Wednesday, August 26, 2009

Sultan Kedah menterjemahkan kuasa Raja-Raja Melayu

Pembangkang tunggu keputusan Sultan Kedah
ALOR SETAR 25 Ogos - Pakatan pembangkang tidak akan membincangkan mengenai calon pengganti Mohd. Radzhi Salleh sebagai Exco kerajaan negeri sehingga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memutuskan mengenai status jawatan itu.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kasim berkata, meskipun portfolio yang disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu merupakan kuota bagi wakil rakyat daripada parti berkenaan, namun sebarang perbincangan tidak boleh mendahului keputusan Sultan Kedah.

Katanya, jika Tuanku Abdul Halim berkenan dengan permohonan melucutkan Mohd. Radzhi daripada jawatannya, baru pihaknya boleh berbincang dengan Menteri Besar mengenai calon pengganti.

"Kita tidak boleh mengambil sebarang keputusan selagi Tuanku Abdul Halim tidak memberikan jawapan kerana kedudukan Mohd. Radzhi sebagai Exco negeri bergantung kepada pertimbangan Sultan Kedah. "Perlu melihat keputusan Tuanku dan selepas itu baru boleh berbincang mengenai langkah seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menghadap Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd. Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco. Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan negeri bukan lagi mewakili komponen pakatan pembangkang di negeri ini.

(Utusan Malaysia 26/8/2009)

AS I SEE IT :
Sepanjang yang diketahui Sultan Kedah merupakan salah seorang Sultan yang cukup "senior" di kalangan Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu yang lain. Beliau merupakan seorang yang berhemah, penuh santun, tertib dan mempunyai aura yang tinggi.

Menurut rakan yang pernah berkhidmat dalam istana, katanya Sultan Kedah seorang Sultan yang cukup berdisiplin dengan datang ke pejabat mengikut waktu pejabat dan sentiasa berada di pejabat jika beliau tidak ke luar negara.

Apatah lagi sepanjang perkhidmatan beliau, beliau tidak pernah langsung mencampuri urusan politik.

Walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini baginda seperti kelihatan sedikit gusar dan bimbang tentang perjalanan pentadbiran baru di bawah Pakatan Rakyat dan PAS Kedah. Ini jelas apabila kebimbangan tersebut diterjemahkan dalam titah baginda ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman 18 ogos yang lepas.

Dimana titah baginda, perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan sesuatu yang dianggap suci dan tidak harus dipersoalkan bagi menjamin kerukunan negara.

Sehubungan itu adalah tidak mustahil jika baginda mengekalkan YB Razhi Salleh sebagai Exco atau Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Kerana jawatan tersebut merupakan jawatan penting kepada Kerajaan negeri Kedah Darul Aman untuk menjaga industri pelancongan khasnya di Langkawi.

Mungkin juga Tuanku was-was kewibawaan dan keliberalan Pak Lebai-Pak Lebai PAS untuk menarik lebih ramai pelancung ke negeri Kedah dan Langkawi khasnya. Ini kerana jika mereka tidak bijak dengan mengenakan dasar-dasar ”tertutup dalam jubah” pastinya pelancong akan lari.

Sepertimana mereka mengambil-alih Kulim Hitech Park yang dahulunya diterajui oleh Dato' Shukri Tajuddin seorang CEO berwibawa dengan meletakkan penyokong mereka yang tidak berpengalaman kini Kulim Hitech Park menjadi usang, sugul dan masai.

Apapun genggaman keputusan untuk mengugurkan atau tidak YB Radhi Salleh yang berada dalam tangan baginda adalah terjemahan kuasa baginda dalam ertikata lain Kuasa Raja-Raja Melayu.

PR dan PAS Kedah pasti akan menunggu buah yang tidak gugur, jika mereka tidak cerdik dan hilang kewarasan mereka akan menjolok buah tersebut.

15 comments:

  1. ORG PR
    (Kalau Mami seorang yg Budiman sila siarkan komen saya)

    Kalaulah keputusan Sultan tidak mengikut kehendak pandangan majoriti rakyat dan roh pelembagaan negara. maka ini akan membuatkan maruah dan martabat serta kebijaksanaan sultan akan terus dipertikaikan.Ini adalah bercanggah dengan prinsip Tuanku Sultan yang mahu rakyat tidak mempersoalkan kontrak sosial yg secara tidak langsun Tuanku sendiri adalah seorang sultan yg menghormati perlembagaan. Oleh itu tindakan yang akan diambil oleh tuanku akan memenuhi kehendak dan selaras dengan prinsip beliau.

    Oleh itu saya yakin apa telaah mami akan meleset.

