Wednesday, April 22, 2009

Tindakan bermusim, Lembaga Disiplin UMNO tidur kembali

Datuk Abu Talip semasa remaja yang banyak berJASA

PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang telah berlalu. Kita tidak pasti samada ia berlalu sepi atau berlalu dengan penuh erti dengan membawa pengajaran dan iktibar kepada BN dan kepimpinan Najib.

Muhyiddin Yassin, TPM ada mengumumkan akan membuat post-motem, bedah siasat dan kajian yang terperinci mengapa BN kecundang.

Walauapapun mungkin keputusan dan rumusannya terlalu awal untuk dimaklumkan atau ianya terus dilupakan langsung. Kemungkinan juga ”finding” nya menjadi rahsia dan sulit hanya untuk dikongsi sesama pemimpin tertinggi BN.

Tetapi apa yang menarik ialah PRK Bukit Selambau yang menyaksikan ramai calun Bebas seramai 15 orang yang merupakan sejarah pilihanraya negara ini. Sepanjang proses berkempen ada lapuran yang dibuat terdapat ahli-ahli UMNO sendiri yang menyokong calun Bebas sehingga yang membawa poster dan berkempen secara terang-terangan memboikot calun BN. Ada juga yang mensabotaj secara senyap dengan melumpuhkan semangat jentera-jentera pilihanraya khasnya dilakukan oleh UMNO Bahagian Merbok kerana puncuk pimpinan atas tidak mengikut telunjuk mereka untuk meletak calun UMNO. Sekarang di mana siasatan dan tindakan Lembaga Disiplin UMNO?

Di Bukit Gantang pula pihak Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah melakukan satu kesilapan yang besar apabila menyebarkan karikatur khinzir. Visual ini telah menjadi ”backfired” kepada JASA yang konon ingin bermain dengan physcology-warfare. Apa jadi dengan KP dan TKPnya?

Walaubagaimanapun bedah siasat tidak harus dibiarkan terbungkang tanpa apa-apa tindakan.

30 comments:

  1. salam mummy,
    buat apa post mortem kalau UMNO tak pernah ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku, kalau sekadar nak mencari jawapan untuk menuding jari dan berlindung diri.

    ReplyDelete
  2. Salam kepada Mummy,

    Saya bersetuju dgn tajuk mummy. Lembaga Displin Umno bertindak hanya apabila ada PAU iaitu lebih tepat seperti mummy katakan bermusim. Sepatutnya perlu diteruskan dari masa ke semasa bg memantau orang2 yg sememangnya telah disenarai hitam terutamanya.

    Di mana slogan yg dicanangkan oleh Najib, "Performance Now" atau hanya manis di bibir sahaja? Pelbagai slogan telah dibawa TP habuk pon tadak.

    ReplyDelete
  3. Betoi..umno merbok tidak tulus dlm menjayakan p/raya..ini terbukti apabila duit PRK Bkt Selambau di gunakan utk enjoy di Bandong bulan dpn..ke manakah Lembaga Displin..kenapa tidak disiasat mengapa duit rakyat digunakan utk kepentingan Ketua Bhg dan konco2nya yg tak seberapa mana buat keja semasa p/raya? Bagaimana perasaan parti2 dr MIC, MCA, GERAKAN n PPP yg sama jugak menjayakan PRK ini..Mcmana BN hendak menang dlm PRU 13 nnti kalu mcm ni la sikap pemimpin2 umno.

    ReplyDelete
  4. Mummy,

    ni saya nk promote blog best yg salu saya layari.

    http://politikbanjar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ko yakin ke JASA yg keluarkan karikatur gambar khinzir?!

    ReplyDelete
  6. " Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

    Katanya, perbuatan meletak jawatan dalam kalangan Anggota Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi trend bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian.

    Perbuatan itu katanya merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan,"

    Mummy,,komen sket nie,..

    ReplyDelete
  7. Salam bloggers,
    Amalan demokrasi negara ini tidak harus disekat atau dipermain-mainkan. Mana-mana wakil yang mewakili rakyat jika merasakan mereka tidak dapat berkhidmat untuk rakyat serahkan kembali kuasa kepada rakyat. Ini bagi membolehkan rakyat membuat pilihan lain.
    Dalam masa yang sama jangan mempermain-mainkan rakyat. Rakyat sudah bosan dengan segelintir parti-parti politik yang banyak kerenah dan politiking yang melampau serta keterlaluan. Apa yang rakyat mahu ialah ”result” dan wakil mereka yang boleh ”deliver”.

    Rakyat mahu hasil dan pembelaan dari wakil yang mereka pilih bukannya asyik berpolitik dari isu ADUN berbogel sehingga ke kereta Camry dilelong.

