Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, parti itu tidak boleh lagi bersandarkan sentimen dan ingatan nostalgia perjuangannya membela bangsa, agama dan negara kerana ia masih tidak mencukupi untuk mendapat sokongan rakyat.
Katanya, persekitaran politik sekarang sudah jauh berbeza, termasuk masyarakat dan pengundi yang lebih terdidik dan bermaklumat hasil kejayaan dasar yang diperjuangkan Umno ketika ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Nampaknya DS Najib sudah mula bercakap atas realiti dan hakikat yang sebenar. Anggapan selama ini UMNO besar dan berkuasa menentukan kerajaan nampaknya sudah lapuk dimakan zaman.
Jika DS Najib sudah mula turun ke Petaling Street, Jalan Mesjid India dan Puduraya apa kata DS Najib juga turun ke bawah bertemu ketua-ketua cawangan di akar umbi kerana mereka inilah pemimpin-pemimpin kecil yang sering disisih presiden parti. Suara-suara kecil mereka selalu ditapis oleh ketua-ketua bahagian.
Elak dari hanya bergantung maklumat dari ketua-ketua perhubungan negeri dan ketua-ketua bahagian kerana mereka ini kebanyakan tidak memberi gambar yang tepat diperingkat akar umbi kerana masaalah-masaalah di cawangan semuanya disapu kebawah karpet. Malah tidak kurang ramai juga yang berkepentingan diri untuk melobi menjadi wakil rakyat dan paling tidak pun melobi projek-projek mega kerajaan.
Alasan tidak ada masa kerana kesibukan menjadi Perdana Menteri juga sudah lapuk kerana pengurusan masa harus cekap disusun dan rapi oleh setiausaha-setiausaha keliling pinggang dari sulit sampai politik.
Yang utama akar jangan reput kalau akar reput pokok yang ratusan tahun pun akan tumbang dengan sekelip mata tanpa disedari.
Katanya, persekitaran politik sekarang sudah jauh berbeza, termasuk masyarakat dan pengundi yang lebih terdidik dan bermaklumat hasil kejayaan dasar yang diperjuangkan Umno ketika ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Nampaknya DS Najib sudah mula bercakap atas realiti dan hakikat yang sebenar. Anggapan selama ini UMNO besar dan berkuasa menentukan kerajaan nampaknya sudah lapuk dimakan zaman.
Jika DS Najib sudah mula turun ke Petaling Street, Jalan Mesjid India dan Puduraya apa kata DS Najib juga turun ke bawah bertemu ketua-ketua cawangan di akar umbi kerana mereka inilah pemimpin-pemimpin kecil yang sering disisih presiden parti. Suara-suara kecil mereka selalu ditapis oleh ketua-ketua bahagian.
Elak dari hanya bergantung maklumat dari ketua-ketua perhubungan negeri dan ketua-ketua bahagian kerana mereka ini kebanyakan tidak memberi gambar yang tepat diperingkat akar umbi kerana masaalah-masaalah di cawangan semuanya disapu kebawah karpet. Malah tidak kurang ramai juga yang berkepentingan diri untuk melobi menjadi wakil rakyat dan paling tidak pun melobi projek-projek mega kerajaan.
Alasan tidak ada masa kerana kesibukan menjadi Perdana Menteri juga sudah lapuk kerana pengurusan masa harus cekap disusun dan rapi oleh setiausaha-setiausaha keliling pinggang dari sulit sampai politik.
Yang utama akar jangan reput kalau akar reput pokok yang ratusan tahun pun akan tumbang dengan sekelip mata tanpa disedari.
Mami ini cerita terbaru dari UMNO Bahagian Merbok...
ReplyDeleteSetiausaha Bahagian Sdr Harun Mat telah meletak jawatan kerana masalah integriti dan undang-undang.
Pengantinya ialah Romli Karim bekas pengurus projek preemtif RM7 juta dahulu. Yang menjadi isu BPR.
Masuk mulut buaya lah nampaknya..
Saya amat bersetuju, PM Najib 'WAJIB" benar turun ke Padang pada waktu ini. Najib mungkin sudah sedia maklum bahawa d Tangannyalah Riwayat BN @ UMNO akan terkubor..Teori R.A.H.M.A.N tu memang saya rasakan BERAKHIR pada tangan Najib.Apa lagi kalau PM sering mengarahkan Adik sepupunya buat tangkapan melalui Polis dan mentadbir Negara ini dengan Kejam dan tidak bermaruah. Pasti BN@UMNO akan kecundang pada PRU Ke-13 ini. Insyallah
ReplyDeletebetoi ka dia suruh adik sepupu dia buat kerja tangkap orang...pakat dok buat main serkap jarang ja...ada orang boleh kompom ka benda2 ni...cuba bersangka baik dalam semua hal..
