Thursday, November 5, 2009

Saranan Rosmah : jangan sampai rakyat naik termuntah dengan perangai isteri YB

(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)

SHAH ALAM 4 Nov. - Isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan suami mereka bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendekatan itu penting dan patut dipraktikkan terutama di negeri-negeri yang sedang dikuasai pakatan pembangkang.

Beliau berkata, dengan berbuat demikian, para isteri wakil rakyat akan dapat menjiwai kemahuan dan keperluan rakyat. Pada masa yang sama, katanya, mereka dapat mengatur aktiviti dan program yang relevan dengan kehendak semasa rakyat serta kumpulan sasar.

''Saya rasa pendekatan ini penting terutama di Selangor kerana melalui program-program yang memenuhi kehendak rakyat kita akan dapat mengukuhkan silaturahim antara pemimpin serta isteri mereka dengan rakyat.

''Apabila terjalin kemesraan maka wujudlah kepercayaan serta perasaan sayang terhadap pemimpin dan cara ini diharap akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.

''Saya juga minta isteri-isteri wakil rakyat agar turun padang dahulu untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan bagi mewakili suami yang mungkin terlambat kerana sibuk dengan tugas dan mesyuarat," kata beliau.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertama Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini petang ini.
(Sumber : Utusan Online 5/11/2009)
Cadangan Rosmah ini amatlah tidak praktikal. Adalah lebih baik isteri-isteri YB lebih tumpu mendidik anak-anak di rumah supaya kebahagian dan keharmonian rumah tangga YB akan menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat dan pengundi.

Hakikatnya menjaga isteri YB lebih sukar dari YB sendiri kerana kerapkali isteri-isteri YB lebih cerewet dari suami mereka sendiri sehingga rakyat-rakyat bahawahan mereka menjadi meluat dan nak termuntah dengan sikap lebih camca dari bubur.

Ada insiden di mana pernah YB sendiri dileter isterinya di hadapan rakyat kerana kesilapan kecil aturcara majlis ini pula untuk terlibat terus dalam tugas-tugas dan majlis YB.

12 comments:

  1. Satu pandangan (dari perpektif seorang wanita) yang begitu baik. Kalau saya jadi wakil rakyat, saya akan sorok isteri saya.

    ReplyDelete
  2. SALAM MUMMY...Betul tu jangan sampai rakyat naik meluat sebab perangai isteri wakil rakyat..rasanya eloklah isteri wakil rakyat buat agenda lain yang tak mengganggu tugas suami dan tak jadi kontroversi.

    ReplyDelete
  3. Tepat sekali.

    /MANTOL/

    ReplyDelete
  4. setuju sgt..nak nak kalo isteri wakil rkyat yg mcm mak datin dgn rmbut kembng bagai (habis 1 hair spay sekali pakai kot.. :P ) xyah lah...dok rmh je.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju yang amat sangat. Banyak dilihat si isteri YB lebid sudu dari kuah. mengada2 dan lebih berpolitik berbanding si YB. Ramai YB juga hilang sokongan disebabkan isteri dan ada YB juga jadi corrupt kerana nafsu keinginan si isteri..YAng dpilih rakyat adalah YB bukan isterinya.

    ReplyDelete
  6. Salam, setuju betul dgn pendapat pn mummy rokiah. YB punyai tanggungjawab memimpin rakyat dan keluarga. Buat apa rakyat terpimpin tetapi anak2 sendiri hanyut. Tidakkah YB2 tersebut merasa rugi kelak. Satu contoh yg ingin saya berikan ialah si YB Bota, Dato' Nasaruddin yang melompat-lompat tu. Isterinya terlebih sudu dari kuah. Walaupun isteri tersebut isteri muda yang tua, tetapi YB tersebut umpama mendapat anak dara muda. Isterinya macam langit dgn bumi dibandingkan dgn Dato' Siti ataupun Pn Ziela Jalil. Tetapi Dato' ni tuhan saje yg tahu. Isteri muda yg tuanya bising sana sini bila ucapan org bahagian tak meng'addresskan'nya Datin, sedangkan semua tahu (melainkan suami kelimanya tu) yg dia tak layak digelar datin. Kemudian, menyalak sana sini tak dapat diterima jadi ahli Baiduri sedangkan Baiduri yg tak terima isteri kedua selagi ada isteri pertama. Itu antara dendam kpd isteri YB Tajol (bekas MB), skrg nak memburuk2kan isteri D.S. Zambry. Hampir satu Parit dan hampir kesemua YB UMNO Perak tahu kisah isteri muda yg tua YB Bota ni. Pengaruhnya sampai Dato' Nasarudin yg dahulu begitu 'cool' boleh berubah, boleh melompat dsb. Harap2 tiada lagi kes macam arwah YB Batu Talam tu.

    ReplyDelete
  7. Ini memang perangai Rosmah Mansur. dia macam tu, dia nak semua isteri YB pun macam dia. Orang yang sokong Najib pun rasa meluat dengan sikapnya yang over, mengada-ngada dan gedik tu. Saya berdoa janganlah semua isteri YB ikut perangai dia. Ynag saya fed up tu, dia macam syok sendiri saja, tak sedar orang menyampah dengan dia.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  8. Aku pernah kerja dengan YB2 ni.
    Bini depa ada yang baik, ada yang menyampah sangat2. Terlebih camca.
    Setuju dengan pendapat Anon 2:38am
    cerita yang lebih kurang sama.
    Duduk dirumah mengasuh anak lagi baik. Jangan dok menyibuk.

    ReplyDelete
  9. Elok juga isteri isteri wakil rakyat ini turun padang dan YB kat rumah pakai skirt jaga anak menantu.

    Bagi YB perempuan pula, elok sangat laki depa turun padang pi tengok mana anak gadis sunti yang belum disunting.

    ReplyDelete
  10. datin rosmah mempunyai tujuan yg baik,hanya sahaja org2 yg tidak senang yg akan mentafsir dengan perkara sebaliknya.

    sekurang-kurangnya isteri YB BN tidak dijadikan pertaruhan macam YB2 PAS.

    ReplyDelete
  11. Salam

    Apa2 pun janganlah jadi saperti dua beranak membawa Kaldei, bawa cara mana pun semua tak betul.

    Apa kata kalau kita pakat2, kalau perempuan jaga lah suami dan keluarga baik2, kalau lelaki pula jagalah isteri dan keluarga baik2.

    Yang paling ditakuti meluat sana, meluat sini, tanpa disedari orang lain sedang meluat dan menyampah kat kita....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.