Wednesday, March 3, 2010

Rais Yatim cakap merapu

KUALA LUMPUR - Masyarakat diingatkan supaya tidak terlalu cenderung menatap komputer sehingga mengetepikan tabii membaca buku.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, adalah berbahaya jika rakyat terlalu cenderung kepada komputer kerana ia boleh mengganggu proses pembelajaran.

“Kecenderungan menatap komputer perlu diseimbangkan dengan kecenderungan membaca supaya kita tidak menjadi abdi kepada komputer dan tidak membaca,” katanya selepas melancarkan Program Mari Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara di sini, semalam.

Rais berkata, kecenderungan terhadap komputer merupakan saingan utama kepada tabii membaca, oleh itu kempen membaca perlu dilaksanakan berterusan.

Malah beliau turut menyarankan buku klasik dimuat turun dalam Internet bagi memudahkan masyarakat menelaah nashkah berkenaan. - Bernama
Rais Yatim mengingatkan masyarakat jangan "ketagih" komputer kononnya mengganggu proses pembelajaran.

Dalam masa yang sama beliau juga menyeru buku klasik dimuat turunkan dalam internet bagi masyarakat mentelaah naskah berkenaan.

Kalau masyarakat sudah ditegah dari "ketagih" komputer siapa pula yang akan membaca naskah klasik dalam internet?

Nampak sangat Rais Yatim sedang berada diambang sore menghitung hari menghadapi malam yang gelap.
Apa nasib Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi yang selalu diterajui Menteri-Menteri yang merapu. Dahulu Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dengan infotainmentnya dan Tan Sri Zainudin Maidin mengelar bloggers dengan gelaran goblok dan kini Rais Yatim pula dah mula merapu.

8 comments:

  1. salam mummy,
    takper sebab rais ada masnah, masnah ada rosmah, rosmah ada apa?

    ReplyDelete
  2. Ada bunyi Flip
    Ada bunyi Flop..

    hehehe...

    ReplyDelete
  3. Nyata Rais Yatim sejak kebelakangan ini seperti kartun.

    Dari hal mengenai kutukan kepada raja raja di mana bercampur aduk di antara pendapat peribadinya dan arahan kerajaan kepadanya.

    Kerana bangsa Melayu ini jika komputer dia gunakan perkataan, "Main komputer" maka Rais yang tidak biasa dengan komputer membuat tanggapan bahawa komputer itu semata mata main main saja.

    Komputer umpama pisau. Boleh potong sayur atau bunuh orang! Kalau buat kesimpulan pisau adalah untuk membunuh orang sahaja maka Rais silap.

    Untuk pengetahuan Rais kalau dia ada baca blog ini.

    Ianya bergantung kepada diri sendiri. Kalau masuk internet nak chat... chat lah jadinya. Kalau mencari bahan lucah... lucah lah jadinya. Kalau untuk mencari maklumat maka baik lah jadinya. Ada masa terdapat orang yang sapu semua kategori.

    Tak boleh layan sesuatu kategori tu berlama lama kerana membosankan.

    Orang yang suka kepada komputer adalah satu jalan untuk menjinakkan dia dengan pelajaran kerana di sini berlaku 3M. Membaca, Menulis dan Mengira. Tambahan pula menajamkan lagi pemahaman Bahasa Inggeris mereka. Bukan kah itu yang kerajaan mahu? Sebab komputer Bahasa Inggeris semua. Tidak ke bagus?

    Ini zaman moden, siap ada tablet lagi untuk kita baca buku.

    Seseorang janganlah makan gaji buta di kerajaan sana. Tolong lah bantu sama Rais supaya maklumatnya tidak sangat ketinggalan kebelakang.

    ReplyDelete
  4. Hi Mummy,
    Orang yang fikir dirinya terlalu pandai, sebenarnya adalah seorag terancat akal.Sedarkah dia bahawa komputer adalah gedung ilmu bagi yang menggunanya dengan cara yang betul dan sihat. Pak Najib bila lagi nak adakan reshuffle jemaah menteri buatlah secepat mungkin dan tolonglah gugurkan Pembakar Jambatan yang nyanyuk ini.

    Orang Jelebu

    ReplyDelete
  5. Rais terlalu otai, tak sesuai dengan era ini. Rais sesuai di zaman bakar jambatan sahaja.Pasal komputer, bagilah arif mengenainya bercakap.

    ReplyDelete
  6. Minta tolong sesiapa pergi tampaq dahi Rais ni agar dia sedaq dari tidur dan tahu kebaikkan komputer.

    Click here, click there, click, click, click kita dah dapat apa yang kita cari.

    Kalau buku, jenuh dok mencari buku mana yang dijangka ada jawapan, dah tu lenguh dok menyelak.

    Halo Rais, your school of thought dah tak berapa buleh pakai di zaman ICT ni. Zaman engkau dulu memang la, semuanya bergantung kepada buku.

    Ko suruh Kementerian ko dulu agar jangan guna komputer and see what happen gajah elephant lepas tu.

    Kalau dah takut akan kebenaran maklumat yg ada di dalam teknologi ICT, berhenti berpoliTAIK.

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  7. Mami, jangan cepat naik angin. Apa yang Rais kata tuuuu ada betulnya koot..

    Mungkin yang dia maksudkan tuuuu.. kapada pelajar, jika terlalu syio' dengan komputer melihat bahan2 yang tidak reliven dengan pembelajaran mereka, boleh jadi mereka lupa sungguh kapada buku pelajaran. Jika betul begitu, kesannya pelajar tak akan lulus periksa lah.

    Macam Kaml Sanusi kata, semacam Rais tu tak perlu komputer langsung. Saya rasa bukan macam tuuu... Dalam post Mami, Rais tak kata macam tu puunn..

    Disini saya bukan bertujuan nak membela Rais. Tapi cakap saperti membenci, tak elok pulak. Kita ni bebas memberi pendapat. Jadi, bila kita bagi pendapat kapada post Mami ni, biarlah adil. Walau pun kapada orang yang kita meluat sangat2.

    Kalu nak ikut hati saya, saya pun meluat dekat Rais niiihh.. bercakap dengan pemberita, dia bukan tengok muka orang. Dia tengok tanah. Macam tu tak sio' lah.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.