Thursday, July 23, 2009

NIzar tiup lilin Happy Birthday bukan pegang lilin

SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri M:ohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

KOMEN:
Hanya yang berilmu dan arif berhak komen isu ini.

23 comments:

  1. Salam Mummy Riokiah yang dihormati

    sudah banyak posting dibuat atas tajuk nizar ni dan sudah pelbagai nas al quraan dan hadith sudah diberikan tetapi sedih masih ada yang nak menidakkan kemungkaran nizar...

    contohnya Mummy sendiri yang mengatakan nizar menyalakan lilin birthday...

    adakah ini satu gurauan dalam masyarakat kita menghadapi fitnah

    salam

    ReplyDelete
  2. Salaaam Cik Kiah...

    ni haa saya paste kan utk persoalan syak dari dalam kepala tu...

    ISU memegang lilin oleh YAB Nizar sewaktu menghadiri majlis penghormatan ke atas Mendiang Beng Hock nampaknya seolah-olah menjadi isu besar melebihi dari isu bertafakkur dan kalungan bunga kepada patung Tugu Kebangsaan. Ini adalah kerana personaliti YAB Nizar selaku MB Perak yang dipilih oleh rakyat itu. Beliau adalah pemimpin Pas, oleh kerana itu tindakan beliau sentiasa menjadi perhatian dan tentunya pihak lawan ternanti-nanti apakah kesilapan yang akan dilakukan oleh YAB Nizar. Hatta, pada saya jika beliau tidak tersengaja terkentut di khalayak ramai, pastinya Zambry atau pemimpin Umno serta merta akan meminta Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' hukum di atas kelakuannya itu.

    Saya ingin mengulas sedikit tentang kenyataan Dewan Ulamak Pas berkaitan isu memegang lilin oleh YAB Nizar. Kenyataan tersebut boleh dibaca di sini. Dewan Ulamak menyatakan bahawa sewajarnya YAB Nizar tidak menghadiri majlis penghormatan ke atas mendiang berkenaan memandangkan majlis tersebut `meragukan' samada ianya majlis ibadat ugama Mendiang atau pun tidak. Di dalam Islam, sekiranya terdapat perkara yang meragukan, maka lebih baik ditinggalkan. Saya bersetuju dengan pandangan Dewan Ulamak Pas tersebut kerana itulah yang diajar oleh Islam.

    Cuma, saya tidak bersetuju Dewan Ulamak Pas memberi pendapat bahawa YAB Nizar tidak perlu hadir ke majlis berkenaan. Pada pendapat saya, samada majlis tersebut mendatangkan keraguan atau tidak, hanya boleh ditentukan oleh YAB Nizar sendiri setelah beliau meneliti program dan aturcara majlis berkenaan. Sekiranya YAB Nizar yakin bahawa tiada sedikit pun keraguan di dalam majlis berkenaan, maka hukum yang dinyatakan oleh Dewan Ulamak Pas tersebut tidak terpakai kepada YAB Nizar. Saya merasakan, mungkin YAB Nizar lebih yakin bahawa majlis tersebut adalah majlis penghormatan mengikut adat semata-mata tiada kena mengena dengan `rukun' ibadat ugama Mendiang. Kita sebagai umat Melayu pun penuh dengan adat istiadat, begitu juga dengan kaum lain.

    Tetapi, seandainya YAB Nizar mengetahui bahawa memegang lilin seperti yang beliau lakukan itu adalah salah satu dari upacara keagamaan Mendiang, tentunya saya bersetuju bahawa YAB Nizar telah melakukan satu kesalahan dan beliau wajib bertaubat. Justeru itu, di masa-masa akan datang setiap pemimpin atau sesiapa sahaja yang berugama Islam ingin menghadiri satu-satu majlis yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang bukan berugama Islam, hendaklah terlebih dahulu mengkaji dan bertanya samada majlis tersebut merupakan satu majlis keagamaan atau pun tidak.

    Walau bagaimanapun, saya musykil dengan teguran dari beberapa pihak terutamanya dari pemimpin Umno dan juga Mufti Perak tentang isu ini. Adakah ianya lahir dari keikhlasan untuk memperbetulkan? Jika lahir dengan ikhlas untuk memperbetulkan, mengapa sekian lama Umno memerintah masih terdapat perkara yang jauh lebih besar dilakukan oleh Umno dan kerajaan yang bertentangan dengan Islam? Bagaimana dengan Akta zalim ISA? Penghormatan kepada patung Tugu Negara? Lesen Judi? Konsert yang melalaikan seperti `Jom Hebuh'? Hubungan seorang menteri kabinet dengan Israel? Rancangan TV yang menampilkan aksi yang tidak sopan dan menyalahi syarak? Penentang terhadap hudud? Bahkan, di Perak sendiri rampasan kuasa ternyata menyalahi prinsip demokrasi dan hukum.

