Wednesday, October 7, 2009

Apakah SIS produk Islam Hadari?

Islam Hadari gema yang makin dilupakan. Bila Pak Lah mengambil pendekatan Islam Hadari tiap-tiap hari ada saja slogan Islam Hadari sehingga ada ladang lembu di utara yang menamakan Hadari Cattle Sdn Bhd sempena nama Islam Hadari.

Hari ini Islam Hadari beransur-ansur pupus dan dilupakan. Slogan tinggal slogan. Tetapi kesan dan peninggalan Islam Hadari ini ialah lahirnya beberapa NGO Islam yang liberal seperti SIS yang menjadi kudis buta umat Islam dalam negara ini.

Nampaknya Islam Hadari akan juga berkubur seperti pencetusnya Pak Lah Hj Ahmad Badawi. Pak Lah yang satu ketika dahulu diharapkan menjadi PM yang berlatar belakangkan ulama kontemprorary dapat mengubah corak politik yang syumul di negara ini telah banyak mengeciwakan masyarakat Islam negara ini.

Dasar keterbukaan yang terlalu terbuka telah memakan bukan sahaja dirinya tetapi keseluruhan umat Melayu dan Islam.

Hari ini desakkan dari NGO-NGO yang konon atas nama liberalisasi Islam ini ternyata merupakan sakit di ponggong.

Hari ini dimanakah perginya pejuang-pejuang Islam Hadari ini yang satu ketika dahulu di zaman Pak Lah begitu kuat berkokok untuk berdepan dan berhujah dengan SIS?

6 comments:

  1. Jangan tak tahu, SIS tu bermula dari zaman Che Det lagi, bukan zaman Pak Lah. Antara orang kuat SIS ialah Marina Tun M. Anak Pak Lah, saja nak joint the party je, memeriahkan suasana.

    Cuba baca blog Che Det, Hukum Tuhan, macam selari je dengan pandangan SIS

    ReplyDelete
  2. Muslimat PAS yang pelok dan menangis mempertahankan Eli Wong dengan skandal bogel lebih kurang 2x5 dengan SIS.

    ReplyDelete
  3. sebab melayu dan Muslim Malaysia lemah, ikut hukum sebab hukum taktau pun sebab apa hukum tu diturunkan. senang kate bodoh sombong.

    aku masa kecik2 takmahu bertanya bila belajar agama, rugi! sekarang ni dah terumbang ambing, alhamdullilah ceramah agama zaman sekarang dah banyak yg berbentuk perbincangan agama, ada soal dan jawab antara pendengar dan penceramah.

    bertanya tentang hukum bukanlah bererti menolak hukum seperti SIS yg pandai2 buat hukum sendiri tanpa consult ulama yg benar2 mengkaji and arif. bukan dengar satu hadis terus buat kesimpulan sendirik.

    tapi mmg di akhir zaman akan ada golongan yg mengaku Islam sebenar tapi memilih hukum-hukum yg nak diikut dan tutup sebelah mata kat hukum-hukum yg tak disenangi dgn alasan takpe.. kecik jer tu..

    same lah dgn orang yg tengah menaip ni.. hukum yg paling mudah.. melewat2kan solat. takpe.. saya solat gak per. sekian

    ReplyDelete
  4. slm,

    issue SIS ni bukan issue islam hadari atau che det. issue SIS ialah reaksi sekelompok aktivis wanita islam kepada tradisi islam pelbagai mazhab - ahli sunnah ke, wahabi ke, syiah ke, dll yang rata2 dikatakan menindas wanita.

    hujah2 depa yg pada saya masuk akai gak dan saya rasa kalau dibawa debat terkangkang gak ulamak2 sekarang nak menjawab.

    mummy jgn nak menaikan taraf dol tidoq dengan mengaitkan dia dengan masaalah komplex seperti ini, dia x ade intellectual depth nak faham pun issue ini, menguap dia.

    wslm

    ReplyDelete
  5. mereka2 yg rajin berkokok tu berani sbb ade yg backup diorang.
    sekarang ape cerite?

    ReplyDelete
  6. SIS mmg dah lama ade..
    cuma matlamat penubuhan mereka tidak jelas kerana apabila mereka membangkitkan sesuatu isu, mereka seolah-olah terpesong lantaran hanya mengikut emosi..
    malah boleh dikatankan hanya sekadar meraih popular...
    sepatutnya mereka peka dengan apa yang mereka perjuangkan sehingga tidak menyentuh isu sensitif umat Islam...
    jangan sampai ada Imam perempuan seperti di US sudah...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.