Wednesday, August 11, 2010

Bung Mokhtar boleh kembali ke rumah memeluk isteri dengan lebih erat

Gelombang pelayaran bahtera Bung Mokhtar kembali lincin dan lawas apabila Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim hanya memerintahkan Bung Moktar membayar denda maksimum iaitu RM1,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal menjelaskan denda.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin tidak perlu tidor dalam penjara bagi kesalahan berpoligami tanpa kebenaran. Beliau boleh menarik nafas lega dan balik ke rumah memeluk isteri yang putih gebu, Zizi Ezzete dengan penuh rasa cinta dan mesra. Mungkin inilah hadiah kebahagian kepada Datuk Bung Mokhtar sempena bulan Ramadan.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini juga MR berdoa agar Bung Mokhtar bahagia dan boleh "perform" sebagai Ahli Parlimen yang lebih "vocal" dan supaya tidak kembali lagi ke mahkamah syariah dengan muka monyok dituntut fasakh atau harta sepencarian pula selepas ini.

2 comments:

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.