum tu bermaknalah..ini lah pengkianat2 politik merbok khususnya yang sabotaj pilhanraya kecil n25..Buat meeting konon nak bedah siasat..perahhh..dia memang pandai main wayang..

    Pu3 ict yang tak reti komputer..contoh: rosni,zarita dan ramai lg..lambat siang mau jd penyelaras..nama saja penyelaras2 haram xtau apa pun..katanya masa training ada juga yang pegang tetikus pun xreti...iskhhhh.!!hari mgundi pakat2 katop talipon..ni semua kerja Tajoi..ketua ict bgtau dapat arahan dr Tajoi..benarkah semua ni?? Pelinggkop habis ,,itu baru 22 Daerah mengundi bukan 1 parlimen lg...

    Dengaq kata juga ketua ict dah kona $$$$penyelaras..ramai xdapat lg..sapa mau jawap??Mintak tolong Tajoi la tolong settle kan..xkan $$$yg balance pilihanraya semua mau buat p makan angin d Bandong kot??

    ReplyDelete
  39. aku memang sedih sebab BN Kalah..tapi aku rasa best jugak sebab Bg aku kalau Tun Mahathir yg aku sayangi tak mai..mesti ada effect jugak..tapi aku tetap nak salahkan Ketua Bahagian Merbok yg takdak talent langsung jadi ketua..Jadi maskot Singapore boleh la..

    ubikayu.

    ReplyDelete
  40. Dalam suasana berkabung BN kalah,ada jugak makhluk yg menyalahkan parti kerna tak di calunkan...aku memang tak suka dengan ketua bahagian merbuk,masa aku kat sana time pilihanraya,aku tengok dia ni pandai cakap saja...tapi dari segi kepimpinan dan kerja...memang takdak talent langsung jadi ketua..Kesian la kat merbok dapat ketua macam tu..nasib hampa la nooo...

    ReplyDelete
  41. Aku setuju dengan komen Ubikayu pasai Tajul. Dia tu cukup teruk betui. Pasai tu la, tahun 80-an jadi Ketua Pemuda, lepas tu jadi Naib Ketua Bahagian, lepas Naib, Timbalan Ketua Bahagian, lepas Timbalan jadi Ketua Bahagian. Aku sokong 100% Tajul cukup tak guna. Dari seorang Pendidikan jadi orang politik. Tapi yang aku pasti 100% yang tak suka Tajul dan saf kepimpinannya adalah BUKAN ORANG TAJUL. Kita tak payah jadi orang Tajul. Ni aku nak pesan selagi ada perasaan PHD dikalangan kita sapa duk ditempat Tajul pun sama. Tun dulu dah cukup baik pun ada orang tak bekenan. Nik Aziz pada orang PAS baik pun ada yang tak suka, Anuar Brahim bagus pada PKR pun ada yang meluat. Apa tah lagi Cikgu Tajul. Jangan duk salahkan orang lain. Kita betui ka?

    ReplyDelete
  42. Dalam keghairahan mengkritik jangan lah menghemtam individu dan terlalu buka pekung, sebab yang dok masuk blog ni bukan org umno saja, PR, CIA, Spy Singapore dll pun ada.

    Masa kempen dulu, bukan main takut sangat nak bagi maklumat kat ahli takut di bocor la.. sampai ada maklumat sepatutnya disampaikan pun tak sampai sebab was-was nak cerita tak mau cerita sama banyak. Kunun nya takut kita pi bocor kat Mejar la.. Kalau sesama kita ada prasangka macammana nak buat reja?
    Memang patut sangat la kalah

    Tapi kita kesian kat kawasan kampung yang keikhlasan berkerja terpancar diwajah dan mempunyai esprit de-corp (bukan esprit de-fulus) tungkus lumus bagi menang. Memang tak heran kawasan ni kita menang.

