Thursday, December 10, 2009

Nazri Aziz memusnahkan "ONE MALAYSIA" dengan melabelkan TUN M sebagai "racist"

Sindrom bisu wakil rakyat UMNO khasnya di negeri Kedah nampaknya berpunca dari akarnya lagi. Kalau ianya pokok ubi kayu atau ubi keledek ianya berpunca dari ubinya lagi. Kalau pokok-pokok lain yang tidak berubi ianya berpunca dari akar atau tunjangnya lagi.

Mewarisi sindrom bisu ini tidak hairan lah tidak ada seorang pun ketua-ketua Bahagian UMNO atau MT UMNO yang bangun memangkas lidah Nazri Aziz yang ceulpar menuduh Tun M sebagai “Racis”. Hanya Bakal Presiden UMNO Tan Seri Muhyidin Yassin yang bersuara memintas Nazri supaya tidak keterlaluan.

Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan kepimpinan tertinggi UMNO mungkin memang bersetuju dengan tuduhan Nazri itu atau tidak ambil kisah atau dungu dan bengap apa itu tuduhan “Racist”. Atau masing-masing ingin menjaga kepentingan masing-masing kerana kedudukan jawatan itu lebih penting dari menjaga UMNO dan kepentingan Melayu.

Jika UMNO membisu dan tidak mengutuk dan menghukum Nazri Aziz maka UMNO juga menghalalkan kenyataan Nazri bahwa Tun Mahathir itu “racist”. Ini bermakna sepanjang 22 tahun dahulu UMNO dipimpin oleh Presiden yang racist.

Secara tidak langsung Nazri juga telah memusnahkan “SATU MALAYSIA” gagasan DS Najib dan “SATU MALAYSIA” telah diperalatkan untuk melabel Tun Mahathir Mohammed sebagai “RACIST”.

18 comments:

  1. Bukan semua pemimpin di Kedah mendiamkan diri. Saya sendiri telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebiadapan Nazri Aziz terhadap Tun M dlm blog2 yg mengeluarkan isu ini. Kekalahan UMNO/BN selama ini adalah disebabkan oleh perbuatan dan tindakan pemimpin2 UMNO/BN itu sendiri termasuklah ahli2nya dan bukannya kerana parti pembangkang kuat. Kalau UMNO/BN tidak bertindak dari sekarang utk menyusun jentera parti masing2 dgn serius serta memperbaiki perangai dan tingkah laku pemimpin2 UMNO/BN supaya tidak tamak, tidak menunjuk2, tidak dengki/khianat sesama sendiri, tidak lupa jasa2 pemimpin2 lama dan berbagai lagi perangai buruk yang mesti dikikis terutamanya sikap biadap terhadap orang2 tua dan pemimpin2 lama seperti yg dilakukan oleh Nazri Aziz kepada Tun M adalah perbuatan yang sgt2 terkutuk dan dibenci oleh semua org, org2 islam dan terutama sekali generasi muda seperti saya. Saya amat yakin jika semua ini tidak diperbaiki secara drastik dari sekarang, PRU 13 nanti UMNO/BN akan tinggal sejarah dan kenangan sahaja. Persoalannya kenapa baru sekarang ini baru dia nak ubah modul BTN, kenapa tidak diubah semasa gagasan 1M diperkenalkan. Kekalkan saja modul yg sediaada sekarang ini seperti yg disarankan oleh Tun M. Selama 22 tahun Tun memerintah negara, dia lebih tahu mana yg baik dan mana yg buruk utk anak2 bangsanya sendiri. Jgn lah kita mengadai maruah bangsa dengan menjadi hero dimata pembangkang. Apa pun saya yakin, generasi muda di Kedah ini akan terus menyokong apa jua tindakan Tun selepas ini dan DSN sendiri hendaklah mengambil tindakan yg sewajarnya terhadap Nazri Aziz yg tidak tahu menghargai dan menilai bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy,

    Pucuk pimpinan UMNO Negeri Kedah serta Jawatankuasanya semua masih tidok dan sedang dibuai mimpi.Kata Dato A.Kadir Jasin mereka semua masih mamai dan dalam keadaan separuh sedar.

    Terdapat 15 orang Ketua Bahagian dalam negeri Kedah tapi semuanya PEKAK, BISU dan TULI,tak ada seorang pun yang berani bangun dan belasah Nazri Najis binatang politik yang suka makan BANGKAI.

