Wednesday, August 12, 2009

Tarik balik Darjah Kebesaran yang diberi kepada Anwar Ibrahim

Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.

Sultan Perak menegaskan, negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Titah baginda, jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.

AS I SEE IT:
Jika United MALAYS National Organisation (UMNO) mempunyai bukti yang kukuh dan mendapati Anwar Ibrahim pengkhianat kepada BANGSA MELAYU seharusnya mereka mendesak RAJA-RAJA MELAYU menarik balik segala darjah dan pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim.

Penganugerahan darjah-darjah kebesaran ini adalah satu penganugerahan yang tertinggi Raja-Raja Melayu kepada sesiapa yang terbukti banyak berjasa kepada negara Malaysia ini yang dahlunya bergelar Tanah Melayu.

Pengkhianat-pengkhianat ini adalah sebaris dengan Parti Komunis Malaya, mereka tidak berhak memakai gelaran-gelaran ini kerana mereka bukannya pendamai tetapi pemusnah perpaduan yang telah lama dijalinkan.

31 comments:

  1. Salam mami....

    Saya dah lama anugerahkan Anvar ni dengan gelaran BROTHER. Untuk lebih penghormatan saya letak dihadapan nama penuh dia siap dgn berbinkan ayah dia.

    BROTHER Anvar Bin Ibrahim!!!!

    tak perlu gelaran dari sultan-sultan dan raja pun!!!!

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Mummy..tapinya cukupkah sekiranya hanya darjah kebesaran ditarik dari mamat ni..?CCZ pernah terbaca yang kerusi Anwar ada di Whit House. Itukan lebih glamour dan besar dari anugerah di negara sendiri. Mamat ni patut dibuang negara dengan kuasa Agung saja. Biar muntah darah kalau pijak bumi Melayu bukan setakat di Malaysia sahaja..

    ReplyDelete
  3. betul2..tarik balik kesemua darjah yang diberi kepada sesiapa yang disebut pengkhianat...tun abdul razak kerana membenarkan bukit dinegerinya diberi kepada tokeh judi,pulau kat johor diberi pada lee kuan yew,sumo orang umno kerana membenarkan tiga kilang arak dibina ditanah melayu..halau orang melayu yang mengharamkan tulisan jawi tetapi memegang syer dalam syrkt ark..mcm mcm lglah..

    ReplyDelete
  4. BOLEH BAWA KE KUBUR KE DARJAH KEBESARAN TU.... AGAKNYA BERGUNA KE GELARAN TU KAT PADANG MAHSYAR KELAK......

    ReplyDelete
  5. Anwar bukan pengkhianat...
    Dia tidak jual tanah Melayu Johor kepada Singapura.

    Anwar bukan pengkhianat...
    Dia tidak tidak hina sunnah Nabi yang menjadi contoh bagi Melayu Islam

    Anwar tidak khianat...
    Dia tidak hina raja-raja Melayu yang menjadi payung orang Melayu

    Anwar tidak khianat..
    Dia tidak gadai pulau Batu Putih

    Yang sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu dan Malaysia adalah UM...(sambung la sendiri)

    ReplyDelete
  6. salam.
    pada mummy anwar dilihat sebagai seorang pengkhianat, tapi pada sesetengah orang tidak.
    pada mummy titah Sultan dan UMNO semuanya setaraf perintah Tuhan, benar dan tidak ada cacat celanya, tapi pada sesetengah orang tidak.
    macam mana nak buat ni?

    ReplyDelete
  7. Iskk... cakap orang Islam... tak bawak ke mati der gelaran tu mummy oiii!!!!

    Lainlah kalau ada gelaran, kita akan trus masuk syurga tanpa dihisab... kann???

    ReplyDelete
  8. Salam mammy,

    Pingat tu biak pi lah, dah bagipun, ambik kat dia lah. Tapi kita ada tugas lebih besar untuk menyedarkan penyokong PKR agar tidak terbawa-bawa dengan adu domba Anuar ni. Tergadai Melayu akhirnya.

    ReplyDelete
  9. Salam ,
    orang yg menjual tanah melayu lah yang paling layak dipanggil PENGKIANAT BANGSA MELAYU..ADA PAHAM

    ReplyDelete
  10. Ayo yo...itu macam ke? Kenapa Anwar sorang je..?

