Jumaat Januari 1, 2010 (Sumber MStar Online)
Tok Mat Pergi Dengan Mudah: Puan Sri Salbiah
KUALA LUMPUR: "Saya syukur kerana dia pergi dengan mudah dan aman," kata Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, mengenai pemergian suaminya bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat ke Rahmatullah hari ini.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Damansara di sini kira-kira jam 8 pagi.
Allahyarham yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Salbiah berkata, beliau menyedari suaminya tidak bernafas kira-kira jam 8 pagi ketika mahu menutup mesin dialisis yang dipasang pada tubuh suaminya.
"Selalunya, tiap-tiap pagi dalam pukul 8.40 (pagi) saya akan menutup mesin dialisis yang dipasang pada arwah, tetapi pagi tadi kira-kira pukul 8 pagi, saya tengok mesin itu 'hang' (terhenti) dan dada arwah tidak menunjukkan dia bernafas," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.
Tok Mat selain dari bekas Menteri Penerangan juga merupakan penulis lirik lagu SETIA dan pakar propaganda.
Di dalam buku beliau "UMNO: Akhir Sebuah Impian" halaman 70, beliau menulis-
"Saya akui saya pakar propaganda. Propaganda yang terbaik mestilah secara halus untuk mengubah fikiran seseorang. Propaganda yang kasar dan buruk hanya menaikkan kebencian orang lain. Itulah kadang-kadang saya lihat ada akhbar dan rancangan TV sekarang agak melebih-lebih sehinggakan niat untuk membantu kerajaan menjadi sebaliknya. Malah kerana siaran-siaran yang propagandanya jelek menyebabkan rakyat meluat dan benci kepada kerajaan".
Ada kebenarannya seperti apa yang dinyatakan oleh Tok Mat itu. Inilah di antara sebab yang membuat kerajaan Pak Lah tumbang dalam PRU12 yang lepas.
Media kerajaan pada ketika itu terlalu galak, tidak halus dan bijak di dalam menghentam parti lawan. Sehingga klip-klip video lama dikeluarkan kembali. Membuatkan generasi pengundi baru jelek dengan kerajaan BN.
Alfaatihah. Dipagi Jumaat yang mulia ini semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.