Wednesday, September 9, 2009

DAP sedang bekerja Melayu sedang bercakaran

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.

Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mendedahkannya berkata, rekod SPR itu adalah berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.
(Utusan Online 9.9.2009)

AS I SEE IT:
Kerancakan tindakan DAP mendaftar pengundi baru adalah simptom-simpton Melayu akan ketinggalan jauh dalan PRU13 yang akan datang.

DAP sedang menangguk di air yang keruh apabila Gerakan dan MIC langsung lembab dan meninggalkan ruang lompang ini.

Kesibukan parti-parti politik Melayu bercakaran sesama mereka sehingga mereka terlupa tugas utama mereka.

Sebagai contoh UMNO Kedah sedang ghairah bercakap tentang lompat-melompat parti sejak Radhi Salleh, ADUN Lunas meninggalkan PKR.

Kerja-kerja fundumental seperti mendaftar sebanyak mungkin pengundi-pengundi baru untuk berkuasa kembali tidak mereka lakukan.

9 comments:

  1. mami,

    nampaknya umno melayu kini menjadi layu. tiada harapan andai niat hati orang umno yang penuh dengan hasrat denkinya, bercakaran sesama sendiri untuk menakluki negeri jelapang ini .Apakah mahu kita melihat generasi kita nanti di pimpin oleh bukan lagi orang melayu??

    ReplyDelete
  2. Sedih melihat kaum lain bersatu dan bukan kaum Melayu.

    Peratusan Melayu semakin berkurang, ditambah lagi dengan perpecahan kepada UMNO, PAS dan PKR.

    Kaum Melayu lebih senang bercakaran sesama sendiri daripada mencari jalan penyelesaian untuk menjadikan kaum Melayu bangsa yang kuat dan dihormati.

    ReplyDelete
  3. biasalah, hanya bekerja apabila saat sudah menjadi genting, then salahkan orang lain sebab tak sempat nak selesaikan masalah tu, biasalah, dah nak berak, baru nak cari lobang,


    Http://www.armyofhope.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Mummy,

    Betulkah orang melayu berpecah & bercakaran? Setiap kali UMNO kalah pilihanraya, setiap kali itulah isu ini ditimbulkan. Seingat saya, tidak pernah diungkit isu begini ketika UMNO menang bergaya. Saya sama sekali tidak bersetuju. Saya percaya orang melayu terutama golongan profesional sudah mula memisahkan fahaman politik dan kesatuan ummah. Tidak semestinya kita menganut fahaman yg berbeza kita perlu bermusuh.

    HD

    ReplyDelete
  5. Sebab orang melayu mana boleh tahan kalau tak ada berperang sesama sendiri.

    Sindrom aku bunuh engkau - engkau bunuh aku dah bermula sejak dari sebelum Parameswara datang ke Melaka. Itu sebab Parameswara datang ke Melaka, sebab ada orang nak bunuh dia. Adik beradik lagi.

    Sejarah Melaka juga tak habis dengan perang lawan Majapahit dan Siam (kira macam adik beradik sekampunglah juga) tetapi kawan dengan Cina, Arab, Turki dan India.

    Portugis masuk, Belanda masuk dan Inggeris masuk semua sebab perang sesama bangsa Melayu juga.

    Jadi apa nak heran, sejak kebelakangan ini, orang Melayu banyak yang berdemontrasi. Tak lama lagi akan ada Melayu perang gerila dengan Melayu dan membabitkan semua kaum. Sementara itu mana yang nak lari keluar negara eloklah buat masa ini sementara boleh.

    Dah memang darah melayu - Mesti nak mengamok.

    ReplyDelete
  6. UMNO sebok dengan 1Malaysia dan mereka terpedaya dengan iklan2 di media massa yang kononnya menunjukkan pelbagai kaum menyambut baik slogan itu.

    Zaman slogan menjadi terpenting dan terpengaruh sudah pudar sejak slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan makin berkubur dengan slogan Islam hadhari.

    Adakah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Keberkesanan Di Utamakan akan menerima nasib yang sama?

    Apakah benar, kata dibibir, sama di hati ?!!

    Rakyat sedang menilai.

    Mungkin slogan 1 Untuk Najib 1 Untuk Muhyidin (N1H1) lebih popular dari slogan slogan di atas.

    Slogan Bersih Cekap Amanah dan Malaysia Boleh di zaman Mahathir sahaja mampu betul betul dijiwai dan mempengaruhi rakyat itupun kerana Kepimpinan Melalui Tauladan.

