Saturday, September 12, 2009

Ucapan Najib - adakah UMNO akan belajar dan sedar

"Kalau kita popular di kalangan ahli parti, kita boleh menang jawatan dalam parti tapi sama ada parti kita relevan atau tidak ialah sama ada kita boleh menang di kalangan hati rakyat untuk menyokong parti BN," katanya berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC kali ke-63 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

"Sebab itulah untuk Umno, untuk MCA, untuk MIC dan untuk parti-parti komponen yang lain jangan lupa perspektif ini, kalau kita lupa perspektif ini rakyat akan menghukum kita dalam masa pilihan raya," katanya.
(Berita Harian)

KOMEN:
Inilah hakikatnya yang berlaku kepada UMNO khasnya di kalangan pemimpin dalam negeri-negeri yang mereka kalah.

Malah ada di kalangan mereka apabila menghadapi pemilihan di dalam UMNO mereka sanggup belanja habis habisan wang dan harta mereka tetapi apabila berhadapan dalam pilihanraya mereka akan menunggu peruntukan dari Ibu Pejabat parti baru ingin menggerakkan jentera pilihanraya.

Malah yang lebih parah ada yang membelot peruntukan ini untuk digunakan sebagai modal untuk bertanding dalam pemilihan UMNO.

Mereka menang bertanding dan popular dalam pemilihan UMNO tetapi mereka tidak popular di kalangan pengundi.

6 comments:

  1. Baguslah kalau Najib dah sedar, tak guna jadi Presiden dan PM atas ehsan peralihan kuasa antara paklah dengannya, itupun atas desakan Dr.M.

    Jika di adakan perandingan, kalau Najib tak kalah pun tentulah takkan dapat kedua dua jawatan tersebut dengan mudah.

    Dan selepas menjadi Presiden dan PM yang popular kepada sebuah parti yang menjadi tulang belakang BN - Najib belum menang mana mana pilihanraya kecil, malah di era paklah, dia mengetuai jentera pilihanraya - pun tidak menang.

    Najib bercakap untuk dirinya sendiri. Sedar atau tidak - belum tentu.

    ReplyDelete
  2. UMNO kini sudah tidak seperti dulu. Pemimin yang betul-betul berjuang untuk rakyat. Jika setiap ahli UMNO faham erti pemimpin, nescaya tdak ramai yang akan berani untuk bertanding kerana tanggungjawab pemimpin amat besar.

    Diharap ucapan PM ini akan dijadikan iktibar untuk UMNO, terutama dalam menghadapi PRU13 nanti. UMNO perlu bergerak bersama kerana rakyat dan bukan lagi kerana wang.

    ReplyDelete
  3. Oh, kena popular kat sume ke?

    Sebab tu ke banayk hak MElayu dah terlepas di zaman Najib, sebab nak popular agaknye tu. Tapi sampai sekarang dah 7-1, mungkin gamaknya akan datang di Neg. 9 pun out jugak kot?

    DSN kena ingat balik, dia populer di hati Melayu / Bumiputra Semenanjung, Sabah dan Serawak ( raswa rasanya Melayu mewakili lebih kurang 70% rakyat negara ni)

    Teman rasa, ada ke lagi belen belen hak kita yang nak diserah, supaya mereka suka kat BN? Cek lah mana mana yang ada tersorok tu. Bagilah, bukan boleh bawak mati! Ia ke idok?

    Hai, apalah nasib kita ni ye!

    ReplyDelete
  4. harap-harap depa sedaqlah..tapi depa masih lagi duk fikir yang ahli yang tak ikut program depa tu tak baguih,tak sokong sepenuhya..tapi depa tak sedaq,rakyat yang tak join program depa tu lah yang duk tentukan kuasa depa,bukan ahli UMNO saja!

    ReplyDelete
  5. Baru nak sedarq ka ingat ka lama dah sedarq.....?

    ReplyDelete
  6. Pemimpin UMNO yang telah mempunyai bukti penyelewengan dan tidak bekerja bersungguh-sungguh sekadar penuhkan poket harus dibuang.

    Masalah ini bukan nya baru ... Semua negeri menghadapi masalah begini .. Oleh itu lebih baik jika Orang LAMA yang menerajui Negeri berundur dan memberi peluang kepada orang muda yang bakal menerajui Negara ...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.