    Mummy tak tau ke kalangan Along pun ada Dato? Pedagang dadah pun ada Dato'.

    Dato ni terlampau banyak di 1Malaysia. Kalau di perhimpunan UMNO, cuba mummy ambil seketul batu dan lambung tinggi-tinggi, tentunya akan jatuh atas kepala Dato'. Ramainya Dato.

    bagi saya title Dato tak perlu lagi sebab kalau kita kat hotel 5 bintang, boy kat situ akan melayan kita "SELAMAT DATANG TUK' OR 'TERIMA KASIH TUK'.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  11. kalau diikutkan hati memang banyak benda yang boleh di'counter' pada tuanku sultan, tapi baginda ada 'imunity' jadi patik kena jadi bisu laa..

    ReplyDelete
  12. Mummy ,

    Persoalannya adakah seseorang yang telah didapati bersalah dan di bebaskan selepas menjalani hukumannya masih layak menggunakan gelaran yang dianugerahkan kepadanya ?

    Dalam kes anwar ibrahim beliau merupakan seorang pesalah bersiri ,lepas satu sodomi,satu lagi,lepas ini mungkin ada lagi.Ini tidak termasuk kes kes yang telah digugurkan oleh Peguam Negara pada tahun 1998.

    Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang telah menganugerahkan pingat kepada anwar harus kaji semula berkenaan kes yang serupa ini.

    ReplyDelete
  13. apa yang ada sangat gelaran kat dunia ni..yang penting nawaitu kita lillahi ta'ala..puak UMNO memang gila gelaran, sebab tu berebut nak pegang macam2 jawatan dlm persatuan itu ini..nak gelaran je puak ni..keje ntah apa2.pengkhianat terhadap agama puak UMNO ni tak amik kisah sgt, tengok la ape mantan PM dan org kuat UMNO/BN menghina islam, tak takut ke geleran islam tu hilang.fikir2 kan lah

    ReplyDelete
  14. Setuju ngan Mummy! Saranan yg bagus.. perlu diambil serius! Terutama kpd 'pengkhianat2 bangsa'.. menggunakan ank2 bangsa sendiri demi kpentingan peribadi! Tidak perlu diagung2kan dan diberikan penghormatan..

    ReplyDelete
  15. Setuju dgn Mummy.. Perlu diambil serius saranan ini!.. terutama kepada 'pengkhianat bangsa' yang menggunakan anak bangsa sendiri demi kepentingan peribadi.. Tidak perlu lagi diberikan penghormatan..

    Ini kah yang dikatakan 'Pejuang Bangsa'??????????????????????? Apa yg telah diperjuangkan? selain dr isu2 peribadi dan ktidakpuasan hati nya.. Apa yg saya nampak dan 'salute' ialah AZAM nya, unt jadi pemimpin negara, PM..

    Alhamdulillah laaa.. dan bharap agar cita2 nya tidak kesampaian!.. kalau begini lah cara nya...

    ReplyDelete
  16. bawaklah ke Makhamah.... mahkamah jatuh hukum..... barulah mintak raja-raja tarik balik ye!!!

    jgnlah mendahului mahkamah pulak......

    ReplyDelete
  17. Apa pasal tak suruh tarik sama darjah NAjib ..mUHYIDIDN punn..sapa yg jual tanah kat Singapura di Johor dan bukit kat Tokey Judi??

    ReplyDelete
  18. Salam mami,

    Pada saya pangkat dan gelar tidak dapat menghilangkan pengaruh peribadi saudara Anwar Ibrahim.nama Anwar Ibrahim saja sudah cukup kuat tanpa gelar Datuk sri di depannya.

    Ramai pemimpin yang ada gelar tapi buruk perangai dan akhlaknya...Saya terkenangkan Tun Ghafar Baba..beliau menolak segala gelaran..sehinggalah beliau meninggalkan dunia politik barulah pangkat Tun di anugerahkan padanya

    Sepatutnya malaysia mengambil contoh singapura atau negara maju tentang gelar-gelaran ini..cukuplah sudah,Kita terlalu penat untuk menyebut nama gelaran yang panjang-panjang ini..