    Mungkin mereka semua ini telah diberi amaran oleh orang orang tertentu supaya jangan buka mulut kalau mulut capoi projek akan dibatal.

    Wahai KETUA KETUA UMNO BAHAGIAN NEGERI KEDAH JANGAN JADI PENGECUT,PLEASE HAVE SOME GUTS TO TELL OFF THIS STUPID BLOODY IDIOT MINISTER TO SHUT UP .

    Nampaknya yang ada telor di Negeri Kedah ialah para blogger yang PRO- UMNO,mereka tidak tidur siang dan malam terus membelasah NAZRI NAJIS dan ada yang telah menghantar SMS kepada T S Mahyuddin mohon dipecat SI NAZRI NAJIS ini.

    ReplyDelete
  3. Nazri Aziz bukan sehari dua ini membuat perangai. Tun dengan Nazri snetiasa berbalah tetapi masih Nazri sentiasa dikekalkan. Bagi Tun, melayan kerenah Nazri tak seteruk menyuruh UMNO membuang perasuah.

    Tun akan kekal dengan caranya dan Nazri juga takkan diam. Mungkin Ketua=ketua bahagian ini lebih tahu situasi sebenar politik di antara keduanya. Antara meraih populariti, mengundang kontroversi dan menyebabkan tsunami. Nazri bukan tandingan Tun. Jadi tak perlu melatah dengan gelagat Nazri. Sekadar menghangatkan makanan yang dah sejuk. UMNO should find another issue yang lebih tajam dan tepat untuk terus bangkit.

    ReplyDelete
  4. Nazri aziz ni dari dulu lagi ada masalah dengan TDM. Dia pun bermasalah dengan skandal anaknya yang telah membunuh pelajar undang2 id Uncle Don, Sri hartamas. Orang macam ni, keluarga sendiri pun tak pandai jaga, macam mana nak dipercaya untuk menjaga kebajikan rakyat. Tengok sikap dia ni tak ubah macam ketua geng samseng melayu.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  5. Menteri botak yg suker pakai bow tie kata Tun M rasis.Rasis-rasis Tun,sepanjang 22 tahun pemerintahan rasis beliau,macam-macam pembangunan yang beliau bawa untuk Malaysia.Lebuhraya Utara Selatan,Proton,KLCC,Putrajaya dll, serta berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara membangun yang berdaya saing.Tapi botak yang tak rasis tu,bawa apa kemajuan untuk Malaysia,kalaupun tidak untuk bangsa dia(dia skang tak boleh sebut pesal melayu,nanti jadi rasis).

    2)Menteri botak tu kata Tun M rasis.Rasiskah Tun andaikata beliau mahu melihat anak bangsa dia maju,berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.Sementelahan pula,komposisi bangsanya lebih banyak dari bangsa lain.Rasiskah Tun,sedangkan majoriti 10 orang terkaya di Malaysia ini bukan dari bangsanya.

    3)Menteri botak itu kata Tun rasis.Rasis-rasis Tun,tiadalah tersebar gambar anak-anak jantan beliau memeluk bohsia-bohsia gelandangan,sambil tangan memegang tin arak,gelas arak atau menghadap jug besar berisi arak.

    ReplyDelete
  6. Betul gak UMNO Kedah takde telor, Sebenar Si Nazri Botak yg sebenarnya nak menghancurkan Melayu dan UMNO.. takkan yg tu tak reti, sapele sibotak tu...
    KALAU TELO rasa masih ada bersuara lah sikit.. tak perlu byk pun!

    ReplyDelete
  7. Apa dah jadi pada DSN? Boleh pula update twitter tapi tak boleh beri komen di atas keceluparan nazri tu. Bertindak sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  8. puan, ada beberapa isu saya tak setuju dengan mantan pm kita Tun M. tapi jasa Tun M memang banyak. kalau orang macam D. Nazri sangup mengeluarkan kata biadap pada former boss dia... ini jenis apa punya manusia lah.. bak pepatah MELAYU, "melepaskan ANJING tersepit" daaa :)

    ReplyDelete
  9. bagi saya, ia agak memalukan.
    nampak naif tindakannya itu.
    persoalannya,adakah tindakan itu yang kita mahu lihat daripada seorang yg bergelar menteri...?
    ia memburukkan lagi imej UMNO, dan bagi saya, ia adalah suatu contoh individu yg perlu menghayati makna 'mengazahirkan perubahan'.
    saya berpendapat, tindakan menteri itu, agak memalukan.sekian.