    AntiVirus sudah tidak berkesan, tunggu apa lagi reformat saja gantikan dengan WINDOW VISTA

    ReplyDelete
  43. Bravo! aku angkat topi dekat Dato Tajul. Merisik perjalanan politik Dato dari seorang guru dahulunya kini Ketua Bahagian. Dulu Ketua Pemuda, Kini Ketua Bahagian. Mungkin kerana kehebatan itulah Dato dibenci, dihina, dimaki, dan diherdik. Tapi Dato, dulu saya panggil Cikgu Tajul kini Dato Tajul. Walau apa pun panggilan untuk Dato, Dato memang hebat. Hidup Cikgu Tajul.

    ReplyDelete
  44. Hebat.....menang beli undi hebat. Peti Undi caw dia menang!!!! Hebat....Hebat......Hebat.....



    ....Taman Peruda....

    ReplyDelete
  45. Disebalik tersungkurnya BN di Bukit Selambau,terpancarlah kepincangan yang wujud didalam permilihan UMNO peringkat bahagian Merbok untuk ayaq 2008-2011.Ini bermakna perwakilanx drp cwg-cwg mejoritinya merestui cara yang xbetul dalam permilihan.Mejoriti ketua cawangan berperanan sebagai dalang utama dalam percaturan ini.

    Soalan kepada: Mummy

    Kenal dak? TJ (ABF 30),lama xnampak,apa khabar dia sekarang nie.

    ReplyDelete
  46. Hang duk buat apa? Duk mengata orang la. Dia tu dari Cikgu kini Dato. Hang tu, macam tu......... paling tidak aku jadi manusia yang berkerjaya la ni sebab Dato Tajul dulu Cikgu Tajul. Tahniah cikgu. Teruskan perjuangan. Saya kenal cikgu saya. Cikgu Tajul!

    Untuk Mummy! Terima kasih kerana ada ruang untuk saya Ucapkan Terima Kasih kepada Cikgu Tajul.

    ReplyDelete
  47. Jika ada komen,pandangan yang menjuruskan sokongan disebabkan bekas guru ke @ lainx yang berkaitan untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk semua,salah satu faktor inilah yang ujudnya puakx dalam umno,jika jadi ahli yang xtaupun sebab apa dia berpetubuhan,tu... yang dok jadi tukang tepuk tangan saja, pakai dok ikut saja....sondoi sampai bila?.Misai jaga jangan bagi kena tanah.