    ReplyDelete
  19. aku cuma nak tahu, duk kata pengkhianat ni, tang mana yang dia khianat? bg la contoh sikit. Jgn kita suka label org tanpa bukti. bukan nak sokong, tapi untuk keadilan

    ReplyDelete
  20. hahaha cik rokiah ni lawak le. elok juga cadangkan semua pingat KEBESARAN utk org bukan beend di tarik balik.

    pas tu cadangkan ahli amno di beri pingat ini. Mungkin depa dapat buat tambahan utk beratkan amalan mereka masa dihisab kelak.

    secara peribadi saya tak pandang pingat2 ni. sbb tu saya suka tulis nik aziz, anuar atau mahathir je.

    ReplyDelete
  21. Mummy....
    kat england kan susah nak jumpa Duke, Earls, Baron, Sir....TAPI kan kat Malaysia bersepah dengan gelaran datuk, ramai tan sri, sikit Tun.

    CCZ diatas....main cakap je
    Buang negara lah
    Muntah darah lah.
    Woii lu ni bodoh sangat lah, lu sekolah takat darjah tiga ka...dok percaya bebenda macam tu. Ini mesti asyik tengok naruto atau avatar macam adik aku 6 tahun tu.

    oleh
    Remaja-ja

    ReplyDelete
  22. Pendendam dan buruk siku betul orang UMNO ni. Pertama dia tuduh Anwar pengkhianat. Kemudian nak tarik balik gelaran kebesaran. Dengki dan zalimnya mereka. Takkan orang yang kaki bodek dan kaki jilat saja nak bagi darjah kebesaran. Kaki rasuah pun pengkhianat jugak. kalau semua perasuah kena tarik gelaran, kita takk akan ada Datuk. Tan Sri, Tun, JP, PJK, AMN dan lain lain. Sebab orang UMNO dan BN 99.9% makan suap semua.

    Sri Hartamas

    ReplyDelete
  23. wah bukan main pandainye remaja-ja kan..?nape?tak percaya tulah raja..cuba tengok nak?tak sangka dalam Malaysia ada remaja yang sangat pandai..datang dan tampil ke depan..ccz nak tengok jugak orang cerdik pandai nie..sila..

    ReplyDelete
  24. Tarik balik gelaran datuk drp. Anwar kerana dikatakan pengkhianat kpd. orang Melayu dan bagi gelaran datuk itu kepada towkay2 babi yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

    ReplyDelete
  25. Mummy,
    Jangan dok syok sendiri. Sapa yang gadai tanah orang Melayu kat Batu Uban. Dulu masa kecik, cek pi sembahyang kat masjid atas bukit mengadap pantai. Bukan main cantik masa tu. La ni dah jadi apa? Mana dia orang-orang Melayu di Jelutong dan Gelugor? Orang India boleh bangga ada Kg Buah Pala! Melayu Penang harap kat Balik Pulau, Bayan Lepas. Habis satu Pulau Melayu terlepas. Sapa yang buat tu?
    Nak habaq bagi, la ni setengah Pulau Pangkor dah beri kat YTL. Sapa bagi? Nizar ke? Tak lama lagi, Melayu kat Pangkor, hancur.
    Geng PR buat satu memorendum suruh ANWAR serah balik anugerah kat sapa yang bagi, kata terima kasih aje. Orang respect bukan pada anugerah tetapi pada kejujuran perjuangan. Ingat Mummy, BN tak akan pegang balik Penang sampai bila-bila. Duduk la rumah merpati tapi lagak pakai barang emas macam orang duduk banglow. Bukan aje kentut pun dengaq, tengah main pun orang sebelah boleh dengar. Tu pasai tahun 87 aku keluar Penang.

    ReplyDelete
  26. DARJAH KEBESARAN ANWAR IBRAHIM...
    KENAPA NAK TARIK BALK...????????
    -----------------------------------

    Ya, memang benar Anwar Ibrahim seorang pengkhianat. Anwar pengkhianat kpd UMNO !