    Istilah merugikan wang rakyat jika berlaku PRK tidak harus dibangkitkan. Rakyat akan keciwa dengan alasan ini seolah-olah rakyat dipersalahkan.

    Padahal ramai wakil-wakil rakyat yang boros dan lavish apabila berkuasa dengan sewenang-wenangnya berbelanja wang rakyat.

    ReplyDelete
  8. Hallo kepada dik.

    Pandai hang ni,mana dapat maklumat tu..baguih,macam nie baru ahlix undangan kampung/lorong @ fasa yang dok bersidang kat kedai kopi mengusulkan undi xpercaya kepada ket.mereka.

    Jika dulu Merbok nie banyak orang dok kata,letak tunggul kayu burukpun boleh menang.Sekarang nie letak tenggok.Ayaq lepas letak calon yang hebat 'terlebih urus'pun bungkus.

    Dik,
    Sapa pulak yang nak jadi tukang atoq tempat makan&minum dibandung tu...?.Kali nie tukaq orang lain dah kot?,entah-entah depa bagi kat 'Man Bakaq',pengerusi tetap dulu,kini dan selamanya.He..he..he

    Dok tunggu apa lagi,depa nie semua tali barut 'tekong'.....?

    Ahli UMNO merbok,jangan pulak jadi 'Terkukur'pandai berbunyi tetapi dikurung dalam sangkar dan diberi makan&minum sambau yang tidak 'berkualiti'lama-lama nanti mati beragan,orang ambik buat bahan untuk menurun nombor pulak.

    Kalau nak harap bahagian boleh membantu/meyokong orang melayu lebih baik mintak tolong kat 'MKT'(Magnum,kuda,toto).

    Kalaun ada peruntukanpun depa nie....wajib 'kecoh'kita semua,tak caya cuba semua ingat balik yang dulu tu....7juta dan Badan Kebajiakan Umno Merbok,apa dah jadi, tahap mana yang boleh dicapai?.

    ReplyDelete
  9. salam mummy,

    TQ for ur comment,,sedap membaca dan ada lojik nyer,,..saya setuju 100% dgn pendapat mummy nie,,..lg pun kita dah nampak si mukriz nie dah mula nak mengaum,,,dulu tak dak sapa kenai dia pun ,,,orang kenai dia sbb dia anak bekas PM dan dia suroh Pak Lah berenti,,,itu saja kelebehan dia,,tup tup la nie dia timbalan MITI,,aduuuhhh...habes lar semua AP yang ada,,,kita rakyat juga melopong,,,pakai kancil pun tak buleh habeh bayaq,,,pas tu kena tarek,,punah nama blacklist...nak buat apa pun tak buleh dah

    ReplyDelete
  10. ...Istilah merugikan wang rakyat jika berlaku PRK tidak harus dibangkitkan. Rakyat akan keciwa dengan alasan ini seolah-olah rakyat dipersalahkan.

    Padahal ramai wakil-wakil rakyat yang boros dan lavish apabila berkuasa dengan sewenang-wenangnya berbelanja wang rakyat...
    Yang ni saya AMAT bersetuju dengan MUMMY ....

    ReplyDelete
  11. Zaman 7juta tu zaman penolong ke Setiausaha Bhg..Ramli Karim...SUB Harun Mat pun ada penolong setiausaha..Hebat UMNO Merbok..dia la tukang pelingkop duit 7 juta tu..la ni pun sama la...tajul dok dgr ckp dia..konon2 penasihat & nak tlg UMNO Merbok...AJK yg ada ni semua baru lg n tak blh buat keja..hanya ramli karim ja yg layak urus umno merbok..list nama sapa yg p bandong pun aku ada..tunggu ari ja nak pamerkan..ahli2 di merbok akan terkejut katak tgk list ni..jgn smpai mati ckup..aku nak tgk Lembaga Displin or SPRM nak ambik tindakan ka dak..Ini melibatkan duit rakyat..bukannya duit UMNO Bhg Merbok...UMNO Merbok bukannya ada duit dah..nak byr gaji staff pun separuh mati..Kalu Lembaga Displin xambik tindakan...baik bubar ja Lembaga Displin tu..

    ReplyDelete
  12. Dik.

    Duit sewa kedai 'Nasi Kandar' bawah Pej.UMNO Bahagian Merbok tu camana pulak?sapa yang dok jadi tukang kutip?.

