Monday, November 30, 2009

Sejuta keluarga miskin dan miskin tegar! Betul ke ni?

(Sumber Utusan 29/11/2009)
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

November lalu, sistem kupon di bawah program Subur yang sepatutnya dilaksanakan 1 Disember ini ditangguhkan bagi membolehkan senarai penerima dikemas kini.

Perkara itu diputuskan Kabinet baru-baru ini setelah timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima.Ini termasuk mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak berpuluh tahun lalu tetapi tidak layak mendapat subsidi beras.

Sejuta keluarga? Kalau di darab pukulrata empat isi rumah dalam satu keluarga ini bermakna 3 juta populasi rakyat negara ini berada dalam tahap miskin dan miskin tegar. Satu angka yang cukup menakutkan di dalam negara yang kita laung-laungkan sedang maju atau negara yang sedang menuju kemajuan.

Persoalannya apa yang telah kita lakukan sepanjang 52 tahun Merdeka? Adakah ini hasilnya? Di mana usaha-usaha merapatkan jurang kaya dan miskin yang kita laung-laungkan selama ini?

Apakah untuk popular di dalam politik kita harus menyogokkan subsidi demi subsidi ?

Skim SUBUR nampaknya tidak praktikal dan bakal mengundang penyelewengan kupon dan membaja kemalasan di kalangan rakyat khasnya orang-orang Melayu dan UMNO.

11 comments:

  1. dah bergegar dalam parlimen borang SUBUR perlu ditanda tangani oleh ketua bahagian UMNO.. apa kes?

    ReplyDelete
  2. Betoi pa, ramai rakyat kita kat Malaysia masih miskin lagi. Cuba pi tengok la kat kampung2, baru hangpa tau. jangan pi dilapik karpet sudah la, gerenti tak nampak punya.

    ReplyDelete
  3. habis apa cadangan mummy?

    ReplyDelete
  4. Nope...org miskin biasanya anak antara 3 hingga 5..beerti...rakyat msia yg miskin adalan antara 5juta ke 7juta org. Ambik la penduduk Msia seramai 28juta...more than 1/6. Dan mereka ini gerenti 95% adalah bangsa Melayu.
    Man pegi MARA, mana pegi Tekun, mana pegi Felcra, mana pegi Felda, mana pegi UMNO.........

    ReplyDelete
  5. nik aziz ambik nantunya jadi pegawai pmbk. tak salah guna kuasa ke tu?

    dulu sprm diam membisu. lepas tu kata takde kes. alahai curiga sungguh.

    nik aziz nak gi mekah atas tajaan syarikat ada kepentingan dalam pmbk. sprm apa kata? jgn kata takde kes plak.

    kalu takde kes gak lepas ni, bubar ajelah sprm tu.

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat dengan Mummy ni. Biasanya setiap permohonan akan ditapis oleh JKKK, dan JKKK ni pula tidak terdidik untuk bersikap profesional. Maka seperti biasa akan adalah yang patut layak, tapi tidak layak, yang tak patut layak, jadi layak. Hentikanlah bentuk tapisan sebegini. Kita bukan di zaman 70an lagi.

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy
    dah duit kerajaan byk lebih.. nagi ajelah.. kalau dibagi kepada mana@ kontraktor atau ahli perniagaan buat modal tk pusingkan duit tu walaupun utk kesejahteraan rakyat.. rakyat jarang nampak.. tetap kena tuduh kroni kugak.. jadi senang cerita bagi terus kepada rakyat.. memang lah nampak sekali imbas resikonya... rakyat makin malas sebab ada subsidi, tapi dari sudut lain, bila bagi beras, permintaan beras akan bertambah, penanam padi akan lebih bersemangat nak kerja bila harga padi naik disebabkan faktor permintaan tinggi.. jangan lebih2 import pulak sudahlah.. dah kena la tu kementerian tani yg uruskan.. bukan kementerian kebajikan. lagipun bagi beras kepada golongan miskin tegar ni baguih jugak.. depa nak beli bers pun bukan maian susah.. sebab tu ramai yg sggup anak tak sekolah sebab nak bagi makan anak2 tu.. duit yg ada sikit tu cuma cukup buat beli beras..kalau tak beli beras, boleh mati, tak pergi sekolah takpe.. kita pakat sokonglah subsidi tu..
    Saya tak heran sgt pasal jumlah yg ramai tu.. sebab org kita ni.. kita dah tahu dah.. kalu ada apa2 aje org nak bagi.. ramailah lah mengaku miskin.. cuba buat nak bagi pada org kaya.. ramai jugak nnti mengaku org kaya... dah mudah nampak dan dilihat dlm program2 lain sebelum ni.. cthnya kwam ( tah betul ke ejaan saya tu) subsidi baja, buku teks ( masa buku teks kena beli dulu) dan macam2 lagi..
    ok lah.. dah magrib ni..
    salam

    ReplyDelete
  8. Hidup ketuanan Melayu!
    hidup UMNO!
    Dah 52 tahun perintah, bangsa melayu masih ramai miskin tegar, bijaknya UMNO agih kekayaan untuk bangsa melayu. Nampaknya UMNO hanya menggunakan rakyat miskin sebagai kuda tunggangan untuk menang pilihanraya sahaja. Bangangnya Melayu spesis UMNO yang masih diperbodohkan oleh pemimpin mereka

    ReplyDelete
  9. Biasa la... dengan subsidi sana, subsidi sini... maka makin malaslah org melayu...

    cuba bayangkan...
    Duit JKM = RM450
    Duit Nelayan = RM200
    Jumlah = RM650

    Boleh dikatakan pencen awai...
    dan memang ada yang kata macam tu...

    tu yang buat ramai melayu makin ketinggalan..

    pokok pangkalnya... terletak kepada individu itu sendiri...
    rajin berusaha... nescaya Allah aku memberikan kurniaaNa.

    ReplyDelete
  10. bagi batang pancing lg bagus dari bagi ikan....kerajaan BN blh buat,tapi mereka xmahu,bagi memastikan golongan miskin terus diperkudakn....umnoBN xlayak memerintah.byk perkara dbuat bukan utk rakyat...bg duit tekun pn kt dlm pejabat umno bhgn.kenapa?bukan ke duit tekun tu duit rakyat..kenapa dibuat seperti duit umno? skrg ni,apepn program utk rakyat dibuat demi memastikan umno terus berkuasa,kekal menyeleweng dan memperbodohkan rakyat...Klu ketirisan duit negara yg dilaporkan auditnegara tu,diberi pd tiap2 rakyat,dah lama miskin tegar terhapus...Isunye skrg,rakyat mahukan penyelewengan duit negara dihapuskn,birokrasi dihapuskan..bukan duit cash kita nk.kita mahukn pemimpin yg takut dgn Allah..tahu dosa pahala...baru semua selesai..

    ReplyDelete
  11. UMN GOK,

    MU MISKIN ,SALAHKAN KERAJAAN,PADAHAL MU MALAS KERJA,INDON PUN BOLEH KAYA DOK KAT MALAYSIA NI.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.