    Itulah sebabnya kita meragukan sebarang kenyataan oleh pimpinan Umno dan Mufti Perak tentang apa jua isu berkaitan Islam. Pandangan dan kritikan mereka berpilih, dan mereka hanya mahukan PAS melaksanakan Islam seratus peratus sedangkan mereka yang memerintah tetap berpegang kepada sistem sekular

    WFAUZDIN NS
    http://kakicilok.blogspot.com/2009/07/dewan-ulamak-pas-betul-nizar-pun-betul.html

    ReplyDelete
  3. KALAU TAK TAHU TENTANG KRISITIAN, JANGAN CAKAPLAH TUAN MUFTI.....JIKA TUAN MUFTI BOLEH TUNJUK SATU BUKTI DI DALAM KITAB INJIL YANG MEMPUNYAI PEMEGANGAN LILIN, SAYA AKAN RESPEK TUAN MUFTI.....TETAPI TIDAK PERNAH DISEBUT PUN DALAM AGAMA KRISTIAN MENGENAI PEMEGANGAN LILIN.....JIKA LILIN MENGGAMBARKAN AGAMA KRISTIAN, MENGAPAKAH KITA KATAKAN BAHAWA "GURU ADALAH LILIN"??????

    LILIN HANYA MENGGAMBARKAN TANDA HORMAT DAN PENGORBANAN SAHAJA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN AGAMA KRISTIAN!!!!!!!


    KALAU BOLEH, BUKALAH KITAB INJIL DAN BUKTIKAN NIZAR SALAH, KALAU TAK BOLEH BUKTIKAN, TUTP MULUT ANDA!!!!

    ReplyDelete
  4. depa ni mana2 pun bolih . pada mereka tiada halal dan haram , semua betul . kalau org lain ada halal haramnya .kalau ada fatwa pun lebih menjurus kepada kepentingan politik - maknanya agama no.2 politik no.1

    ReplyDelete
  5. aikk yg pak lah kalung bunga kt tugu negara tu ape citer ye mummy? ade ilmu mcm mufti pun jd alat bn nk wat ape mummy?? rakyat tk respek..hahaha..la ni mufti dh perjuang melayu..bkn penegak Islam..bile kene tang bn ..mufti nyorok..hahaha..

    ReplyDelete
  6. kalau dah salah tu ngaku aje laaa....baru org respekk....jgn nak tegakkan benang basah.

    baru jadi bekas MB tak sampai setaun dah kerekkk semacam, belum jadi PM lagi..???

    jadi PM sok ....babi pun boleh makan agaknyaaa laaaaa......bukan fitnah tou....agak2nya laaaa

    ismail

    ReplyDelete
  7. anon 7.54, BAIKLAH, KENAPA NICKY AJIS KATA BILA SAIFUL PEGANG QURAN DALAM MASJID DAN BERSUMPAH, KATANYA ITU ADAT KRISTIAN, SEKARANG KAU BUKTIKAN JUGAK LAH APA YANG KAU CABAR TUAN MUFTI PERAK INI.

    MUMMY, JENIS DEPA NI APA SAJA DEPA BUAT SEMUA BETUL DAN HALAL, ORANG LAIN BUAT HARAM HATTA TABLIGH PUN PAS KATA SESAT, NAK KATA APA LAGI MUMMY OI

    KAPLA JINGGA LA WEI!

    ReplyDelete
  8. Tengok menteri pertahanan kaum lembut,salam dgn pemimpin yahudi.Mufti umno diam sebab dpt pingat Tan Seri.Pegang lilin salah disi ugama islam rasuh ,bunuh merompak duit rakyat(Khir)tak salah sebab merompak cara mulia fatwa mufti umno.Mufti 2x5je dgn pemimpin umno,

    ReplyDelete
  9. kalau mahu di panjangkan masalah
    ini .kalau buleh anjurkan depat
    terbuka di antara samahah mufti perak dgn ketua dewan ulama pas.
    habis cerita. satu lagi apa fatwa samahah mufti perak salam/perundin
    gan menteri pertahanan malaysia dgn natanyaho zionis pembunuh rakyat pelastine? tulung jawab.