    ReplyDelete
  13. Jerung makan TapaiApril 22, 2009 at 3:14 PM

    Dik dan Anom,
    Nampaknya seperti satu trend apabila selelasai pilihanraya ada saja yang membuat lawatan keluar negara untuk makan angin, suka-suka, berfoya-foya dan bergumbira.Mana mereka ini dapat wang kalau bukan duit pilihanraya hasil dari kekalahan barisan nasional.Apa maknanya kalau kalah pun dibagi habuan?
    Inilah Tajul Urus ketua UMNO bahagian Merbok, dulu dia bawa penyokong-penyokong dan pembodek tegarnya seperti Razak Raman ke Australia.
    Lembaga disiplin UMNO jangan dok jadi to'kong.

    ReplyDelete
  14. Lembaga Disiplin UMNO.

    Jika Presiden UMNO sekarang tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk mengstrukturkanya semula,matlamat untuk melaksanakan 'Pemutihan UMNO'daripada permasaalahan yang timbul dalam pentadbiran yang ujud,ianya tidak akan mencapai keberkesanan.

    Dasarnya perlu dijelaskan kepada setiap warga UMNO,setiap individi yang menjadi ahli harus faham dengan jelas.

    Jika ketidakpuasan mejoriti ahli dalam sesuatu perkara yang berkaitan hal yang menglibatkan hasil keputusan Lembaga Disiplin,ianya akan menjadi 'api dalam sekam',permasaalahan ini akan berlanjutan berpanjangan.Sudah pasti unsur ini meyumbang kepada penghalanagan kelancaran pentadbiran dari peringkat bawahan hinggalah yang paling atas.

    Apabila individu yang ditolak oleh mejoriti ahli walaupun dipilih kononya dengan menggunakan kaedah Demokrasi yang diputar belit diletakan dibarisan kepimpinan, biar diperingkat mana sekalipun,hakikatnya ahli akan tetap menolak kepimpinanya.

    Untuk langkah permulaan kearah itu,hasil keputusan perlantikan Ket.Perhubungan UMNO Negeri dinantixkan oleh ahlix.Jika yang dilantik itu megamalkan prinsip perjuangan yang dibuatx pastinya kegagalaan akan muncul lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  15. kepada puteri umno..bacalah disini.pastikan kebenarannya dan jawablah dgn jujur jika ia tohmahan..perkara ini mungkin ada benarnya hingga memberi kesan kepada jentera pu3 umno merbok sendiri.
    http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020417&Itemid=35

    ReplyDelete
  16. Bertindaklah dengan segera sebelum rakyat naik meluat dengan telatah yang lepas-lepas.
    Buatlah keputusan bukan kerana memenuhi kehendak perseorangan!

    ReplyDelete
  17. Mummy,
    Jangan tekejut, Ketua Bahagian Merbuk, kini sedang melobi DS Najib, untuk ganti Tok Dek, sebagai Pengerusi UMNO negeri. Tajul aka Toyol telah mula baik-baik dengan semua Ketua Bahagian di Kedah dan cakapnya lembut gigi daripada lidah sekarang dengan pemimpin-pemimpin negeri Kedah.

    Tanjung Dawai Boy

    ReplyDelete
  18. Kita cingcang lumat tajul yang tak terurus tu, kita angkat naik Muhzani la dia anak bekas PM duit lagi banyak

    ReplyDelete
  19. betoi.. baru la kita pulak dpt mkn duit mukhzani tu....tajul tak layan kita.. kita pun nak merasa jgk.. aku nak jugak rasa duit rasuah sedap ka?

    ReplyDelete
  20. Hari ini Tun sebut 2 nama yg beliau tak suka dlm kabinet DS Najib...mereka adalah DS Nazri Aziz dan Datuk Johari Baharum..ini tak termasuk lg Ketua2 Bhg yg beliau xsuka..salah seorg Ketua Bhg yg Tun dan Mokzani xsuka adalah Tajul Urus..Utk pengetahuan semua..pd tahun 2004..dgn megahnya Tajul Urus menghentam Tun semasa dia menjadi wakil Kedah utk berucap di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC..selepas berucap dgn riak dia bersalaman dgn Mokhzani dan berkata "Mcmana ucpan td". Bayangankan mcmana perasaan Mokhzani ketika itu...Mokhzani ketika itupun menjadi perwakilan G7 Bhg Merbok..CD ucapan Tajul pd ms itupun masih ada dlm simpan aku lg..sesiapa yg nak tgk..aku blh copykan.

    ReplyDelete
  21. Mummy oooiii
    JASA tu harus dilakukan rombakan secara besar-besaran. Mereka yang di dalm JASA juga bercita-cita tinggi nak jadi wakil rakyat, Menteri, TPM, PM dan merekaasyik kalut berpolitik sehingga tak buat kerja-kerja yang sepatutnya dibuat.
    Pegawai-pegawai di dalam juga ada kepentingan masing-masing.
    Apa pendapat Cik Mummy?

