Thursday, January 21, 2010

Menteri Kerja Raya, Shaziman dikencing

Blog Che Det mendakwa mendapat maklumat jumlah sebenar lori pasir dari Johor yang memasuki Singapura adalah 700 buah lori sehari dan bukan 500 buah lori sehari seperti dinyatakan Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya.

Itulah akibatnya kalau Menteri tidak berkerja secara ”hand’s on” begitu mudah dikencing oleh pegawai-pegawai yang ada kepentingan.

Beliau hanya percaya seratus peratus maklumat dalam satu taklimat yang dihadirinya semasa melawat Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Kastam Tanjung Puteri, Johor pada November tahun lalu dan menyatakan kepada media bulat-bulat apa yang diberitahu.

Malah beliau sendiri tidak tahu sama ada pasir yang dijual ke Singapura itu adalah pasir biasa atau silica dengan alasan bahawa perkara tersebut bukan di bawah bidang kuasa pihaknya.

Menteri-Menteri muda yang ada harus belajar dari Tun M bagaimana beliau bekerja. Supaya mereka tidak mudah dikencing oleh KSU, TKSU dan Ketua-Ketua Pengarah kementerian mereka yang semuanya ada agenda dan “retirement plan” masing-masing.

Sebagai Menteri yang berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Awam dari Indiana Universiti, AS, Shaziman harus boleh membezakan mana satu pasir dan mana satu silica.

Menteri-Menteri juga harus ingat bahawa kerusi empuk Menteri adalah dari rakyat dan untuk rakyat bukannya untuk berjoli dan membangga diri.

12 comments:

  1. MACAM mana rakyat nak percaya??? kalau tindak tanduk MENTERI bersikap tak peka dan acoh tak acoh!!

    ReplyDelete
  2. salam mummy....... ramai menteri atau leader dlm organisasi hari ini tidak mempunyai fundemental yg kukuh utk mjdi :leader yang memmimpin : kerana apa? 1.latar pendidikan- ada diantaranya memulakan alam persekolahan di seklah elit maupun luarnegara, hidup dikalangan elitis... sudah tentu ruang pemikiran terbatas, semuanya disiapkan , terima yang sudah aje.. ini lah jadinya..
    2.cara pemilihan mjdi pememipin-- demokrasi?... undi?... dlm dunia hari ini.. siapa yg banyak wang?
    kpd Bro Shaziaman... cepat benor mu jd menteri? camana ini berlaku?

    ReplyDelete
  3. KJ yg meletakan beliau disitu,sudah tentu ada kepentingan terbabit.
    Tengok muka pun dah bolih tau memang tak layak.

    ReplyDelete
  4. salam mummy...menteri yang ada sekarang belum ada kelas lagi nak ditandingkan dengan Tun bekerja. Mereka tidak proaktif untuk siasat sesuatu kes supaya sumber matlumat itu tepat. Setidaknya menteri perlu ada informa sendiri untuk siasat dan mendapatkan matlumat betul. Setidaknya dapatkan matlumat dari kastam berapa jumlah lori pasir dibawa keluar ke Singapura. Kenapa ia dibenarkan kalau sudah ada larangan. Isu ini perlu diambil perhatian serius jika perlu laporkan kepada SPRM untuk siasatan. Perkara yang melibatkan Singapura tidak boleh diambil mudah akibatnya negara kita yang rugi kelak. Tun sentiasa memantau perkara-perkara yang berkaitan Singapura kerana Tun tahu orang Melayu ni mudah lupa.

    ReplyDelete
  5. Hi Mummy... tak boleh salahkan Dato Shaziman sahaja atau pegawai-pegawai yang beri taklimat.Nape??Kerana on paper memang 500 lori tapi yang diseludup, siapa tahu... Walaubagaimanapun tahniah kepada SPRM kerana bertindak.

    ReplyDelete
  6. Cuba tanya Kj tengok. Dia tau la kot..

    ReplyDelete
  7. betui laa..
    pasai apa menteri saja kena belasah..
    mana dia agensi kerajaan yg lain...or mana dia org yg dibayar gaji untuk bekerja...
    nampak macam 2-3 jabatan kerajaan tak buat kerja...
    atau 2-3 jabatan kerajaan yg terbabit,semua rasuah...dari pengarah sampai ke kerani bawahan

    ReplyDelete
  8. Patut la negara Malaysia semakin nipis la rasanya.. dulu gunung2 kat Malaysia semua tinggi,sekarang rendah jer. Setakat kinabalu tu, tiap2 hari ada sedara kita panjat, rupa2nya pasir dan batu dah masuk Singa Pura! Itu yang naik lori, belum lagi yang di angkut dengan Ponton !! Bila kita mati, kita pun jadi pasir tau..angkut juga la ke seberang!!

    ReplyDelete
  9. Mami oiii,
    Ini satu lagi cerita batu kuari di kaki Gunung Jerai, di sebelah Singgkir jalan ke Tanjung Dawai.Lihat sahaja kaki Gunung Jerai itu telah didogolkan sedikit demi sedikit oleh Kemelong Holding Sdn Bhd.
    Konon mendapat permit istana. Satu hari habislah Gunung Jerai dimamah mereka.
    Kerajaan Negeri Kedah pun tak boleh buat apa sebab semuanya ada hooooon belaka dari JKKK sehingga ke Pejabat Tanah depa dah beli.
    Apa nak jadi negara ini?

    ReplyDelete
  10. Kaki gunung jerai tu kat kawasan kg umah aku...Ye lah,skali skala balik kg..makin terang pokok2 kt sinun..takut-takut 2kali kala balik..dh hilang gunung jerai tuh..dari rmh aku dh boleh nmpak terus pekan gurun smpai sp...sapa yg kena belasah..MB kedah lani lah jugak....Benda2 camni kena HEBOH-HEBOH kan slalu..kalu duk diam makin sronok la puak2 yg duk wat keja tu..smpai luar kawsn pun digondol..

    ReplyDelete
  11. Biasalah!... Itulah stendet menteri yang ada di dalam UMNO

    ReplyDelete
  12. Tiba2 nama KJ kluar...xda kena mengena pun..pastu,kpd abg2 sekelian...jgn la duk kutuk2 menteri2 ni...cuba abg2 sekelian bertanding Parlimen..pastu jadi menteri..pastu abg2 perbetulkan la keadaan..ni duk maki2+tulis2 dalam blog mummy ni xda gunanya...depa2 bukan baca pun!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.