    ReplyDelete
  10. Woi!!!, Nazri,aku pun orang UMNO hang jangan nak tunjuk terrer,Selama ni BTN lah yang menjadikan jatidiri melayu ni kental,bukan macam hang turut semua kehendak anak,padan muka bila rata rata seluruh malaysia edar gambar anak hang mabuk berpeluk dgn pompuan sundal.Orang macam hang ni nazri,kalau DSN buang hang nanti gugurkan hang dari jemaah menteri silap silap hang joint pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Pemimpin UMNO Kedah manalah berani sangat. Sebagai pembangkang di Kedah, apa bangkangan yang telah di buat.
    Merujuk kepada kenyataan si bodoh Nazri ni, ia menggambarkan beliau tidak tahu apa BTN buat.
    Tanggungjawab dia sendiri pun dia tak tahu. Contoh isu hakim. Pi jawab salah di parlimen. Isu BTN biarlah Dato Ahmad Maslan selesaikan.
    nazri..Please resign. Don't shown yr stupid!!!!

    ReplyDelete
  12. Salam Bloggers,
    Terima kasih di atas pandangan saudara...

    Konklusinya laungan HIDUP UMNO!! HIDUP MELAYU!!nampaknya akan menjadi seperti "Salakkan Anjing Gila" kerana UMNO sudah tidak lagi membela Melayu.

    Pengundi dan Melayu-Melayu atas pagar tidak percaya lagi bahawa UMNO akan menjadi pembela Melayu.

    UMNO hanya menjaga telor-telor mereka di dalam kain.

    Mereka telah menghalalkan cemuhan Nazri Aziz terhadap pemimpin agong mereka sendiri.

    Tunggu apa Najib nak kata.....??
    Tetapi round yang pertama ini nampaknya Mahyuddin lebih lantang bersuara.

    ReplyDelete
  13. Puteri UMNO Merbok,
    Kaum muda yang patut mengangkat spanduk desak Nazri letak jawatan takut kuman Selsema Babi Nazri jangkit ke seluruh badan.

    ReplyDelete
  14. "UMNO hanya menjaga telor-telor mereka di dalam kain".

    Issskkkk!!!!!!

    Awat!! Mummy.ckp mcm tur.....

    Tak baik....,

    Anak cucu dengak.

    ReplyDelete
  15. Indraputra80,
    Maaf kalau mulut hebiaq Mami ni terlajak sikit nooooo..
    Hang tau la kalau dah marahhhh..macam nak tenyeh cabai melaka kat mulut Nazri tuuuu...
    Dia dok kutuk Che Det buat apa?

    ReplyDelete
  16. Alaaa sapa berani nak buang nazri ni..kalau harap MT ,Ketua bahagian , ketua cawangan ,ajk tok sah harap la...masa pak lah jadi PM kata che det macam iblis sekoq pun orang umno tak kata apa ..angguk rapat dengan kalimah al hadari nya..

    la ni nazri bagi buah pukulan satu malaysia najib pulak kat che det...sapa pun tak berani kata apa...
    jgn harap la nak tgk ahli umno buat demo marah kat bigbos umno..alaaa..nak PRU 13 nanti orang umno ampu nazri macam dewa kalau anggpa nak tau...

    entahhh la umno oiiii...sib baik emak ayah aku karat umno boleh juga aku tune pelan2..berani jugak berubah..

    ReplyDelete
  17. konon nak tunjuk lagak pandai, tp terpancul kebodohan sendiri...

    ReplyDelete
  18. Ni kalau masalah peribadi dijadikan faktor utama memimpin tu yg jadi macam kadok naik junjung.
    Nak kata bodoh....ada title MENTERI. Nak kata DUNGU...dia dipilih jadi MENTERI...musti ada kebijaksanaannya...tapi yang paling tepat SANGAP...tek reti nak sengap..hahahahahahah
    Mo kalu kepala hotak dia saja dok pikiaq...yang lain dok biaq...semakinlah dia menjadi loq laq....jom kita pakat loqlaq sama baru fair...heheheh

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.