    ReplyDelete
  48. mummy tak pernah bangkitkan kelemahan dan kekurangan ketua puteri bahagian-shaqirah.why?padahal dalam prk yang baru lepas,dia tidak memberi kerjasama kpd bahagian,dgn alasan tajul kata 'putri umno merbok tidak wujud'.tajul kata mcm tu pasai dia dgn puak dia-siti hajar,kak faridah,kak su dsb selalu memboikot program bahagian.itulah mksud tak wujud.
    dlm gerakkerja prk bkt selambau,nama dia diletakkan sbg setiausaha bilik gerakan.dia merajuk sbb tak diletakkan sbg ketua unit ict.last sekali tajul lantik farah sbg ketua unit-yg bertanggungjawab utk menguruskan hal ehwal it pu3 bahagian dari segi pentadbiran shj.bila keadaan ini berlaku,kpu3 membawa diri,mengadu nasib pada pengarah bilik gerakan negeri-dato rozai. lalu dato rozai mengarahkan qirah n the geng duduk di aras 2 dibwh nama bilik gerakan pu3 negeri.apa yg mereka buat?mulanya,buat kerja half di blk gerakan negeri,half di blk gerakan bahagian.last sekali jadi half past six! dia tinggal kat budak2 penyelaras..tujuannya-nak bagi haru biru agar org nmpak tajul,farah tak pandai nk atuq budak pu3 buat kerja yang terang2 mmg tak reti apapun pasal peti undi,lokaliti,cawangan dsb.
    comment ini bukan utk perburukkan qirah tp biaq org tau,apa kerja depa duk buat supaya dinilai semula sbg seorang pemimpin.klu betui dia sayang parti,dia patut tolak tepi pergeseran dia dgn tajul demi putri merbok pada masa prk yg lalu.zaman dia cuma pemangku dulu,dia mmg berjuang sakan-kurang berpolitik dlm kerja,menurut perintah ketua bahagian.tp bila dah ada amanah kuasa yang sedikit drp pu3 cawangan,dia sudah menunjukkan lagak yang kurang sesuai sbg seorang kakak dan ketua yg berkaliber.sbb itulah kami pilih dia sbg ketua atas dasar sikap dan penghargaan trhadap dia selama susah payah sbg pemangku ketua sblm ini.
    tapi kini,apa yg dia lakukan ialah berkepit sakan dgn naib ketua pu3 umno msia yang baru-lupa pada kami yg selama ini meyokong dia dan perlukan sokongan dan bantuan dia khusus dlm gerak kerja prk yg lalu.kami nmpak walapun para penyelaras kami tak reti It tapi depa bersungguh-sungguh membantu kami-siang dan mlm.depa dilantik,bukan meminta jd penyelaras.klu tak betui awat kak qirah tak pebetui?betui dgn tajul dulu-bukan hanya didepan tp di belakang.cakap serupa bikin.seburuk-buruk ketua kita pd pandangan kita-dialah ketua kini.tajul boleh terima pandangan kak qirah sbg ketua putri.kami nampak kak qirah skrg byk mengamalkan politik sempit,bermuka-muka,mengambil sifat berkonfrotasi dgn adik2 putri yg dikategorikan 'pengkhianat' kpd kak qirah oleh para penasihat kak,hanya krn mrk ingin membantu dlm gerakkerja prk berpaksikan bilik gerakan bhgn.
    kami maafkan kak qirah and the advisor.kami bukan mendedahkan kelemahan sayap kita tapi inilah saja ruangan yg ada utk menunjukkan rasa hati dan kritikan kami..sbb kami tau,kalau bercakap dlm mesyuarat putri bhgn,baru nak bersuara dah dibangkang oleh kak siti hajar.suara ini utk kebaikan kita semua.last sekali tq to kak farah,kak zarita,kak murni,kak ros(wpun politik kerja kuat gak),kak faridah,kak siti noor yg byk membantu kami khususnya di blk grkan peti undi.kami bukan nak sgt elaun rm30 yg kak qirah bagi,tp kami seronok bekerja utk parti.elaun tu kami buat tambah kredit phone nk call kak penyelaras time ada masalah kerja.
    kak qirah-insaflah,kami yg meletakkan kak di kedudukan spt la,dan kami mengharapkan kak bertindaklah sbg seorang ketua yg jujur dan bertanggungjawab.sekian,wassalam.

    ReplyDelete
  49. Jadikan pengajaran, lain kali carilah ketua bukan setakat pandai wat kerja tapi yang berilmu lebih skit dari kita, income kukuh, kurang emosi. Cari bini muka lawa perangai huduh wat pa..

    ReplyDelete
  50. Petiundizone3,
    Mungkin u all baru dalam politik Merbok. U all tak tau perangai Tajul yang sungguh pengotoq.
    Tajul mengamalkan politik melaga-lagakan budak-budak yang baru berjunak dalam UMNO seperti Puteri. U all kena tahu ini bukan kali pertama Tajul melaga-lagakan shaqirah. Dulu Kalsom ketua puteri apa dia buat?Sebelum Kalsom ketua puteri Nordini semua saiap juga ketua puteri dia laga-lagakan.
    Inilah pemimpin yang "divide and rule" dia hanya boleh puteri tapi tak boleh makan wanita dan bahagian.Kalau dia seorang ketua dia tidak akan mencerca ketua puterinya dalam mesyuarat UMNO negeri.
    Bagaimana harus pemimpin begini dihormati.Talam seribu muka.
    Harap maaf.