ReplyDeleteTo Anonymous #1
ReplyDeleteMula2 dengar macam The Richest Idea N No deliver, Pak Tuan nak ganti Harun. Dqr Romli Karim pula.
Mungkin bulan depan Barisan Kepimpinan Merbok akan berubah selepas balik mengaji di luar negara. Pak Tuan jgn lupa bawa kamera, boleh la masuk buletin. Tangkap gambar kesemua 40 orang yang nak p tu. Pastu buat website UMNO Merbok. Buh gambar yang nak pi ni dan yang dah pi selepas pemilihan dulu. Bawa Badrul sekali, kesian dia.
To Anonymous #2
Teori RAHMAN atau lain tak penting. Yang penting PM dari orang Melayu. U ni rasa-rasa tak pernah jadi KETUA, kalau pernah jadi ketua akai lain sikit.
Sedar tak? Jika suara Melayu kurang dan suara kafir 2/3 di Parlimen walaupun pada ketika itu AL-JUBURI jadi PM, segala yang ada dalam perlembagaan persekutuan boleh di ubah. Termasuk Agama Islam tidak jadi agama persekutuan dan hak-hak Istimewa orang Melayu boleh di tiadakan.
Setakat 52 tahun dah UMNO berjaya mempertahan ini dari berlaku.
UMNO yang meletakan agama Islam sebagai agama persekutuan. Bukan parti lain.
Baca sedikit sejarah PKM. Ada persamaan dengan PKR. Carilah, pasti jumpa persamaan.
ape saje la si pompan gile ni merapu?
ReplyDeletetk yah tunggu kafirun jadi PM... mlayu islam yg duk memerintah 50thn la ni pun dah jual mlayu n islam..kui kui kui. tak caya ker..?
ReplyDeletesatu lagi bukti yg umno akan reput apabila DS Nizar mng dalam kes mahkamah untuk tentukan beliau adalah menteri besar yg sah.
ReplyDeletehttp://speakforperak.blogspot.com/2009/05/keputusan-mahkamah-tinggi-nizar-mb.html
http://politikbanjar.blogspot.com/
Mantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.
ReplyDeleteMummy,
ReplyDeleteMerbok kechoh lagi ! En Harun Mat Setiausaha Bahagian/kroni Tajul Urus letak jawatan secara tiba tiba dan mengejut.
Ada berita mengatakan yang beliau ada banyak hutang yang tak mampu dijelaskan akibat terlalu banyak pinjam kat bank.Dan ada maklumat yang sahih mengatakan beliau tak boleh tanda tangan sebarang cek,mungkin telah kena black list atau dah di isthirar muflis.
Tapi beliau masih memegang jawatan Ketua Cawangan Kampung Belau,aneh !tolong semak betul ka maklumat ini.
Yang paling best sekali Mamak BOROI Ramli Karim telah dilantik sebagai SU Bahagian yang baru menggantikan Harun,HANCUS LA BAHAGIAN MERBOK.Tak percaya tanya AJK Bahagian dan Ketua ketua Cawangan.
"Awas,akar umbi UMNO akan reput".
ReplyDeleteperingatan yang cukup penting kepada survival UMNO dan kelangsungan perjuangan bangsa melayu dan islam.
puak PKR@PR tidak berapa gemar bila ada orang melayu yang memberi ingatan seumpama ini.
keadaan ini didorong dengan keujudan PKR@PR yang bukan didasarkan atas perjuangan akar umbi dalam membina bangsa dan agama,tetapi atas dorongan kepentingan peribadi individu tertentu.
keujudan PKR@PR bukan berasaskan akar dan umbi,tetapi berdiri dengan batang tiang smata-mata,macam tiang letrik,yang mana apabila tarikh luputnya sampai (meminjam kata-kata Dato A.Samad Said)akhirnya pangkalnya akan berkarat,mereput dan akan tumbang menyembah bumi untuk direcycle sebagai besi buruk.
declaration mahkamah yang memihak kapada DS Nizar membuktikan tuduhan liar PKR@PR terhadap ketidak adilan mahkamah terbukti tuduhan tidak bertamadun dan didorong emosi semata-mata.
penerimaan UMNO terhadap keputusan ini juga membuktikan bahawasanya pihak kerajaan sentiasa mendokong prinsip kepercayaan kebebasan badan kehakiman negara kita sepenunya dan memandang tinggi kedaulatan undang-undang.Bukannya berundur ribuan tahun kebelakang dengan menggunakan undang-undang kancil dan singa (undang2 satwa rimba).
UMNO tidak pernah panik dalam menghadapi sebarang kemungkinan,ancaman dan cabaran.Usia lebih enam puluh tahun telah cukup matang dalam mengolah segala pahit maung demi memayungi umat melayu sampai bila-bila.
