Kata dua Perdana Menteri kepada kepimpinan UMNO Perlis, Kedah
KANGAR 20 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.(Utusan Malaysia 21/8/2010)
Barisan kepimpinan UMNO Kedah ternyata gagal berfungsi. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Shafiee Apdal seperti loleh tak boleh membuat apa-apa perubahan.
Ini kerana hanya beliau yang tergonteng-gonteng keseorangan tanpa “backing” barisan yang kuat dan kukuh. Dari Timbalan Pengerusi Perhubungan sehingga kepada Ketua-Ketua Bahagian semuanya ada agenda mereka sendiri, mengembongkan poket masing-masing di masa kapal akan tengelam ini.
Penyakit hawar dan berak kapur yang melanda UMNO Kedah sejak dari pukulan hebat PRU12 lepas ternyata belum pulih seratus persen. Mereka masih lagi hebat “tutuh-menutuh” sesama sendiri di mana musuh semasa bertanding merebut jawatan di peringkat bahagian masih kekal menjadi musuh tidak berubah menjadi kawan.
Mahu tidak mahu Najib mesti tegas untuk merubah atau menyalin mereka ini dengan muka-muka baru sebelum Kedah menjadi 2nd Kelantan. Ini memandangkan rakyat sedang melihat luka-luka mereka ini sedang berulat merobok teruk.
p/s : MR memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers yang mungkin kurang paham bahasa-bahasa loghat Kedah dan Penang yang agak pekat dalam posting kali ini. Sila rujuk kepada rakan-rakan dari utara kalau ingin memahaminya.
Salam mummy...nak tolong transelete sikit leh tak..'Tutuh menutuh' tu macam kau tekan brek langgaq pungkok gheta aku, kemudian aku pulak langgaq pungkok gheta hang..lebih kurang macam tulah...
ReplyDeleteTutuh kasi UMNO kuat takpalah jugak tapi tutuh sebab nak kata UMNO kalah sebab kami semua ada problem yang sama!dok lawan tunjuk masing2 ada masalah...bila ada masalah baru oghang faham sebab apa UMNO tak leh kuat...
salam mr.itulah bahana amalan politik wang.kenaikan mereka kerana rasuah politik wang.mereke beli jawatan dgn wang ringgit.yang kalah dipijak rapat-rapat oleh yg menang.yang bersala besar dalam umno kedah bukan terletak pada ketua perhubungan tetapi ialah ketua bahagian yang tak pandai kemudi kapal dibahagian.kekuatan umno sebenarnya bergantung pada keutuhan dibahagian dan cawangan.kalau di sini pun dah reput dan roboh bagaimana sokongan nak dapat.umno bukan lagi perjuangan sebaliknya tempat cari makan dan kekayaan.aku sendiri nilai bahawa kebanyakan ketua bahagian dikedah belum layak jadi jaguh politik nak lawan pas/pkr dikedah.layak sembang dihotel lima bintang sahaja.eloklah selama ini mereka dah kelentong dato najib semua ok dan mantap.balik pada pemuda/wanita/pu3 dah jadi lesu dan lemah sama sekali.itulah kalau umno dijadikan alat capai projek peribadi dan kroni.aku salahkan ketua bahagian bukan ketua perhubungan.
ReplyDeleteKalau UMNO bagus jadi pembangkang apa salahnya. Tak ada dalam tamadun lagi satu perti tu memerintah sampai kiamat. Kat Australia pun dah nak ganti yg baru.
ReplyDeleteSelagi rasuah kuat atau sikit...rakyat akan tolak.
Lan Ket
Pemimpin UMNO seperti Ketua Bahagian atau yang lebih tinggi lagi di mana-mana saja dalam negara 1 Malaysia, tidak kecuali Kedah memang dari dulu, kini dan selamanya memang semulajadi nak tutuh-menutuh kerana itulah modus operandi mereka untuk dapat habuan senang seperti projek 'rent-seeking' sementara pemimpin yang lebih tinggi seperti PERKASA akan terus melalak 'Ketuanan Melayu' kerana khuatir hilang projek yang tak banyak perlu skil keusahawanan, tapi anak muda dah tak makan dengan pujukan emosi itu lalu cari jalan lain seperti nak memikat PAS atau teruskan tuduhan tanpa fakta dan angka bahawa semua masalah Melayu yang telah dididik UMNO dan gagal besar itu adalah kerana orang 'pendatang Cina', Orang UMNO tak tahu apa itu transformasi atau perubahan iaitu hentikan program yang menguntungkan elit UMNO. Macam mana Melayu Singapura yang tak makan manja atau subsidi Kerajaan PAP Lee Kuan Yew?
ReplyDeleteSalam mummy,
ReplyDeleteDato Najib pun sama 2x5.. kalau serious nak ambik balik Kedah buang yang dok ada tu.. Rombak ganti dengan baru. masa bukan banyak dah.. Tau dah bashah, nawi tu dok buat apa..Ni dia pun dok pikiaq kroni dia basahah yang tak tau nak buat apa tu ...
Jerlun, Sungai petani,kuala Kedah , semua tu kena ada jentera baru dah , dah mula buat kerja, banyak lagi yg boleh buat. suruh depa rehat saja..
banyak lagi orang umno Kedah yang boleh buat kerja umno nih! Cuma pemimipin UMNO Malaysia saja bodoh sikit..
SALAM SEMUA.TOLONG HABAK SAT KAT DATO NAJIB DAN DATO MAHAYUDIN YASIN.UMNO MASIH RELEVENT DIKEDAH.YANG TAK RELEVENT IALAH PEMIMPIN UMNO YG RASUAH POLITI,KAKI KENCING DLM PRU 12 LALU.MEREKA LAH YG TAK RELEVENT.
ReplyDeleteSalam.Apa susahnya buang aje semua pemimpin pemimpin UMNO kedah tu.Cari yang baru. Apa masaalahnya.Kalau ambik yang lama tu jugak orang tak akan undi buat apa?
ReplyDeleteNampaknya CCZ je yang komen agak reliven. Yang lain tu tambah2 sangat nak lemahkan UMNO Kedah. Teguran membawa rebah. Rebah UMNO Kedah, depa lah yang bertepuk tangan, "Takbiiirr...", itulah yang mereka mahu. Jika tidak masakan merka memberi cadangan yang bukan2, suruh pemimpin yang brhentilah. Dan, cakap yang bukan2, "puak dok tutuh=menutuhlah". Kita faham semua tuuuuu....
ReplyDeleteDepa yang dok komen tu bukan orang kitaaaa.....