    ReplyDelete
  51. kak@abg dah fedup,saya bukan pertahankan tajol,tp saya pertahankan institusi bahagian.byk cara,strategi di masa lain nak memprotes/berpolitik dgn tajul tp bukan sewaktu kita bertungkus lumus mengambil semula 1 dun yg jatuh ke tangan pembangkang.kami mmg masih baru dlm politik atasan tp kami sudah menjadi ahli umno sama dan ada yg sudah menjadi ahli umno sblm puteri UMNO ditubuhkan.kami sudah melihat pertikaian mahupun kesepakatan politik dalam bahagian merbok.ya,puteri masih baru,tapi adakah kak sangka kami masih muda dlm umno?nampak sgt kakak@abg ni terlalu mengikut emosi-tolak tepi semangat kepartian dan matlamat perjuangan dgn mengutamakan kptgn,nafsu politik individu.divide and rule?"In reality, it often refers to a strategy where small power groups are prevented from linking up and becoming more powerful, since it is difficult to break up existing power structures." pu3 merbok ni kategori 'small powerful group' ke smpai tajul kena jalankan polisi ini?tajul bukan lagakan farah dan qirah.tajul lantik farah jd ketua it bhgn merangkap setiausaha bgrkn.kenapa?utk bantu pak tuan bgrkn sediakan data-data asas pengundi dsb,bukan nk suruh jd ketua yg atur semua fungsi pu3 bhgn sebagaimana seorang ketua pu3.tp qirah terlalu ego utk diletakkan sbg seorang setiausaha.ia cuma organisasi kerja.apapun,kak@abg@cik@puan fed up,kami sudah ikhlas membantu umno/bn dgn menolak semua sentimen politik sempit,hasad dengki dan perbezaan pendapat sewaktu pemilihan cwgn/bhgn/pusat yg lepas demi nama BN.kalau dh fed-up tu,bukan perjuangan namanya.

    p/s saya jumpa kak qirah di program nanti.jgn lupa jemput pu3 semua cwgn walau sedaif manapun mrk kelak.

    ReplyDelete
  52. saya cadang kak qirah wujudkanlah sistem komunikasi mcm blog ni utk kita berinteraksi.masa tu nanti saya akan dedahkan siapa saya dan dari cawangan mana.saya sentiasa menyokong kak qirah sbg ketua saya dan mengkritik yg mana perlu utk kebaikan puteri bahagian kita.
    saya nak sambung kerja,kerja di kilang ja kak.

    ReplyDelete
  53. Yang baik kata baik, yang tak baik kata tak baik. Yang aku kenai Cikgu Tajul dia okey. Hang kenal tak okey, hang punya pasai. Kalau dia naik kerana RM, tak betui... tak lama jatuh la.

    ReplyDelete
  54. Petiundizon3
    Tidak ada ketua yang mengeji dan berkata nista kepada anak buahnya.Apalagi menjatuhkan maruah dan airmuka di hadapan pengikut yang lain.
    Mungkin puteri ini berambut merah dan tidak bertudung tetapi jangan menghina.
    Apakah bermain politik sehingga sanggup menjatuhkan maruah dan menabur fitnah kerana kita menyokongnya dalam pertandingan bahagian.
    Kata "SABAR" mudah diucapkan tetapi bahu dan malu yang ditanggung akan tersemat sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  55. xdak lagi le...gua jumpa blog yang ada komentar berkaitan konflix dalaman daripada PKR.Nampak sangat UMNO sedang tenat,leh....gali liang lahat siapx.

    ReplyDelete
  56. Hah buka lagi .. buka, buka .. tunjuk.. tunjuk lagi habis apa yang ada. baru puas hati kan.. biaq semua org tau..

    ReplyDelete
  57. nak buat macammana..dah tadaq saluran lain.saluran dalaman parti?tak akan sampai ke pihak atasan.yg sampai 'semua ok'.