    Daulat Tuaku
    semoga Tuaku diberikan kekuatan Oleh Allah SWT untuk memutuskan bagi pihak rakyat LUNAS.

    TAKBIR, ALLAH HU AKBAR.

    ReplyDelete
  2. salah tu saudara PR..Take Beer!baru betul!

    ReplyDelete
  3. salam mummy...saya harap selepas ini tiada lagi manusia dn insan yang akan mempermainkan lagi laungan takbir tersebut...jangan menyamakan laungan agung tersebut dengan sesuatu yang dianggap kotor serta hina...harap2 dpt dijadikan iktibar...

    ReplyDelete
  4. kah kah kelantan tertutup juga dalam jubah pak lebai ya mami, bukan tertutup dalam minda dan jubah mami ka

    ReplyDelete
  5. http://shalehudin.blogspot.com/2009/08/menyemai-angin-badai-dituai-selamat.html

    Sultan Kedah perkenan lucut jawatan Mohd Radzhi: MB

    ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, berkenan melucutkan jawatan Exco Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radzhi Salleh, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abd Razak.

    Azizan berkata, Sultan Abdul Halim turut berkenan melantik Adun Kulim, Lim Soo Nee, sebagai pengganti Mohd Radzhi bagi jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat Dan Sumber Tenaga Manusia.

    ReplyDelete
  6. Hello org PR,Sultan tahu apa yang baik atau pun buruk demi kebaikan negerinya sendiri bukan mengikut membabi buta mcm orang2 PAKATAN ROSAK dan PARTI AJARAN SESAT....

    ReplyDelete
  7. Ya jangan dimainkan laungan takbir dengan kalimat yang lain. Dikhuatiri kelak orang yang memainkan kesucian takbir mislannya dengan mempersendaknanya dengan "take beer" mendapat padah ketelanjuran kata katanya.
    Najib pun dah menyuruh Kartika Sari memohon rayan terhadap hukuman rotan kepadanya. Jadi hormatilah sikit pandangan Najib tu, wahai Anonymous 12.42pm.

    Sultan Kedah sebagai Sultan yang terkanan dan berhemah tinggi, akan tetap mempertahankan konsep Sultan berpelembagaan, bukan Sultan beraja di mata, bersultan di hati. pastinya kehendak dan realiti politik semasa akan baginda patuhi.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  8. Kesultanan Kedah satunya yang tertua di Negara ini. Bermacam rupa, kulit dan penjajahan yang telah mereka tempuhi.

    Adalah tanggungjawab Baginda Sultan untuk memastikan Negeri Kedah terpelihara untuk selama lamanya.

    Saya pasti Sultan akan telitikan perkara ini dengan bijaksana supaya kes seperti Aney Bukit Selambau tidak lagi akan mencemarkan Negeri nama baik Negeri ini.

    BakaqKapoq

    ReplyDelete
  9. aku harap keputusan yang bakal di putuskan oleh Tuanku akan dapat diterima oleh semua pihak.Keputusan yg dibuat semestinya baik utk semua rakyat dan tidak mengira apa jenis parti sekalipun.Aku tak mahu trajedi seperti di Perak berlaku di Kedah.Kalau kita sendiri tidak menghormati kedaulatan raja-raja kita..siapa lagi..

    ReplyDelete
  10. salam mummy..saya harap selepas ini tida lagi manusia dn insan yang buat SYRUGA NERAKA MACAM HARTA PERIBADI ..harap2 dpt dijadikan iktibar..

    ReplyDelete
  11. Pada saya DYMM Sultan Kedah adalah diantara Raja yang benar benar amat arif dengan peranan nya sebagai Ketua Negeri.

    Cerita dan anggapan mummy dengar bahawa Baginda tidak begitu selesa dengan Kerajaaan Negeri adalah tidak tepat.

    DYMM Sultan Kedah memang benar benar menterjemahkan kuasa dan peraturan undang undang negeri Kedah. Baginda amat faham akan realiti bernegara diMalaysia.

    Saya amat yakin Radhi Salleh digugurkan dan DYMM akan bersetuju.

    ReplyDelete
  12. astaga..pe la org umno ni menyalahguna perkataan takbir..ni la dia..da telalu bijak barangkali..sampai sanggup meneliti dan mengkaji smpai begitu skali..

    ReplyDelete
  13. Jangan lah marah kepada yang menggunakan perkataan take beer. Sememangnya orang yang menggunakan perkataan itu orang kafir. Cuma kita haram lah guna perkataan itu. Orang bukan islam biarlah dia.....

    shhhhh

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.