Wednesday, April 21, 2010

Kaki bermacam kaki, ada kaki botol ada kaki judi dan ada kaki betina

Tidak ramai pemimpin yang rela mengaku bahawa mereka kaki itu dan mereka kaki ini. PRK Hulu Selangor telah menyedarkan seorang pemimpin untuk bertaubat bahawa beliau tidak akan minum lagi dan bukan “kaki arak” lagi.

Peminat-peminat yang meminati dan taksub dengan sesuatu hobi atau pekerjaan dan sukar dikikis minat tersebut kerapkali digelar sebagai “kaki”. Kalau minat dan suka mengoda wanita mereka digelar “kaki perempuan” atau “kaki betina”, yang minat memancing digelar “kaki pancing”, yang minat memikat burung digelar “kaki burung”, yang minat mengendap atau mengintai digelar “kaki skodeng” , yang minat berjudi digelar “kaki judi” begitu lah yang minat minum arak digelar “kaki botol” dan berbagai lagi gelaran “kaki itu” dan “kaki ini”.

Bekas Perdana Menteri kita yang pertama Tunku Abdul Rahman merupakan seorang pemimpin tulus dan ikhlas mengaku bahawa beliau bermain kuda dan poker seperti dalam buku beliau “MEI 13, SEBELUM DAN SELEPAS” :

"Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya lakukan, maka ia boleh menjadi satu permainan yang menghiburkan hati. Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tidak siapa pun menjadi kaya dengan berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu seorang itu menjadi papa.

Sekiranya ia boleh mendapatkan hiburan dari permainan itu, dan mendapat keuntungan sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan kebaikan kepadanya.

lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah nsahabat-sahabat dan kawan-kawan baik saya, dan persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada mereka itu.

Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang yang dapat membantu dan menghiburkan hati saya. Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang menghiburkan hati pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain dengan secara yang
kecil.


Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan kepada saya pada hari lahir saya, ialah seekor daripadanya tidak lagi dapat digunakan untuk perlumbaan. Selain daripada menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari, perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini adalah semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi
sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapat-lah dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan"

Apa juga minat dan "kaki" yang pulang sukar untuk bertaubat ialah mereka yang kaki liwat, suka kepada perhubungan songsang.

Hakikat ini dapat dilihat bagaimana Allah SWT menghukum kaum Nabi Lut yang suka meliwat dengan menterbalikkan bumi yang mereka pijak sehingga ke akar-akarnya sekali dan kesan-kesannya dapat dilihat sehingga sekarang baik buminya dan warisnya masih mengamalkan amalan ini.

2 comments:

  1. Mummy
    Pada sayalah, "kaki" yang paling sukar nak taubat ni sebenor-benornya lah "kaki mengumpat". Dan orang yang paling suka mengumpat ni adalah orang per*****n. Golongan mak nyah pun boleh tahan juga hebatnya.

    ReplyDelete
  2. orang kedah kata taik judi, taik arak,taik betina, taik kelentong,
    taik kencing, taik juboq kah..kah..kah..kah...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.