Wednesday, November 18, 2009

UMNO tidor tak nyenyak akibat “tidak apa attitude” ADUN Kota Siputih.

N3: KOTA SIPUTEH:19,771
1. DATUK ABU HASSAN SHARIF (BN-UMNO) 8,160
2. Ismail Wan Teh @ Jaziz (PAS) 7,665
Maj: 495
Jumlah Mengundi / Votes cast :16,103
Peratus Mengundi/Percentage Voted :81.4
Rosak / Spoilt Votes :278
(2004: ABU HASAN SARIF (BN-UMNO) Maj: 1,573)
Ponteng memonteng di kalangan pelajar-pelajar Melayu di sekolah dan Universiti telah terbawa-bawa sehingga kepada Wakil Rakyat BN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sharif.

Bahana ponteng dan ”tidak apa attitude” kerana ponteng dari menghadiri dua persidangan DUN ini, ia telah mengakibatkan UMNO dan BN terpaksa membayar kos yang tinggi kerana terpaksa menghadapi Pilihanraya Kecil ”out of nothing”.

Jika dilihat keputusan yang lepas di mana majoritinya hanya 495 kepada Datuk Abu Hassan Sharif ternyata ini akan membuat BN dan UMNO tidor tidak nyenyak kerana kedudukan BN seperti telor dihujung tanduk.

Sikap wakil rakyat ponteng dan ”tidak apa attitude” ini jelas membawa lambang sikap wakil-wakil rakyat UMNO Kedah keseluruhannya sehingga mengakibatkan mereka kalah tersepuk dalam PRU yang lepas.

Mereka ”take it easy”, ”no problem Datuk”, ”everything under control Datuk”, ”you are OK datuk”, ” we are strong Datuk”, “Kalau kurang 50% pun we still win Datuk..” inilah ayat-ayat pemusnah yang membawa mala-petaka kepada BN dan UMNO Kedah dalam PRU yang lepas.

Hari ini mereka sibuk melaung-laungkan slogan “BN Menang Kedah Senang” pula, hanya untuk menyedapkan hati pemimpin-pemimpin mereka. Mungkin PAS juga harus cetuskan satu slogan baru ”PAS Ganyang BN Terkangkang, Jong Pecah Yu Kenyang".

13 comments:

  1. ha..ha.. ha..sebelum dapat jadi calon..macam2 cara melobi sampai sangup tidur depan rumah pm nak jadi calon.. bila dah jadi n menang..malas nak laksanakan tanggungjawab.. begini lah pemimpin kita..menyusahkan n memalukan...tak layak jadi adun.

    ReplyDelete
  2. Dengark ceritanya, ADUN Kota Siputeh ni sakit dan masuk hospital sebab tu tak hadir ke sidang 2 kali. Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  3. Salam:
    Betullah mummy..main tak apa aje..mintak-mintak ini jadi pengajaran kepada Adun/MP yang lain.

    Kita tunggu keputusan mahkamah rayuan. tak jadi lagi bagus..Letihla...

    ReplyDelete
  4. Tuan Anonymous,

    ADUN atau MP dibenarkan mengambil cuti sakit.'hospitalization' juga dikira sakit. sama seperti sektor awam/swasta, ADUN hanya perlu kemukakan sijil perlepasan doktor kpd. speaker atau setiausaha dewan sbg. bukti. perkara kecil sebegini wajib bagi seorang ADUN atau MP faham dan patuhi.

    Salam hormat,
    HD

    ReplyDelete
  5. Nilah yang dikatakan projek politk. Siapa pandai, siapa cekap dia dapat. Cuba tanya bekas ADUN BN Kota Seputeh tu, berama RM dia dapat...tentu banyak sampai tak boleh kira dengan jari. Bukan tidor tak nyenyak, tak lena, dok pikiaq nak berebut jadi calon. Bila menang ponteng dua kali lagi, dapat upah lagi...kan mudah

    ReplyDelete
  6. i tgk muka Adun BN tu pon tak semenggah je.. mcm blur je..deii..pilih la calon yg ok skit..emmm

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Anon 11.56 kata dengaq cerita Adun sakit. Jika sakit mana bukti surat doktornya, ini bukan zaman koboi, main cakap jea...yg dibayar tu duit rakyat. Biaq pielah hilang sorang adun mcm nie sebagai pengajaran kepada yg lain bahawa.....TIADA MAAF BAGIMU, RAKYAT DIUTAMAKAN.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Anon 11.56 kata dengaq cerita Adun sakit. Jika sakit mana bukti surat doktornya, ini bukan zaman koboi, main cakap jea...yg dibayar tu duit rakyat. Biaq pielah hilang sorang adun mcm nie sebagai pengajaran kepada yg lain bahawa.....TIADA MAAF BAGIMU, RAKYAT DIUTAMAKAN.