    ReplyDelete
  10. Cuba kau orang ingat kembali cerita P Ramlee Musang Berjanggut, siapakah yang jadi musang tu

    ReplyDelete
  11. kepada anonymous,

    sebenarnya banyak amalan dalam kristian tidak terdapat dalam kitab injil dan kitab injil atau bible yang anda katakan juga ada banyak versi. sebagai contoh dalam kitab injil versi king james, dalam old testement, salah satu dari ten commandments mengatakan " there is no god but Him" iaitu penegasan bahawa tuhan itu satu. tetapi mengapa kristian mengajarkan bahawa ada tiga tuhan dlam satu iaitu, the mother, the father and the holy ghost. nabi isa pula the son of god. ada berapa tuhan? dalam injil juga mengatakan para nabi beribadat dengan cara " they bow down" iaitu sujud tetapi mengapa dalam gereja mereka menyanyikan Hymns tidak bersujud seperti salah satu rukun sembahyang Islam. ada banyak lagi cerita nabi dalam injil yang tidak selaras dengan kenabian contohnya nabi isa memarahi siti mariam didepan kawan-kawannya. itu bukan akhlak nabi memarahi ibunya yang sepatutnya dihormati. Apa yang saya nak tunjukkan, bukan semua amalan yang dibuat kristian kini ada dalam kitab injil. itu belum lagi cerita kitab injil versi lain lagi. kalau ada 102 churches, how many version are there exist today?

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera Mummy,
    Saya ni tak ada ilmu. Jadi tak ada hak saya nak komen.
    Bagaimanapun, saya yakin dan percaya dengan pendapat Tuan Mufti Perak tu.
    Diapun dah berusia. Takkan dia sanggup berkata salah walaupun benar. Dan begitu juga sebaliknya.
    Nak kata mereka yg komen tu taksubpun, saya tak begitu faham apa itu taksub mengikut fahaman Islam.
    Walaupun saya tak ada ilmu tetapi saya tak sanggup diperbodoh oleh emosi dan pahaman sempit kerana politik.

    ReplyDelete
  13. to anonymous,
    one more thing, guru adalah lilin adalah perumpamaan dimana menyatakan bahawa guru seperti lilin yang mengorbankan dirinya untuk memberi ilmu kepada orang lain. kejahilan dianggap sebagai kegelapan, pengetahuan dianggap sebagai cahaya.
    Lain rasanya dari sebab si Nizar tu rasanya. ehehehe

    ReplyDelete
  14. Kalau kome dah tak mau guna kata ulama,.. kome tu ulamak ke? Bior le ulamak buat fatwa.Kalau ada ulamak lain yang berbeza pendapat ,itu kan 'rahmat'dalam agama yang kita cintai ini.Deme tu cakap bersandarkan nas.Kita ni asyik asyik bersandarkan kepentingan kepartian. Kaedah usul fiqh dah jelas "dalilun lil muqallid,al mujtahid.wa dalilun lil mujtahid an nusus".

    ReplyDelete
  15. Salam kak kiah,

    malaysia sudah jadi short circuit.
    manusia sudah maju ke depan kita pulak cakap pasal lilin.
    esok kita haramkan lilin senang cerita. Apalah nanti nak jadi dengan orang Malaysia,kesian anak cucu saya.

    ReplyDelete
  16. one man's meat is another man's poison..inilah Melayu mementingkan benda yang remeh,meremehkan benda yang penting..ok la katakan pasang lilin untuk peringati orang mati salah,tu yang orang ramai sambut harijadi,tiup lilin lepas tu 'make wisht' amalan orang kapir kristian kan?Tugu negara yang tiap2 tahun orang duk agungkan macam menyembah camana?korang semua memang hipokrit la..

    ReplyDelete
  17. Salam Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

    Untuk mereka yang meremehkan isu ini, saya ingin bertanya: Apakah yang membezakan umat Islam dan agama lain? Apa intipati yang dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w.? Apakah maknanya disebalik syahadah kita? Apakah perkara yang boleh membatalkan syahadah kita?

    Menyalakan lilin untuk menerangi kegelapan dan menyalakan lilin untuk upacara pengkebumian dari segi hakikatnya tidak sama. Dalam kebatilan umat Melayu Islam sebelum ini, kita menggunakan kemenyan dalam banyak perkara termasuk kematian. Rupanya dari segi hakikat ianya memanggil JIN. Kemenyan adalah makanan JIN. Umat Nabi Muhammad adalah ditegah meminta pertolongan JIN kerana ianya bakal membatalkan akidah. Setelah kita tahu, kita kini tidak lagi menggunakannya.Hakikatnya sama dengan lilin untuk tujuan ritual seperti ini. Lilin adalah salah satu cara memanggil JIN. Begitu juga dengan ritual YOGA yang diharamkan.

