Monday, August 2, 2010

Bila PAS dan UMNO akan berkompromi?

Lagi tujuh hari umat Islam akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Di dalam menghadapi bulan yang mulia ini umat Islam dicabar lagi apabila ada sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Inilah akibatnya jika umat Islam lemah dan tidak bersatu. Semoga sempena Ramadan al mubaraq yang akan datang ini politik Islam negara ini harus segera bersatu khasnya PAS dan UMNO.

Memang mudah untuk bercakap tetapi sukar untuk dilaksanakan.

6 comments:

  1. MASYA ALLAH.BETUL KA AKAN TERJADI BEGINI.UMAT ISLAM DIMALYSIA DAH INSAF LAGI KAH.

    ReplyDelete
  2. Apalah guna mereka bersatu kerana selain percaya kepada ketauhidan Tuhan banyak segi lain tidak mungkin boleh bersatu kecualilah kedua-duanya meraikan Ketuanan Melayu. Banyak negara 'Islam' di luar saja pun banyak tak bersatu secara bermakna, misalnya kumpulan Hamas dan Al-Fatah di Palestin dan ada khabar cerita juga sejak Nabi Muhamad meninggal dunia, pemimpin Islam pun tak bersatu tetapi mereka bersatu dalam hal sembahyang, puasa, haji, mengucap dan percaya kepada keesaan Tuhan.
    Nik Aziz tak mau oleh kerana merasa pernah diklentong UMNO suatu masa dulu, UMNO dah tersepit apabila Ketuanan Melayunya kureng sambutan mula gusar dan pakai kambing hitam yang Cina nak rampas kuasa politik UMNO, kerana UMNO pun bukan ada kuasa mutlak kini terpaksa memperlembukan orang Sarawak dan Sabah yang pemimpinnya masih bangan selama 53 tahun merdeka.

    ReplyDelete
  3. salam..cuba kita buat artikel yg mengambarkan apa akan berlaku sekiranya melayu/islam hilang kuasa di malaysia. semuga nanti kita akan sedar dan akhirnya mampu duduk semeja dan perpakat baik demi agama dan bangsa...wsalam

    ReplyDelete
  4. Mummy'
    Pada pandangan saya di Malaysia ini, Umat Islam tidak berpecah malah bagitu kuat ummahnya. Yang menjadi masalah orang Politik Melayu, cuba menggunakan Islam sebagai tunggang perjuangan mereka.Setiap jumaat semua masjid di negara ini sesak denfgan orang Islam mennunaikan fardu jumaat dengan penuh khusuk. Jika tidak percaya bahawa umat Islam negara ini bersatu, cubalah "mengusik" rumsh ibadat Islam atau menganggugugat jemaah menunaikan rukun islam.Lihatlah apa akan terjadi.Islam dan politik tidak dapat dipisahkan tetapi pengamal politik boleh dipisahkan dengan agama jika niatnya tidak ikhlas dan telus.

    Matt

    ReplyDelete
  5. RAMAI ORANG ISLAM TAPI TAK BERIMAN.MEREKA ORANG MUSLIM TAPI TAK MUKMIN.MAKA INI LAH JADINYA.

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu telah terpecah kepada beberapa kumpulan, UMNO, PAS, Liberal dan Munafiq.
    Asas perjuangan bagi UMNO dan PAS jelas..Liberal kabur tetapi yang Munafiq lagi jelas!
    Yang munafiq ni memang sentiasa berkata seolah mereka ini orang yang sangat berpegang kepada agama, tetapi bila dengan sesama Melayu dan Islam nak bersatu, mereka cuma mengeruhkan atau memberikan seribu satu alasan kenapa tidak boleh bersatu.
    Contohnya; Pas pernah kena kelentong dsb. Tetapi tidak mahu mengakui bahawa Umno juga pernah dikafirkan.
    Orang-orang munafiq ini kufur niakmat sebenarnya. Atau mungkin juga buta mata hati atau juga golongan ISTIDRAJ.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.