Saturday, June 19, 2010

Kasihan peminat Piala Dunia 2010 ditemberang oleh RTM


“RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan,” kata Datuk Ibrahim Yahaya, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia.

“Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.

“Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. “Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan,” katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia” Kenyataan beliau yang disiarkan dalam Harian Metro 18/6/2010.

Ini adalah pertanda-pertanda positif harapan tinggi rakyat kepada RTM untuk melihat Piala Dunia secara percuma.

Mungkin dituduh temberang berpunca dari promo-promo RTM yang dipromo secara pukal malam dan siang. Seharusnya promo dibuat hanya kepada perlawanan yang RTM mendapat hak siaran sahaja.

Malah yang lebih “over” dan gobra lebehhh ialah apabila mempercayai "tagline" jumbo yang disiarkan baik di laman web RTM dan siaran promo iaitu “SAKSIKAN PIALA DUNIA FIFA 2010 HANYA DI TV1 DAN TV2”. Ini mengundang marah peminat Piala Dunia kepada RTM.

Harapan rakyat semoga RTM tidak terbawa-bawa dengan cara pengiklanan "exaggeration" yang keterlaluan seperti stesyen penyiaran swasta di dalam menghadapi persaingan menarik penonton.

9 comments:

  1. RTM, Kalau x mampu, jn berangan nak capai bulan....tagline lenih, habuk pun tarak....org nak buat,dia pun nak mencelah tapi hasil nya hampeh....

    ReplyDelete
  2. kerana nak jaga periuk nasi kroni yang mengendalikan TV swasta. Umpama membela hantu polong, kena bagi makan selalu.

    ReplyDelete
  3. Oklah tu, dapat juga tengok perlawanan. Lagipun, terdaya ke tengok semua perlawanan langsung? Hidup bukan berpusat kepada bolasepak saja. Jangan terpengaruh dengan promosi berlebihan FIFA. RTM siarkan SUKMA dari melaka, kenapa tak tonton?
    Salah penonton juga tak selidik jadual perlawanan yang disiarkan.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. Mungkin alasan ini akan digunakan untuk melongggarkan penajaan syarikat tembakau sebagai "penaja bermusim" untuk mana-mana acara besar akan datang.

    ReplyDelete
  5. Iklan saja lebih mengalahkan ASTRO tapi takde siaran langsung.

    Bila tengok RTM terasa hidup di zaman 70an.

    ReplyDelete
  6. ala 4 tahun sekali pun berkira rtm ni..kalau iklan tu cam nak runtuh langit....tak da peningkatan

    ReplyDelete
  7. kenape siaran tertunda pkl 4 pagi..siapa nak tengok? baik x payah siar

    ReplyDelete
  8. bersyukurlah.... RTM dah siar percuma pun banyak lagi yang tak puas hati, bukan kena bayar pun.. relexlah.....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.