PKR@PR tak perlulah terlalu yakin,umat melayu akan berdiri membentengi parti karamat ini sekiranya UMNO disakiti.
anak bajau,
ReplyDeletesememangnya keputusan mahkamah sepatutnya adil samada berpihak kepada umno mahupon PR.
cuba kaji bagaimana kes untuk mengisytiharkan siapa menter besar perak yg sah boleh timbul?
bagaimana MB perak boleh menjadi 2?
apakah yg baru dipilih itu haram / halal sbg MB perak yg sah?
MB yg manakah dipilih melalui pilihanraya dan yg manakah bukan menerisu pilihan raya?
masalah adil tidak adil tidak akan dipertikaikan jika ketelusan dan keadilan berlandaskan undang2 yg sedia ada dipatuhi. penyampaian maklumat yg benar disekat menerusi media massa perdana dan berpara yg salah disampaikan tiada ketelusan.
siapa yg memerintah sehingga Malaysia menjadi begini? apakah pihak yg tidak mempunyai kuasa keatas pusat mampu berbuat begini?
Ini lah ketidakadilan yg dilihat oleh rakyat.
Sekiranya berita2 sahih disapaikan oleh media massa melalui arus perdana mereka, kesan reput yg sedia ada lebih parah masakan bernanah dari apa yg ada sekarang.
Bukan sekadar mereput malah pupus dan lesap hilangnya. Perjuangan melayu yg mengaku islam tidak seharusnya meletakkan perjuangan bangsa melebihi agama mahupun setaraf dgn agama. Malahan Perjuangan Melayu Islam, Cina Islam, India Islam dan lain2 etnik yg beragama Islam wajib berlandaskan perjuangan Islam melebihi yg lain. Tiada apa pada bangsa sekiranya agama tergadai.
apa yg berlaku dlm politik negara sekarang adalah titik mula kejatuhan bangsa melayu jika tidak di bendung dgn sebaik mungkin....mencari kesalahan tidak sampai kemana.....cari jln penyelesaian..baik melayu umno,melayu pas atau melayu dlm pkr...yg mustahaknya ketuanan melayu dijaga dan dihormati kaum lain........bagi pemimpin dlm umno di semua peringkat yg dah lama dan tak berupayaan berilah laluan kepada anak muda yg mempunyai jati diri melayu yg tinggi dan disukai ramai dan rakyat dgn idea2 semasa.......TAHNIAH pada HARUN SU bahagian MERBOK kerana tahu keupayaan dan letak jawatan..dengar kata AJK bhg MERBOK semuanya yg senior dan dah PENCEN......DENGAN senerio politik semasa yg perlukan kekuatan metal dan fizikal yg tinggi harap yg tua2 tu eloklah ikut jejak HARUN dan bagi peluang anak muda MERBOK kembalikan keyakinan rakyat dan sokong umno......Dato ketua bahagian tu biarlah dia syoook sendiri..........
ReplyDeleteDok kalut buat apa pasai Bhg.Merbok lagi dah...?,xlama lagi, bukan Merbok saja yang nak berkubur malah semua satu Malaysia nak ditawan dah....itulah akibatnya,bila prisip perjuangan kepentingan diri diperjuangkan.Biarkan anak bangsa dipijak tanpa dibela oleh mereka yang bertopengkan kemelayuan,Apabila melayu tidak yakin lagi dengan melayu maka melayulah yang menghilangkan melayu daripada sejarah perjuangan.Melayulah yang sanggup kehilangan nyawa demi menentang anasir 'KOMUNIS',meninggalkan anak isteri yang tak berharta hidup dalam terkapai-kapai untuk meneruskan kehidupan.Sedih,pilu,geram dan hampa akhirnya matilah beragan.
ReplyDeletepercayalah..orang melayu masih perlukan umno untuk membela mereka..geng pakatan rakyat yang rakus sudah pasti takkan mampu bantu orang melayu..
ReplyDeletekabarnya din dagu dah hantar borang masuk pas.... askar pencen (mejar anuar) hantar borang nak masuk balik amno... nak jilat pungkok tajul balik ka mejor?
ReplyDeleteKalau jaga Islam kenapa roboh rumah orang Islam (Kg Berembang sebagai contoh!), kenapa roboh/rampas surau!! (banyak contoh), kenapa buang Mufti (Ingat tak Allahyarham Datuk Ishak Baharom!!, kenapa bunuh orang Islam (ingat tak peristiwa Memali dan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya!)dan kenapa ambik tanah sekolah ugama Islam (Sekolah Ugama Lembah Jaya Selatan, Ampang!!). Jadi memang patut pun akar tu reput dan pokok tu tumbang. Orang yang buta mata hati sahaja yang tidak nampak perkara ini. Oh ya agak-agak berapa ramai orang Islam /Melayu yang tidak boleh menulis surat dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi. Itu polisi siapa tu?. Lagi cepat Umno jadi pembangkang lagi bagus.
ReplyDelete