BERNAMA - Isnin Jun 14, 2010
Bantahan Lesen Judi Bola Sepak Lebih Bersifat Politik - Tun M
KUALA TERENGGANU: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bantahan banyak pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sukan lebih bersifat politik semata-mata.
Katanya langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.
"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.
"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka," katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, bantahan yang dilakukan oleh parti pembangkang terutamanya PAS berikutan pengeluaran lesen judi berkenaan, adalah lebihbermotif politik dan bukan kerana Islam. "DAP pun bantah, takkan DAP pun nak sokong ajaran Islam. Ini politik parti pembangkang yang nak cari isu. Sedangkan dalam muktamar PAS, ada cadangan semua jenis judi diharamkan tetapi Pas tak nak. Sekarang ini terdapat judi di Genting Highlands, Sport Toto dan bermacam lagi. Tetapi dia (PAS) kata yang ini saja tak boleh," katanya.
Kerajaan sebelum ini menimbang untuk mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.
Bagaimanapun kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, kerajaan masih belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.
Najib dilaporkan berkata pihak kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhanbookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia. - BERNAMA
MR dah nyatakan di sini bahawa Che Det dengan Vincent Tan macam isi dengan kuku. Che Det akan lemah apabila Vincent Tan menangis di hadapannya meminta pertolongan.
PAS HALALKAN ARAK DI KELANTAN
ReplyDelete1.BN dikatakan menghalalkan judi kerana dalam proses mengeluarkan dan meluluskan lesen judi bola sepak..
2.Kalau ukuran sama digunakan..PAS sebenarnya telah lama menghalakan ARAK di KELANTAN kerana telah mengeluarkan lesen arak di KELANTAN....
3.Bolela tuju ayat2 di bawah pada MB KELANTAN...
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaithan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Al-Mai'dah (5) : 90
Sesungguhnya syaithan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan shalat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Al-Mai'dah (5) : 91
...................................
Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.
“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.
Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik
...................................
penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,
“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”
...................................
Adakah sertai PAS menjadi Kafir dan Haram.
KOTA BHARU 11 Jun – Sah, bukan Islam akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.
Katanya, kebenaran calon bukan Islam daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas sebuah badan tertinggi dalam parti.
“Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura parti telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Ogos 1963
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS
Adibeta,
Layarbiru15@gmail.com
Kubang kerian, Kel
MR... faham-faham laa skit apa yang Dr M katakan itu.. bukan setakat yang tersurat...
ReplyDeleteandaian mudah, kak. tak cukup asas untuk tuduh sedemikian.
ReplyDeleteJadi orang Islam janganlah berjudi,janganlah minum,janganlah itu dan ini...hmmm...iye lah tu!
ReplyDeletemami jarum mmg anti TDM.. sume TDM buat tak btol.. tapi kalu org kg dia pak lah kaki tido penyamun besar anak beranak semuanya betul aje... dey pigidah mami jarum!!!
ReplyDeleteMR. apa yg nak dihebohkan dan dibicarakan banyak-banyak.judi itu haram tetap haram.apa kata mulai sekrang kita bangkang sahajalah aktiviti yg berbentuk haram.kepala hotak pas pun main politik juga.dap pun serupa juga.mereka banyak menghitung pengaruh undi dari hukom hakam.sebab itu setahun bermacam isu yg mereka main politik.pas telah menodai islam sebenarnya.umno kena teliti betul-betul isu ini.ulamak umno pergi mana habis sampai tak kedengaran langsung.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBro....Jgn ambil dan ulas apa yg Tun M katakan sekerat-sekerat2. Baca penuh apa yang diperkatakan, baharulah ulasan n pandangan kita akan jadi lebih kredibel. Baru kita faham apa sebenarnya yang diperkatakan. Ikhlas
Mami Rojak,
ReplyDeleteBetoi la apa hang kata cuba hang baca di bawah :
Dr Mahathir also scoffed at a suggestion that the Government was forced to approve the licence to millionaire Tan Sri Vincent Tan as gratitude for funding the Barisan Nasional in recent polls.
“Vincent Tan has been prospering in Vietnam, Korea and China. He is not desperate to find money here,” he pointed out.
Apa nak buat, Najib jangan buang masa, kalau nak hidup lama jadi PM bagi saja lesen pada Vincent Tan kalau tak mau gaduh dengan Tun Dr Mahathir Mohammed, Mantan Perdana Menteri yang gagah perkasa lagio berbisa.
Lipan Bara.
Dr M silap bila mengatakan Vincent tan dah kaya, tak perlu lesen judi sebagai balas budi baiknya membiayai BN dan UMNO. Satu tabiat orang yang amat kaya ala Qarun ini ialah mereka tidak ada istilah PUAS dengan kekayaan mereka. Satu ringgit yang mereka boleh dapat pun, mereka akan rembat. Sepatutnya TDM jawab saja "no comment" bila ditanya isu ini.
ReplyDeleteMalaysia dah cukup dengan kedai judi yang pelbagai, banyak pilihan kalau nak berjudi. Kita tidak perlu lagi menggalakan penumbuhan judi jenis baru seperti perjudian bolasepak.
Saya harap Mami jarum tidak ambil serious mereka yang mengkritik mami jarum apabila mami menegur TDM. TDM kalau buat atau cakap salah, kita perlu tegur untuk kebaikannya. Sebab kita hormat kpd TDMlah kita tegur.
sri hartamas
Hanya yg berakal saja yg berfikiran positif halal haramnya judi dan arak.
ReplyDelete