    ReplyDelete
  58. mejor anuat pi mana dah... dah tenat dah kot... habis banyak mana? nama pun sama dengan aljuburi.. perangaipun sama...menyusah orang, .melayu tulin konon... ini lah manusia durjana, pengkhianat bangsa... usop santorian ...tali barut... anum , lebih baik la kluag umno ikut mejor anuat... jadi bebas, besahpun bodo... tak dak orang lain dah ka.... nak di heret... ketua wanita yang paling mandom tajul x brani tegur......pak tuan tu buleh angkat pungkok la...wayang cina saja lebih... remoispun dah jarang... dulu buleh jugak dok harap kat remois...tapi remois membawa rebah... lingkup umno lagi ada hampa. mej anuar + anuar al juburi pelingkup melayu..usop santorian bila nak kluag umno...dayus !

    ReplyDelete
  59. askar pencen mejor anuar.. nak masuk balik umno... pirah... tak guna punya manusia.. kluag umno dulu cabut abis sign board dewan umno jalan badlishah... suruh mpspk roboh... ni nak masuk balik... gila ka apa.. pi masuk wad gila lagi baik..

    ReplyDelete
  60. Jerung Makan TapaiApril 17, 2009 at 6:15 PM

    Anom,
    Sekurang kurangnya Mejar Annuar berhadapan dan berterus terang.Bukannya makan Tajul Urus yang tidak terurus. Depan lain belakang lain.Belakang tutoh Tok Det dan Tun depan cium tangan dan jilat sampai ke siku.
    Tarak boleh pakai punya ini hippokrate.Jumpa ular dengan Tajul depa kata katok Tajul dulu.

    ReplyDelete
  61. Salah siapa? Salah keseluruhan ahli UMNO Merbok kerana salah memilih pemimpin. Ahli-ahli UMNO Merbok hidup dalam kemiskinan dengan maruah diri dan harga diri yang murah. Tak mahal mana pun harga diri ahli-ahli UMNO Merbok RM50-RM500 sahaja.

    Boleh bayar dengan nilai ini, sapa2 pun boleh jadi Ketua Bhgn Merbok (termasuk Pemuda).

    Kepada yang menceritakan kedudukan Tajul dahulu hingga sekarang mengambarkan satu kejayaan. Setuju, TETAPI apa beza dgn Anuar Ibrahim ketika menjadi TPM. Dia naik menyacak juga!

    ReplyDelete
  62. mami pakchaq mintak tolong siasat tgok trip ke bandong pd 13/5 ni siapakah mereka...??

    di kabarkan tajol la ni p survey tengok di bandong nuuu..

    apa nak jd dgan bahagian merbok yang kian hancus ni..p melancong guna duit rakyat..itu yang tajol bagitau..duit2 lebih pilihanraya..buat rombongan yag xkena tempat dan waktu saat pakat dok nak sibok mesyuarat caw.

    pakchaq ada dah list mana depa...tapi yg heran tu, nama budak putri yang xdak kena mengena pun ada gak..juliana dan farah..iksss depa tu sapa? nak kata keja buat pilihanraya pun xnampak pun..pakat bejalan numbot 1..tingai anak2 pakat dok merah lg..anak pun dok susu badan pakat tinggai p habis..awat tajol ni xtau ka depa ada anak kecik..dengar kata juga dulu tajol ada hubungan sulit dengan farah ni..yah pendek tuje tak tau, laki dia ada pompuan lain..xtuboh xmelata..xsunggoh org xkata..

    pakchaq bukan apa, orang yang buat kerja yang tukus lumus ni dia xbawa..tup2 org xbg apa keringat pakat p..dah tu guna duit pilihanraya pulak tu..mohon sprm siasat tgok..ni tak kira orang bahagian yang buat kerja xdapat p..yang xbuat kerja laki bini pakat p..lagu mana..???

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.