    ReplyDelete
  9. Salam.

    Satu tindakan yang tepat, kerana tidak amanah adalah tanda2 orang MUNAFIK, lepas tu dah kena buang baru sebok nak rayu2..Bikin malu UMNO/BN saja, time mesyuarat sakit!!!

    Apa2 pun jangan ambil tindakan sepihak sahaja, sedangkan pihak yang lain tak ambil pasal sekapai...

    ReplyDelete
  10. Dear readers,
    Memang pu ADUN Kota Siputeh mempunyai sedikit masalah kesihatan dan keluar masuk hospital. ADUN juga seorang manusia, dan diberi dugaan oleh ALLAH SWT. Apa yang cheq tak brapa nak paham, pasai apa isu tak pi bersidang (ada bukti:MC) tu menjadi satu perkara yang begitu besar bagi sesetengah pihak hanya atas dasar nak mendapatkan apa yang diidamkan. Dimanakah sifat humanity dalam masyarakat kita? Pihak2 ni sanggup mengeluarkan kos yang banyak untuk menghadapi Pilihanraya yang sememangnya boleh dielakkan. Atas alasan..tak pi bersidang...ish ish ish..banyak lagi isu2 YB di Malaysia ni kalau kita nak gali dan boleh dijadikan alasan untuk jawatan mereka dilucutkan...tapi kes cuti sakit tak boleh bersidang jugak yang depa syok nak hentam.....LU PIKIRLAH SENDIRI!

    ReplyDelete
  11. buat je cam x-MB perak..rayu selagi mahu.

    ReplyDelete
  12. Ala hai..orang kerja swasta tak mai kerja satu hari silap2 di buang kerja..ni tak mai sidang dua hari ..kata ada surat MC..yang pi bagi kat SPR tu buat apa ?.

    Ni la YB/ MP umno ..masih dok rasa kedah bawah depa lagi..ingat la zaman dah berubah ..rakyat dah celik la ni..yb ubn kalau nak merasa naik balik PRU 13 ni.. buat la kelaku elok sikit..

    ReplyDelete
  13. LEPAS NI MAMI NAK TULIS APA LAGI PASAI KEDAH NI?

    MAMI TULISLAH SEPUAS-PUAS HATI MAMI.

    MUGA2 PRU13 NANTI BN TELUNGKUP LAGI.

    DULU ADA TUN DAIM DAN TUN MAHATHIR, BALAMBAK PAKAT DOK LOBI NAKJADI CALUN, MAKA MASING2 DAPA LAAAHHH...

    MASA TU, YANG DAPAT JADI CALUN KERANA LOBI, TAK SEMACAMANA KUAT PUN TOKOH2 NI BUAT KERJA.

    DAIM CARA DAIM, KADIAK CARA KADIAK, ZAM CARA ZAM, ROSNAH MAJID CARA ROSNAH MAJID, TS HAMID CARA TS HAMID, AFIFUDDIN CARA AFIFUDDIN, SANUSI CARA SANUSI, MAN BEDOI CARA MAN BEDOI, PROF MAHADZIR CARA FROF MAHADZIR. SAPA LAGI PEMIMPIN KEDAH? BANYAAAAKKK...

    DEPA NI BUAT KERJA, JADI MACAM2 JUGA YANG MEMENINGKAN KEPALA RAKYAT. KADANG2 TU RAKYAT NAK JUMPA DEPA PUN PAYAH, SAMPAI KADANG2 TU ADA TOKOH YANG JADI WAKIL RAKYAT MASA TU, DOK TIDOQ DALAM RUMAH HABAQ KAT ORANG JANGAN KACAU. TU KEGHA SERVIS YANG TEROK LAH TU.

    LA NI, WAKIL RAKYAT ADA 14 + 1 BEBAS, BN/UMNO KALAH PULAK. PELAN2 LAH. KITA PUN DOK BUAT KERJA NIIII.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.