Sunday, January 3, 2010

Kalimah Allah: Najib lambat bertindak

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara inibertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi KualaLumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

"Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam,kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," katanya.

Najib berkata, Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu. Selain itu, Perdana Menteri berkata,beliau juga akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuandan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.

"Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan. BERNAMA



Apabila emosi umat Islam sudah meruap-ruap baru sekarang Najib mahu mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Sepatutnya Najib telah mempersembahkan KDYMM Agong sebelum isu ini di bawa ke mahkamah berlandaskan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

JIka selepas mengadap KDYMM pun isu ini tidak dapat diselesaikan ini bermakna Kuasa Raja-Raja Melayu akan terhakis.

Apa juga tindakan Najib ianya telah terlambat kerana dunia sudah melihat emosi umat Islam telah bangkit dan umat Islam akan dilabelkan sebagai extremist.

Dunia Melayu Dunia Islam sedang memerhati apa lagi slogan 1Malaysia akan meratah maruah dan hak mereka satu demi satu.

Jangan pula isu ini dipergunakan untuk menjadi juara 1Malaysia.

7 comments:

  1. * Kenapa pihak gereja Roman Khatolik ingin menggunakan nama Allah tidak lagi "God". Dalam Islam Allah hanya Satu, tidak beranak dan diperanakkan. Manakala dalam Kristian, mereka mempercayai Tuhan mereka beranak, Jesus anak Tuhan. Apakah di Vatican juga menggunakan nama Allah bukan God?. Apakah penganut Kristian Prostetan juga menggunakan nama Allah dalam agama mereka?. Kenapa penganut agama Kristian di negara lain tidak menyebut nama Allah sedangkan nama Allah bukan hanya digunakan oleh umat Islam di Malaysia tetapi diseluruh dunia.

    Ternyata edaran majalah Herald Weekly oleh pihak gereja Roman Khatolik yang dibawah kelolaan Tan Sri Murphy Pakiam banyak membelit.. autar seperti nama ketua majalah itu sendiri yang sukar bercakap bahasa mudah.

    ReplyDelete
  2. Promosi 1Malaysia adalah lebih penting dari segalanya.

    Jaga hati satu wanita lebih penting dari jaga hati umat Melayu dan Islam Malaysia.

    Lambat masih boleh dimaafkan kerana belum terlewat, tapi kalau lembek..

    Bosanlah dengan perangai puak ni, elok kita sokong yang lebih tegas walaupun bodoh.

    Orang Islam dan Melayu diingat jangan panas, tapi dengan bangsa dan ugama lain, penakut, dayus, bacul.

    ReplyDelete
  3. Kenapa orang Islam sahaja yang perlu bertenang dan tidak memanaskan keadaan?
    Najib amat kurang bijak dan gagal memberhentikan isu ini menjadi nanah.

    Tunpuan kerja Najib banyak dialihkan oleh pelbagai isu lain-pembunuhan Altantuya, mematikan karier politik Anwar Ibrahim, rebut kuasa di Perak, cuba rebut kuasa di Selangor, dua jet hilang, ekonomi yang muram, isteri yang berlebih lagak, pertikaian dalaman parti2 dalam BN.

    Apa yang Najib buat selama jadi PM tidak nampak hasilnya.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    The problem arises when a nation have 'A SLOW,INDECISIVE,COWARD AND BAD LEADER'

    Theres a saying 'THERES NO BAD SOLDIER BUT A BAD COMMANDER'

    ReplyDelete
  5. Minta la seorang MP yang betul-betul sayangkan ISLAM untuk memulakan satu BANTAHAN kepada VATICAN/POPE..minta semua MP yang betul-betul sayangkan ISLAM supaya tandatangan..

    ReplyDelete
  6. Quote"Minta la seorang MP yang betul-betul sayangkan ISLAM untuk memulakan satu BANTAHAN kepada VATICAN/POPE..minta semua MP yang betul-betul sayangkan ISLAM supaya tandatangan"Unquote.
    -----------------------------
    Baru baru nie sewaktu memberi kuliah subuh di Surau Bukit Antarabangsa.,

    YB Zul(MP-Kulim) ada menyebut tentang usaha nya hendak mengadakan perhimpunan tak kira parti ,bagi menyuarakan kebimbangan umat Islam berkaitan hal berkenaan.

    Dan saya kagum dgn pertanyaan saorang jemaah wanita yg.sudah lajut usia , kepada Y.B Zul ,apa kah sumbangan yg.bole di berikannya?

    YB.Zul dgn penoh diplomasi memberikan cadangan kalau die tak dapat menyertai.,dia bole menyumbang dgn menyedikan kuih untuk di berikan kepada peserta perhimpunan dan jika itu juga tidak bole die bole mengiringi dgn doa.,pun sudah di kira sumbagan.

    Kerana Allah amat mengatahui,apa yg.kita rahsiakan ,apa yang kita zahirkan dan apa yang kita usahakan.

    Kita lihat sejauhmana usaha YB Zul dlm hal ini.,dan apa sumbagan yg.dapat kita lakukan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Saya sedih dengan perkembangan buruk dalam negera..
    Mengapa kepimpinan negara sekarang cukup lemah dan lambat bertindak..

    Isu kalimah Allah SWT begitu mudah dimainkan dengan logik akal, terutama parti bendera hijau yang terang-terang menyokong!!Pembangkang dan musuh-musuh lain ambil sepenuhya kesempatan atas kerajaan yang lemah sekarang..tak henti-henti slogan 1Malaysia, tetapi rakyat semakin gusar..terhimpit..tidak tenang lg dengan macam-macam isu, jenayah, mainan politik..

    Yang terkini, isu menghina Sultan yang telah mangkat!!! orang yang dah mati turut jadi sasaran bloggers perakus politik!!!

    MALANGNYA..amat lembab! lambat dan entahlah..tiada langsung tindakan untuk mengawal keadaan, sehingga blog bahaya trsebut masih beroperasi sampai sekarang..penuh dengan carutan, maki, ancaman, ugut..tetapi KDN, POLIS, SKMM malah Jabatan Perdana Menteri sendiri seolah tidak kisah..APAKAH INI???

    Saya amat takut dengan situasi dalam negera semakin buruk berbanding zaman Pak lah dahulu..malah jauh sekali di zaman Mahathir yang cukup tegas..!!

    Adakah pemerintah mahu negara telah capai huru hara..rakyat bergaduh, Sultan dan Raja boleh dicerca seperti ahli politik??? baru hendak bertindak!!

    Dalam hal ini saya amat menyokong sistem Tun Mahathir!!! Rakyat malaysia jangan diberikan kebebasan bercakap sebab mereka bukan reti guna..mesti dikawal dari awal..

    nah..sekarang..terlalu banyak blog2..termasuk bukan Melayu yang secara selamba menghina kaum Melayu, Raja dan Islam..tetapi tiada tindakan untuk pengajaran!!!

    Selamatkanlah Malaysia..YA ALLAHH!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.