    Apa yang haram, jika dibuat, sendiri tanggung dosanya. Apa yang bakal membatalkan akidah, jika dibuat, kita mungkin tidak sedar kita tiada lagi dalam beriman. Sebagai umat Nabi Muhammad adalah satu kewajipan untuk kita mengingatkan rakan kita yang hampir atau sudah tergelincir ataupun mereka yang tiada dalam Iman, Islam ataupun Ihsan akan risalah iman yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Kerana itu adalah pokok bezanya antara umat Islam yang beriman dan agama lain.

    Al-Quran telah dengan jelas menyatakan bahawa, kandungan dalam kitab Nabi Isa telah diubah-ubah. Apa perlunya kita menjustifikasikan perbuatan kita dengan kita yang berubah-ubah ini? Tidakkah ini membatalkan iman kita dengan tidak mempercayai kepada kandungan Al-Quran dan janji Allah untuk memelihara kandungannya?

    Tidakkah anda ketahui bahawa ajaran Kristian pada hari ini diasaskan 200 tahun selepas diangkatnya Nabi Isa ke langit dan kemudian dipopularkan oleh Constantine sebagai alat untuk menyatukan Roman. Tidakkah anda ketahui bahawa Salib itu tiada dalam ajaran Nabi Isa dan ianya direka selepas itu. Siapakah yang terlibat dalam helah halus ini? Kalau ianya tidak melibatkan perjanjian antara manusia dan JIN/Syaitan, umat manusia tidak akan terpesong sebegini jauhnya. Sebab itu wujudnya ritual yang melibatkan lilin atau penyalaan api dalam semua agama melainkan agama yang diredhai Allah. Jika terjumpa, itu pasti melibatkan JIN dan aktiviti itu perlu diperhalusi.

    Sehubungan dengan itu, saya menyeru, mereka yang terlanjur dalam berbahas perkara ini, perbetulkan syahadah anda sekali lagi dan bertekad jangan diulangi semula.

    Sekiranya anda tidak percaya atau merasakan ianya perkara remeh, saya berdoa kepada Allah agar membukakan mata, akal dan hati untuk kembali di atas jalan yang lurus dan benar yang dikehendaki Allah sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Fatihah. Amin

    Sekian. Wassalam.

    ReplyDelete
  18. si mummy dan si nizar ni bukan ada akai.

    ReplyDelete
  19. Salam Mumy,

    Blues75 tu mie budak lagi kot.Dia nak jadi Ustaz blues macam dalam UMNO yang menghalalkan sebarang tindakan partinya walaupun bertentangan dengan Islam. Penyakit ini dah merebak kepada PAS juga rupanya.

    Yang dia dok kata ISA kejam dia tau ka macam mana ISA tu. Dia bacak a undang-undag tersebut. Kalau macam tu saya kata Akta Dadah Merbahaya juga kejam kerana hukum bunuh orang mengedar dadah. Anak dan bini dia ditinggalkan , sapa nak jaga.Patong tokong Siam yang tertinggi di Asia banyak berada di Kelantan jadi kejam lah Kelantan kerana membiar agama lain berkembang di Kelantan.

    Hang tau ka.. puak yang ditahan ISA tu buat apa. Hang bukan tau hang kanyak lagi.. Yang tau jadi pak turut saja.....

    ReplyDelete
  20. Bila Mufti nak kelaurkan fatwa pasal bini-bini raja tak pakai tudung?
    Kenaa tak keluarkan fatwa golongan munafik orang yang kejap pakai kejap bukak ikut suka depa???
    Adakah suami mereka ini dikira dayus membiarkan aurat bini di lihat dan didewa-dewakan???
    Apa Mufti takut ker???

    ReplyDelete
  21. Pasal bini raja xpkai tudung xpyh fatwa la. Semua org tau haram. Tp kalau suami da suruh pakai dia xnk juga,suami dah lepas dosa. Yg pasal tugu pula. Mufti patut buat fatwa melarang. Jangan pilih bulu. Pasal nizar. Benda tu meragukan baik jgn buat.
    -anti taksub.

    ReplyDelete
  22. najib nyala lampu hindu tak pa pulak

    ReplyDelete
  23. najib nyalakan api pelita..klik sini http://kerajaanrakyat.com/?p=7234

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.