Perlu juga diingat kandungan surat ini bukannnya rasis atau perkauman tetapi adalah kemuncak teguran seorang negarawan apabila melihat bangsanya dicekam dan dihina di atas tanah milik mereka sendiri.
“If we forget our history, than we will repeat it” Mahathir Mohammad, NST 15 Mei 2010
Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969
Y.T.M.
Tunku,
Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan,fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.
Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.
Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.
Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di- biarkan.
Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan
orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.
Patek Yang
Ikhlas,
(Dr. Mahather bin Muhammad)
Ala...nak cover lah tu!!! bukan tak tau. Kenyataan2 yg di keluarkan oleh president perkosa semuanya berbau rasis.Period.
ReplyDeleteSatu tabik spring pada TDM kerana menjadi ajen perubahan untuk menyelamatkan orang Melayu.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan TDM bahawa kita kena belajar dari sejarah supaya sejarah lama tidak berulang lagi.
Kita lihat satu kaum bernama Yahudi, mengikut sejarah , terlampau banyak pogrom (lebih 100) terhadap kaum ini yang dilakukan oleh bangsa-bangsa yang berlainan pada kurun yang berlainan.
Apakah punca kebencian bangsa lain sehingga sanggup menghalau dan membunuh bangsa Yahudi ini. Apakah sebab mereka Yahudi, kaya raya ataupun sebab karekter mereka yang memualkan orang lain.? Mereka masih lagi tak berubah.
Di Malaysia dan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Philipines telah terdapat beberapa kali konflik pribumi dengan bangsa Cina. Apakah punca konflik ini berlaku?
Saya khuatir sekiranya kita tak mendalami perkara ini, sejarah lama akan berulang lagi. Amat malang bagi generasi yang akan datang bila ianya berlaku lagi.
pada saya .... kita masing2 ingat dah cukup.... pasal kita tak mau ianya jadi lagi sekali.... tak perlu nak melalak sangat pun....INGAT supaya CERMAT...... ;) Kita pandu kereta ke depan pandang ler cermin ke belakang sekali sekala.... jangan pandang depan je dan jangan pandang belakan je pun.....
ReplyDeleteWooHOO..DAP menang, PAKATAN menang!!!....sour grapes all those UMNO APCO supporters..Jangan mimpi di siang hari noo!
ReplyDeletePirahhhhh!!!!!!!
Islam apa kalau luluskan Judi.
PADAN MUKA UMNO-APCO
anon may 15 2010 9:11am manusia jenis apa ni, kalau tak faham dan bodoh sangat jangan masuk campur. kalau bukan melayu cakap macam-macam terhadap melayu ok tak apa, kalau melayu cakap sikit racis, apa punya melayu ni....
ReplyDeleteHARAP EMPUNYA BLOG JANGAN SIARKAN KOMEN YANG GUNA ANONYMOUS SAHAJA. SEKURANG KURANGNYA GUNA NAMA SAMARAN SUPAYA MUDAH DIRUJUK APABILA KITA MAU BERHUJAH. PADA SAYA ANONYMOUS INI PENGECUT tak kira di sebelah mana anda berada
ReplyDeletewhite orange..
ReplyDeletetak payah buat pandai la.. buat la blog sendiri. pakai nama samaran pun pegecut jugak. kalau berani sgt pakai nama sendiri & letak no ic skali. tak kalut.
kamek mamak