    ReplyDelete
  7. ANNA MONTANA said...
    SAPA SALAH Mummy? RASA2NYA DARI DULU DAH SALAH..MASA KITA BAGI
    KERAKYATAN PD 1 JUTA ORANG,BILA SETUJU NK MERDEKA,BAGI,KENAPA?
    LEPAS TU ORANG KITA TAKTAU GUNA APA
    KUASA YG KITA ADA,BAGI BILANGAN DEPA BIAK2 SAMPAI SKRG 35%,LEPAS TU,NK TAROK MANA DEPA NI??KITA BIAR DEPA BUAT BIZNIS,DEPA JUGAK BLAJAR BETUL2......

    ANAK MIM KITA LEKA2,LEPAS TU KUASA EKONOMI KITA TAK KUAT(skrg 15-18%,tak smpai 30% pun!!) SEMUA DEPA BOLIH BELI,TERMASUK TAPAK RMH, KEDAI,KILANG DAN KUIL2....

    BIASALAH BILA DAH BYK DUIT,EKONOMI DAH KUAT,DEPA JADI KURANG AJAR..!
    LEPAS TU NAK BELI KUASA POLITIK..
    APA JADI PD KITA?? NANTI kita JDI
    "BAGAI MELUKUT DITEPI GANTANG" MASUK TV,HARAP NK KAYA JDI SELEBRITI MCM MAWI ATAU PROGRAM "BERSAMA MU"....SAPA YG SALAH???SELAMA 50TAHUN LEPAS???

    TPI MASIH BOLIH KITA BUAT SESUATU
    :i)REVAMP UMNO,SUPAYA LEBIH BANTU
    ORG KITE..,JGN KPD ORG2 ELITIS-UMNO AJE..ADA LGI 3JUTA MIM MCM mummy,BANG GAP DAN ANNA YG PERLU DiBANTU SMPAI EKONOMI BETUL2 KUAT...!!!

    ii)GALAKKAN ORANG2 KITA YG MACHO2 TU,KAWIN LEBIH DARI SATU,SUPAYA BIAK RAMAI2...KALAU SATU RMH 5 ANK,3 ATAU 4 RMH???KITA BOLIH,TPI DEPA TAKLEH IKUT UNDANG2....YG KAKAK2 TU,PUTERI2.. JGN MARAH2LAH,BE OPEN MINDED DEMI MASA DEPAN KITA..OK TAK mummy???KALAU TAK KITA IMPORT MIM2,MCM CA,Keling,BUAT SENYAP2
    SELUDUP DARI DULU LGI..MANA KITA TAU??BETUL TAK mummy???

    iii)KUATKAN KUASA EKONOMI KITA..!
    TGK SKRG MECD(Kem Usahawan)PUN DAH BUBAR...DLM KERAJAAN 80%MIM....
    SUDAH SMPAI MIM TOLONG MIM DLM ERTIKATA SEBENARNYA...YG DAH MAJU TOLONG YG BARU NK NAIK..KN BANG??

    iv)SURUH ORG2 KITA DAFTAR PENGUNDI TANPA LENGAH2 SUPAYA KEKUATAN POLITIK TERJAMIN..PUAK CA,DAH TUA
    NK MAMPOS PUN DAFTAR JADI PENGUNDI...TPI KITE????????

    BYK LGI YG ANNA,BOLEH CADANGKAN.
    TAPI CUKUPLAH BUAT SKRG....

    ReplyDelete
  8. senang saja nak kasi DAP,PAS dan PKR tumbang.Kasi deme menang pru 13.pasti tumbang dalam masa 6 bulan di mana kepiu sana sini. "berebut kuasa" pastu sdjust balik perlembagaan negara jadi lebih baik.satu bahasa satu bangsa satu sekolah satu negara.Tapi masa itu susah nak lihat keindahan,ketenangan dan kekayaan.yg ada pasti kesengsaraan.Teman taknaaaaaaaaak.teman rasa biolah malaysia mc sekarang.UMNO utk keamanan.

    ReplyDelete
  9. Memang melayu lembab lihat keputusan exam pmr.spm. siapa yang dapat grade tinggi yang paling ramai siapa?. Dalam PRU 13 melayu akan ketinggalan jauh selagi pemimpin UMNO tidak mahu berbaik-baik dengan ANWAR IBRAHIM inilah yang akan terjadi kepada bangsa melayu. Majoriti melayu 60% UBN tidak akan menang kerana ada perpecahan pengundi melayu dan yang tak keluar mengundi pun kaum melayu juga. 50% KE 60% Ada 110 kerusi majoriti cina 65%. dijumlahkan inilah jawapan nya> PKR 55 KERUSI DAP 55 KERUSI PAS 30 KERUSI JUMLAH NYA= 140 KERUSI KEPADA PAKATAN begitulah senario akan datang dalam PRU 13. Renungkanlah wahai kawanku

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.