    ReplyDelete
  22. Sapa pernah tengok mukhzani kat merbok?? Tak pernah tunjuk batang hidung pun.. macam mana nak jadi wakil rakyat? Saya tak setuju...

    ReplyDelete
  23. Di Merbok ramai hantu raya yang kehilangan tuan.
    Dulu Mokhzani dok bela hantu raya bernama JJ dan Pon. Bila hantu raya ni makan tuan Mokhzani segera potong talian hayat.
    Mokhzani tidak ada touch wakil rakyat sebab tu Bapa dia Tun tak sokong dia seperti Bapa dia sokong Mukhriz.
    Mungkin Bapanya lebih mengenali anak dia dari hantu-hantu raya di Merbok.
    Bila jadi wakil rakyat harus diingat maka akan ada lubang-lubang lama akan dicungkil kembali baik dari pembangkang mahupun rakan dalam parti sendiri.
    Kalau diri sedar lubang itu dalam lebih baik jangan cari penyakit takut besok malu pun boleh sakit pun boleh.
    Hanya bapa dan anak yang tahu.

    ReplyDelete
  24. salam deq..petikan dari HARAKAH

    "Kisah berlaku di kawasan Dun Bukit Selambau sehari selepas hari penamaan calon. Dia diserang oleh isteri seorang pegawai kerajaan yang geram melihat gelagat pemimpin Puteri itu sedang bermesraan dengan suaminya di Village Mall, Sungai Petani. Sebenarnya sudah sekian lama si isteri mengintip.

    Habis tercengang para pengunjung Tesco yang terletak bersebelahan. Secepat kilat, berita tersebar ke seluruh negeri. Ia menjadi sebab jentera Puteri Umno Kedah lumpuh di Bukit Selambau."

    Inilah dia UMNO

    ReplyDelete
  25. Mummy Rokiah

    Saya syok sungguh baca blog hang.....

    Risalah babi tu.....tak kan JASA yan buat kot....

    Orang PKR pun hebat gak dalam hal Psywar ni......

    Hang pun dulu hebat gak dlm UMNO tu.....

    Tup...tup....jadi lagu ni pula....
    Hebat no dunia ni.......

    ReplyDelete
  26. Perjuangan (Buletin Geraksaraf)April 23, 2009 at 2:57 PM

    Nak bukti?
    Nak dedah?
    Nak gambar?
    Nak video?
    Nak tau sapa dia?
    Geraksaraf sekarang bukan macam meghadapi komunis dulu lagi cik oooiii. Sekarang apa yg ada dalam kain pun sudah didedah..siapa tau apa ada dalam kain Eli?Siapa tau apa jadi pada tilam yang menjadi saksi di mahkamah?Siapa tau apa Chua Soi Lek punya kesukaan?
    Jeng...jeng...jengg..jenggg

    ReplyDelete
  27. Walaupun keluar seketika dari UMNO, Mohzani masih nampak kelibat di Merbok.
    Refer balik apa yang Tajul kata dekat Bernama sewaktu Mohzani keluar UMNO dahulu. Selepas menjadi Ketua Pemuda Merbok, beliau tidak aktif lagi dan tidak memberi kesan kpad UMNO Merbok.

    Lawan G7 Mohzani dapat rank tertinggi, ada pengaruh atau tidak?

    Tajul la dok kecut kat Mohzani.

    Kepada Anon 23 April 7.55

    Persoalan sekarang rajin turun atau tidak kena halusi. Kalau rajin macam Tajul & Dr Mail untuk beli undi pun tidak berguna juga.
    Fight for people tak semestinya kena turun padang sampai tak ketahuan agenda.
    Ahli UMNO Merbok bukan tahu pilih PEMIMPIN. Yang tahu ialah siapa bagi lebih dia boleh jadi ketua.

    Malam ni Tajul & Geng baca Yasin kat pejabat UMNO. Semoga majlis ini di berkati Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  28. Katanya Tok Abu dok lobi menteri nak jadi Ketua Pengarah Jasa?
    Najib harus ambil orang muda bukan tua dah pencen....

    ReplyDelete
  29. Salam mummy...

    biasanya karikatur yang disebarkan kita tak tau sape empunya..... ape bukti mummy, JASA yang keluarkan.....jan main sondol je la kalo tarak ada bukti tak baik... mummy pun cakap gak tak suka orang tamberang jadi Sumandak kat sini pun ndak juga suika orang main sondol ja cakap...

    Kalo ada bukti keluarkan.....

    ReplyDelete
  30. ye lah , memang la jasa yang buat... mummy kan tau smua ??? ha ha ha !!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.