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa rakyat ke jalanan untuk menentang kezaliman!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan orang-orang melayu betapa UMNO itu perompak khazanah negara dan penjual maruah bangsa!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berani menentang Mahathir sedangkan beliau masih mempunyai pilihan untuk menyusur arus perdana yang penuh kepincangan dan rasuah!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membongkar pelbagai rahsia pemimpin UMNO yang selama ini menyonglap hak milik rakyat.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau membawa satu revolusi terhadap pemikiran bangsa melayu bahawa orang melayu takkan hilang di dunia walaupun tanpa UMNO.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup menongkah arus sewaktu menjadi orang nombor dua negara demi menjaga kepentingan rakyat maka beliau ditendang dan diaibkan!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau sanggup dipenjara dan di ISAkan demi usahanya membanteras rasuah oleh kepimpinan utama UMNO!

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau bakal memulangkan harta rakyat yang telah menjadi mahligai-mahligai serta kekayaan pemimpin UMNO yang diluar batasan akal.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau akan mengheret pembunuh-pembunuh rakyat Malaysia yang disembunyikan oleh gerombolan UMNO.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghalang ramai pemimpin UMNO mencekik rakyat dengan projek-projek bersulam rasuah yang akhirnya merugikan harta kerajaan yang juga hak milik rakyat.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyatukan parti-parti pembangkang di bawah satu bumbung yang kukuh.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau berjaya menyedarkan bangsa Malaysia betapa kita harus bersatu menumbangkan UMNO yang penuh kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

    Anwar menjadi pengkhianat kepada UMNO kerana beliau mengorbankan usia emas beliau untuk berjuang bersama rakyat, berjuang demi kepentingan rakyat.

    Anwar memang seorang pengkhianat, tetapi pengkhianatan beliau membawa seribu manfaat terhadap rakyat bawahan supaya bangkit menuntut keadilan demi sebuah negara yang mementingkan kebajikan rakyat.

    Kesedaran tahun 1998 dan sub-klimexnya pada 2008 diterjemah dari pengkhianatan Anwar Ibrahim terhadap rejim UMNO. Ayuh bangkit menentang kezaliman ! Ayuh heret pemimpin rasuah ke medan pengadilan! Pengkhianatan yang membawa rahmat, yang menyedarkan umat!

    Anwar Ibrahim,pengkhianat UMNO!"

    TETAPI ANWAR TETAP AKAN MEMBAWA PERUBAHAN KEPADA LANSKAP POLITIK MALAYSIA,BERMULA DARI 8/3/2008...
    DAN SETERUSNYA KEARAH 2PARTY SISTEM
    SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM(P.R.U) 13
    TAHUN 2012/2013......ADAKAH ITU SATU KESALAHAN HINGGAKAN PERLU DIA
    DIHUKUM???ADAKAH KITA ORG2 MALAYSIA
    BERTAMADDUN DAN DEMOKRATIK..?????
    RAKYAT MALAYSIA,NILAI LAH SENDIRI!!

    ReplyDelete
  27. Ya aku setuju... Tarik balik semua gelaran dan gantikan dgn pingat darjah kebesaran yahudi iaitu Al-Juburi...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  28. Kelakarlah mummuy ni dah tua nyanyok ke. Semua yang dirampas tu harap bagi le kat mummy no. Ingat di akhirat esok tidak kira engkau sultan, raja , tun, tan sri dan apa-apa seri pun tak membawa apa-apa makna dan sesat semua di akhirat kecuali yang mengikut alquran dan sunnah rasul. ambil iktibar tentang kisah firaun raja segala raja betapa hinanya diakhir kehidupannya.

    ReplyDelete
  29. Salam kwn2...

    Mummy..

    Anwar sudah jelas pengkianat,patut ditarik balik darjah kebesaran dan anugerah2...

    Utk menggantikan pingat kebesaran itu Anwar sepatutnya diberi anegerah pingat "Pembelit dan Pemutar Alam".Biar rakyat dpt membezakan mana "pemimpin yg berjasa dan pemimpin pengkianat" Yg sesuai diberikan utk ANWAR ialah anugerah pingat pengkianat negara tegar.

    ReplyDelete
  30. pe la org be end ni ckp bodoh2..
    ckp ksong je..isi tarak..stkat ckp anwar yahudi la pe la,PM Mat Monggol 2 jelas2 pki khidmat org yahudi (APCO) ngn tema 1Malaysia 2..gne otak pkr..siasat..jgn jdkn "berita harian" ngn "utusan malaysia" 2 panduan..pg bkk internet bce..pas2 nilai btoi2..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.